Wednesday, May 14, 2014

Alahai Terengganu ku.

Tak mau ler nak cerita lebih-lebih, sebab kita pun tak tau lebih dari ;

12/05/14 
-Ahmad Said sah letak jawatan selepas menyerahkan surat perletakkan jawatan kepada presiden parti.
- Sultan Mizan Zainal Abidin, DYMM Sultan Terengganu memperkenankan perlantikan Datuk Ahmad Razif Abd Rahman sebagai MB baru Terengganu.

13/05/14
- PAS akan mengadakan satu mesyuarat khas ekoran konflif melanda Terengganu
- Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein meminta rakyat dan ahli UMNO bertenang
- BN masih kekal perintah Terengganu walaupun 3 ADUN isytihar keluar parti : Penasihat indang-undang negeri, Datuk Azhar Abdul Hamid
- Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Kemaman, Ramlan Mahmood meminta semua jentera Pemuda PAS bersiap sedia jika berlaku pilihanraya negeri.
- ADUN Kemasik, Hulu Besut, Permaisuri nafi keluar UMNO dan mengaku setia bersama parti.
- Mohamad Sabu : " Pertukaran jawatan bagi Menteri Besar perlu melalui prosedur yang betul"
- PR cadang pilihanraya negeri diadakan berikutan tiada parti politik punyai majoriti mantap
- ADUN Bukit BEsi menarik balik surat keluar UMNO dan kembali menjadi wakil rakyat BN.

14/05/14
- Datuk Ahmad Razif memulakan tugas secara rasmi sebagai MB baru Terengganu.
- Datuk Ahmad Razif tiba di Bangunan Perdana Putra untuk menghadiri pertemuan dengan PM
- MB Terengganu bersama 14 exco mengadakan pertemuan tertutup dengan PM di Putrajaya.
- Bekas MB maklum akan kembali sertai UMNO, kesal apa yang berlaku.


SANDIWARA, RAJUK YANG MUDAH DI PUJUK, PRINSIP YANG LEMAH, LAWAK BODOH DAN ENTAH LAH...BUAT LAH TAFSIRAN SENDIRI.