Sunday, September 26, 2010

Aruah Sosilawati dan Sensasi

Sebenarnya aku tak lah kenal sangat siapa Dato Sosilawati kecuali cerita tentang beliau seorang penguasaha produk kecantikan bumiputera melayu yang berjaya, juga cerita sensasi beliau apabila berkawin dan kemudian nya bercerai dengan seorang bekas penyanyi kumpulan Rock iaitu Nash. kan hebuh dalam Melodi TV3.

Tergerak nak menulis apabila berita kematiannya timbul. Begitu tragis sekali. bermula dari cerita beliau hilang tanpa kesan, kemudian berita beliau sudah mati dibunuh, kemudian dinafikan Polis sebab siasatan masih berjalan sehinggalah akhirnya terbongkar bahawa beliau dan 3 rakannya mati di bunuh secara yang amat kejam oleh 2 orang yang sepatutnya cerdik tetapi berjiwa ganas. Peguam yang konon nya bergelar Dato' yang kemudiannya gelaran itu tidak dapat disahkan , maka menjadi Dato' penipu.

Tergerak hati untuk menulis selepas kes beliau dapat diselesaikan (sekurang-kurangnya sudah ada suspek) dalam masa yang agak singkat.

Tergerak untuk menulis apabila ceritanya menjadi tajuk utama setiap surat kabar sehinggakan hingga kini tak kurang dari satu mukasurat penuh dengan cerita kematian beliau. kes ini begitu berprofil tinggi sehinggakan ada menteri juga terpalit sama walaupun dinafikan. Ada menteri melawat ke rumah....itu menunjukkan pengaruh serta ruang persahabatan dan kekewan beliau.

Tergerak hati untuk menulis apabila banyak lagi kisah sensasi sehinggakan ada terpalit juga jutawan dari India sehinggakan timbul cerita Jutawan itu mempunyai dua isteri yang sekarang sibuk muncul di akhbar menuntut hak...sebagai isteri atau menuntut harta?

Tergerak hati apabila parti politik dan orang-orangnya juga turut diheret sama.

Tergerak hati apabila sanggup disebarkan kisah beliau dirogol sebelum dibunuh. Kejam sungguh pembawa cerita.

Tergerak hati..tertanya-tanya apakah itu sebenarnya manusia sekarang, seorang yang dikatakan peguam sanggup membunuh walaupun dengan riak muka sesungguhnya begitu baik nampaknya.

Tergerak hati untuk menulis, begitu ada manusia cerdik tapi kejam berbuat demikian hanya kerana wang!

Tergerak hati untuk menulis....jika itu bukan lah seorang Dato' atau bukan orang ternama, hanya seorang insan biasa , hidup di jalanan, tapi dibunuh kejam...mungkin untuk organ dalaman impian orang hartawan yang wang tak habis dimakan...apakah kesnya akan di selesaikan begitu cepat....begitu sensasi atau apa-apa.

Tergerak hati untuk menutup cerita sensasi ini, agar polis tersukan menyiasat dan menghukum pesalah dan pelaku kejam ini. Tergerak hati juga untuk memohon agar dijauhi keluarga aku dari semua ini.

Buat aruah berempat, mangsa kekejaman manusia ini, semuga roh mereka dicucuri rahmat, diampunkan dosa-dosa mereka dan agar semua keluarga, sahabat dan umat islam lain, berdoa agar mereka tenang di alam yang lain.

AL FATIHAH.

No comments:

Post a Comment