Friday, December 03, 2010

SARAWAK OH SARAWAK

Kalau dah lama duduk kat Sarawak, the best statement about Sarawak ialah "Sarawak not bad, a good place, people are friendly, multi-cultural, a lot of ethnic group".

Ya, memang benar... tapi itu mungkin dulu. Sekarang, keadaan dah berubah bila dah banyak sangat orang yang pandai cakap pasal politik. Rasa nya tak salah kalau aku kata budaya politik dan politiking di Sarawak dah berubah selepas PRU 12. Kemasukkan pengaruh budaya politik Semenanjung jugak banyak mengubah scenario Sarawak.

Aku dah sampai Kuching, Mukah, Kapit, Sibu. Miri, Marudi, Lapok, Dalat, Daro, Matu, Betong, Sri Aman dan banyak lagi tempat-tempat lain di Sarawak. Hanya Limbang, Lawas dan Bario belum di terjah lagi. Banyak etnik yang aku dah jumpa seperti Kejaman, Punan, Kayan, Lumbawang selain dari etnik lain seperti Iban, Bidayuh, Kenyah, Melanau dan juga Melayu Sarawak. Sebenarnya mereka-mereka ini adalah manusia yang sederhana, kuat ikatan kekeluargaan (tengok saja bila Gawai), mudah bergaul, tinggi tolerasi kaum dan ugama. Tapi yang leceh, sekarang ni bila bercakap pasal politik, mula berterabur, bercakaran dan bertekak. Ada yang lebih kepada PKR selain dari fokus kepada Parti Keadilan dan DAP. Kemasukkan UMNO mungkin akan terhalang walaupun sudah ada percubaan berbuat begitu. PPP dari Semenanjung nampak nya nak masuk daun. DAP, PAS dan Keadilan dah lama cuba bertapak. Malahan dah ada wakil DAP di Sarawak. bandar besar seperti Kuching , Sibu dan Bintulu, pengaruh DAP agak ketara. Dengar cerita, Miri adalah target DAP seterusnya.

Itu hal politik, namun aku rasa bagi BN, untuk terus kekal di Sarawak, perkara penting ialah mendengar keluhan rakyat terutama pada golongan dan lokasi tertentu. Ini kerana banyak dah aku dengar bahawa pembangunan dan perubahan lebih tertumpu kepada tempat-tempat tertentu seperti Mukah, Betong dan Kuching. Program SCORE membuka peluang di Bintulu dengan tempias nya sampai ke Mukah.

Pembangunan di Betong, dirasakan oleh orang Saratok sebagai menidakkan keupayaan Saratok. Mukah sekarang gah dengan UiTM, MRSM dan Politeknik. Itu memberi kesan sosial ekonomi apabila ramai orang tertumpu ke sana. Sayang, jalan dalam pembikinan masih belum siap dan keadaan amat teruk.

Bintulu dengan BDA amat selesa dengan SCORE dengan projek-projek pelaburan luar yang mungkin mencecah jutaan atau berbillion ringgit. Tapi, sayang juga, apabila rakyat di Bintulu mengeluh apabila jalan raya menuju ke Sibu amat kurang selesa terutama selepas simpang ke Airport Bintulu. Jalan Sibu ke Kuching boleh tahan cuma agak kurang dari Serain ke Sri Aman. Keluhan tentang apa yang dikatakan Pan Borneo highway selalu kedengaran. Malah ramai yang cemburu dengan keselesaan lebuhraya bertol di Semenanjung. Jadi, orang semenanjung kena bersyukur dengan apa yang ada.

Kapit dulu gah dan sibuk dengan aktiviti pembalakkan. Sekarang aktiviti itu kurang hebat sebab sumber yang semakin kurang. Jalanraya ke Kapit dari Sibu masih belum ada. Jadi pengangkutan utama hanyalah pengangkutan air dengan menaikki bot ekspress dan membawa barangan kargo dengan tongkang. Bandar Kapit tak kurang besarnya malah sibuk dengan kereta dan kenderaan empat pacuan roda terutama di waktu pagi dan hari minggu. Jadi bila lah jalan ke Kapit akan menjadi kenyataan.

Sibu, walaupun tiada sumber ekonomi berpunca tetapi lebih kepada kegiatan hiliran pembalakkan seperti kilang plywood dan sebagainya. Sibu bertindak sebagai pelabuhan sungai yang penting dan ini menjadikan kegiatan pembinaan bot dan kapal kecil agak lancar. Kepentingan Sibu dalam scenario politik Sarawak nampaknya mula di berikan tumpuan. Klan Foo Chow terkenal dengan kepintaran menjalankan perniagaan dan mereka juga menceburi aktiviti pembalakkan di Sarawak dulu-dulu. Taikun balak banyak di Sibu. Tengok saja rumah yang besar-besar ibarat istana.

Bila cakap pasal rumah, harga rumah di Sarawak memang mahal. Bukan senang nak beli rumah kecuali berebut nasib rumah murah atau flat kerajaan. Rumah berkembar 2 tingkat, sekarang lebih dari RN300 ribu. Itu saiz tanah nya kecil. Rumah kedai pun mahal.

Apa-apa pun, Sarawak memang tempat yang bagus untuk berkomuniti, bekerja dan berkawan. Yang penting pandai bawa diri. Budaya gangster itu hanya mainan media. Yang penting kita tak ganggu dia, dia tak mungkin ganggu kita. Kalau kita berlagak macam gangster, maka dia pun akan lebih gangster dari kita.

Yang penting, Sarawak ialah Sarawak...muga-muga Sarawak akan terus maju, walaupun perlahan, namun rakyat akan merasai nikmat kemajuan, dan yang penting infrastruktur di tingkatkan.

Mungkin Pan Borneo Highway akan menjadi highway sebenar-benarnya. Kena bayar tol, bayar lah. Jangan mahal sangat sudah. Bak kata kawan aku, Sarawak dan juga Sabah adalah fixed deposit Kerajaan... jadi kerajaan janganlah mensia-siakan mereka ini, jangan sampai mereka merajuk.

Thursday, December 02, 2010

Satu Perjalanan Ke Kapit.

Memang betul, kalau kita ke Sarawak, menjenguk pekan @ bandar Kapit bagaikan telah melalui satu perjalanan yang jauh di Sarawak.

Bandar kapit ada sebuah bandar kecil, jauh di pendalaman Sarawak. Kegiatan ekonomi tertumpu kepada pembalakkan. Tapi yang aku nampak, kemeriahan bandar Kapit amat jelas dengan kesibukkan dan aktiviti di terminal penumpang Kapit. Terminal ini, jangan lah di ingatkan terminal lapangan terbang atau terminal bas...tapi ialah terminal bot-bot ekspress. Memang sibuk. Bot ekspress ni dari Sibu dan ada yang menuju ke Belaga , melalui Pelagus Rapid yang amat terkenal di kalangan pelancong. Heran, kurang pulak orang tempatan yang tahu!!

Bot ekspress ada lah mod pengangkutan penumpang yang teramat penting. Bot-bot tu amat baik, lengkap dengan penghawa dingin cuma dok cari sekeliling tak nampak pulak "life jacket". Bot yang aku naik untuk ke Kapit ada 4 kelas utama iaitu first class, business class dan ekonomi class. Tiket berharga dari RM30 ke RM20. Ok, perjalanan selesa dengan dihidangkan tayang video cerita yang menarik dari Singapura.

Bandar Kapit tampak sibuk dan bersih. Cuma dimaklumkan bahawa waktu petang agak kurang meriah. Sempat menjenguk ke pasar tamu. Makanan halal tak jadi masalah sebab pergi saja ke gelanggang kenyalang. Rasailah roti canai telur Kapit yang jauh berbeza dengan yang biasa aku makan di lain-lain tempat. Harga RM3.00 sekeping. Mee basah ala Kapit jugak sedap dang lengkap dengan fish ball, fish cake, crab stick, sayur-sayur dan isi ayam. Sedap betul..harga RM3.50.

Itu tentang Kapit...yang kurang sedap ialah perjalanan dari Bintulu ke Sibu..melalui jalan yang amat teruk..lubang dan beralun. Kalau malam dan hujan, lagi bahaya dengan tiada garisan jalan yang jelas di kebanyakkan tempat. Kawan aku yang memandu asyik merungut... teruknya jalan. Kena pulak gelagat sesetengah pemandu yang menyakitkan hati. Itu belum lagi lori-lori balak yang macam raja jalan. Kawan aku frust betui bila terkenangkan jalan raya di Semenanjong yang baik dan teratur. Highway pun banyak walaupun bertol. Dia kata...buat lah, orang Sarawak pun sanggup bayar tol!! Dan biasa lah, mereka akan kata, tunggu pilihanraya akan datang...tapi aku rasa BN tetap menang.

Apa-apa pun, harap kerajaan Sarawak dengan bantuan Kerajaan Federal, lihat dan bantu lah pengguna yang juga rakyat Mlaysia di Sarawak ni. Alangkah selesa jika jalan dari Sibu ke Bintulu di naikkan taraf. dari Sibu ke Kuching, jalan nya kira ok. Begitu jugak dari Bintulu ke Miri... cuma Sibu Bintulu ...aduh..teruknya!!

Jangan cerita lah jalan dari Selangau ke Mukah ... mungkin bila dah siap nanti, seksa orang kat situ akan selesai.. mudah-mudahan.

Saturday, November 20, 2010

BENDERA - INDONESIA

Kecoh baru-baru apabila ada rakyat Indonesia yang bekerja sebagai amah atau pembantu rumah di Indonesia yang di dera begitu teruk sekali di Arab Saudi. Dengar cerita bibir nya di kelar dengan pisau hingga agak parah. Itu majikan di Arab Saudi. Badan bebas hak asasi manusia dah buat bising. Presiden Indonesia sendiri (SBY) dah ambil tindakan termasuklah menghantar wakil kerajaan ke Arab Saudi menyiasat dan berbuat sesuatu yang perlu. Pembantu itu , Sumiati, masih muda dan dia menjadi mangsa deraan di Arab Saudi, sebuah negara Islam dan kaya. Rakyat Indoensia ke sana untuk mencari rezeki tapi lain pulak yang jadi.

Terbaru, ada lagi kes bunuh pembantu rumah warga Indonesia di Arab Saudi jugak. Kes ini akan berlaku di mana saja tak kira samada di Kuwait, Hong Kong , Malaysia atau dimana-mana. Itu bukan menunjukkan sikap rakyat atau majikan semua nya begitu. Itu satu kes terpencil tetapi cukup sadis dan ngeri. Perompak, penyamun, perogol ada di mana-mana malahan di Indonesia jugak.

Cuma, aku terasa mana dia manusia-manusia yang bergelar Bendera. Kalau rakyat Malaysia, tentu di ganyang habis, tentu najis manusia akan di kumpul untuk dilontar ke Kedutaan Malaysia... bukan perjuangan tu, sengaja menyakit dan menghina rakyat Malaysia. Berlakunya Letusan Merapi dan Tsunami kecil di Indonesia baru-baru ini, rakyat dan kerajaan Malaysia ada jugak membantu walaupun ketika itu ada rakan-rakan kita di Utara Malaysia sedang bergelumang dengan masalah banjir. Teringin nak tengok Bendera menyekat dan menghalang bantuan di hantar kepada rakyat Indonesia yang di timpa bencana... bukan kita nak membangga, cuma kita tahu apa salahnya membantu sesama manusia, sesama kaum serumpun, apatah lagi jiran yang memerlukan.

Bendera, apa kah upah untuk berdemo sudah kehabisan atau tiada lagi peruntukkan untuk itu. Sudah habis kah manusia bodoh atau kotor yang sudi menderma najis untuk dilontarkan.

Ingat biar kita sama-sama membantu, yang senang membantu yang susah, yang kaya membantu yang miskin, yang tenang membantu yang terbencana. Biar kita sama-sama menbangun , jangan buat kerja bodoh yang menguntungkan , mungkin pihak-pihak tertentu yang berkepentingan.

Monday, November 08, 2010

Perlis dan Kedah - Banjir Ooooo

Dalam minggu ni dah tiga kali telefon mak aku kat Perlis...tanyakan keadaan dia dan banjir yang melanda. Nasib baik rumah mak tak banjir. Tapi bukan itu yang aku risaukan..

Jalan dari pekan Kangar ke kawasan perumahan mak aku terputus hubungan sebab air naik. Ikan dan sayur dah tiada bekalan. Pendek kata, terputus hubungan bekalan. Takat beras masih cukup. Tapi kalau sakit demam, di musim hujan ni, susah lah. Mak aku dudok sorang-sorang. Adik kat Alor Setar tak dapat pergi jumpa mak sebab jalan Alor Setar ke Kangar pun terputus sebab banjir. Kira banjir kali ni hebat.. Macam-macam lah orang buat analisa tentang punca hujan, sehinggakan dok sibuk tentang jalan keretapi berkembar. Kangar jauh dari landasan tu!!! Rumah aku jugak jauh dari situ!! Habus banjir kat Kelantan??

Semua urusan banjir berpunca dari hujan yang turun lebih dari kadar biasa sehinggakan aliran keluar ke laut menjadi perlahan. Dengan hujan berterusan, banjir tak dapat di elakkan. Pembentong air (culvert) pun banyak yang tersumbat, jadi ini memarahkan keadaan.

Bagi aku, banjir sebegini besar jarang berlaku. Itu sebab ramai yang ambik kesempatan berpesta banjir. Dan itu sebabnya mangsa lemas bankir pun tinggi..

Kat Facebook, banyak gambar banjir kat Perlis dan Kedah di masukkan. Banyak jugak komen. Ada juga yang risau tentang keadaan orang tua di kampung. TV pula sibuk dok fokus tentang bantuan yang di berikan. Biasanya dari agensi Federal. Biasa lah, agensi kerajaan negeri, apa sangat yang ada. Bomba, Polis, Tentera, Jabatan Kebajikan Masyarakat kan agensi Federal. Kerajaan negeri mungkin ada pejabat tanah dan pejabat daerah saja. Tapi itu tak payah jadi persoalan, yang penting , bantuan jangan ada pilih kasih. Mana bantuan atau kutipan derma...tak banyak pihak dok buat, cuma ada NSTP. Itu pun tak berapa banyak. Sultan Kedah ada juga bagi bantuan termasuk bantuan peribadi. Daulat Tuanku!!!

Waktu gempa bumi dan banjir kat Indonesia dan Pakistan, rakyat kita sibuk mengutip derma dan hantar bantuan. Walaupun ke Indonesia dimana ada se golongan kecil masyarakatnya menghentam kita, kita masih bantu. Sekarang di Indonesia ada letusan Merapi dan kesan tsunami kecil terbaru. Mana manusia-manusia kecoh bernama BENDERA. Mana hilang buluh runcing , yang sesuai buat rakit. Mana bantuan untuk manusia Indon dunia kamu!!!

Pilihanraya Kecil Galas, Kelantan

Akhirnya keputusan pilihanraya kecil ini memihak kepada BN. Bagus lah tu. Cuma itu hanya satu dari beberapa kerusi DUN yang BN pegang di Kelantan . PAS masih menguasai majoriti kerusi DUN, dan PKR pulak hanya ada satu. Tak kisah lah..kemenangan itu mungkin ada hikmatnya dan setidak-tidaknya membuka lembaran baru dan semangat baru dalam perjuangan BN terutama UMNO.

Aku bukan memihak mana-mana tetapi cuma nak pesan, yang menang jangan lupa diri dan lupa janji. Yang kalah pulak jangan kecik hati, rakyat kat situ dah buat pilihan, mungkin bukan salah calun tapi ada kesan dari tindak-tanduk parti yang di wakili. Aku tak pasti, samada orang memangkah parti atau individu yang mewakili parti. Kalau dipangkah individu yang mewakili parti, maka sekurang-kurang nya ada kepercayaan dari para pengundi.

Yang nak aku cerita ialah pasai kesan pilihanraya. BN bila dah menang, biasanya hebuh lah buat promosi. Semua yang terlibat mesti nak tunjuk peranan masing-masing dalam memberikan kejayaan kepada parti. Tak tahu lah kalu ada habuan yang menanti. Lagi satu, sibuk juga orang buat analisa dan post-mortem pilihanraya. Yang pelik, BN terutamanya UMNO dok sibuk buat analisa kenapa PAS kalah.... antaranya ditonjolkan kesilapan Tok Guru Nik Aziz serta kesan konon nya kerajaan PAS di Kelantan tidak mengendahkan isu tanah orang asli.

Apa-apa pun kelemahan dan kekurangan PAS dalam pilihanraya ini sehingga menyebabkan kekalahan mereka, bagi aku, biar lah. Nanti kalau BN banyak sangat buat analisa dan post-mortem kekalahan PAS, PAS akan cuba membaiki diri sehinggakan akhirnya memakan diri UMNO dan BN. Ini macam nak pergi perang, tak kan lah kita nak hebahkan kekurangan pihak lawan dan kelebihan kita. Biar kita berahsia. Jangan sampai musuh tahu di mana dia lemah (cepat2 dia baiki) atau kelebihan kita (cepat2 lah musuh cari kelemahan kita pulak).

Tapi, politik tetap politik. Ia tetap dengan polemik tersendiri. masing-masing tahu jawapan nya!!!

Friday, November 05, 2010

Aiyaa "Now Everything Must Pay"

Dulu, kita hanya tahu MAS. Itu lah syarikat penerbangan kita... Malaysian Airline System. Kalu dulu, orang kata, nak jadi pramugari mesti ada keistimewaan tersendiri... cantik, menarik.

Sekarang, kita dah ada Maswing (dok terbang sebelah Sabah dan Sarawak jer... adik beradik MAS), Fireflies (dok terbang kat Semenanjong dan kawasan-kawasan yang sama waktu dengan nya ..ni juga suku sakat MAS) dan satu lagi ialah AirAsia.

Airasia cukup famous...banyak anugerah sebagai "Budget Airline"... minima kemudahan tapi menarik, nak lebih atau istimewa, bayar saja.. "Pay for the extra".

Kalau dulu, Airasia guna sistem free seating, tak ada nombor tempat duduk, naik kapalterbang, cari lah tempat sendiri. leceh jugak sebab kena berebut cari tempat, biar sama-sama dengan famili atau kawan. Lepas tu, Airasia (AA) perkenalkan express boarding, jadi bayar RM10, dapat keistimewaan naik kapalterbang dulu, dan dapat pilih tempat duduk yang kita rasa selesa. Lepas tu AA perkenalkan tempahan tempat duduk, bayar lah lebih sikit untuk hot seat. Hot seat ni, dia punya alas kepala pada kerusi pun warna merah.. itu kut yang buat "hot".

Sekarang ni dah ada "self-check in" ..untuk kemudahan katanya. Tapi, untuk penerbangan ke Bintulu, Brunei dan Kota Baru, check in di LCCT, KL wajib secara self check in, tiada kaunter untuk daftar masuk. Maka berbarislah para penumpang termasuk saya, pada hari Ahad, 31hb October 2010 yang baru lalu.

Tak tahu kena self check in tanpa kaunter, nombor booking tak ada, kena pulak pergi ke kaunter AA untuk dapat print out. Lepas tu beratur lagi. Panjang berbaris sebab dari 5 kiosk check in tu, hanya 2 yang berfungsi.

Selesai check in, wife tanya pasal tempat duduk, tengok-tengok, wife kat depan (no 8) aku kat belakang no 23. itu kira ok, sebab kamidah dewasa, ada keluarga yang anak masih kecik yang dapat nombor seat yang jauh...nasib baik ada insan yang faham dan sanggup tukar seat. Wife cakap, lepas ni kita kena book lah nombor seat supaya tak berulang kes begitu.

Tapi aku dok rasa, AA memang saja-saja nak bagi orang merasa susah supaya dia dapat buat satu polisi yang mana ada duit yang akan masuk sebab kita sebagai penumpang sudah terpaksa...

Now Everything Must Pay ... mula-mula beli tiket secara on-line (bil letrik, internet charges kita bayar), nak seat bagus, kena book seat nombor, bayar lagi. Nak makan, tempah on-line atau order dalam pesawat...bayar ler ..air mineral RM3 sebotol 0.5 liter, kat luar RM1 jer. Bawa beg lebih atau lebih berat bayar!! Nak bawa banyak lagi....bayar lah banyak.

Tak lama lagi...nak air cond kena bayar (macam Tune-hotel), nak masuk tiolet kena bayar , nak print out booking program, kena bayar....

Kira-kira, baik naik MAS pulak..tak payah nak jalan kaki samada nak turun atau nak naik. kena bila dah tua nie, tak sanggup ler... MAS ada orang tolong tolak kerusi roda kalu kita minta perkhidmatan tu.

Tiket - RM200
Makan - RM 15
Air - RM 3
Beg - RM10
dll RM50.

kena buat syarikat sendiri lah nampaknya.

Monday, October 25, 2010

Perhimpunan Agong UMNO.

Perasan tak, tiap-tiap hari dari Khamis , 21hb hingga Ahad, 24hb Oktober 2010, berita Buletin Utama TV3 memaparkan tidak kurang 30 minit dari siaran beritanya berkisar kepada Perhimpunan Agong UMNO yang ke 61 itu. Dan perasan tak, banyak jugak iklan pada waktu tu.

Rasa-rasanya pewakilan kurang menyengat dari segi cara tutur atur bicara atau isi pati pengucapan buah fikiran atau idea. Entah, mungkin kerana ramai orang-orang baru. Yang lama pulak, nampaknya cuba menjadi siapa yang dapat menarik perhatian pendengar dengan membuat lawak, berbicara secara puitis, berpantun tetapi kadang-kadang entah mana isinya terutama bila dah ketawa bagai nak rak.

Cuma tak seronok lah pulak bila terbaca dan dengar cerita, dangdut2 dan kelab-kelab kat jalan Ipoh dan kawasan-kawasan yang sama waktu dengan nya dipenuhi oleh pewakilan lelaki (tentunya) dari berbagai lapisan umur. Apa ni!! betul ke? Ada gambar pulak tu dalam internet, kan malu tu.

Yang perempuan, sibuk shopping, bukan takat pasar khas di kawasan PWTC tapi kat SOGO, Jalan TAR termasuk kat Jackel dan juga kawasan kat Bukit Bintang... Pavillion, Berjaya Times Square, Lot 10 dan sebagainya.

Yang muda-muda kaki IT, lepak kat Low Yatt cari komputer atau kamera atau gajet IT terbaru termasuklah Iphone atau Ipad.

Itu baru perhimpunan sebenarnya....

Project Warisan Merdeka - Tanah Kg Baru atau ....

Ini pendapat sempoi dari kawan setelah membaca beberapa artikel berkaitan.

a) Pewakilan UMNO Wilayah Persekutuan KL mengatakan bahawa dengan ujudnya projek Warisan Merdeka yg meliputi bangunan mega 100 tingkat di kawasan Stadium Merdeka, orang Melayu tidak akan mendapat faedah kerana tidak ramai orang Melayu mempunyai tanah di sana. Kata mereka alangkah baik jika projek itu di buat di kg baru kerana ada sekitar 60 ha tanah di situ adalah milik Melayu.

Komen aku :- Kalu buat kat Kg baru, harga tanah naik sebab itu projek mega. Maka berebut lah , mungkin, orang-orang Melayu menjual tanah (walaupun bukan untuk bangunan mega tu) disekitar kawasan projek yang tentu nya mendapat tempias dan faedah secara terus dan tidak langsung dari projek. Cuma kalu dah di jual, Kg Baru dengan pemilikan 60ha tanah oleh orang Melayu akan berkurangan ke mungkin 5 atau 10 ha saja. Kenapa ? Bila wang ditawarkan berjumlah puluhan juta ringgit. Orang Kaya Baru... sekelip mata.

Namun begitu, itu mungkin pendapat perwakilan UMNO itu saja, sebab dah lama ada ura-ura untuk membangunkan Kampung Baru... orang kampung Baru tidak menentang tetapi syarat iaitu identiti kampung Melayu dikekalkan dan di jaga, konsep Tanah Rezab Melayu dll, maka kekalkan satu-satunya warisan bangsa Melayu di tengah-tengah kota KL, berkedudukan dekat dengan Jalan TAR, Menara Berkembar Petronas dan sebagainya.

Bagi aku, biar kampung Melayu kekal dengan identiti Melayu nya cuma, tolong jaga kebersihan, bersih Kg baru dari kutu-kutu lepak, mat-mat gian, mat-mat pendatang asing (dengan atau tanpa izin) dan jaga warisan kesusilaan dan budi pekerti Melayu jati. Suasana kampung itu, walaupun dalam hiruk pikuk bandaraya pesat KL, biar kita masih Melayu se Melayunya.

Wednesday, October 20, 2010

Tragedi dan Kemalangan



Banyak betul kes-kes kemalangan sekarang ni... dari bas ekspress hingga ke bot ekspress kat Ulu Tatau. Dan menjadi kebiasaan, mulut akan mula bercakap tentang siapa yang bersalah.

Kemudahan Membawa Barang Keperluan




Tongkang Balak Dan Gambaran Sekolah Yang Banjir di Tepian





Penumpang Bot dan Pengalaman Ketika Menaiki Bot di Jeti Tatau
Aku pernah naik bot ekspress dari Tatau ni, tak ada apa yang spesial kecuali pengalaman menaiki bot ni. Tiada yang ekspress sebab asal ada orang tahan kat-kat tepi sungai tu, bot ni akan menepi dan ambik penumpang. Istimewa juga sebab aku berpeluang melihat buaya bersadai di tepi sungai ketika menyusuri sungai menghala ke Tatau. Jugak terkenang ketika menaiki bot untuk ke Lana ketika musim hujan... terlihat rumah-rumah panjang dan sekolah ditepian sungai yang mengalami banjir.


Lebih teringat bila menjengok ke tandas bot ini , yang memang tidak selesa dan janggal jika nak membuat hajat besar, kalau kecik mungkin ok. Namun ada jugak pengunjungnya , mungkin kerna terpaksa.




Tandas "Best in the world" "The Red Devil


Selama beberapa kali menaiki bot ini, satu pandangan yang tidak pernah aku nampak ialah JAKET KESELAMATAN.Mungkin ada, mungkin tidak. Kalau ada mungkin tersembunyi atau jumlahnya pun tak cukup

Bot ni memang tak laju sangat, apabila menghampiri kawasan tepian sungai yang ada rumah panjang atau berselisih dengan perahu kecil, pemandu atau pengemudi bot ni akan memperlahankan bot ekspress ni.
Walau apa pun, bot ekpress ini memang amat berjasa pada semua orang...penghuni rumah panjang, guru-guru di pendalaman, pekerja kem-kem balak, pekerja-pekerja ladang, anak-anak sekolah pulang pada hujung minggu dan yang lebih penting menjadi pemberi khidmat untuk membawa barangan-barangan tertentu termasuklah gas memasak untuk yang memerlukan.
Setiap sesuatu ada baik dan buruknya , apabila ada bencana yang buruk saja yang dipandang. Fikirkan peranan dan jasa bot Ekspress ni. Aku dah merasai nya.





Tuesday, October 19, 2010

Bajet 2011

Bajet 2011, aku no komen

Mega structure 100 storey - aku no komen, tak tentu dapat duduk atau melawat

Tak ada bonus untuk kakitangan kerajaan seramai 1.2 juta tu - aku no komen, aku kerja swasta

Tak ada kenaikkan tol lebuhraya untuk 5 tahun - aku no komen, tak ada lebuhraya tol kat Sarawak kecuali jambatan Lanang kat Sibu, yang aku jarang-jarang guna.

Pengecualian cukai untuk 300 barangan kegilaan pelancung dan mungkin sesetengah rakyat Malaysia seperti seluar dalam, beg tangan, selimut - aku pun no komen, aku beli yang berjenama biasa atau yang tiruan saja, itu yang mampu, kecuali bila dapat bonus baik punya.

Cuti bersalin 90 hari - aku no komen sebab aku lelaki dan iseteri aku pun mungkin tak akan mengandung lagi...pencen kecuali kalau .....

Telefon bimbit dikecualikan cukai - aku no komen sebab tak mungkin akan beli telefon baru lagi , sebab baru beli.

Rokok naik harga sebelum pembentangan bajet - itu nak komen sebab mengejut , tiba-tiba ada kedai pun tak tahu, satu jual RM9.30, kedai lain dah jual RM10.

Jadi baik no komen sebab cukai pendapatan peribadi pun tak ada apa-apa yang spesial. Aku macam tu jugak.....

Tuesday, October 12, 2010

Tragedi Bas Ekspres

Malang sungguh bila jadi penumpang bas atau mereka-mereka yang terbabit dengan bas-bas ekspress bila berlaku kemalangan. Contoh terbaru kat lebuhraya utara-selatan dekat Pedas, Negeri Sembilan... 12 maut dan ramai yang parah.

Bila ini berlaku, sibuk lah dok siasat latar belakang pemandu bas... hasilnya...tiada rekod saman. Bas pun masih baru.

Helo... bas baru atau pemandu tiada rekod saman bukan lah perkara pokok. Kalau tak ada saman pun, kemalangan masih boleh berlaku jika ada sebab dan musabab lain. Bas buruk ke bas baru ke, kemalangan tetap akan berlaku jika soal lain diketepikan.... katanya pemandu bas sibuk bersms. Nampak gayanya, JPJ kena buat undang-undang, pemandu bas tidak boleh bawa telefon macam budak sekolah!!!

Nyawa dah melayang...berapa ramai anak menjadi yatim, ibu dan bapa kehilangan anak, suami kehilangan isteri atau isteri kehilangan suami. Ya, ajal maut di tangan tuhan tapi punca nya boleh di elakkan.

Nak buat macamana selagi jika ianya belum berlaku...maka tiada kemalangan namanya walaupun jika pemandu itu mabuk.... jika pemandu bawa perlahan pun, jika orang lain bawa laju atau cuai, kemalangan mungkin akan berlaku...

Harap-harap aku tak cuai, orang dikeliling pun tak cuai.....

SUKOM di India

Kat hotel ni, aku memang tak keruan. kalau TV setakat ada TV3 dengan NTV7..lain-lain cuma CNN, Star Movie, AXN, Star Movie dengan Supersport...

Ingat nak tengok sukan Commonwealth kat India tu...nak tau jugak pretasi Malaysia...sayang tak ada.

Kalau worldcup FIFA dulu ada pulak banyak tayang terutama kat Supersport...boleh lah tengok. kalau langgan ASTRO sport channel, banyak channel bola. Bila world cup, nak tengok kat tv di hotel, kena tunggu berita. Heran, hotel kat Malaysia ni tak peduli langsung sedangkan Commonwealth tu , kalu direct translation bermakna perkongsian kemewahan!!!

Tak ada apa yang aku nak kongsi!!!

Drama Jalanan

Melepak kat KL , terutama waktu petang, membuatkan aku dapat menyaksikan banyak drama-drama jalanan tanpa pengarah. Area kat Bukit Bintang memang sesuai dengan namanya ... banyak bukit bukit yang melintang dengan bintang-bintang filem yang entah apa nama nya.

1) "The Five Minute Saleman"
Ni dah biasa kita tengok cuma dulu orang kita, rakyat Malaysia. Sekarang dah banyak warga luar terutamanya mat Bangla dengan Indon. Kat depan 7 Eleven, di seberang Piccolo Hotel, cuba jengok-jengok waktu malam..

Ada minah-minah Indon, kadang-kadang pasangan suami isteri menjual jam tangan entah jenama apa-apa. Cantik jam tu, cuma tak tahu lama mana tahan nya...apakah cantik selepas tu?
Asal orang lalu saja, jam ditangan di unjur-unjurkan. Ramai pulak tok-tok Arab berenti meninjau..yang beli tak seberapa. Malam tadi ada mek arab (rasanya), agak moden dengan shopping beg dikedua-dua belah tangan, berenti, mencangkung dan membelek-belek jam tu... dari sorang penjaja ke penjaja lain.... akhirnya tak beli jugak..Sambil mencangkung, mebelek, ramai jugak yang berenti menengokkan mek ni...apa tidaknya, dia mencangkung sambil menayangkan lurah punggungnya yang ..... muda lagi, cantik dan solid molid.

Akhirnya, belah begitu saja menaiki teksi.

Kalau dulu, mat-mat rakyat Malaysia, kalau nampak kita ..." Bang, maaf bang, bagi saya 5 minit untuk ceritakan pasal barang yang saya bawa ni" Aku selalunya kata "ok, tak payah" atau sekadar senyum dan tangan menunjukkan tanda tak mahu.

Ceritanya, barang tu kalau di tawarkan dengan harga RM20, harga sebenarnya dalam RM10 saja... kalau tawar RM15, dia akan kata tak balik modal atau rugi. Kalau kita cakap nak RM12 jer, dia akan kata " bang, untuk abang saja ok lah..jangan bagi tahu orang lain" Kita pun dah tawar, serba salah beli jugak...untung mamat ni RM2. Kalau 20 orang dia dapat pujuk , makna nya dia dapat RM40 hari tu. Working hours...flexible.

2) Aku tengah dok cari line wifi free, tiba depan starbuck, ada signal. Kuat pulak tu. Dalam dok klik sini, klik sana, terdengar bunyi macam benda keras kena hempas atas lantai konkrit. Rupanya ada minah (mungkin budak sekolah...mungkin bohsia) dok bergaduh dengan cowok dia, di tepi jalan, ditengah-tengah laluan orang ramai di kawasan bintang walk. Ada lah kawan simamat tu tolong leraikan. Aku tengok budak perempuan tu hisap rokok. Aku peratikan gelagat dia orang... Ehhh..lepas tu aku dengar si minah tu cabar mamat tu tumbuk dia... drama ke nie.?

Mamat tu buat tak kisah, minah tu menerpa rapat lalu di tolaknya mamat tu. lepas tu dia ambik bag tangan dia dan belah... Aku konfius.

Tak lama lepas tu, minah tu kembali semula. Siap bersembang baik semula. Muka masih masam tapi ada kala nya tersenyum. Hisap rokok lagi. Ni drama ke apa? mana kameranya, mana directornya.

Yang aku tahu, aku saja yang jadi penonton, orang lain buat tak kisah...mungkin bukan dunia aku, benda baru... orang lain memang tak peduli!

3) Aku jalan lagi...perlahan-lahan. Bukan ada tujuan sangat..sekadar melayan boring. Tiba-tiba terfikir, mana 1Malaysia ni sebab aku tengok macam aku dok kat 1Dunia.

Mamat Bangla dok sibuk layan pelanggan kat kedai jual bag tiruan, minah Indon dok jual jam tiruan, mamat Indon dok jual IPhone tiruan, mamat Gurkha dok jadi sekuriti, makcik Myammar dengan anak dok sibuk menadah tangan meminta derma kat orang lalu lalang, mat negro dok riuh bertempik kat muzik cafe tepi jalan kat Bintang Walk, tok arab dok sibuk dengan isteri dan anak-anak bergambar dengan seorang lelaki kerdil bergaya ala robot dengan keseluruhan badan dan baju berwarna metalik silver, lepas tu terjumpa mat-mat tourist dari India dok sibuk ambik gambar dengan kamera SLR yang baru di beli dari Low Yatt plaza dan minah dari Cina dok sibuk kempen foot flexology.... aku kat overseas ke ni?

Oh tidak, kat Malaysia sebab tiba-tiba aku ternampak polis pelancung di tepi jalan dekat trafik light Lot 10.

4) Aku tak sangka tiba-tiba aku disangka driver teksi...punya smart dengan t-shirt hitam berbelang dengan jean CMC, dia ingat aku driver teksi...

"Excuse me, can you go to Damansara Villa".. Aku pun "pardon". "Do you go tu Damansara Villa" Aku pandang cewek tu...amoi bertiga, muda dan lawa....Jawab aku " Sorry " sambil menunjukkan driver teksi sebenar.

"Oh, sorry"... aku tak sempat jawab...driver teksi tu dah layan dia orang....

Moral of the story...Jangan berdiri kat tepi teksi yang dok beratur tunggu passenger di tempat orang ramai begitu bila kita bergaya macam driver teksi!.

Thursday, October 07, 2010

CUAI HANYA APABILA IANYA BERLAKU

Semalam, sambil bersembang-sembang dengan beberapa orang eksekutif muda di tempat kerja, terkeluar cerita tentang cuai.

Memberikan contoh " anda di tuduh cuai ketika memandu sehingga menyebabkan kemalangan"... cuai itu hanya muncul apabila kemalangan berlaku, dalam erti kata lain, jika pemandu itu cuai tetapi tidak berlaku sebarang kemalangan maka di tidak akan dikatakan cuai atau di tuduh cuai sebab tiada apa-apa yang berlaku.

Contoh itu cukup jelas, kerana jika tiada apa-apa yang buruk berlaku atau kemalangan, maka tiada siapa yang dikatakan cuai walaupun sebenarkan sikap cuai itu ada. Apabila bangunan atau rumah runtuh, jari-jari akan menuduh siapa yang cuai sedangkan kecuaian itu jika berlaku,ketika peringkat permulaan pembinaan, tentu masalah cuai itu akan ditangani dan diperbetulkan bagi mengelakkan bangunan itu tidak runtuh. Apabila runtuh , ada saja tuduhan cuai atau rasuah timbul.

Cuba renungkan senario ini,

Pendakwa : Kamu cuai ketika memandu sehingga menyebabkan kemalangan, kamu faham atau tidak.

Tertuduh : Tidak sebab apa buktinya kata saya cuai.

Pendakwa : Kamu telah memandu di lorong yang salah dan bertentangan sehingga kamu melanggar kenderaan lain dan meyebabkan kemalangan.

Tertuduh : Saya bantah , pada malam sebelumnya, pada ketika yang sama, di tempat yang sama dan lorong yang sama, perkara itu tidak berlaku. Saya tidak melanggar atau dilanggari oleh sesiapa.

Pendakwa : Ya, tapi itu malam sebelumnya, pada waktu itu mangsa tidak berada di situ.

Tertuduh : Jika pada ketika dan tempat berkenaan, simangsa tiada di situ tentu lah tidak saya dilanggari and melanggari sesiapa.

Pendakwa : Ya itu betul, tapi pada masa kejadian kamu secara cuai telah berada di tempat yang salah.

Tertuduh : Tuan Majistret, Tuan Pendakwa, saya melalui jalan tersebut hampir setiap hari, pada masa yang agak sama dan melalui lorong yang sama tiada ada apa-apa yang berlaku. Waktu itu tiada kenderaan lain tetapi saya memang menggunakan lorong itu sebab lorong yang sebenarnya atau sepatutnya saya gunakan itu di limpahi oleh lampu spotlight yang terus menyilau pandangan serta menyebabkan saya akan hilang kawalan. Disebabkan itu, saya, pada masa dan tempat yang sama akan menggunakan lorong yang satu lagi. Si mangsa , jika sedar dan tidak alpa, tentu akan nampak saya dari hadapan dan tentu mengelak. Maka dengan itu tiada kemalangan akan berlaku. Mangsa tidak disilaui atau dikaburi oleh mana-mana lampu , maka mempunyai pandangan yang jelas di hadapan. Yang patut di dakwa ialah pihak penbandaran yang membenarkan lampu suluh atau spot light dipasang menghala ke jalan yang saya lalui sehingga menyebabkan saya di tuduh sebagai cuai....

Sunday, September 26, 2010

Manusia di sebelah

Malam ini aku di Miri, bermalam disebuah hotel yang ada berbintang-bintang. Maka rasanya penghuni atau tetamu hotel jugak diharapkan berfikiran berbintang-bintang, mentaliti bukan bukan sekolah tadika.

Malangnya jiran sebelah aku, bilik 516, macam hantu...menjerit-jerit sesama mereka macam hotel ini gua penginapan mereka. Aku amat yakin, kalau kat rumah mereka tak akan berbuat demikian. Rasanya 3 orang, dan rasanya orang melayu...tak tahulah ... kalau nak kata pemburu kehilangan binatang buruan, mungkin tidak sebab mereka ini tentu nya bukan pemburu dizaman batu ..cuma gaya dan perangai macam manusia di zaman batu.

Melompat dalam bilik macam berjogging di padang, menjerit macam rumah mereka sedang terbakar dijilat api, ketawa macam orang mabuk minum todi sebaldi. Rasa macam nak tengking jugak tapi aku tak mahu jadi sipemabuk minum todi lori setangki.

Biar lah dia orang... kalau ini pertama kali tidur kat hotel..biar lah mereka meriah sesama sendiri... kalau aku tak tahan..mungkin aku cari Jebat derhaka dengan keris Taming Sari nya.

Semuga tidur aku lena dan lelap dengan luahan ini.

Aruah Sosilawati dan Sensasi

Sebenarnya aku tak lah kenal sangat siapa Dato Sosilawati kecuali cerita tentang beliau seorang penguasaha produk kecantikan bumiputera melayu yang berjaya, juga cerita sensasi beliau apabila berkawin dan kemudian nya bercerai dengan seorang bekas penyanyi kumpulan Rock iaitu Nash. kan hebuh dalam Melodi TV3.

Tergerak nak menulis apabila berita kematiannya timbul. Begitu tragis sekali. bermula dari cerita beliau hilang tanpa kesan, kemudian berita beliau sudah mati dibunuh, kemudian dinafikan Polis sebab siasatan masih berjalan sehinggalah akhirnya terbongkar bahawa beliau dan 3 rakannya mati di bunuh secara yang amat kejam oleh 2 orang yang sepatutnya cerdik tetapi berjiwa ganas. Peguam yang konon nya bergelar Dato' yang kemudiannya gelaran itu tidak dapat disahkan , maka menjadi Dato' penipu.

Tergerak hati untuk menulis selepas kes beliau dapat diselesaikan (sekurang-kurangnya sudah ada suspek) dalam masa yang agak singkat.

Tergerak untuk menulis apabila ceritanya menjadi tajuk utama setiap surat kabar sehinggakan hingga kini tak kurang dari satu mukasurat penuh dengan cerita kematian beliau. kes ini begitu berprofil tinggi sehinggakan ada menteri juga terpalit sama walaupun dinafikan. Ada menteri melawat ke rumah....itu menunjukkan pengaruh serta ruang persahabatan dan kekewan beliau.

Tergerak hati untuk menulis apabila banyak lagi kisah sensasi sehinggakan ada terpalit juga jutawan dari India sehinggakan timbul cerita Jutawan itu mempunyai dua isteri yang sekarang sibuk muncul di akhbar menuntut hak...sebagai isteri atau menuntut harta?

Tergerak hati apabila parti politik dan orang-orangnya juga turut diheret sama.

Tergerak hati apabila sanggup disebarkan kisah beliau dirogol sebelum dibunuh. Kejam sungguh pembawa cerita.

Tergerak hati..tertanya-tanya apakah itu sebenarnya manusia sekarang, seorang yang dikatakan peguam sanggup membunuh walaupun dengan riak muka sesungguhnya begitu baik nampaknya.

Tergerak hati untuk menulis, begitu ada manusia cerdik tapi kejam berbuat demikian hanya kerana wang!

Tergerak hati untuk menulis....jika itu bukan lah seorang Dato' atau bukan orang ternama, hanya seorang insan biasa , hidup di jalanan, tapi dibunuh kejam...mungkin untuk organ dalaman impian orang hartawan yang wang tak habis dimakan...apakah kesnya akan di selesaikan begitu cepat....begitu sensasi atau apa-apa.

Tergerak hati untuk menutup cerita sensasi ini, agar polis tersukan menyiasat dan menghukum pesalah dan pelaku kejam ini. Tergerak hati juga untuk memohon agar dijauhi keluarga aku dari semua ini.

Buat aruah berempat, mangsa kekejaman manusia ini, semuga roh mereka dicucuri rahmat, diampunkan dosa-dosa mereka dan agar semua keluarga, sahabat dan umat islam lain, berdoa agar mereka tenang di alam yang lain.

AL FATIHAH.

Monday, September 20, 2010

EPILOG

Ini isu yang amat biasa terutama di tempat kerja aku, di mana situasi dan suasana lokasi mengundang banyak pengorbanan terutama bagi yang sudah berfamili, tak kurang juga dengan yang masih bujang...jiwa memberontak untuk menghirup suasana kerjaya yang memberikan kepuasan bukan setakat gaji atau pendapatan tetapi kepada diri sendiri. Suasana yang pernah aku hadapi...

Senario 1 - Pahang
"Hang kalau nak jadi manager, hang kena tunggu aku pencen atau aku resign atau aku mati..." Ini di Pahang... aku tak perlu tunggu, aku dapat juga jadi manager, di tempat lain dan suasana yang lain. Manager tu pulak dengar cerita dinasihatkan resign atas sebab-sebab yang aku sendiri tak tahu... Nasib aku dan nasib dia...siapa jadi penentu?.

Senario 2 - Juga Pahang, tempat yang sama

Aku bekerja hampir 9 tahun, di syarikat yang sama, di tempat yang sama cuma kerap bertukar division. Tiba2 Waktu tu aku hanya lah seorang Penolong Pengurus Kanan. Pengurus waktu itu, ke tanah suci Mekah tetapi meninggal dunia ketika di sana. Berita di terima ketika aku sedang berurusan di pejabat imigresen, Kuantan.

Adakah itu satu peluang, nasib atau kebetulan yang baik... being at the right place at the right time... as I'm the only senior assistant available in the company which have 4 division. Namun, aku tak pernah memikirkan hal tu sebab pengurus itu seorang yang amat rapat dengan aku, my senior in college and again, no doubt we have some difference in opinion in certain issues, work and the team goes well.

Setelah semuanya selesai, aku yang bekerja di division lain dipinggirkan...walaupun aku tak pernah terfikir nak rebut jawatan. Tugas memangku jawatan pengurus di berikan kepada seorang assistant yang sebenarnya lebih junior dari segi senioriti dan juga kelulusan akademik. Soalannya...tak layak kah aku?

Satu hari, aku terjumpa seorang ahli lembaga pengarah syarikat di sebuah bank di bandar... isterinya memang rapat dengan aku dan isteri. Dia bertanyakan tentang keadaan aku dan tentang kemungkinan aku untuk menjawat jawatan pengurus menggantikan pengurus yang meninggal. " rasanya susah ler kamu, dia orang dok fikir pasal anak negeri, you bukan orang sini, takat ni tak ada lagi manager orang sini. Politik pun ada masuk campur"...

Aku teringat bahawa satu ketika dulu, my Executive Director informed and showed me a letter from a top local politician about my action to terminate the service of a local malay contractor because this contractor through his mandore had tried to steal workers from another contractor and bring them outside. I had to stop this since those are registered and legal workers with permit under our quota"... Am I wrong for doing this as the contractor action will gave a bad implication on my estate operation.

Aku resign apabila pada suatu hari, pengurus aku memanggil aku dan secara sinis menyalahkan aku atas satu tindakan yang diambil oleh seorang penyelia kanan yang sememangnya dia sebagai pengurus mempunyai pandangan yang amat berbeza...negatif terhadap individu tersebut... I put you responsible to his action....blablabla.

Ohhh... aku dipinggirkan tapi aku tak kisah, sekarang aku dah rasa lebih bahagia dengan kerja dan jawatan sekarang, malah ada 4 managers as my subordinate. Tempat mungkin agak jauh di pendalaman but at least people appreciate my work even it is not that really good or superb... the best things i'm happy.

Senario 3 - Tempat baru, Sarawak.

" I don't need any postman, I need a manager to run this place". Mula sekali , siapa dia nak cakap aku macam tu , dia baru, just a PA which our company employed. Apa, aku bukan manager? Ini waktu meeeting dan aku rasa tak perlu nak jawab atau kata apa2.

Ceritanya begini... aku buat kerja menaik tarrf jalan ladang dengan kadar RM75/unit tetapi si mamat nie, tak tahu cerita dan background tiba kata mahal. " I don't want you just to invite any people you like to do the work, do an open tender." Hello, open tender!! Mampus , sure mahal sebab material was actual monopolised by a company. Ok, aku pun buat lah open tender.

Result of the tender, the cheapest is RM125/unit... terlalu mahal berbanding yg aku buat cara aku dulu iaitu RM75/unit. Bila RM75/unit dah mahal, tentu aku tak mau buat keputusan untuk ambik harga tender paling rendah terbaru iaitu RM125/unit...kan bodoh bunyi nya. Lalu, all the tender form sent to this smart mamat.
Oh sebab tu aku digelar posmen!!

"You are held responsible for the failure in getting the work done and the road ready". Aku diam sahaja..Really!!
Aku bersuara " ok, since I'm responsible for the failure and being a responsible manager, I resign. I will put the resignation letter on your table this afternoon". Terkejut beruk mamat tu.. Aku belah dari meeting..nothing to discuss.

Aku join company baru, hati senang, increment aku so far so good, tak payah pergi Indonesia untuk gaji yang menarik dan yang penting... aku suka memegang kerja yang benar-benar membuatkan aku lebih berfikir dan bertanggongjawab.

AKU TELAH BUAT KEPUTUSAN!!

So, apa yang aku ada sekarang adalah satu kombinasi nasib, keadaan dan suasana... ianya mungkin berubah tetapi selagi semuanya mengikut selera dan hasrat aku, aku akan terus bekerja..tak banyak nak di kejar ...yang ada hanya lah kepuasan bekerja dan harapan kita dan orang-orang disekeliling kita.

So, bercerita tentang bertukar tempat kerja dengan membuat keputusan.. saya rasa the best person is ourself but no problem to get advise. Anyway, we are the one to face the new setting, new environment and a lot of new things...


Thursday, August 05, 2010

Bulan Posa

Bulan puasa @ posa hampir sudah. Syarikat Yusoof dah sibuk promosi buah kurma di tv. Setiap hari ada iklan buah kurma. Banyak jenama tapi bendanya sama , mungkin rasa ada sikit berbeza, saiz buah dan warna serta tekstur buah. Sebenarnya buah kurma ni sepanjang tahun ada cuma bila nak puasa, promosi gila-gila, macam buah limau mandarin bila nak masuk Tahun baru Cina.

Minggu lepas saya dah dengar lagu raya. Seronok juga cuma puasa belum lagi dah ada lagu rasa. Tukang jahit sekarang ni tengah mengira pelanggan malah ada yang mula tolak tempahan. Dahsyat betui bila nak raya!

Dua minggu sudah, tempahan untuk tapak-tapak pasar ramadzan pun dah mula di buka. Nampaknya pesta makan dah nak mula. Ada juga promosi bufet berbuka yang dah keluar. Makan lagi!

Bulan puasa, kerja macam biasa walaupun ada yang bagi alasan... letih berpuasa. Hari-hari awal nampak ramai nya muka letih dan mudah naik marah. Biasa lah, kena bangun awal nak bersahur, lepas tu banyak aktiviti harian kerja tangguh. Kalau piala dunia kena masa-masa bulan puasa, mungkin ramai yang bersahur sambil tengok bola... tidor bola dan sahor pun bola.

Tuesday, August 03, 2010

Rumah Urut / Pusat Reflexology

Lama betui tak menulis nie..cerita banyak jugak tapi masa saja yang tak berapa ada sangat luang-luang yang lapang.

Nie cerita kat Sarawak...dengar kata kerajaan negeri tengah dok fikir nak bagi pusat-pusat urut dan pusat reflexology ni buka sampai pukul 2.30 pagi. Amboi, ramai betui orang nak mengurut time-time orang sepatutnya balik rumah dan tidor. Alasan nya ialah permintaan dari pengusaha pusat pusat nie yang mengatakan waktu sebegitulah waktu puncak...ramai pelanggan nak datang mengurut terutama pelancong. Mereka-mereka ni, yang dikatakan pelancong tu nak mengurut selepas seharian berjalan makan angin atau selepas keluar dari pusat-pusat lain yang kita namakan pusat hiburan.

Tapi bila fikirkan betul-betul, lain sebenarnya alasannya... Nie mesti ada kena-mengena dengan maksiat yang cuba di halalkan dan juga semua orang tahu yang di pusat-pusat sebegini rata-ratanya perempuan dari Negara Cina. Ikut undang-undang, pekerja perempuan hanya dibenarkan bekerja setakat jam tertentu di waktu malam dan sekiranya nak juga, kena minta kebenaran dari Jabatan Buruh / Jabatan Tenaga Kerja. Ini bagi memastikan pekerja perempuan negara kita terjaga terutama dari segi keselamatan dan keharmonian keluarga.

Hari-hari kat berita, serbu di buat kat pusat-pusat reflexology dan rumah urut, selalunya waktu malam atau awal pagi, apa yang ada ialah tukang urut perempuan dari negara cina dan pelanggannya rata-rata rakyat tempatan. Dan kesalahan yang menyebabkan serbuan ialah menyediakan khidmat istimewa dengan macam macam istilah seperti urut batin dan urut payudara. Fushhh

Jadi, pusat reflexology atau rumah urut ni, kalu kita setakat jam 10 malam, semua manusia tahu, jadi kalau nak urut tu pergi lah sebelum waktu tu. Rasanya, lepas pukul 12 tak ramai orang nak pergi mengurut kaki, baik balik rumah, mandi air panas, longjongkan kaki atas katil,rehat dan tidor...lagi selesa dan lega. Kalu pergi tengah malam nie, gerenti urut yang lain. Mat Saleh pun tak nak pergi urut waktu malam-malam gitu...

Friday, June 18, 2010

Acara Sibuk Tahunan

Seperti biasa, menjelang akhir tahun kewangan syarikat, aku menjadi sibuk, tertekan dan gelisah. Sibuk kerana pihak finance sibuk mendapatkan lapuran prestasi unit aku, mengkaji pendapatan dan juga maklumat untuk budget. tertekan kerana selalunya target tak dapat (sasaran tak realistik dan tinggi) serta gelisah kerana mencari apakah penjelasan yang sesuai untuk budget tahun depan serta prestasi yang tidak mencapai target.

Waktu-waktu begini, tidur malam tak begitu lena sebab banyak berfikir dan selalu mudah naik marah apabila ada yang cuba menyibuk atau buat perkara yang membengangkan.

Isu biasa ialah production tak capai target, pekerja tak pernah cukup, kos yang semakin meningkat ditambah dengan staf yang semakin kurang kerana resign.

Semuga hari-hari berikutnya menjadi semakin senang dan mudah.

Sunday, June 06, 2010

Boikot oh Boikot

Anda tentukan sendiri.... tiada paksaan jika itu dapat membantu.

Boikot Barangan Yahudi atau Israel ?

Serangan ala-lanun komando Israel terhadap kapal bantuan misi ke Gaza membuka mata dunia terhadap cara Israel melayan kemanusiaan. Mereka merasakan mereka besar apatah lagi apabila Amerika Syarikat berdiri utuh dibelakang mereka.

Maka, setiap kali perangai hodoh dan buruk Israel berlaku, macam-macam saranan di buat bagi mengajar Israel termasuklah memboikot barangan buatan syarikat Yahudi.

Melalui bog Ustaz Abdul Halim Abdullah- Inilah Jalanku.wordpress.com, terdapat senarai barangan barangan tersebut. Antaranya adalah barangan keluaran syarikat Yahudi atau jenama Syarikat Yahudi...
Rokok keluaran Phillip Morris seperti Malboro, Benson & Hedges, Winston juga Coca Cola, Mc Donald, Pizza Hut, KFC, Burger King, Barangan keluaran Nestle seperti Maggie, Nescafe, Coffee Mate dan Milkmaid, hasil karya syarikat Disneyland.

Lain-lain adalah Reebok, Converse, Calvin Klein, Boss, Ralph Lauren, Wrangler, Caterpillar, Produk Danone, produk Johnson & Johnson, Giorgio Armani, Lancome, Garnier, Donna Karan, Maybelline, L'oreal, Clinique, Tommy Hillfinger, DKNY, Aramis, Huggies, Kotex, Kleenex, Scott, Gillette, Braun, Oral B, papermate, perker, Ajax, Palmolive, kellog, Levis, Heinz.

Senarainya memang panjang.

Persoalan nya, berdasarkan senarai yang ada, barangan tersebut adalah dari pengeluar dan jenama yang biasa kita gunakan malahan sesetengah nya adalah barangan harian seperti ubat gigi palmolive, minuman nescafe, coca cola, makanan segera pizza hut, Mc Donald, KFC dan sebagainya.

Cuma, apabila kita nak boikot, cuba fikirkan ada sesetengah barangan itu adalah sekadar Jenama Yahudi sepertimana KFC yang francis di Malaysia dikuasai oleh sebuah syarikat GLC Johor. Boikot kini memerlukan pertimbangan atas dasar apa boikot ini nak dilaksanakan. Kita tidak pernah terjumpa satupun barangan "Made in Israel" di Malaysia cuma jenama-jenama syarikat Yahudi. Malah bagaimana pula dengan Intel (pengeluar cip komputer) dan IBM.

Besar juga peranan ekonomi bangsa Yahudi ini!!! Kita nak boikot barangan Israel atau barangan keluaran Yahudi. Regim Zionis itu adalah regim pemerintah Israel. Rakyat Israel terdiri dari majoriti bangsa Yahudi beragama Yahudi, penganut Kristian dan juga Islam.

Amerika Syarikat mendukung Israel kerana ekonomi AS juga dikongkong dan dikuasai bangsa Yahudi (tak semestinya rakyat Israel) malahan dana kempen kebanyakkan kempen Presiden AS juga disumbangkan oleh bangsa Yahudi.

PBB dan dunia hanya sekadar mampu mengutuk serangan dan menggesa majlis keselamatan PBB mengecam Israel. Itu pun selalunya tak berjaya sebab kuasa veto AS. Melemahkan ekonomi Israel dan bangsanya mungkin berjaya tetapi ia memakan masa yang lama bagi menghancurkan ekonomi yang sebenarnya melibatkan barangan dan jenama pengguna yang tersebar di seluruh dunia.

Yang heran bangsa Arab masih gagal mengugat Israel dan AS walaupun pasaran minyak dunia dikuasai mereka... tapi ingat syarikat Minyak Amerika yang banyak menguasai padang minyak Arab. Kesian Iraq, kesian Saddam Hussein!!

Rasanya nak menghancurkan Regim Zionis ialah menghancurkan pemimpin zionis tetapi bukannya menghancurkan negara Israel dan bangsa Yahudi. Ada kelompok bangsa Yahudi juga mengecam tindakan regim zionis. Tapi BAGAIMANA? Itu yang semua orang pening... bukan saja orang Islam tetapi juga pemimpin di AS... mereka sebenarnya ingin sangat keluar dari rantai belenggu Regim Zionis yang didokong kuat oleh ekonomi mereka, kepintaran teknologi mereka dan "pembekal dana kempen Presiden AS".

Thursday, June 03, 2010

Lombok - Satu pengalaman

Ini adalah posting saya yang ke 200. Tajuk post kali ini ialah Lombok, dimana saya memberikan nya satu keistimewaan bagi menyambut posting ke 200. Ini kerana kehangatan berita tentang anak gadis Malaysia "di bawa lari" dan berkawin oleh lelaki Lombok.

Lombok terletak di Nusa Tenggara Barat (NTB), Indonesia. Kedudukannya hampir dengan Pulau Bali, yang terkenal sebagai destinasi pelancongan antarabangsa. Di bahagian Timur Lombok ialah Sumbawa.

Saya ke Lombok sekitar pertengahan tahun 90an. Memang Lombok merupakan pulau yang cantik dan penuh dengan keaslian (waktu itu). Gunung yang tinggi dan masih aktif ialah Gunung Rinjani yang juga merupakan tulang belakang Lomok.

Menaiki pesawat kecil dari Surabaya, pernerbangan ini mengambil masa sekitar 30 minit. Menghampiri lapangan terbang, ketika pesawat mengurangkan ketinggian menghala ke landasan untuk mendarat, ternampak jelas kejernihan air lautnya.

Banyak yang menarik tentang Lombok walaupun agak kurang dari segi kemajuan. Rakyat Lombok majoriti Islam walaupun aada segelintir berketurunan Hindu Bali. Guide kami adalah Hj Ismail yang merupakan bapa kepada pekerja saya iaitu Syamsul. Bahasa atau dialek tempatan ialah Sasak tetapi Hj Ismail kurang arif menyebabkan kami terpaksa mendapatkan jurubahasa lain apabila mengunjungi kawasan pendalaman dimana dialet Sasak nya agak berbeza.

Kami menginap di Granada Hotel...sebuah hotel yang simple tetapi selesa. Ada mini zoo do hotel ini disamping sebuah "open Karaoke Lounge" yang menyediakan makanan dan minuman.

Atas urusan kerja, saya sempat melawat hingga ke Kecamatan Aikmel. Tujuan nya ialah untuk menyerahkan wang insuran pekerja kami yang meninggal ketika bertugas. Sambutan di kampung tersebut amat hebat. Kami dilayan begitu meriah walaupun sebenarnya kedatangan kami tidak dimaklumkan terlebih dahulu. Kedudukan tempat dan kampung ini sebenarnya dibantu oleh Hj Ismail. Seorang guru sekolah tempatan membantu untuk menjadi jurubahasa. Kampung ini amat daif namun penduduknya tidak merunggut. Dinding rumah diperbuat dari buluh yang dianyam. Sesetengah rumah, atap diperbuat dari lalang kering, yang mungkin di rawat terlebih dahulu.

Memasukki rumah tersebut, kami disuruh masuk dengan memakai kasut tetapi kami lebih rela membukanya sebab itu memang juga budaya melayu. Atas sebab keadaan yang tidak mengizinkan, kami memaklumkan kepada kedua-dua ibu bapa pekerja yang yang meninggal itu agar bersiap untuk mengikut kami ke Mataram untuk urusan pembukaan akaun bank (rekening) dan pembayaran wang insuran dan pampasan aruah. Dengan seadanya, mereka mengikut kami... si ayah, si ibu , seorang saudara yang agak berumur dan seorang kanak-kanak kecil (mungkin cucu).

Setiba di hotel penginapan, keadaan yang amat asing bagi keluarga ini menyebabkan mereka agak kurang selesa. Malahan apabila kami menguruskan urusan "check-in" bilik untuk mereka, mereka sekadar duduk di kaki lima hotel sehinggakan sekuriti hotel menegur dan mengarahkan mereka keluar. Ini gara-gara anggapan sekuriti itu mereka ini peminta sedekah ataupun mencerobohi masuk kawasan hotel. Apabila dimaklumkan bahawa mereka itu tetamu saya, maka sekuriti itu pun terus memohon maaf dan sedia memberikan bantuan.

Sesampai dibilik, saya terpaksa meminta seorang pembantu hotel untuk memberikan penerangan kepada keluarga ini tentang penggunaan tandas dan sebagainya. Agak asing bagi mereka.

Sebenarnya masyarakat Lombok benar-benar menghormati tetamu. banyak lagi cerita menarik yang akan saya kongsikan bila ada masa dan luang waktu.

Tuesday, June 01, 2010

Bulan Mei ... tahun ini dan tahun-tahun mendatang.

Antara sedar atau tidak, bulan Mei sebenarnya mempunyai lebih dari 31 hari... bermula dengan Hari Pekerja (saya lebih suka Hari Pekerja dari hari Buruh), Hari Bomba, Hari Jururawat, Hari Guru, Hari Tanpa Tembakau dan macam-macam hari lagi.

Bulan Mei juga membawa banyak kenangan dan cerita. Banyak tempat sibuk tanpa gula di kedai dan waktu inilah banyak iklan dan dokumentari tentang bahayanya gula. Tapi tahu kah kita, tauke gula Malaysia adalah orang terkaya di Malaysia! Bisnes gula dah macam monopoli... macam bisnes beras. Kedua-dua barang ni adalah barang kawalan dan diberikan subsidi. Ada ura-ura bahawa subsidi akan di kurangkan secara berperingkat bagi mengurangkan defisit negara disamping membantu mengurangkan perbelanjaan negara. Yang lebih penting, usaha ini bagi menggelak Malaysia menjadi negara Muflis menjelang 2020. 2020, satu gagasan TDM dimana Malaysia diharapkan menjadi negara maju dengan cabaran-cabaran tertentu. Namun pengurangan subsidi ini, yang bakal mengurangkan belanja kerajaan sebanyak RM103 billion ini sesuatu yang tidak difikirkan sebagai satu cabaran menghadapi 2020.

Apa yang pasti, setiap kali ada pilihanraya kecil, banyak wang dan janji ditaburkan. Persoalannya dimanakah sebenarnya defisit kerajaan? Wang yang dijanjikan itu wang siapa, jika bukan wang rakyat. Bertaburanlah menteri dan penyokong menyerbu sepertimana berlaku di Sibu. Tidak kurang juga para pembangkang. Itu satu perbaziran... bulan kayuh basikal dari Putrajaya... tentu naik kapalterbang (belon kata orang Sarawak).

Samy Velu pun satu hal. Bulan Mei 2010 menjadi mimpi buruk kepada SV. Akibat tekanan demi tekanan SV dikatakan sudah menjadi Semi-Value. Sebenarnya banyak sudah jenaka dan lawak kedai kopi menggunakan atau mengaitkan SV. Hanya dia saja yang tak tahu sebab dia minum kat Bistro atau Hotel mewah. Tentang GAS pulak, itu tindakan orang kecewa...penyokong saja yang tak sedar. Itu politik. Kata TDM, baik berundur sebelum orang benci. Orang dah benci pun!! GAS tak kemana, semuanya atas SV, kalu dia turun, GAS kata itu satu kemenangan, SV pulak akan kata, masa nya sudah sampai.

Serangan Israel terhadap kapal-kapal bantuan Gaza juga mengakhiri cerita bulan Mei 2010. Dunia hanya setakat mengecam..mana ada tindakan tegas. Obama tak boleh buat apa, sebagai "the first black in white house", Obama sebenarnya dikelilingi oleh orang Yahudi baik di Kongres atau pun di dalam kelompok ekonomi dan "funder" Obama. Kalau OSama buat begitu, dunia akan bising dan serangan akan dibuat walaupun tanpa restu PBB. Jadi tak silap lah kalau OBAMA dan jadi Oh-Dah-Sama dengan Osama. Cuma, Osama menentang penindasan terhadap kemanusiaan Islam sedangan Obama membantu Israel menyerang bantuan kemanusiaan.

Obama boleh terus tersenggih, isterinya akan terus bergaya dengan pakaian mewah dan berjenama... tapi Palestin tetap disitu dengan penindasan. Ingatlah bangsa Palestine bukan semuanya Islam, malahan kabinet nya juga ramai orang Kristian. Maka ini adalah soal bangsa bukannya Ugama.

"Muka Buku" atau Facebook, yang terkenal sebagai rangkaian sosial yang meluas, membuatkan Mei 2010 menjadi lebih dikenang dengan membiarkan pihak anti-Islam menggunakan rangkaian ini untuk menghina Islam melalui slot "melukis gambar Nabi Muhamad". Manusia anti-Islam ini tahu bahawa itu sesuatu yang sensitif tetapi itulah api yang cuba dimainkan.

Mei akan meninggalkan kita dengan sambutan Gawai.

Thursday, May 20, 2010

Allson Seremban

Selepas presentation mid term untuk International Strategic Learning Programme di Nikko Hotel, KL, hari ni aku di Seremban pulak. Bermalam kat Allson. Sessi pagi ada training class, tengahari pulak ada team building game.

Game ni banyak kena guna team effort dan planning tapi yang paling best bila buat high rope. Gayat jugak. Ada pulak hujan sikit-sikit. Bila sampai kat tengah, tangan dah berpeluh, nak bergayut rasa macam dah tak sanggup. Dah lah tinggi, tali tu pulak asyik bergoyang. Macam nak give up. Tangan kiri memang tak kuat sebab sakit-sakit dan sengal-sengal. Tapi disebabkan member bagi semangat berterusan, usahakan jugak. Akhirnya lepas. Rasa seronok pun ada.

Satu pencapaian untuk hari ni.

Tuesday, May 18, 2010

Tension

Hari ni kena buat preparation untuk mid term review. Semuanya lancar sebelum presentation sebenarnya esok. Fasilitator telah membuat rumusan dan ulasan, janji kena buatlah apa yang perlu.

Sayang, dalam kelekaan, thumb drive saya hilang....sebelum pindaan atau penambahbaikan dapat dibuat. Maklumat semua ada dalam thumb drive tu. Tension habis.

Jadi, kena masuk on-line dan ambik maklumat dari inbox dan sent folder e-mail. Nikko hotel internet rate pulak mahal, RM2 seminit atau RM60 bagi 24 jam. Terpaksalah.

Harap-harap CEO , COO, CFO dan PD dapat terima presentation aku, kalu tidak, puas lah nanti waktu soal-jawab.

Monday, May 17, 2010

PRK Sibu Vs Badminton Piala Thomas.

BN kalah dalam PRK Sibu dengan majoriti yang agak tipis. Namun hakikatnya BN tewas. Tewasnya BN di Sibu mempunyai implikasi yang agak meluas terutama ketika Sarawak menghampiri Pilihan Raya Negeri, yang mungkin tahun depan.



Penganalisis politik selalunya sibuk di temuramah oleh para pemberita terutama stesen tv...macam-macam analisis di buat, itu selalunya pendapat peribadi. Kadang-kadang tak menjadi pun. Tewas BN di Bintulu mungkin angkara beberapa faktor terutama nya faktor atau pengaruh pengundi Cina serta penghuni rumah panjang. Rata-rata inginkan perubahan terutama di peringkat negeri. Mereka ini tidak mempunyai apa-apa bantahan terhadap kepimpinan peringkat Nasional. Mungkin sampai masanya perubahan di buat.

Pengaruh ahli politik serta penyokong politik dari Semenanjung yang cuba membawa budaya berpolitik cara Semenanjung juga membawa bencana. Gerakan secara agresif, ganas adalah bukan budaya masyarakat Sarawak yang amat harmoni serta bersopan. Ini satu kesilapan besar apabila budaya sebegini cuba di bawa masuk.

Pemberian serta janji-janji peruntukkan juga gagal menjurus pengundi terhadap BN. Jika diberi, terima aje, jika tidak, kehidupan masyarakat Sibu tetap berjalan seperti biasa. Tahukah bahawa betapa ramainya jutawan di Sibu terutama jutawan balak dan perladangan. Malah, beberapa orang di kalangan mereka adalah antara jutawan yang menduduki tangga tertinggi dalam carta jutawan atau bilionar Malaysia.

Pengalisis politik adalah sama juga dengan penganalisis sukan... cuma bezanya analisa sukan banyak berfaktorkan trend atau sejarah pertembungan... pertembungan atas kertas. Semangat bermain di tempat sendiri tidak semestinya membawa kejayaan. Lupakan kemenangan pada 1992.... kini perubahan sukan badminton bukan sekadar kemahiran dan skil individu....kekuatan mental serta strategi amat perlu. Jika sebelum masuk bertandingan, mulut kata menang tetapi fikiran menjurus kepada kalah, kemungkinan besar kita kalah.

Politik dan sukan tidak jauh berbeza... penganalisis hanya membuat ramalan dari faktor sokongan yang ada tetapi kenyataan sebenar boleh bertukar disebabkan kita lupa bahawa pihak lain sentiasa bersedia tetapi kita hanya bersedia setakat yang ada.

Bukan janji atau ramalan yang dipinta tetapi apa yang boleh dan telah dikecapi, di depan mata. Janji akhirnya mungkin tinggal janji..bukan semua orang memerlukan janji kerana mereka sudah ada apa yang nak dikecapi. Bukan kita menjadi bertambah baik tetapi pihak lain sebenarnya bertambah baik dalam sepi...bak diam ubi berisi... bukan tong kosong yang bising tanpa isi.

Saturday, May 15, 2010

Saturday, May 01, 2010

Bulan Penuh Cerita

Secara peribadi, bulan April ni memang banyak aktiviti dan juga isu-isu panas. Kelas ISLP masih kena attend setiap bulan dan bagi April nie, banyak benda kena buat sebab ada mid-term review di KL pada May 2010 nanti. Budget tengah hangat, accounting system pun baru, tengah sibuk buat "system migration". Production jatuh, bos bising, KL bising. Pekerja terus jadi masaalah, asal masuk saja, ada jugak yang lari keluar, berhenti tanpa pengetahuan majikan.

Di peringkat nasional pulak, terbaru kes budak 15 tahun tertembak. Tak mau komen sangat sebab ianya melibatkan budak 15 tahun, bawa kereta tengah2 malam. Hulu selangor pun hangat, memang BN menang tapi isu hangat ialah isu pengagihan undi dari kaum Cina.

Yang paling saya marah, hari ini, kereta saya dipecahkan, di kianati orang. Lampu depan kiri dipecahkan, tingkap penumpang bahagian depan dipecahkan, bonet depan di kemikkan, pintu diri sebelah depan juga ada kesan kemik kena ketuk, begitu jugak kat bahagian bonet belakang. Tak ada pinjam along, jadi entah siapa pengkianat nie. Dah tentu akan habis dalam seribu atau dua ribu nanti.... relax dulu, lain kali baru repair kereta nie..road tax akan mati tengah bulan nie. Habis lagi RM800.

Tuesday, April 13, 2010

Hidup Tanpa Rumah (Part )

Ini cerita benar, tiada yang lain selain yang benar benar belaka.... Atas permintaan seorang teman yang ingin tahu kesudahan cerita "Hidup Tanpa Rumah".


Dalam perjalanan ke Puduraya, sesekali toleh ke belakang. Mana tau kut-kut , yang menegajr itu tadi masih ada. Otak terfikir, nak ke mana sekarang nie.

Tengok jam dah dekat jam 2 pagi. Kereta masih ada walaupun tak sesibuk waktu siang. Walaupun keadaan sepatutnya sejuk, tapi dek berlari tadi badan jadi panas..berpeluh. melekit rasa badan. Rasa-rasa nya badan sure dah berbau tapi kita yang empunya diri tentu tak terbau.

Sampai di Puduraya, tempat pertama di tuju ialah kawasan ruang menunggu penumpang bas. Tak banyak bas yang ada waktu tu. Rasanya bas express dah semua berlepas... Sambil perhatikan kawasan keliling, saya melabuhkan badan di bangku simen untuk mencari peluang untuk tidur seketika. Nak kemana lagi sebab duit memang dah kritikal habis.

Dalam dok pejam memejam mata, melayan mata nak tidur, tiba-tiba di tegur pulak oleh seseorang. Rupa nya sekuriti kawasan Puduraya. "Maaf, tak boleh tidur kat sini., kalu nak pergi kat stesen teksi tingkat atas". Dah, terganggu lagi, perlahan-lahan , bawa bag pergi tingkat atas. Seperti tadi, tidur atas bangku tempat menunggu. Masih ada dreber teksi kat sana. Ada yang dok relax-relax dengan teman yang lain, main dam. Ada yang tidur dalam kereta. Terasa sejuk betul....ada jugak nyamuk kat sini. Memang tak boleh tidur , walaupun badan memang terasa letih, mata terasa pedih.

Dalam dok layan mata, pujuk-pujuk untuk tidor...tap-tap terdengar riuh-rendah kat badan sana. Terkejut dan nak tahu apa yang berlaku. Rupanya ada ada budak bergaduh. Riuh memang riuh. Nampak ada yang berlari lintang pukang. "Gang fight" ke apa , saya tak tahu lah pulak. Tapi benda tu sekejap saja, saya nampak ada polis yang berkawal kat situ. Waktu tu pulak mana ada banyak sangat pekerja Indon, jadi saya rasa ni mungkin kerja samseng-samseng jalanan.

Memang tak boleh tidur, letih memang letih. Dekat pukul 5 pagi, saya terus ke bilik air. Apa lagi, mandi. Walaupun sejuk, air terasa suam. Lega rasanya.

Lebih kurang jam 5.30 pagi, saya bertekad ke rumah kakak saya sekali lagi di Ceras..naik bas mini..tambang baru 50 sen.

Bersambung

Saturday, April 03, 2010

Foto - Memberikan Banyak Taksiran

mAU nGAKU tOURISt KE?
rUMAH cONtOH - bUNGALOW

tERKEZUT KALU nAMpAK MACAM NIE
aLA2 PEGUIN dI sTESEN mINyAK
KIRIMAN KAWAN - DARI SUMBER YANG TAK DIKETAHUI .



Tuesday, March 09, 2010

Dinosaur Lenyap

Terbaca satu artikel dalam Borneo Post, Sarawak bertarikh 8hb Mar 2010 tentang pengesahan lenyapnya Dinosaur disebabkan oleh ledakan meteor pada satu ketika, lama lama dulu. Ianya berlaku di Mexico. Kesan ledakan itu menyebab tsunami yang besar, geseran kerak bumi, perubahan cuaca yang ektrim yang di panggil "Global Wintering". Ini macam saudara kandung "Global Warming".

Ledakan Meteor ini menyebabkan Dinosaur terhapus sama sekali kecuali spesis tertentu terutamanya dari jenis reptilia tetapi kini telah melalui proses tertentu yang menghilangkan beberapa ciri fizikal mereka.

Dasyat juga meteor ni, kata nya ledakan nya bersamaan dengan berbilion biji bom atom yang jatuh kat Nagasaki dan Hirosima. Susah nak bayangkan terutama bila kajian ini di buat berdasarkan fakta sejarah yang susah nak disahkan oleh mana-mana orang. Berlaku terlalu lama dulu. Rasa macam teori saja, tapi berita ini dikatakan satu pengesahan kepupusan dinosaur disebabkan bencana ini. Tak tahu lah tinggi mana ombak tsunami ni.

Mungkin tsunami sebegitu akan berlaku lagi....dengan 'lobal Warming" dan gempa bumi yang terlalu kerap berlaku di seluruh pelusuk dunia termasuk yang kecil-kecilan di Malaysia.

Jadi, dunia hancur sebab Global Warming atau faktor luar yang bukan dari bumi....misalnya Meteor yang menghentam bumi.

Saturday, March 06, 2010

Tuesday, March 02, 2010

Hidup Tanpa Rumah (Part 2)

Memang tak boleh nak tidur sebenar nya. Jadi layan saja mata yang letih dengan bersembang dengan kawan baru saya tadi. Terrasa sejuk jugak bila dah mula lewat malam. Tak ada choice. Kawan baru saya ni (kali ni sebut mamat jer), selamba, tarik kain pelikat dia (tak tau lah berapa lama tak basuh) buat selimut. Tapi kami masih belum tidur. Saya mula nak korek cerita. Ini benda baru... selalunya yang lepak tepi jalan macam ni budak-budak kaki "pit" @ penagih dadah. Heran, saya terasa selamat pulak!

Mamat nie pun bercerita ". Asal dari Changlun , Kedah" (patut lah slang utara). Ngaku nak sambung sekolah, malas. Orang tua tak peduli sangat. Tapi selalu bising. Dah mula besar ni, dah mula nak berbelanja, paling tidak rokok, lepak dengan kawan-kawan. Kawan-kawan , lepas sorang ke sorang, mula bekerja, walaupun tak seberapa besar gaji. Ada yang merantau cari rezeki tempat lain, ikut kawan-kawan. Lepas dok kena bising kerap, naik boring..melawan cakap dengan orang tua...kena pulak orang tua "terlepas: cakap..."hang pi jauh dari rumah nie, jangan dok balik-balik lagi:. Peh...hati kita pun tengah geram, malam tu jugak cabut. Tapi nak pi mana, tak ada planning. Last-last tumpang lori mai Kuala Lumpur. Sampai KL, mana nak cari kawan, alamat pun tak ada. Jadi mula melepak tidur kat kaki lima...itu dah first day. Mula kenal member-member kaki lepak ni."

"Ikut jugak budak-budak ni. Sebenarnya bila dah jadi senasib, baik depa ni..tolong lah jugak. Dari situ bermula lah cerita hidup si mamat nie. Waktu malam tidur di kaki lima, siang buat kerja sambil-sambil, macam cuci kereta dan awal malam (senja), jadi mat parking. Dapat lah duit dalam 10 ringgit ke 20 ringgit. Cukup lah untuk makan dan rokok. Nak sewa rumah ke bilik, tak cukup makan. Hasil hanya banyak waktu malam minggu, hari biasa kurang. Kadang-kadang setakat lima ringgit. Nasib baik saya tak main "pit", kalau tidak mampus. Mandi kat stesen minyak atau masjid. basuh baju pun macam tu, sidai kat ranting pokok atau mana-mana tempat jadi "port". Keluarga?, saya tak pernah balik, depa pun tak pernah cari. La ni, biar dulu, ingat nak balik jugak, tapi nak tunggu sampai nak ada berjaya sikit. Kalu boleh nak cari motor sebijik, boleh jadi ofis boy kut. Tapi, sampai sekarang tak pernah dapat simpan duit. nak minta kerja, sijil memang tak ada. Harap-harap saya boleh jadi manusia kut nanti."

Dalam dok layan nie, mata dah kurang mengantuk...dah lepas pukul 1. Mamat tu dah mula kurang rancak...saya masih dok terkial-kial nak lelap mata. Sejuk! Kadang-kadang, ternampak tikus sebesar anak kucing berlari-lari kat tepi longkang. Kadang-kadang ada jugak orang lalu lalang.

Dalam dok angan-angan tu...tiba-tiba riuh...Oiii lari, polis. Mamat , member baru saya ni, cepat betul bangun, ambik beg dan dia cakap " bang, lari bang, polis tu...naya nanti". Dia lari, saya pun lari. Dah lega sikit, saya berjalan ke arah Pudu Raya..

(BERSAMBUNG).

Sunday, February 28, 2010

Binatang atau Otak Binatang

Hari tu ada tengok "news" cerita tentang betapa seekor anjing betina yang masih menyusukan anak nya turut menyusukan 2 ekor anak kuching yang kehilangan ibu nya. Tak ada sengketa pun. Itu binatang..makna nya binatang ada jugak otak dan peri kebinatangan (jika bukan peri kemanusiaan) atau dengan lebih mudah dikatakan ada perasaan.

Cerita terbaharu ialah kisah kanak2 perempuan berumur 3 tahun mati di dera oleh "TEMAN LELAKI" emaknya. "Teman Lelaki" itu ialah keyword nya. Bapa kanak-kanak malang itu kini dipenjara sejak tahun 2006. Kesalahan jenayah. Pendera alias teman lelaki mak budak perempuan ni pulak pemandu teksi dan penagih dadah.

Dah mati kanak-kanak perempuan tu. Kisah kematian trajis tu menjadi berita hangat. Menteri pun turut turun padang dan dek kerana cerita ini saya terhenti untuk menyambung cerita "Orang tak berumah di KL".

Pertama, mana manusia , jiran-jiran keluarga ini. Kedua, mana pulak peranan datok dan nenek kanak-kanak malang ini. Ketiga, apa menteri boleh buat, mungkin sekadar melawat, janji itu dan ini...saya nak tengok tindakan. Yang jelas mak budak malang ini telah melakukan kesalahan syariah. Kira2 ikut Fardu Kifayah, orang sekeliling tu sepatutnya melaporkan kemungkaran itu dah dulu lagi. Sekarang budak tu dah meninggal...semuga roh nya dicucuri rahmat. Alfatihah.

Mak budak tu...biar dia dengan dunia dia...biar kematian anak dia menghantui dia sepanjang hayat. Saya memang tak peduli!

Lan Cik Gu....Aku harap hang sihat... aku nak sambung cerita aku "semalam bersama budak tak berumah tu".

Wednesday, February 24, 2010

Hidup Tanpa Rumah

Malam ni (24/02/2010) di TV3, dalam rancangan aduan rakyat, terhidang satu isu mengenai kehidupan segelintir manusia rakyat Malaysia yang hidup tanpa rumah. Bermalam dan tidur di Dataran Merdeka dan juga lain-lain tempat berhampiran termasuklah di kawasan Chow Kit.

Lebih malang dan sayu ialah ada yang berkeadaan begitu dan hidup bergeladangan bersama isteri malahan dengan anak yang masih kecil. Lebih terharu melihatkan mereka mengelidah tong-tong sampah di belakang KFC dan A&W mencari sisa-sisa makanan. Itu digambarkan dengan jelas. Memungut dan mengutip sisa-sisa ayam goreng untuk di bawa balik dan dimakan bersama-sama kawan, anak dan isteri. Aduh, mana perginya rasa penyayang rakyat Malaysia.

Mengapa mereka jadi begitu?. Tiada kerja dan pendapatan yang tak tetap atau pendapatan yang tidak cukup dengan kos sara hidup yang tinggi. Menyewa tentu tak mampu!.

Pada tahun 1987, saya pernah menjadi manusia geladangan , terpaksa tidur di jalanan kerana ketiadaan wang dan tempat nak di tuju akibat wang yang saya ada telah di curi ... hanya cukup untuk makan itu pun sekadar RM5. Tiket untuk pulang tak cukup walaupun tambang ketika itu sekitar RM21 bagi perjalanan satu hala.

Apabila itu berlaku, tempat pertama yang saya tuju ialah rumah kakak saya di Cheras. Dengan tambang bas mini ketika itu sekitar 50 sen, saya ke sana tapi malang kakak saya tiada kerana pulang ke kampung. Saya berpatah balik ke Puduraya dan mencari tempat yang sesuai untuk meleepaskan penat dan bermalam.

Tiba-tiba terfikir untuk ke Masjid India dekat Wisma Yakin / Selangor Mansion. Waktu itu terfikir mungkin kah masjid itu di buka dan dapatlah saya mencari tempat bermalam walaupun mungkin tak selesa. Malang nya, masjid itu berkunci, waktu itu sekitar jam 11 malam. Sedih dan mencari bingung. Saya bukan selalu ke KL, tak banyak waris yang saya kenal atau tahu mana kediaman mereka. Mana lagi arah tujuan.

Saya hanya berbekal sebuah beg baju... tujuan kedatangan ialah untuk menghadiri satu temuduga kerja. Waktu tu mana ada handphone dan lagi keluarga saya di kampung pun tiada telefon. Nasib saya amat, amat baik kerana terserempak dengan seorang anak muda lain (mungkin lebih muda dari saya). Itu berlaku secara tak disengajakan. Melihatkan saya bingung dan resah, adik tersebut menyapa saya ..." Bang, nak tidurq kat masjid ke?". "Aaha, ya, tapi tutup, tak tau nak pi mana, duit pun tak ada". "takpa bang, saya memang dah besa macam ni, jom ikut saya, kita tidorq sana. Abang dari mana?" Saya waktu tu tak tahu apa kerja adik tu dan tak pulak ada sebarang wasangka buruk terhadap budak ni. Saya ikut je.

Di satu kaki lima, dekat Wisma Yakin, kami berenti. "Bang, kita tidorq sini je. Nak kotak buat lapik ". Kata budak tu sambil menghulurkan kotak yang agak besar setelah di buka. "Memang sini port saya, kotak tu memang ada terselit kat tepi sana. Bantal guna beg saja". Saya pun apa lagi, bentangkan kotak dan melabuhkan badan. Beg yang saya bawa dijadikan bantal. Saya hulurkan rokok kepada budak lelaki tadi. "Terima kasih bang".

(Bersambung).

Monday, February 22, 2010

Malaysia....Truly Asia

Isteri saya memang minat membaca ruang komen Rakan BH kat Berita Harian... bukan apa...kadang-kadang ada yang lawak dan kadang-kadang memang ada yang masuk akal...pendapat bernas.

Dalam dok sibuk-sibuk, isteri saya terbaca satu komen rakan BH yang antara lain menyatakan bahawa betul tagline pelancungan kita iaitu...Malaysia..Truly Asia, sebab komen itu sebut lagi,, mana tak "truly Asia", pandang kanan, Mat Indon, pandang kiri Mat Bangla, pandang belakang Mat Mymmar, pandang depan Mat Nepal...itu tak masuk lagi masuk kedai mamak , nampak Mat India Mari, pergi reflexologi, Minah Cina Mari...sampai dok tarik beg beroda jual VCD pun awek Cina.

Tak lama lagi mungkin jadi Malaysia...Truly Asia and Africa... sebab Mat Africa atau Awang Gelap ni dah merata-rata tempat...ada dari Nigeria, Cameroon, Sudan dan lain-lain lagi. Itu lagi ganas...dengan black moneynya, scam dia lah, sekarang dah mula jadi "drug pusher".

Jadi tak heran lah kalu kita sibuk balik raya, mat-mat dan minah Bangla, Indon, Nepal, Tibet, Vietnam, India, Cina, Filipina dan lain-lain akan turut Beraya Sakan "Melancung sambil Beriadah" kat KLCC, Bukit Bintang dan lain-lain tempat. Pak-pak sekuriti @ Satpam pun tak boleh buat apa sebab Sekuriti pun dah banyak orang dia.....

JADI MALAYSIA TRULY ASIA ATAU MALAYSIA TRULY ASIAFRICA

Cewek Indonesia - Mahal Lor!!

BH hari ini memaparkan cerita bahawa ada syarat baru untuk berkahwin dengan wanita Indonesia. Syaratnya ialah wang jaminan atau pendahuluan sebanyak 500 juta Rupiah atau bersamaan dengan RM170,000. Wang tu kena "bank-in" dalam sebuah bank Islam tempatan. Wang itu sebagai jaminan sekiranya perkawinan itu berakhir dengan perceraian.

Ada bagus jugak cara tu tapi rasanya banyak yang tak bagus;
a) Lelaki tempatan mungkin dipandang murah oleh wanita tempatan sebab cowok-cowok ni tak perlu bayar jaminan apa2...jadi kalu dah kawin dengan orang luar, cewek Indon ni tentu megah sebab wang jaminan dah ada 500 juta, belum lagi masuk wang yang lain2. Kalu ada 500 juta untuk pendahuluan, tentu ada beribu-ribu juta rupiah wang simpanan lain.
b) Cewek Indon tentu sibuk nak cari Cowok Import.
c) Kalu tak jadi bercerai , jodoh panjang, duit dalam bank islam tu tentu beranak pinak, dari 500 juta jadi mungkin 5000 juta selepas 30 - 40 tahun tapi sayangnya mungkin si cowok atau si cewek tu dah mati!
d) Kalu nak kawin dengan cewek Indon, mamat-mamat luar kalu tak ada duit cukup, kena bawa lari ler si jantung hati tu...macam cowok Indon dok bawa lari anak dara malaysia kita.

Tapi, kalu ini lah betul2 jadi, bayangkan kalu sebulan ada 100 cewek Indon berkawin dengan Cowok Import, kalu kali 500 juta...dah jadi 50,000,000,000 Rupiah dah masuk dalam akuan Bank Islam tu atau dah RM kira RM17juta. Duit tu dok tidor dalam Bank Islam tu atau dilaburkan... banyak faedah nya...kepada Siapa?

Tapi nak tanya, kalu Cowok Indon kawin dengan Awek Malaysia, nak minta berapa? Selalunya kes bawa lari, free jer!!

Friday, February 19, 2010

MRSM Betong - Baruuuuu

17hb lepas hantar anak ke MRSM Betong, Sarawak. Biasa lah, anak bongsu , first time jauh dari famili, satu famili antar. Angah masih cuti ... SMS Kch buka semula pada Isnin depan.

Tak ada yang istimewa kat MRSM Betong. Pendaftaran agak lancar walaupun agak kelam kabut... jam 10 pagi tu mungkin waktu puncak pendaftaran. Asrama kira ok cuma susunatur dalam bilik nampak sempit. Katil agak rapat, kipas angin hanya kat tengah, jadi yang di tepi tu, panas sikit. Ventillation pun agak kurang. Menarik, hostel student dekat dengan kediaman guru2... itu lain dari kebiasaan. Cuaca agak panas tapi anak bongsu tu agak excited. Terjumpa pulak kawan-kawan lama kat sekolah lama dulu...

Ada taklimat dari pihak sekolah...itu nampak macam tak kena... di mulakan dengan pemangku timbalan pengetua, lepas tu pengetua dan seterusnya timbalan pengetua akademik. Nampaknya kena belajar protokol dan seterusnya public speaking.

Speaker pertama cakap , hand phone dan lap top komputer tak boleh bawa, bila pengetua pulak, itu peraturan lama tapi kini ada cadangan baru... termangu-mangu ibu bapa... boleh ke tak boleh. Jika tak ada kepastian, lebih baik tak payah cakap...kena pulak, speaker pertama dengan kedua tak sekata pulak. Tak bincang ke dulu atau dua-dua orang ni tak jumpa sebelum majlis tu. Kesian rasanya pada Pemangku Timbalan tu. Saya rasa hand phone tak payah bagi student pakai atau bawa..selalu dengar cerita kes gaduh dan buli di asrama berpunca dari hand phone..contoh kes sekolah kat Oya dulu.

Pengetua pulak sibuk dengan kata-kata memuji 2 tokoh pemimpin tempatan yang membawa MRSM ke Betong... Kalau tak silap 3 kali dalam ucapan nya hingga siap meminta pendengar tepuk tangan tanda setuju atau menyokong. Pelik betul!

Pemimpin semestinya berusaha membawa pembangunan ke kawasan beliau, setidak-tidaknya sesuatu yang bolek meningkat sosio-ekonomi kawasan terbabit. Pembinaan MRSM menambah penghijrahan orang luar ke Betong, membuka peluang pekerjaan dan seterusnya memberikan kemudahan kepada masyarakat setempat. Tapi dalam bab MRSM Betong ni, student nya dari merata tempat di Sarawak seperti Bintulu, Sibu, Mukah, Sri Aman dan Betong sendiri. Maknanya tempias pembinaan MRSM ini menjangkau kepada masyarakat luar.. cuma kedudukannya di Betong membawa nikmat dari segi ekonomi masyarakat tempatan. Itu lah jasa tokok politik yang disebut2kan itu. Tapi jangan lah banyak kali sangat...dah jadi macam ceramah politik dan juga nampak macam membodek.

Pengetua sepatutnya mengalu-alukan semua student baru dan ibubapa atau penjaga yang hadir.. kedua, kalu nak puji pemimpin tempatan mungkin dengan cara berbeza seperti... Betong amat bertuah kerana tokoh ini...sebut nama tokoh2 telah berjaya membawa MRSM ke Betong dan dengan itu dapat membawa kemajuan ekonomi dan sosial di kalangan masyarakat tempatan. Dengan adanya MRSM ini, maka ianya juga memberikan peluang dan kemudahan pendidikan yang terbaik untuk anak-anak penduduk tempatan kkasnya dan Sarawak amnya.... habis...noktah.

Apa2 pun, itu lah MRSM Betong, baru pengambilan ke dua, SPM tahun ini adalah yang pertama dan berharap hasilnya yang terbaik.

Saturday, February 06, 2010

Liwat atau Lewat, Lawat atau Melawat

Waktu mula-mula kes liwat sibuk dalam tahun-tahun hujung 90an, saya memang pening kepala. Buka sebab kes liwat tu tapi letih dan terasa malu nak jawab soalan dari anak-anak, yang ketika itu baru berumur antara 7 - 10 tahun. Budak-budak waktu tu tengah seronok nak belajar dan suka bertanya, terutama benda-benda yang baru.

Berita di tv atau radio, memang kes liwat tu lah yang selalu di tonjolkan. Berita utama pulak tu. Kadang-kadang kita dengar pun tak seronok sebab ada benda-benda yang tak patut khalayak ramai dengar.

Sekarang muncul lagi kes liwat, walaupun agak lewat saya bicarakan disini, tapi yang pentingnya ialah , semua cerita yang agak rumit sering di timbulkan. Berapa lama tak berak pun jadi persoalan. Anak-anak kini dah berumur antara 16-19tahun. Tengah remaja. Cerita begini lagi jadi sensasi terutama bila bersama-sama kawan mereka, benda ni jadi benda lawak. Dia orang dah tahu maksud liwat tu!

Harap-harap berita sebegini jangan lah terlulu disensasikan. Buat malu...walaupun muka-muka yang terlibat tu nampak selamba...berita ni jugak jadi perhatian dunia...banyak pemerhati.

Mungkin liwat itu sama melewati satu kawasan atau tempat yang tidak boleh di lawat atau melawat.... pokoknya...salah, masuk kawasan larangan...

Friday, January 29, 2010

Income Tax @ Cukai Pendapatan

Kita kerja makan gaji, cukup bulan dapat gaji dan berbelanja seadanya. Tapi bila bab bayar cukai pendapatan, itu yang merimaskan. Orang cakap, itu tanggongjawab kita. Ok, tak kisah...tiap-tiap bulan memang gaji di potong untuk potongan gaji berjadual. Tapi, selalunya tak cukup, mesti ada lagi yang nak kena di bayar..

Semalam dapat surat dari Lembaga Hasil Dalam Negeri. Dah diagak, memang nak tuntut bayar cukai..cuma ingatkan sikit tapi kena lebih RM5900. Ni termasul interest atas tunggakan. Yang bestnya, itu untuk tahun taksiran 2005. Kena bayar dalam masa 30 hari dan jika gagal, penalti bertambah lagi. Nak buat rayuan boleh tapi kena buat bayaran penuh dulu.

Dulu, bila isteri saya pergi check, katanya LHDN terhutang kepada saya lebih RM30,000 (Ringgit: Tiga Puluh Ribu). Ni dah jadi cerita lain pulak.

Kita sebagai rakyat Malaysia, memang kena bayar cukai. Tanggongjawab tapi bila terdengar cerita Audit Negara kata yang banyak sangat perbelanjaan dan pembelian yang dibuat oleh jabatan kerajaan, ini yang jadi frust. Golongan seperti saya ini hanya menerima manafaat dari segi kemudahan awam saja, bantuan dan biasiswa untuk anak-anak, jangan harap. Nasib baik sekarang buku teks percuma. Pelepasan individu pulak kurang. Kalu pendapatan macam aku ni, golongan pertengahan, sepatutnya tambahlah sikit pelepasan tu.

Aku ingat, tunggakan tu, nak bayar secara ansuran saja dulu. Yang tertunggak tu, kalu kena penalti atas baki, nasib le.. Sekarang, bebanan dan tanggongjawab kewangan tengah berat... anak-anak semua tengah belajar peringkat menengah dan kolej. Banyak nak pakai duit.

kalu boleh, mana-mana pegawai atau jabatan kerajaan yang menyalahgunakan kuasa berbelanja secara tidak berhemah atau ada unsur-unsur penyelewengan, biar mereka bayar balik kepada kerajaan. Takat ni, belum ada lagi tindakan yang saya dengar...

Tuesday, January 26, 2010

Bila Keluarga Jadi Penentu

Soalan tentang keujudan saya di suatu tempat yang jauh di pendalaman, tekanan kerja yang meningkat, gangguan dari pihak luar, suasana yang mencabar serta keupayaan serta kemudahan yang terbatas, adalah satu soalan wajib. Soalan ini timbul semula hari ini.

Kesukaran mencari tenaga kerja serta pegawai yang sesuai menyebabkan syarikat kadang-kadang tiada pilihan. Saya mempunyai banyak pilihan, berhenti atau terus bekerja. Tetapi, penentu ialah keluarga....isteri dan anak-anak. Perkara seperti ini, pihak pengurusan atasan memang tahu tetapi sengaja tak mahu ambik tahu. Mungkin, jika di bincangkan secara terbuka, ianya mungkin bakal membuka mata pihak kakitangan tentang keadaan mereka dan mungkin akan membuat keputusan yang bertentangan dengan hasrat syarikat dalam mengekalkan tenaga kerja yang sedia ada.

Tadi, soalan dibangkitkan bernada serupa..."Why is your existence in the company? Why the company still maintaining or employing you?. Tak mungkin saya nak jawab..."I got a choice but not the company.". But then, as long as the company take good care of me, then there is no reason to leave".

Tapi, perbincangan secara terbuka saya dengan pengarah saya nampaknya mula membuka minda dan mata syarikat dan akhirnya membawa kepada kemungkinan bahawa elaun di naikkan dan gaji di semak semula....harap-harap ianya menjadi kenyataan.

Tepuk dada tanya selera...

Monday, January 25, 2010

Serang Guru - Pelajar Perempuan Di Sebat

Benda macam ni, kalu jadi kat Malaysia, mesti kecuh...

Riyadh, seorang pelajar perempuan di hukum sebat 90 kali dan dua bulan penjara sebagai hukuman kerana menyerang guru. Remaja perempuan itu bertindak menyerang guru nya selepas di dapati membawa telefon berkemera ke sekolah. Hukuman itu boleh mengelak hukuman jika diberi pengampunan oleh Raja Abdullah. Guru itu pulak enggan memaafkan pelajar terbabit.

sumber : Berita Harian, Isnin , 25hb jan 2010 (m/s: 34)

Tak tahu lah apa bentuk serangan ke atas guru tersebut oleh pelajar berkenaan ...tarik rambut ke, tampar ke atau koyak-koyak baju ke? Tapi jika perkara ini berlaku di Malaysia, sah semua pihak termasuklah pak menteri akan campurtangan. Hari ini, ada pulak berita guru saman guru besar... sampai 1.5 juta. Tapi berita di tv sibuk cakap bahaya budaya saman menyaman dah mula di Malaysia... dan dari golongan guru. "Come on", bad saman menyaman ni, rasanya lebih kerap di kalangan politikus dan para artis. Kes guru menyaman ni, kes terpencil... mungkin dah tak tahan sangat atau persatuan guru-guru tak boleh membantu atau ada kaki cucuk ... saman kalau menang, mungkin akan dapat duit , tak banyak pun dapat lah sikit, tapi ingat duit kena keluar jugak, masa naik mahkamah turun mahkamah memang leceh dan lagi hubungan sesama profesion , bos dengan anak buah tentu terganggu gugat..manusia ada perasaan...duit tak dapat "solve" semua perkara.

Sunday, January 24, 2010

International Strategic Management Programme (ISLP)

Hari ini saya di Miri, Bandaraya Pelancungan Sarawak yang juga terkenal dengan industri minyak dan gasnya. Tujuan kedatangan kali ini ialah untuk menghadiri kursus ISLP yang di taja syarikat. Kursus ni adalah kursus separuh masa dengan tempoh 15 bulan. Maknanya Mar 2011 baru tamat. Kelas sebulan 2-3 hari dengan review dan presentation pada tempuh masa tertentu.

Tak tahu lah samada kursus ni berbaloi atau tidak. Masalahnya ialah tiada "Training Need Analysis". Adakah saya memerlukan latihan dan kursus sebegini? Adakah ianya berkaitan dengan tugas harian? Apa yang dimaklumkan ialah sebagai pengurusan pelapis, syarikat hendak membuat persediaan tertentu bagi individu terpilih untuk memberikan pendedahan sewajarnya.

Kita tunggu dan lihat!!

katanya sijil untuk kursus ini dikeluarkan oleh pihak di UK...Harap-harap bukan Ulu Klang atau Ulu Langat...!!

Wednesday, January 20, 2010

Kalimah Allah

Nampaknya dah mula sunyi sikit... cuma adalah NGO atau menteri-menteri tertentu buat komen... Itu pun secara umum. kes-kes terbaru pun dah kurang. ... cuma ada dah budak ASWARA kena caj kat mahkamah sebab ada buat macam ugutan kat dalam facebook dia...

Apa pun, biar selesai cara bagus...kita dah lama aman, damai dan harmoni...jangan kecuh pulak. Negara bila dah kecuh, ekonomi akan terjejas... tak siapa yang untung. Dengar kata...dah ada desas desus yang ada pelancung yang termakan cerita bahawa Malaysia tak selamat. Saya rasa ini tentu kerja orang yang nak sabotaj Malaysia kut.

Patutnya media kena kurangkan senasaikan isu ni... nak laku surat kabar ke, nak naikkan rating ke , kena ingat, Malaysia ni negara kita.. kalau jadi apa-apa, nak ke mana. kalau ada duit banyak ke, boleh kut migrate... kalau takat cukup makan... baik kita sama-sama hidup berkongsi secara aman damai dan sama-sama bangunkan negara kita.

Ahli politik biar lah...dah kerja dia!! Jangan kita ni jadi mangsa keadaan sudah!!

Teringat dulu bila berkawan dengan Yap, CC Fook, Ranjit Singh, Vic Chan, Amin, Baharudin, Boey, Jan, Azahar, Chow, Zuraimi dan lain-lain... baik dan sama-sama bermain, belajar dan ....