Monday, May 17, 2010

PRK Sibu Vs Badminton Piala Thomas.

BN kalah dalam PRK Sibu dengan majoriti yang agak tipis. Namun hakikatnya BN tewas. Tewasnya BN di Sibu mempunyai implikasi yang agak meluas terutama ketika Sarawak menghampiri Pilihan Raya Negeri, yang mungkin tahun depan.



Penganalisis politik selalunya sibuk di temuramah oleh para pemberita terutama stesen tv...macam-macam analisis di buat, itu selalunya pendapat peribadi. Kadang-kadang tak menjadi pun. Tewas BN di Bintulu mungkin angkara beberapa faktor terutama nya faktor atau pengaruh pengundi Cina serta penghuni rumah panjang. Rata-rata inginkan perubahan terutama di peringkat negeri. Mereka ini tidak mempunyai apa-apa bantahan terhadap kepimpinan peringkat Nasional. Mungkin sampai masanya perubahan di buat.

Pengaruh ahli politik serta penyokong politik dari Semenanjung yang cuba membawa budaya berpolitik cara Semenanjung juga membawa bencana. Gerakan secara agresif, ganas adalah bukan budaya masyarakat Sarawak yang amat harmoni serta bersopan. Ini satu kesilapan besar apabila budaya sebegini cuba di bawa masuk.

Pemberian serta janji-janji peruntukkan juga gagal menjurus pengundi terhadap BN. Jika diberi, terima aje, jika tidak, kehidupan masyarakat Sibu tetap berjalan seperti biasa. Tahukah bahawa betapa ramainya jutawan di Sibu terutama jutawan balak dan perladangan. Malah, beberapa orang di kalangan mereka adalah antara jutawan yang menduduki tangga tertinggi dalam carta jutawan atau bilionar Malaysia.

Pengalisis politik adalah sama juga dengan penganalisis sukan... cuma bezanya analisa sukan banyak berfaktorkan trend atau sejarah pertembungan... pertembungan atas kertas. Semangat bermain di tempat sendiri tidak semestinya membawa kejayaan. Lupakan kemenangan pada 1992.... kini perubahan sukan badminton bukan sekadar kemahiran dan skil individu....kekuatan mental serta strategi amat perlu. Jika sebelum masuk bertandingan, mulut kata menang tetapi fikiran menjurus kepada kalah, kemungkinan besar kita kalah.

Politik dan sukan tidak jauh berbeza... penganalisis hanya membuat ramalan dari faktor sokongan yang ada tetapi kenyataan sebenar boleh bertukar disebabkan kita lupa bahawa pihak lain sentiasa bersedia tetapi kita hanya bersedia setakat yang ada.

Bukan janji atau ramalan yang dipinta tetapi apa yang boleh dan telah dikecapi, di depan mata. Janji akhirnya mungkin tinggal janji..bukan semua orang memerlukan janji kerana mereka sudah ada apa yang nak dikecapi. Bukan kita menjadi bertambah baik tetapi pihak lain sebenarnya bertambah baik dalam sepi...bak diam ubi berisi... bukan tong kosong yang bising tanpa isi.

No comments:

Post a Comment