Tuesday, June 01, 2010

Bulan Mei ... tahun ini dan tahun-tahun mendatang.

Antara sedar atau tidak, bulan Mei sebenarnya mempunyai lebih dari 31 hari... bermula dengan Hari Pekerja (saya lebih suka Hari Pekerja dari hari Buruh), Hari Bomba, Hari Jururawat, Hari Guru, Hari Tanpa Tembakau dan macam-macam hari lagi.

Bulan Mei juga membawa banyak kenangan dan cerita. Banyak tempat sibuk tanpa gula di kedai dan waktu inilah banyak iklan dan dokumentari tentang bahayanya gula. Tapi tahu kah kita, tauke gula Malaysia adalah orang terkaya di Malaysia! Bisnes gula dah macam monopoli... macam bisnes beras. Kedua-dua barang ni adalah barang kawalan dan diberikan subsidi. Ada ura-ura bahawa subsidi akan di kurangkan secara berperingkat bagi mengurangkan defisit negara disamping membantu mengurangkan perbelanjaan negara. Yang lebih penting, usaha ini bagi menggelak Malaysia menjadi negara Muflis menjelang 2020. 2020, satu gagasan TDM dimana Malaysia diharapkan menjadi negara maju dengan cabaran-cabaran tertentu. Namun pengurangan subsidi ini, yang bakal mengurangkan belanja kerajaan sebanyak RM103 billion ini sesuatu yang tidak difikirkan sebagai satu cabaran menghadapi 2020.

Apa yang pasti, setiap kali ada pilihanraya kecil, banyak wang dan janji ditaburkan. Persoalannya dimanakah sebenarnya defisit kerajaan? Wang yang dijanjikan itu wang siapa, jika bukan wang rakyat. Bertaburanlah menteri dan penyokong menyerbu sepertimana berlaku di Sibu. Tidak kurang juga para pembangkang. Itu satu perbaziran... bulan kayuh basikal dari Putrajaya... tentu naik kapalterbang (belon kata orang Sarawak).

Samy Velu pun satu hal. Bulan Mei 2010 menjadi mimpi buruk kepada SV. Akibat tekanan demi tekanan SV dikatakan sudah menjadi Semi-Value. Sebenarnya banyak sudah jenaka dan lawak kedai kopi menggunakan atau mengaitkan SV. Hanya dia saja yang tak tahu sebab dia minum kat Bistro atau Hotel mewah. Tentang GAS pulak, itu tindakan orang kecewa...penyokong saja yang tak sedar. Itu politik. Kata TDM, baik berundur sebelum orang benci. Orang dah benci pun!! GAS tak kemana, semuanya atas SV, kalu dia turun, GAS kata itu satu kemenangan, SV pulak akan kata, masa nya sudah sampai.

Serangan Israel terhadap kapal-kapal bantuan Gaza juga mengakhiri cerita bulan Mei 2010. Dunia hanya setakat mengecam..mana ada tindakan tegas. Obama tak boleh buat apa, sebagai "the first black in white house", Obama sebenarnya dikelilingi oleh orang Yahudi baik di Kongres atau pun di dalam kelompok ekonomi dan "funder" Obama. Kalau OSama buat begitu, dunia akan bising dan serangan akan dibuat walaupun tanpa restu PBB. Jadi tak silap lah kalau OBAMA dan jadi Oh-Dah-Sama dengan Osama. Cuma, Osama menentang penindasan terhadap kemanusiaan Islam sedangan Obama membantu Israel menyerang bantuan kemanusiaan.

Obama boleh terus tersenggih, isterinya akan terus bergaya dengan pakaian mewah dan berjenama... tapi Palestin tetap disitu dengan penindasan. Ingatlah bangsa Palestine bukan semuanya Islam, malahan kabinet nya juga ramai orang Kristian. Maka ini adalah soal bangsa bukannya Ugama.

"Muka Buku" atau Facebook, yang terkenal sebagai rangkaian sosial yang meluas, membuatkan Mei 2010 menjadi lebih dikenang dengan membiarkan pihak anti-Islam menggunakan rangkaian ini untuk menghina Islam melalui slot "melukis gambar Nabi Muhamad". Manusia anti-Islam ini tahu bahawa itu sesuatu yang sensitif tetapi itulah api yang cuba dimainkan.

Mei akan meninggalkan kita dengan sambutan Gawai.

No comments:

Post a Comment