Dulu pernah ada ungkapan Malindo yang bererti Malaysia Indonesia... dan apabila rakyat Indonesia menyambut kemerdekaannya pada 17hb Ogos setiap tahun dan Malaysia pula pada 31hb ogos, kami di sini sering mengadakan sambutan seiring dengan singkatan HUT Malindo... iaitu Hari Ulang Tahun Malaysia Indonesia. Sambutan amat meriah kerana populasi kami di sini agak sekata, walaupun ada kala nya rakyat Indonesia yang bekerja di sini melebihi kita, rakyat Malaysia.
Seperti biasa, karaoke adalah kegemaran semua (tidak untuk saya), dan apabila sessi karaoke, tentunya lagu yang sering timbul dan dinyanyi ialah lagu-lagu nyanyian penyanyi dari Indonesia, Malaysia dan juga terselitlah lagu Iban. Yang seronoknya, pekerja Indonesia menyanyikan lagu nyanyian Awie, Amy Search atau paling tidak kumpulan Hujan, sementara lagu lagu nyanyian kumpulan atau penyanyi Indonesia seperti Sheila On 7, Unggu, Dewa dll, tetap menjadi pilihan anak tempatan Malaysia. Semua bergembira walaupun nyanyian tak sepertimana pun.
Jadi, apabila tarian Pendet Bali terselit dalam iklan promosi Malaysia (On Discovery Channel berpusat di Singapura), mengapa sehelintir rakyat Indonesia (rata-ratanya Islam) begitu bingkas bangun bagaikan nak gila sehingga ujudnya BENDERA dan Sweeping Malaysian. Tarian Pendet asalnya tarian pemujaan yang beralaskan Hinduism yang di persembahkan di Pura (kuil Hindu di Bali). Selepas melalui pelbagai tahap dan pengubahsuaian, ianya di terima sebagai satu tarian bagi acara menyambut atau mengucapkan selamat datang hinggakan ianya menjadi ikon pelancungan di Bali.
Kalau setakat tarian pendet, yang timbul hanya beberapa saat di iklan itu, menyebabkan segelintir rakyat Indonesia menjadi bagai di rasuk, tak lah saya tahu kalau Lagu nasional mereka di buat main sepertimana seorang anak muda (Cina) yang belajar di Hong Kong, mempermainkan lagu negara ku dan azan dalam klip videonya Negara Ku Ku. Mungkin rakyat Indonesia akan terus berenang melintasi selat Melaka atau Laut Cina Selatan untuk berperang!
Ketika sibuk nak "berperang" , ada sekelompok rakyat Indonesia di timpa musibah gempa bumi... alangkah baiknya wang atau sumbangan yang diberi itu digunakan untuk membantu puak-puak ini. namun anak muda rakyat Malaysia yang menuntut di Indonesia, menjadi orang luar yang paling awal menghulurkan bantuan termasuklah selimut. Mungkin ada yang terbaca dalam MM baru-baru perihal seorang warga Indonesia mempermainkan rakyat Malaysia yang ingin membeli selimut (pada jumlah yang banyak) untuk disumbangkan kepada mangsa gempa.
Rasanya "berperang" dengan segelintir rakyat Indonesia yang mabuk tarian pendet (mungkin kena rasuk macam dalam tarian barong, Bali), tiada faedahnya. Jumlah penduduk seramai 26o juta dengan majoriti beragama Islam, sepatutnya kekuatan yang ada di gunakan untuk menyatupadukan ummah.
Ps
Rasa-rasa teringin juga nak sertai Sweeping Indonesia sepertimana Ops Nyah dulu, mengusir Pendatang Haram (PATI).
No comments:
Post a Comment