Friday, October 07, 2016

Baju Merah

Aku memang tak minat langsung baju merah tak kiralah baju T atau kemeja. Warna pink lagi lah!!!

Tapi baju Merah dan Kuning ni dah jadi pilihan intim masing-masing oleh Geng Jamal Baju Merah @ Jamal Jamban (selepas kes buat PC dalam jamban) dan Geng Bersih (Kuning).

Yang best nya bila Kuning ada rancangan, Merah pun mula mencelah. Seronok jugak tengok kecuh-kecuh nie. Nie terbaru geng baju merah di dakwa buat provokasi semasa perlancaran flag-off konvoi bersih di Alor Setar.

Bila agak-agak nya depa nie betui-betui nak bertemu buku dan ruas....ada show-down...bergocoh gitu.

Baru World....

JUTA-JUTAAN - MENYIMPAN ATAU MENYIMPANG

Tergerak di hati nak tengok duit RM1 juta tersimpan dalam laci kabinet kat rumah.... jadi berkira-kira lah bila boleh hasrat itu tercapai.

RM10 sehari
RM3650 setahun....
RM1,000,000 = 274 tahun.

Jadi nak kena simpan RM10 sehari selama 274 tahun atau Menyimpang Lalu dan cuba lah memecahkan amanah atau membersihkan wang haram atau pengubahan wang haram atau ikut macam Mat-Mat Pengarah Air di Sabah.....