Banyak bezanya antara yang lama dan yang baru, saya bagi contoh-contoh di bawah;
a) Dapat kereta baru, hari hari nak bawah dan cuci , nampak lubang mesti mengelak. Bila dah lama, dah naik malas kalau nak basuh, kalau dulu setiap hari lama-lama mungkin seminggu sekali atau silap-silap sebulan sekali. Nak wax, minta maaf. Kalaukereta dah mula ada kemek atau calar, lagi malas nak jaga.
b) Bila baru kawin, jalan mesti nak pegang tangan. kentut pun tak terasa busuk, siap boleh main teran kentut sebab nak buat lawak. Kalau dah lama, jalan jarak sebatu satu, kalau kentut, mau kena tendang turun katil.
c) Kalau baru dapat lesen, dan ada motor baru, kedai depan rumah nak beli rokok pun naik motor. Sampai kat rumah terus lap. Kalau dah lama, inikan nak suruh beli barang, motor pun dah mula goyang sana sini.
Itu baru sikit, tapi cerita sebenarnya ialah, kenapa MIC , orang yang dah lama tu lah yang dia nak sangat. Dah tak ada orang lain atau pun dah pupus pemimpin yang ada wibawa atau ada benda lain yang digeruni atau ada yang dah dipegang rahsianya. Kat belakang punya lah banyak kutuk... depan macam tikus.
Yang bestnya, member seangkatan dah lama bersara, boleh kata ramai dah dapat title Tun, dia belum lagi. Mungkin tak cukup jasa lagi, jadi kalau bersara pun sekarang ni , title Tun pun tak layak lagi.
Mantan PM kita TDM tegur sikit, bagi nasihat sikit, dah ada yang buat syor gantung kalung selipar pada gambar TDM. Hina sangat ke TDM? Atau siapa yang lebih hina?
Sudah-sudah lah, BN tak akan kemana sekiranya semua nak terus menongkat langit. MCA dah kacau, MIC ditakuk lama dan PRU 12 dulu macam dilanda garuda... hancus. PPP pun goyang, sibuk nak rebut presiden. Kalau ikut tonggak, nampaknya UMNO masih bertahan tapi takut juga kalau dah habis UM... tinggal NO.
BN jangan terlalu yakin, apabila PRK Bagan Pinang... selalu sangat bila ada PRK, BN terlalu yakin , last-last kalah. Tapi saya tabik Najib dan team nya, dapat juga orang Manek Urai jambatan baru dua lorong di sana walaupun BN kalah. Tak kisah lah, BN sepatutnya berkhidmat untuk semua, tak kira samada di kawasan Pembangkang atau kubu kuat sendiri. Bila orang sedar sikit, kalau BN menang mungkin dapat banyak lagi peruntukkan. lagi pun, orang Manek Urai pun bayar cukai.
Teringat kata YB Mat Sabu.... kalau dah jadi pemerintah... ibarat seorang bapa... jangan pula bila tengok anak berjalan nak ke sekolah, sibuk menjaja dan berbangga dengan berkata " Itu anak aku, baju tu aku yang beli, duit sekolah pun aku bagi"... Nak bangga apa sangat, memang dah jadi tanggung jawab bapa!
PRU ke 13, kira-kira lambat lagi, tapi masing-masing dah sibuk buat perancangan... harap-harap ada Tsunami lagi tapi Tsunami kali ini lebih halus, cantik, tertib dan sekata. Biar semua wakil yang dilantik terasa bahawa tanpa kita, sipengundi, siapalah dia... jangan nak jadi YB sebab nak penuhkan poket diri sendiri dan suku sakat.
Ps
Kawan tak mau ahli politik jadi POLITIKUS yang membawa maksud lain iaitu banyak nya tikus...penakut dengan pengundi... tak ada pendirian, asyik jaga orang dan penyokong sendiri. Guna saikologi yang terkini...jangan umpan dengan kain pelikat atau hamper. Buat karaoke pun tak payah.
No comments:
Post a Comment