AMAH @ PEMBANTU RUMAH @ 0RANG GAJI @ RM800/BULAN
Terbaca cerita tentang permohonan @ tuntutan pihak-pihak di Indonesia berkenaan gaji minima RM800 / sebulan bagi amah yang di “import” dari Indonesia, rasanya nak tergelak. Sebabnya ialah banyak pulak pihak yang cuba memberikan rasional penolakkan tawaran atau permohonan atau lebih tepat lagi tuntutan pihak di Indonesia itu. Macam-macam alasan diberikan. Rasanya biar saya luahkan apa yang saya tahu,
i) Berdasarkan Akta Pekerjaan 1955, ternyata tiada peruntukkan untuk gaji minima bagi mana-mana sector pekerjaan apatah lah sektor pembantu rumah @ amah. Bahagian ketiga , seksyen 18- 23, tiada secalit pun perkara ini. Jadi, peruntukkan gaji minima RM800 sebulan bagi amah mengatasi peruntukkan yang tersedia walaupun untuk rakyat Malaysia, jika itu benar-benar berlaku (gaji minima RM800/bulan).
ii) Pembantu rumah Indonesia atau dari Negara mana pun tidak dilindungi dalam Akta Pekerjaan 1955. Dan jika, amah dari Indonesia hendak diberikan satu keistimewaan, maka adalah wajar mereka ini di kategorikan sebagai mereka yang termaktub dalam peruntukkan Akta Pekerjaan 1955. Jika ini berlaku, adalah wajar mereka disyaratkan mematuhi “Contract of service’. Ini tentu menguntungkan mereka dimana, mereka akhirnya layak untuk cuti mingguan, cuti am , cuti tahunan, cuti sakit, faedah bersalin, peruntukkan bahagian 13, seksyen 34 – 36 “employment of women”, faedah kerja lebih masa dan macam-macam lagi. Jika ini berlaku, maka tentunya majikan akan berada dalam pihak yang kerugian.
iii) Jika amah impot ini terlindung dalam Akta Pekerjaan 1955, bagaimana pulak dengan syarat-syarat perberhentian kerja, tidak hadir kerja, notis berhenti kerja dan sebagainya. Jika mereka ini dihentikan dengan notis oleh majikan, siapa yang rugi. Pekerja ini datang dengan yuran serta bayaran yang bukan sedikit. Masuk dengan agen yang tentunya ada mengambil untung. Apabila berhenti, agen dapatkan menyediakan pengganti. Nampaknya tiada untung jadi majikan.
OK, mari kita lihat, apa yang amah import ini dapat;
a) Masuk dengan semua biaya di tanggung oleh agen dan majikan. Majikan membayar antara RM3000 sehingga RM5000 untuk seorang amah kepada Agen dan pihak pihak tertentu. Proses mendapat amah import ini juga bukannya mudah.
b) Amah disediakan tempat tinggal dan makan minum. Jika sewa bilik dikenakan, amah ini tentunya terpaksa membayar antara RM150 – RM400/bulan tertakluk kepada lokaliti.
Makan pula jika dikenakan caj atau mereka makan di kedai atai gerai berhampiran pada waktu rehat (masa bekerja), tentunya habis sebanyak RM5-RM8 sehari. Maka sebulan dengan jumlah hari kerja 25 hari, maka ongkosnya ialah RM125 – RM200/bulan. Transport ke tempat kerja , tanggungan amah import, katakan sehari pergi dan balik, RM5 juga, maka jadi RM125/bulan. Waktu ni baru lah amah ni sedar bahawa mereka terpaksa berbelanja minima RM400/bulan. Itu belum termasuk sabun basuh kain sendiri, peralatan dapur sendiri (waktu habis kerja dan waktu cuti). Kalau begitu RM800/bulan tolak RM400/bulan belanja minima, gaji tinggallah RM400/bulan. Di Indonesia, RM400 /bulan sepatutnya dah lumayan pak! Dah dekat 1 juta rupiah.!!
c) Amah Indonesia ni kalau balik bercuti, mana ada seminggu atau dua minggu, paling tidak sebulan… ikut akta pekerjaan , mana layak cuti selama tu! Kita rakyat Malaysia pun terikat dengan cuti tahunan minima berdasarkan tempuh perkhidmatan.
d) levi yang dibayar secara tahunan ibarat cukai pendapatan, bila majikan bayar bagi pihak amah import ni, maka itu dikira sebagai pendahuluan yang boleh ditolak dari gaji amah…
Macam biasa, cerita ini senang saja, itu semua mainan media, nak bagi kecuh… saya pun tak tahu kalau tak ada dalam berita. Orang seberang sana memang suka berita sensasi. Dah tak ada berita lain. Tak tahu ke, rakyat Malaysia yang berbangsa Melayu sebenar nya satu rumpun malahan ramai dari suku Jawa, Acheh, Bugis, Banjor , Mandaleng, Boyan dan lain-lain lagi di sini. Ni nak tunjuk perasaan dan baker bendera Malaysia tu apa hal. Nak gaduh ke sampai siap beri gambaran yang sukarelawan dia sibuk berlatih silat yang berkonfrantasi dengan Malaysia jika jadi berperang. Bodoj nak bermati-matian sebab Tarian Pendet, Lagu Terang Bulan dan lain-lain, sampaikan Malaysia di cop sebagai pengekspot pakar bom (Nordin Mat Top) ke Indonesia untuk bikin gawat.
Malaysia cukup adil, rakyat Malaysia yang dera rakyat amah import Indonesia, jika terbukti bersalah, tetap dikenakan hukuman. Lagu-lagu dari penyanyi dan kumpulan dari Indonesia mewarnai ruang siaran tv dan radio di Malaysia. Drama Indonesia yang murahan itu pun banyak disiarkan malah di Astro jua. Hampir 1.2 juta rakyat Indonesia bekerja di Malaysia samada secara terang atau gelap. Sekiranya setiap 1.5 juta itu menghantar pulang RM10 purata sebulan ke Indonesia, maka sedah RM15 juta wang Malaysia mengalir keluar untuk menyara hidup rakyat di Indonesia. Setahun dah RM180 juta, itu kalau purata RM10/bulan.
Wahai kerajaan Malaysia, badan-badan berkanun, NGO dan bapak-bapak bisnes di Malaysia, bukalah nurseri , taska, tadika, tabika, taski atau apa jua pusat jagaan harian samada di pejabat kerajaan atau swasta, kenakan caj yang minima misalnya RM250/bulan, maka mungkin amah import ini tak perlu lagi atau dikurangkan penggantongan terhadap khidmat mereka (yang sebenarnya tak seberapa). Ibu ibu serta tenaga kerja wanita kita , boleh terus berkhidmat menyumbangkan tenaga , mencari tambahan pendapatan dengan hati yang senang disebabkan anak-anak mereka dijaga dengan rapi, di satu premis dekat tempat kerja. Nah, habis cerita.! Buat kecuh apa lagi…..
Ps
1) Isteri saya tak minat pembantu rumah walaupun syarikat saya sudi membiayainya… saya pun, sebab rasa macam privasi terhakis. Nak pakai seluar pendek tak berbaju dalam rumah pun tak selesa!
2) Adik saya pernah mendapat khidmat amah import dari seberang... satu hari amah import ini melarikan diri, tinggal 3 anak keciknya sendirian di rumah tanpa penjaga. Nasib baik ada jiran telefon...
3) Adik saya juga pernah ada amah import Indonesia yang ternyata amat baik, mak saya pun puji, akhirnya dapat tahu, bil telefon melambung, ada cowok datang kerumah bila adik saya bekerja akhirnya, lari dengan cowok. Mengandung!
No comments:
Post a Comment