Tuesday, September 15, 2009

Impak Maksima - Drift Dalam Hutan

Sekadar Menumpang Lalu Di Jajahan Orang Demi Sesuap Nasi (gerenti tak kenyang). Ini bukan perkara yang selalu berlaku, hanya ketika musim hujan, sekitar bulan Nov hingga Jan, hampir setiap tahun.

Yang Lama dan Yang Baru.

Banyak bezanya antara yang lama dan yang baru, saya bagi contoh-contoh di bawah;

a) Dapat kereta baru, hari hari nak bawah dan cuci , nampak lubang mesti mengelak. Bila dah lama, dah naik malas kalau nak basuh, kalau dulu setiap hari lama-lama mungkin seminggu sekali atau silap-silap sebulan sekali. Nak wax, minta maaf. Kalaukereta dah mula ada kemek atau calar, lagi malas nak jaga.

b) Bila baru kawin, jalan mesti nak pegang tangan. kentut pun tak terasa busuk, siap boleh main teran kentut sebab nak buat lawak. Kalau dah lama, jalan jarak sebatu satu, kalau kentut, mau kena tendang turun katil.

c) Kalau baru dapat lesen, dan ada motor baru, kedai depan rumah nak beli rokok pun naik motor. Sampai kat rumah terus lap. Kalau dah lama, inikan nak suruh beli barang, motor pun dah mula goyang sana sini.

Itu baru sikit, tapi cerita sebenarnya ialah, kenapa MIC , orang yang dah lama tu lah yang dia nak sangat. Dah tak ada orang lain atau pun dah pupus pemimpin yang ada wibawa atau ada benda lain yang digeruni atau ada yang dah dipegang rahsianya. Kat belakang punya lah banyak kutuk... depan macam tikus.

Yang bestnya, member seangkatan dah lama bersara, boleh kata ramai dah dapat title Tun, dia belum lagi. Mungkin tak cukup jasa lagi, jadi kalau bersara pun sekarang ni , title Tun pun tak layak lagi.

Mantan PM kita TDM tegur sikit, bagi nasihat sikit, dah ada yang buat syor gantung kalung selipar pada gambar TDM. Hina sangat ke TDM? Atau siapa yang lebih hina?

Sudah-sudah lah, BN tak akan kemana sekiranya semua nak terus menongkat langit. MCA dah kacau, MIC ditakuk lama dan PRU 12 dulu macam dilanda garuda... hancus. PPP pun goyang, sibuk nak rebut presiden. Kalau ikut tonggak, nampaknya UMNO masih bertahan tapi takut juga kalau dah habis UM... tinggal NO.

BN jangan terlalu yakin, apabila PRK Bagan Pinang... selalu sangat bila ada PRK, BN terlalu yakin , last-last kalah. Tapi saya tabik Najib dan team nya, dapat juga orang Manek Urai jambatan baru dua lorong di sana walaupun BN kalah. Tak kisah lah, BN sepatutnya berkhidmat untuk semua, tak kira samada di kawasan Pembangkang atau kubu kuat sendiri. Bila orang sedar sikit, kalau BN menang mungkin dapat banyak lagi peruntukkan. lagi pun, orang Manek Urai pun bayar cukai.

Teringat kata YB Mat Sabu.... kalau dah jadi pemerintah... ibarat seorang bapa... jangan pula bila tengok anak berjalan nak ke sekolah, sibuk menjaja dan berbangga dengan berkata " Itu anak aku, baju tu aku yang beli, duit sekolah pun aku bagi"... Nak bangga apa sangat, memang dah jadi tanggung jawab bapa!

PRU ke 13, kira-kira lambat lagi, tapi masing-masing dah sibuk buat perancangan... harap-harap ada Tsunami lagi tapi Tsunami kali ini lebih halus, cantik, tertib dan sekata. Biar semua wakil yang dilantik terasa bahawa tanpa kita, sipengundi, siapalah dia... jangan nak jadi YB sebab nak penuhkan poket diri sendiri dan suku sakat.

Ps

Kawan tak mau ahli politik jadi POLITIKUS yang membawa maksud lain iaitu banyak nya tikus...penakut dengan pengundi... tak ada pendirian, asyik jaga orang dan penyokong sendiri. Guna saikologi yang terkini...jangan umpan dengan kain pelikat atau hamper. Buat karaoke pun tak payah.

MALAYSIA VS INDONESIA

Dulu pernah ada ungkapan Malindo yang bererti Malaysia Indonesia... dan apabila rakyat Indonesia menyambut kemerdekaannya pada 17hb Ogos setiap tahun dan Malaysia pula pada 31hb ogos, kami di sini sering mengadakan sambutan seiring dengan singkatan HUT Malindo... iaitu Hari Ulang Tahun Malaysia Indonesia. Sambutan amat meriah kerana populasi kami di sini agak sekata, walaupun ada kala nya rakyat Indonesia yang bekerja di sini melebihi kita, rakyat Malaysia.

Seperti biasa, karaoke adalah kegemaran semua (tidak untuk saya), dan apabila sessi karaoke, tentunya lagu yang sering timbul dan dinyanyi ialah lagu-lagu nyanyian penyanyi dari Indonesia, Malaysia dan juga terselitlah lagu Iban. Yang seronoknya, pekerja Indonesia menyanyikan lagu nyanyian Awie, Amy Search atau paling tidak kumpulan Hujan, sementara lagu lagu nyanyian kumpulan atau penyanyi Indonesia seperti Sheila On 7, Unggu, Dewa dll, tetap menjadi pilihan anak tempatan Malaysia. Semua bergembira walaupun nyanyian tak sepertimana pun.

Jadi, apabila tarian Pendet Bali terselit dalam iklan promosi Malaysia (On Discovery Channel berpusat di Singapura), mengapa sehelintir rakyat Indonesia (rata-ratanya Islam) begitu bingkas bangun bagaikan nak gila sehingga ujudnya BENDERA dan Sweeping Malaysian. Tarian Pendet asalnya tarian pemujaan yang beralaskan Hinduism yang di persembahkan di Pura (kuil Hindu di Bali). Selepas melalui pelbagai tahap dan pengubahsuaian, ianya di terima sebagai satu tarian bagi acara menyambut atau mengucapkan selamat datang hinggakan ianya menjadi ikon pelancungan di Bali.

Kalau setakat tarian pendet, yang timbul hanya beberapa saat di iklan itu, menyebabkan segelintir rakyat Indonesia menjadi bagai di rasuk, tak lah saya tahu kalau Lagu nasional mereka di buat main sepertimana seorang anak muda (Cina) yang belajar di Hong Kong, mempermainkan lagu negara ku dan azan dalam klip videonya Negara Ku Ku. Mungkin rakyat Indonesia akan terus berenang melintasi selat Melaka atau Laut Cina Selatan untuk berperang!

Ketika sibuk nak "berperang" , ada sekelompok rakyat Indonesia di timpa musibah gempa bumi... alangkah baiknya wang atau sumbangan yang diberi itu digunakan untuk membantu puak-puak ini. namun anak muda rakyat Malaysia yang menuntut di Indonesia, menjadi orang luar yang paling awal menghulurkan bantuan termasuklah selimut. Mungkin ada yang terbaca dalam MM baru-baru perihal seorang warga Indonesia mempermainkan rakyat Malaysia yang ingin membeli selimut (pada jumlah yang banyak) untuk disumbangkan kepada mangsa gempa.

Rasanya "berperang" dengan segelintir rakyat Indonesia yang mabuk tarian pendet (mungkin kena rasuk macam dalam tarian barong, Bali), tiada faedahnya. Jumlah penduduk seramai 26o juta dengan majoriti beragama Islam, sepatutnya kekuatan yang ada di gunakan untuk menyatupadukan ummah.

Ps

Rasa-rasa teringin juga nak sertai Sweeping Indonesia sepertimana Ops Nyah dulu, mengusir Pendatang Haram (PATI).

Saturday, September 12, 2009

Friday, September 11, 2009

PENJAJAHAN ERA BARU

Ini mungkin bukan benda baru, cuma saya nak peringatkan pada mana-mana yang dah lupa;

Dulu masa penjajah masuk ke Tanah Melayu, mereka membina infrastruktur seperti jalan dan jambatan (tengok jambatan dan jalan lama2 dulu, penuh berliku dan berbukit) atas sebab nak memudahkan .... sebenarnya nak memudahkan pengaliran keluar hasil Tanah Melayu waktu itu seperti bijih timah (Perak, Pulau Pinag dan Lembah Kelang), bijih besi (di Sg Lembing,Pahang dan Bukit Besi, Terengganu), komoditi pertanian seperti getah, sawit, koko, kelapa, lada hitam dll.

Dalam usaha untuk mengaut hasil mahsul bumi Tanah Melayu malah di Borneo (Saabah dan Sarawak), mereka menerokai, menebang dan seterusnya menganggu alam sekitar kita. Ladang dibuka, sisa sisa kayu di bakar, balak di tuai dan di hantar keluar. Semua angkara Mat Saleh2 nie.

Apabila hasil mula kurang, negara kita dah merdeka, mereka pulang ke kampung halaman dan apa yang mereka lihat ialah pembangunan pesat bandar-bandar tempat asal mereka. Asap dan pencemaran dah biasa bagi mereka. Mereka sedar akan itu semua, jadi apa yang mereka buat ialah, mula membersihkan sungai-sungai, mengujudkan kawasan hijau (walaupun sekangkang kera saja)... tapi mereka tahu, penebangan kawasan hijau di tempat asal mereka, pemesatkan industri, pembinaan rumah2 penempatan dan lain2nya tidak akan membantu dunia yang mereka katakan mengalami kesan2 pemanasan global.

Justeru itu, apa yang boleh mereka buat ialah, sebagai negara maju, mereka cuba menghalang atau menggenakan peraturan atau tekanan agar kita, di Malaysia atau negara2 lain yang sedang membangunkan atau masih mundur, untuk menghentikan segala aktiviti yang bagi mereka, merosakkan alam sekitar dan membawa kesan kepada pemanasan global. Senang mereka bercakap sebab mereka sudah ada segalanya, kalau kita tidak memajukan hak kita keatas sumber 2 asli kita, untuk pertanian, industri dan sebagainya, bila kita akan maju? Atau mereka takut kita kerja?

Thursday, September 10, 2009

7 WASIAT RAJA MELAYU

TUJUH WASIAT RAJA -RAJA MELAYU

UNTUK RENUNGAN…..
Wasiat yang disampaikan semasa Raja-Raja Melayu menurunkan tandatangan persetujuan pembentukan Perlembagaan Persekutuan Tanah melayu pada 5hb Ogos 1957….

Ø Kami namakan dan kami panggi akan dia, bumi yang kamu pijak danlangit yang kamu junjung Persekutuan Tanah Melayu
Ø Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak-anak cucu kamu, selain gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, Tanah Simpanan Melayu sehingga nisbah 50 peratus, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain.
Ø Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kami serta harta milik kamu, kami tubuhkan Rejimen Askar Melayu selain untuk membenteras kekacauan dalam Negara dan ancaman dari luar Negara.
Ø Kami kekalkan dan kami jamin kerajaan dan kedaulatan Raja-Raja Melayu memerintah Negara ini.
Ø Kami isytiharkan Islam sebagai agama Persekutuan.
Ø Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah Bahasa Melayu.
Ø Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada Raja-Raja Melayu untuk melindungi kedudukan istimewa untuk melindungi orang Melayu dan kepentingan sah kaum-kaum lain (kemudian ditambah kedudukan istimewa anak-anak negeri Sabah dan sarawak).

Sayangnya hari ini ada orang Melayu sendiri mengkianati wasiat ini hingga anak terpacul ungkapan SEMBAH DERHAKA dari mulut seorang yang pernah bergelar menteri besar.

Orang Melayu kini ibarat tidur sebantal namun mimpi lain-lain... angkara berlainan ideology politik walaupun menganut agama yang yang sama....Islam.... akhirnya orang melayu yang rugi ibarat menang menjadi arang, kalah menjadi abu!

AMAH

AMAH @ PEMBANTU RUMAH @ 0RANG GAJI @ RM800/BULAN

Terbaca cerita tentang permohonan @ tuntutan pihak-pihak di Indonesia berkenaan gaji minima RM800 / sebulan bagi amah yang di “import” dari Indonesia, rasanya nak tergelak. Sebabnya ialah banyak pulak pihak yang cuba memberikan rasional penolakkan tawaran atau permohonan atau lebih tepat lagi tuntutan pihak di Indonesia itu. Macam-macam alasan diberikan. Rasanya biar saya luahkan apa yang saya tahu,

i) Berdasarkan Akta Pekerjaan 1955, ternyata tiada peruntukkan untuk gaji minima bagi mana-mana sector pekerjaan apatah lah sektor pembantu rumah @ amah. Bahagian ketiga , seksyen 18- 23, tiada secalit pun perkara ini. Jadi, peruntukkan gaji minima RM800 sebulan bagi amah mengatasi peruntukkan yang tersedia walaupun untuk rakyat Malaysia, jika itu benar-benar berlaku (gaji minima RM800/bulan).

ii) Pembantu rumah Indonesia atau dari Negara mana pun tidak dilindungi dalam Akta Pekerjaan 1955. Dan jika, amah dari Indonesia hendak diberikan satu keistimewaan, maka adalah wajar mereka ini di kategorikan sebagai mereka yang termaktub dalam peruntukkan Akta Pekerjaan 1955. Jika ini berlaku, adalah wajar mereka disyaratkan mematuhi “Contract of service’. Ini tentu menguntungkan mereka dimana, mereka akhirnya layak untuk cuti mingguan, cuti am , cuti tahunan, cuti sakit, faedah bersalin, peruntukkan bahagian 13, seksyen 34 – 36 “employment of women”, faedah kerja lebih masa dan macam-macam lagi. Jika ini berlaku, maka tentunya majikan akan berada dalam pihak yang kerugian.

iii) Jika amah impot ini terlindung dalam Akta Pekerjaan 1955, bagaimana pulak dengan syarat-syarat perberhentian kerja, tidak hadir kerja, notis berhenti kerja dan sebagainya. Jika mereka ini dihentikan dengan notis oleh majikan, siapa yang rugi. Pekerja ini datang dengan yuran serta bayaran yang bukan sedikit. Masuk dengan agen yang tentunya ada mengambil untung. Apabila berhenti, agen dapatkan menyediakan pengganti. Nampaknya tiada untung jadi majikan.

OK, mari kita lihat, apa yang amah import ini dapat;

a) Masuk dengan semua biaya di tanggung oleh agen dan majikan. Majikan membayar antara RM3000 sehingga RM5000 untuk seorang amah kepada Agen dan pihak pihak tertentu. Proses mendapat amah import ini juga bukannya mudah.

b) Amah disediakan tempat tinggal dan makan minum. Jika sewa bilik dikenakan, amah ini tentunya terpaksa membayar antara RM150 – RM400/bulan tertakluk kepada lokaliti.
Makan pula jika dikenakan caj atau mereka makan di kedai atai gerai berhampiran pada waktu rehat (masa bekerja), tentunya habis sebanyak RM5-RM8 sehari. Maka sebulan dengan jumlah hari kerja 25 hari, maka ongkosnya ialah RM125 – RM200/bulan. Transport ke tempat kerja , tanggungan amah import, katakan sehari pergi dan balik, RM5 juga, maka jadi RM125/bulan. Waktu ni baru lah amah ni sedar bahawa mereka terpaksa berbelanja minima RM400/bulan. Itu belum termasuk sabun basuh kain sendiri, peralatan dapur sendiri (waktu habis kerja dan waktu cuti). Kalau begitu RM800/bulan tolak RM400/bulan belanja minima, gaji tinggallah RM400/bulan. Di Indonesia, RM400 /bulan sepatutnya dah lumayan pak! Dah dekat 1 juta rupiah.!!

c) Amah Indonesia ni kalau balik bercuti, mana ada seminggu atau dua minggu, paling tidak sebulan… ikut akta pekerjaan , mana layak cuti selama tu! Kita rakyat Malaysia pun terikat dengan cuti tahunan minima berdasarkan tempuh perkhidmatan.

d) levi yang dibayar secara tahunan ibarat cukai pendapatan, bila majikan bayar bagi pihak amah import ni, maka itu dikira sebagai pendahuluan yang boleh ditolak dari gaji amah…

Macam biasa, cerita ini senang saja, itu semua mainan media, nak bagi kecuh… saya pun tak tahu kalau tak ada dalam berita. Orang seberang sana memang suka berita sensasi. Dah tak ada berita lain. Tak tahu ke, rakyat Malaysia yang berbangsa Melayu sebenar nya satu rumpun malahan ramai dari suku Jawa, Acheh, Bugis, Banjor , Mandaleng, Boyan dan lain-lain lagi di sini. Ni nak tunjuk perasaan dan baker bendera Malaysia tu apa hal. Nak gaduh ke sampai siap beri gambaran yang sukarelawan dia sibuk berlatih silat yang berkonfrantasi dengan Malaysia jika jadi berperang. Bodoj nak bermati-matian sebab Tarian Pendet, Lagu Terang Bulan dan lain-lain, sampaikan Malaysia di cop sebagai pengekspot pakar bom (Nordin Mat Top) ke Indonesia untuk bikin gawat.

Malaysia cukup adil, rakyat Malaysia yang dera rakyat amah import Indonesia, jika terbukti bersalah, tetap dikenakan hukuman. Lagu-lagu dari penyanyi dan kumpulan dari Indonesia mewarnai ruang siaran tv dan radio di Malaysia. Drama Indonesia yang murahan itu pun banyak disiarkan malah di Astro jua. Hampir 1.2 juta rakyat Indonesia bekerja di Malaysia samada secara terang atau gelap. Sekiranya setiap 1.5 juta itu menghantar pulang RM10 purata sebulan ke Indonesia, maka sedah RM15 juta wang Malaysia mengalir keluar untuk menyara hidup rakyat di Indonesia. Setahun dah RM180 juta, itu kalau purata RM10/bulan.

Wahai kerajaan Malaysia, badan-badan berkanun, NGO dan bapak-bapak bisnes di Malaysia, bukalah nurseri , taska, tadika, tabika, taski atau apa jua pusat jagaan harian samada di pejabat kerajaan atau swasta, kenakan caj yang minima misalnya RM250/bulan, maka mungkin amah import ini tak perlu lagi atau dikurangkan penggantongan terhadap khidmat mereka (yang sebenarnya tak seberapa). Ibu ibu serta tenaga kerja wanita kita , boleh terus berkhidmat menyumbangkan tenaga , mencari tambahan pendapatan dengan hati yang senang disebabkan anak-anak mereka dijaga dengan rapi, di satu premis dekat tempat kerja. Nah, habis cerita.! Buat kecuh apa lagi…..

Ps
1) Isteri saya tak minat pembantu rumah walaupun syarikat saya sudi membiayainya… saya pun, sebab rasa macam privasi terhakis. Nak pakai seluar pendek tak berbaju dalam rumah pun tak selesa!

2) Adik saya pernah mendapat khidmat amah import dari seberang... satu hari amah import ini melarikan diri, tinggal 3 anak keciknya sendirian di rumah tanpa penjaga. Nasib baik ada jiran telefon...

3) Adik saya juga pernah ada amah import Indonesia yang ternyata amat baik, mak saya pun puji, akhirnya dapat tahu, bil telefon melambung, ada cowok datang kerumah bila adik saya bekerja akhirnya, lari dengan cowok. Mengandung!

Wednesday, September 02, 2009

Orang Politik Malaysia Selepas 52 Tahun Merdeka

Heran, dah 52 tahun Merdeka, tapi nampaknya PDRM kita sibuk dok kawal rusuhan lah, demostrasi lah dan yang paling banyak melayan lapuran polis yang berpuluh-puluh untuk isu yang sama. semuanya ikutan ahli politik Malaysia yang masih belum matang-matang selepas 52 tahun Merdeka.

Tak tahu lah apa yang mereka kejar... pangkat ke... atau dengan ada jawatan boleh dapat habuan berjuta-juta sampaikan sanggup bagi derma sampai berjuta-juta. Lepas tu bila ada kes, mula nak mengungkit dan bercerita berjela-jela.

Lepas PRU 12 ni, semua parti samada dari BN atau PR, selalu saja bermasalah. Yang alim bergelar tok guru pun dah mula melatah... rasanya 1 Malaysia ni kita patut tukar kepada BERMACAM MACAM MALAYSIA. Tak ujud lagi satu sebab dah banyak sangat.

Kes demo kat seksyen 23 dengan kepala lembu menyakitkan hati serta membangkitkan sensitiviti kaum India.. kecuh lah parti politik tak kira dari kerajaan atau pembangkang. Itu belum kira kes kat kampung Pala dimana tak ada pun pokok buah pala tetapi banyak kepala-kepala lembu yang turut di ajak dan di arak menyertai agenda mereka-mereka ini. Keputusan mahkamah tak dipedulikan bagaikan mereka ini kebal dek undang-undang.

Satu ketika dulu bila nak musnahkan tempat bela babi kat Negri Sembilan dulu, perternak yang rata-ratanya kaum Cina sanggup melemparkan kotak atau tong-tong isu babi atau najis babi kat anggota FRU yang rata-ratanya orang melayu muslim... kecuh memang kecuh tapi isu dan sensitiviti orang islam , ramai buat pekak badak.

Apa-apa pun, yang menjadi penyebab ialah ahli politik juga dan pembakarnya ialah surat-surat kabar serta media berita on-line. Orang jadi bertambah marah walaupun tak tahu cerita sebenar.

Yang pentingnya, biar polis bertindak tegas dan orang politik kena bersikap adil dan jangan campur tangan. Ini kena tarik sikit nak bawa dalam kereta polis pun buat-buat jatuh , lepas tu sibuk nak buat lapuran salah laku polis. Esok keluar berjalan pun bertongkat macam Si Wong gila tu, dia jatuh bukan dari tingkat satuu bangunan, meronta punyalah kuat, jatuh sikit kaki dah macam kena ketuk besi 20kg. Lepas tu saja nak tayang... memang penipu dan pembohong besar. kalau SPRM dan PDRM dia orang tak percaya, nak percaya kat sapa lagi... CIA ke , M15 ke... atau biar Mafia saja yang ambil alih. baru lah Malaysia hilang kemerdekaan nya dek gelagat ahli politik PR yang bodoh, dan gila kuasa. Nak songlap duit banyak-banyak kut sebab tak yakin memerintah selepas PRU 13 nanti.

Malu tengok ahli politik yang dah berusia setengah abad berperangai macam budak tadika yang baru nak daftar masuk kelas. menangis dan meronta.... bodoh betul. Mungkin PR bleh kita tukar kepada POOO RAHH