Thursday, June 03, 2010

Lombok - Satu pengalaman

Ini adalah posting saya yang ke 200. Tajuk post kali ini ialah Lombok, dimana saya memberikan nya satu keistimewaan bagi menyambut posting ke 200. Ini kerana kehangatan berita tentang anak gadis Malaysia "di bawa lari" dan berkawin oleh lelaki Lombok.

Lombok terletak di Nusa Tenggara Barat (NTB), Indonesia. Kedudukannya hampir dengan Pulau Bali, yang terkenal sebagai destinasi pelancongan antarabangsa. Di bahagian Timur Lombok ialah Sumbawa.

Saya ke Lombok sekitar pertengahan tahun 90an. Memang Lombok merupakan pulau yang cantik dan penuh dengan keaslian (waktu itu). Gunung yang tinggi dan masih aktif ialah Gunung Rinjani yang juga merupakan tulang belakang Lomok.

Menaiki pesawat kecil dari Surabaya, pernerbangan ini mengambil masa sekitar 30 minit. Menghampiri lapangan terbang, ketika pesawat mengurangkan ketinggian menghala ke landasan untuk mendarat, ternampak jelas kejernihan air lautnya.

Banyak yang menarik tentang Lombok walaupun agak kurang dari segi kemajuan. Rakyat Lombok majoriti Islam walaupun aada segelintir berketurunan Hindu Bali. Guide kami adalah Hj Ismail yang merupakan bapa kepada pekerja saya iaitu Syamsul. Bahasa atau dialek tempatan ialah Sasak tetapi Hj Ismail kurang arif menyebabkan kami terpaksa mendapatkan jurubahasa lain apabila mengunjungi kawasan pendalaman dimana dialet Sasak nya agak berbeza.

Kami menginap di Granada Hotel...sebuah hotel yang simple tetapi selesa. Ada mini zoo do hotel ini disamping sebuah "open Karaoke Lounge" yang menyediakan makanan dan minuman.

Atas urusan kerja, saya sempat melawat hingga ke Kecamatan Aikmel. Tujuan nya ialah untuk menyerahkan wang insuran pekerja kami yang meninggal ketika bertugas. Sambutan di kampung tersebut amat hebat. Kami dilayan begitu meriah walaupun sebenarnya kedatangan kami tidak dimaklumkan terlebih dahulu. Kedudukan tempat dan kampung ini sebenarnya dibantu oleh Hj Ismail. Seorang guru sekolah tempatan membantu untuk menjadi jurubahasa. Kampung ini amat daif namun penduduknya tidak merunggut. Dinding rumah diperbuat dari buluh yang dianyam. Sesetengah rumah, atap diperbuat dari lalang kering, yang mungkin di rawat terlebih dahulu.

Memasukki rumah tersebut, kami disuruh masuk dengan memakai kasut tetapi kami lebih rela membukanya sebab itu memang juga budaya melayu. Atas sebab keadaan yang tidak mengizinkan, kami memaklumkan kepada kedua-dua ibu bapa pekerja yang yang meninggal itu agar bersiap untuk mengikut kami ke Mataram untuk urusan pembukaan akaun bank (rekening) dan pembayaran wang insuran dan pampasan aruah. Dengan seadanya, mereka mengikut kami... si ayah, si ibu , seorang saudara yang agak berumur dan seorang kanak-kanak kecil (mungkin cucu).

Setiba di hotel penginapan, keadaan yang amat asing bagi keluarga ini menyebabkan mereka agak kurang selesa. Malahan apabila kami menguruskan urusan "check-in" bilik untuk mereka, mereka sekadar duduk di kaki lima hotel sehinggakan sekuriti hotel menegur dan mengarahkan mereka keluar. Ini gara-gara anggapan sekuriti itu mereka ini peminta sedekah ataupun mencerobohi masuk kawasan hotel. Apabila dimaklumkan bahawa mereka itu tetamu saya, maka sekuriti itu pun terus memohon maaf dan sedia memberikan bantuan.

Sesampai dibilik, saya terpaksa meminta seorang pembantu hotel untuk memberikan penerangan kepada keluarga ini tentang penggunaan tandas dan sebagainya. Agak asing bagi mereka.

Sebenarnya masyarakat Lombok benar-benar menghormati tetamu. banyak lagi cerita menarik yang akan saya kongsikan bila ada masa dan luang waktu.

No comments:

Post a Comment