Kesian pabila ada orang kita di larang masuk ke negara Jepun, maka macam-macam lah cerita keluar...ada tangan ajaib lah dan macam-macam lagi. Tapi yang tak berapa ajaib ialah mentaliti kita yang tak sedar diri bila orang tak sudi...nak pi pijak bendera kawan tu nak buat apa...nak bagi tuan rumah marah dan menyampah lagi ada lah...kut-kut nak pertimbangkan mungkin terus tak pandang langsung permohonan jika di buat di masa depan.
Last-last sebab nak ambik hati, si empunya badan pun kata " saya pun tak suka depa2 tu buat lagu tu"...yang dok buat pijak tu pun sebenarnya paham,teguran tu teguran untuk ambik hati...dan yang di tegur pun tak kisah....nak survive kena tunjuk setia pada boss.
Pendek kata, kalau nak pi rumah orang, tuan rumah tak bagi masuk...takkan kita nak melalak..takkan nak salahkan majlis perbandaran...nak salahkan ketua kampung, nak salahkan pengerusi JKKK atau nak salahkan pegawai daerah...
Salahkan diri sendiri..cermin muka tu...orang dah menyampah...yang dok sokong tu cuma sokongan membawa rebah..hang jatuh esok sapa pun tak peduli. Yang dok sokong sebab ambik kesempatan tu pun...dok gelak sakan.
Ingat-ingat lah...cuba pi buat haji ke, dak pun buat umrah...cuba bermunasabah diri kat tanah suci, berdoa banyak-banyak bersihkan diri, buat sembahyang hajat untuk tunjuk dan beri pedoman idup yang lebih bermakna. Hang tu cuma dok hidup main politik...tak pi mana pun....
No comments:
Post a Comment