Wednesday, May 14, 2014

Alahai Terengganu ku.

Tak mau ler nak cerita lebih-lebih, sebab kita pun tak tau lebih dari ;

12/05/14 
-Ahmad Said sah letak jawatan selepas menyerahkan surat perletakkan jawatan kepada presiden parti.
- Sultan Mizan Zainal Abidin, DYMM Sultan Terengganu memperkenankan perlantikan Datuk Ahmad Razif Abd Rahman sebagai MB baru Terengganu.

13/05/14
- PAS akan mengadakan satu mesyuarat khas ekoran konflif melanda Terengganu
- Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein meminta rakyat dan ahli UMNO bertenang
- BN masih kekal perintah Terengganu walaupun 3 ADUN isytihar keluar parti : Penasihat indang-undang negeri, Datuk Azhar Abdul Hamid
- Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Kemaman, Ramlan Mahmood meminta semua jentera Pemuda PAS bersiap sedia jika berlaku pilihanraya negeri.
- ADUN Kemasik, Hulu Besut, Permaisuri nafi keluar UMNO dan mengaku setia bersama parti.
- Mohamad Sabu : " Pertukaran jawatan bagi Menteri Besar perlu melalui prosedur yang betul"
- PR cadang pilihanraya negeri diadakan berikutan tiada parti politik punyai majoriti mantap
- ADUN Bukit BEsi menarik balik surat keluar UMNO dan kembali menjadi wakil rakyat BN.

14/05/14
- Datuk Ahmad Razif memulakan tugas secara rasmi sebagai MB baru Terengganu.
- Datuk Ahmad Razif tiba di Bangunan Perdana Putra untuk menghadiri pertemuan dengan PM
- MB Terengganu bersama 14 exco mengadakan pertemuan tertutup dengan PM di Putrajaya.
- Bekas MB maklum akan kembali sertai UMNO, kesal apa yang berlaku.


SANDIWARA, RAJUK YANG MUDAH DI PUJUK, PRINSIP YANG LEMAH, LAWAK BODOH DAN ENTAH LAH...BUAT LAH TAFSIRAN SENDIRI.

Wednesday, January 22, 2014

Nak Masuk Rumah Orang....Kita Di Larang...

Kesian pabila ada orang kita di larang masuk ke negara Jepun, maka macam-macam lah cerita keluar...ada tangan ajaib lah dan macam-macam lagi. Tapi yang tak berapa ajaib ialah mentaliti kita yang tak sedar diri bila orang tak sudi...nak pi pijak bendera kawan tu nak buat apa...nak bagi tuan rumah marah dan menyampah lagi ada lah...kut-kut nak pertimbangkan mungkin terus tak pandang langsung permohonan jika di buat di masa depan.
Last-last sebab nak ambik hati, si empunya badan pun kata " saya pun tak suka depa2 tu buat lagu tu"...yang dok buat pijak tu pun sebenarnya paham,teguran tu teguran untuk ambik hati...dan yang di tegur pun tak kisah....nak survive kena tunjuk  setia pada boss.
Pendek kata, kalau nak pi rumah orang, tuan rumah tak bagi masuk...takkan kita nak melalak..takkan nak salahkan majlis perbandaran...nak salahkan ketua kampung, nak salahkan pengerusi JKKK atau nak salahkan pegawai daerah...
Salahkan diri sendiri..cermin muka tu...orang dah menyampah...yang dok sokong tu cuma sokongan membawa rebah..hang jatuh esok sapa pun tak peduli. Yang dok sokong sebab ambik kesempatan tu pun...dok gelak sakan.
Ingat-ingat lah...cuba pi buat haji ke, dak pun buat umrah...cuba bermunasabah diri kat tanah suci, berdoa banyak-banyak bersihkan diri, buat sembahyang hajat untuk tunjuk dan beri pedoman idup yang lebih bermakna. Hang tu cuma dok hidup main politik...tak pi mana pun....