Melepak kat KL , terutama waktu petang, membuatkan aku dapat menyaksikan banyak drama-drama jalanan tanpa pengarah. Area kat Bukit Bintang memang sesuai dengan namanya ... banyak bukit bukit yang melintang dengan bintang-bintang filem yang entah apa nama nya.
1) "The Five Minute Saleman"
Ni dah biasa kita tengok cuma dulu orang kita, rakyat Malaysia. Sekarang dah banyak warga luar terutamanya mat Bangla dengan Indon. Kat depan 7 Eleven, di seberang Piccolo Hotel, cuba jengok-jengok waktu malam..
Ada minah-minah Indon, kadang-kadang pasangan suami isteri menjual jam tangan entah jenama apa-apa. Cantik jam tu, cuma tak tahu lama mana tahan nya...apakah cantik selepas tu?
Asal orang lalu saja, jam ditangan di unjur-unjurkan. Ramai pulak tok-tok Arab berenti meninjau..yang beli tak seberapa. Malam tadi ada mek arab (rasanya), agak moden dengan shopping beg dikedua-dua belah tangan, berenti, mencangkung dan membelek-belek jam tu... dari sorang penjaja ke penjaja lain.... akhirnya tak beli jugak..Sambil mencangkung, mebelek, ramai jugak yang berenti menengokkan mek ni...apa tidaknya, dia mencangkung sambil menayangkan lurah punggungnya yang ..... muda lagi, cantik dan solid molid.
Akhirnya, belah begitu saja menaiki teksi.
Kalau dulu, mat-mat rakyat Malaysia, kalau nampak kita ..." Bang, maaf bang, bagi saya 5 minit untuk ceritakan pasal barang yang saya bawa ni" Aku selalunya kata "ok, tak payah" atau sekadar senyum dan tangan menunjukkan tanda tak mahu.
Ceritanya, barang tu kalau di tawarkan dengan harga RM20, harga sebenarnya dalam RM10 saja... kalau tawar RM15, dia akan kata tak balik modal atau rugi. Kalau kita cakap nak RM12 jer, dia akan kata " bang, untuk abang saja ok lah..jangan bagi tahu orang lain" Kita pun dah tawar, serba salah beli jugak...untung mamat ni RM2. Kalau 20 orang dia dapat pujuk , makna nya dia dapat RM40 hari tu. Working hours...flexible.
2) Aku tengah dok cari line wifi free, tiba depan starbuck, ada signal. Kuat pulak tu. Dalam dok klik sini, klik sana, terdengar bunyi macam benda keras kena hempas atas lantai konkrit. Rupanya ada minah (mungkin budak sekolah...mungkin bohsia) dok bergaduh dengan cowok dia, di tepi jalan, ditengah-tengah laluan orang ramai di kawasan bintang walk. Ada lah kawan simamat tu tolong leraikan. Aku tengok budak perempuan tu hisap rokok. Aku peratikan gelagat dia orang... Ehhh..lepas tu aku dengar si minah tu cabar mamat tu tumbuk dia... drama ke nie.?
Mamat tu buat tak kisah, minah tu menerpa rapat lalu di tolaknya mamat tu. lepas tu dia ambik bag tangan dia dan belah... Aku konfius.
Tak lama lepas tu, minah tu kembali semula. Siap bersembang baik semula. Muka masih masam tapi ada kala nya tersenyum. Hisap rokok lagi. Ni drama ke apa? mana kameranya, mana directornya.
Yang aku tahu, aku saja yang jadi penonton, orang lain buat tak kisah...mungkin bukan dunia aku, benda baru... orang lain memang tak peduli!
3) Aku jalan lagi...perlahan-lahan. Bukan ada tujuan sangat..sekadar melayan boring. Tiba-tiba terfikir, mana 1Malaysia ni sebab aku tengok macam aku dok kat 1Dunia.
Mamat Bangla dok sibuk layan pelanggan kat kedai jual bag tiruan, minah Indon dok jual jam tiruan, mamat Indon dok jual IPhone tiruan, mamat Gurkha dok jadi sekuriti, makcik Myammar dengan anak dok sibuk menadah tangan meminta derma kat orang lalu lalang, mat negro dok riuh bertempik kat muzik cafe tepi jalan kat Bintang Walk, tok arab dok sibuk dengan isteri dan anak-anak bergambar dengan seorang lelaki kerdil bergaya ala robot dengan keseluruhan badan dan baju berwarna metalik silver, lepas tu terjumpa mat-mat tourist dari India dok sibuk ambik gambar dengan kamera SLR yang baru di beli dari Low Yatt plaza dan minah dari Cina dok sibuk kempen foot flexology.... aku kat overseas ke ni?
Oh tidak, kat Malaysia sebab tiba-tiba aku ternampak polis pelancung di tepi jalan dekat trafik light Lot 10.
4) Aku tak sangka tiba-tiba aku disangka driver teksi...punya smart dengan t-shirt hitam berbelang dengan jean CMC, dia ingat aku driver teksi...
"Excuse me, can you go to Damansara Villa".. Aku pun "pardon". "Do you go tu Damansara Villa" Aku pandang cewek tu...amoi bertiga, muda dan lawa....Jawab aku " Sorry " sambil menunjukkan driver teksi sebenar.
"Oh, sorry"... aku tak sempat jawab...driver teksi tu dah layan dia orang....
Moral of the story...Jangan berdiri kat tepi teksi yang dok beratur tunggu passenger di tempat orang ramai begitu bila kita bergaya macam driver teksi!.
No comments:
Post a Comment