Thursday, October 07, 2010

CUAI HANYA APABILA IANYA BERLAKU

Semalam, sambil bersembang-sembang dengan beberapa orang eksekutif muda di tempat kerja, terkeluar cerita tentang cuai.

Memberikan contoh " anda di tuduh cuai ketika memandu sehingga menyebabkan kemalangan"... cuai itu hanya muncul apabila kemalangan berlaku, dalam erti kata lain, jika pemandu itu cuai tetapi tidak berlaku sebarang kemalangan maka di tidak akan dikatakan cuai atau di tuduh cuai sebab tiada apa-apa yang berlaku.

Contoh itu cukup jelas, kerana jika tiada apa-apa yang buruk berlaku atau kemalangan, maka tiada siapa yang dikatakan cuai walaupun sebenarkan sikap cuai itu ada. Apabila bangunan atau rumah runtuh, jari-jari akan menuduh siapa yang cuai sedangkan kecuaian itu jika berlaku,ketika peringkat permulaan pembinaan, tentu masalah cuai itu akan ditangani dan diperbetulkan bagi mengelakkan bangunan itu tidak runtuh. Apabila runtuh , ada saja tuduhan cuai atau rasuah timbul.

Cuba renungkan senario ini,

Pendakwa : Kamu cuai ketika memandu sehingga menyebabkan kemalangan, kamu faham atau tidak.

Tertuduh : Tidak sebab apa buktinya kata saya cuai.

Pendakwa : Kamu telah memandu di lorong yang salah dan bertentangan sehingga kamu melanggar kenderaan lain dan meyebabkan kemalangan.

Tertuduh : Saya bantah , pada malam sebelumnya, pada ketika yang sama, di tempat yang sama dan lorong yang sama, perkara itu tidak berlaku. Saya tidak melanggar atau dilanggari oleh sesiapa.

Pendakwa : Ya, tapi itu malam sebelumnya, pada waktu itu mangsa tidak berada di situ.

Tertuduh : Jika pada ketika dan tempat berkenaan, simangsa tiada di situ tentu lah tidak saya dilanggari and melanggari sesiapa.

Pendakwa : Ya itu betul, tapi pada masa kejadian kamu secara cuai telah berada di tempat yang salah.

Tertuduh : Tuan Majistret, Tuan Pendakwa, saya melalui jalan tersebut hampir setiap hari, pada masa yang agak sama dan melalui lorong yang sama tiada ada apa-apa yang berlaku. Waktu itu tiada kenderaan lain tetapi saya memang menggunakan lorong itu sebab lorong yang sebenarnya atau sepatutnya saya gunakan itu di limpahi oleh lampu spotlight yang terus menyilau pandangan serta menyebabkan saya akan hilang kawalan. Disebabkan itu, saya, pada masa dan tempat yang sama akan menggunakan lorong yang satu lagi. Si mangsa , jika sedar dan tidak alpa, tentu akan nampak saya dari hadapan dan tentu mengelak. Maka dengan itu tiada kemalangan akan berlaku. Mangsa tidak disilaui atau dikaburi oleh mana-mana lampu , maka mempunyai pandangan yang jelas di hadapan. Yang patut di dakwa ialah pihak penbandaran yang membenarkan lampu suluh atau spot light dipasang menghala ke jalan yang saya lalui sehingga menyebabkan saya di tuduh sebagai cuai....

No comments:

Post a Comment