Friday, September 11, 2009

PENJAJAHAN ERA BARU

Ini mungkin bukan benda baru, cuma saya nak peringatkan pada mana-mana yang dah lupa;

Dulu masa penjajah masuk ke Tanah Melayu, mereka membina infrastruktur seperti jalan dan jambatan (tengok jambatan dan jalan lama2 dulu, penuh berliku dan berbukit) atas sebab nak memudahkan .... sebenarnya nak memudahkan pengaliran keluar hasil Tanah Melayu waktu itu seperti bijih timah (Perak, Pulau Pinag dan Lembah Kelang), bijih besi (di Sg Lembing,Pahang dan Bukit Besi, Terengganu), komoditi pertanian seperti getah, sawit, koko, kelapa, lada hitam dll.

Dalam usaha untuk mengaut hasil mahsul bumi Tanah Melayu malah di Borneo (Saabah dan Sarawak), mereka menerokai, menebang dan seterusnya menganggu alam sekitar kita. Ladang dibuka, sisa sisa kayu di bakar, balak di tuai dan di hantar keluar. Semua angkara Mat Saleh2 nie.

Apabila hasil mula kurang, negara kita dah merdeka, mereka pulang ke kampung halaman dan apa yang mereka lihat ialah pembangunan pesat bandar-bandar tempat asal mereka. Asap dan pencemaran dah biasa bagi mereka. Mereka sedar akan itu semua, jadi apa yang mereka buat ialah, mula membersihkan sungai-sungai, mengujudkan kawasan hijau (walaupun sekangkang kera saja)... tapi mereka tahu, penebangan kawasan hijau di tempat asal mereka, pemesatkan industri, pembinaan rumah2 penempatan dan lain2nya tidak akan membantu dunia yang mereka katakan mengalami kesan2 pemanasan global.

Justeru itu, apa yang boleh mereka buat ialah, sebagai negara maju, mereka cuba menghalang atau menggenakan peraturan atau tekanan agar kita, di Malaysia atau negara2 lain yang sedang membangunkan atau masih mundur, untuk menghentikan segala aktiviti yang bagi mereka, merosakkan alam sekitar dan membawa kesan kepada pemanasan global. Senang mereka bercakap sebab mereka sudah ada segalanya, kalau kita tidak memajukan hak kita keatas sumber 2 asli kita, untuk pertanian, industri dan sebagainya, bila kita akan maju? Atau mereka takut kita kerja?

No comments:

Post a Comment