17hb lepas hantar anak ke MRSM Betong, Sarawak. Biasa lah, anak bongsu , first time jauh dari famili, satu famili antar. Angah masih cuti ... SMS Kch buka semula pada Isnin depan.
Tak ada yang istimewa kat MRSM Betong. Pendaftaran agak lancar walaupun agak kelam kabut... jam 10 pagi tu mungkin waktu puncak pendaftaran. Asrama kira ok cuma susunatur dalam bilik nampak sempit. Katil agak rapat, kipas angin hanya kat tengah, jadi yang di tepi tu, panas sikit. Ventillation pun agak kurang. Menarik, hostel student dekat dengan kediaman guru2... itu lain dari kebiasaan. Cuaca agak panas tapi anak bongsu tu agak excited. Terjumpa pulak kawan-kawan lama kat sekolah lama dulu...
Ada taklimat dari pihak sekolah...itu nampak macam tak kena... di mulakan dengan pemangku timbalan pengetua, lepas tu pengetua dan seterusnya timbalan pengetua akademik. Nampaknya kena belajar protokol dan seterusnya public speaking.
Speaker pertama cakap , hand phone dan lap top komputer tak boleh bawa, bila pengetua pulak, itu peraturan lama tapi kini ada cadangan baru... termangu-mangu ibu bapa... boleh ke tak boleh. Jika tak ada kepastian, lebih baik tak payah cakap...kena pulak, speaker pertama dengan kedua tak sekata pulak. Tak bincang ke dulu atau dua-dua orang ni tak jumpa sebelum majlis tu. Kesian rasanya pada Pemangku Timbalan tu. Saya rasa hand phone tak payah bagi student pakai atau bawa..selalu dengar cerita kes gaduh dan buli di asrama berpunca dari hand phone..contoh kes sekolah kat Oya dulu.
Pengetua pulak sibuk dengan kata-kata memuji 2 tokoh pemimpin tempatan yang membawa MRSM ke Betong... Kalau tak silap 3 kali dalam ucapan nya hingga siap meminta pendengar tepuk tangan tanda setuju atau menyokong. Pelik betul!
Pemimpin semestinya berusaha membawa pembangunan ke kawasan beliau, setidak-tidaknya sesuatu yang bolek meningkat sosio-ekonomi kawasan terbabit. Pembinaan MRSM menambah penghijrahan orang luar ke Betong, membuka peluang pekerjaan dan seterusnya memberikan kemudahan kepada masyarakat setempat. Tapi dalam bab MRSM Betong ni, student nya dari merata tempat di Sarawak seperti Bintulu, Sibu, Mukah, Sri Aman dan Betong sendiri. Maknanya tempias pembinaan MRSM ini menjangkau kepada masyarakat luar.. cuma kedudukannya di Betong membawa nikmat dari segi ekonomi masyarakat tempatan. Itu lah jasa tokok politik yang disebut2kan itu. Tapi jangan lah banyak kali sangat...dah jadi macam ceramah politik dan juga nampak macam membodek.
Pengetua sepatutnya mengalu-alukan semua student baru dan ibubapa atau penjaga yang hadir.. kedua, kalu nak puji pemimpin tempatan mungkin dengan cara berbeza seperti... Betong amat bertuah kerana tokoh ini...sebut nama tokoh2 telah berjaya membawa MRSM ke Betong dan dengan itu dapat membawa kemajuan ekonomi dan sosial di kalangan masyarakat tempatan. Dengan adanya MRSM ini, maka ianya juga memberikan peluang dan kemudahan pendidikan yang terbaik untuk anak-anak penduduk tempatan kkasnya dan Sarawak amnya.... habis...noktah.
Apa2 pun, itu lah MRSM Betong, baru pengambilan ke dua, SPM tahun ini adalah yang pertama dan berharap hasilnya yang terbaik.
saya tertarik dengan post anda pada kali ini..dan saya setuju betul dgn apa yg anda cuba utarakan.sbg ibubapa, kita sudah semestinya mahukan yg terbaik utk anak2..sememangnya itulah hakikat di mrsm betong, dgn pucuk pimpinan yg tidak professional, tidak mantap dan tidak bertanggungjawab.para pelajar yg dtg semuanya bijak dan hadir dgn penuh harapan. tapi, pengetua pulak yg tak boleh harap.hasilnya, sampai sekarang library tidak terisi, asrama, bilik guru,bilik2 pengetua dan timbalan2 pengetua semua tiada langsir,makanan di dewan selera tak pernah cukup utk semua pelajar,maintainance unit tak berfungsi,kerosakan di asrama dan rumah guru tidak dipedulikan...tindakan segera harus diambil...
ReplyDeleteSe bagai MRSM yang baru, tentu banyak yang masih kurang..tapi sessi taklimat hari tu begitu menyakinkan. Nampaknya tak banyak perubahan sehingga kini. Baju batik rasmi sekolah pun, anak saya baru dapat...Sistem Home room tu rasanya tak berapa berkesan terutama apabila ramai tenaga pengajar di Betong berpindah ke Mukah... mungkin anak saya juga akan berpindah..harap itu pilihan dan keputusan yang tepat...terutama bab nak balik ketika bercuti.
ReplyDeleteOh, saya bawa jk phone p MRSM tu, saya dpt d tawau
ReplyDeleteHP anak saya kena rampas...nak balik cuti kena tebus..bayar RM10.. Yang kat Sains Kuching..kena tebus RM50...ada budak yg tak dapat tebus..jadi telefon tu tinggal aje kat sekolah..kalau budak form 5, nak buat macamana? Telefon publik kat sekolah, lebih byk tak berfungsi dari berfungsi...Telefon satu kemudahan terutama bagi yang duduk jauh...mungkin kena ada kaedah lain yg sesuai tentang penggunaan telefon ni.. mungkin dari jenis dan masa penggunaan...No Camera Phone!!
ReplyDeletewalauapapun,MRSM Betong tetap menjadi kebangaan saya.
ReplyDeleteSemua sekolah bagus apatah lagi MRSM dimana pelajar-pelajar nya adalah yang terpilih...yang membezakan nya ialah kesungguhan dan komitmen semua samada guru atau pelajar. Resources yang ada perlu di optimakan dan mungkin boleh dipelbagaikan.
ReplyDeleteKeputusan SPM baru2 nie, MRSM Betong tidak mengecewakan.. Tahniah untuk semua.
sedikit kecewa dengan keadaan asrama yang agak 'daif'....
ReplyDeletesempit (sbb bilik yg sepatutnya dihuni oleh 8 org telah terpaksa dikongsi hingga 12/13 org), tak selesa dan kotor.
tapi yg paling menakutkan adalah...masih ada segelintir pelajar suka 'tunjuk kuat' atau bahasa kasarnya 'samseng' disekolah ini. amat berbeza dari sekolah lama dulu dimana pelajar2nya berlumba2 'menunjuk kuat' dalam pelajaran.
Bab bilik sempit mmg susah nak komen sbb itu saja yg ada..tapi suasana dan susunatur bilik menyesakkan. Tak kondusif kalu nak studi. Lebih lagi ruang koridor tu bergema sebab tiada ada ventilation yg betul. Tak tahu lah, bab budaya samseng dulu pun ada siap ada org luar masuk campur cuma tak jadi berita hangat sgt ....di diamkann. Pentadbiran sekolah kena "wake up" dan bergerak dengan mengoptimakan apa yang ada sebaik mungkin. Masalah mmg ada, kemudahan agak terhad namun pihak Pentadbiran harus lebih kreatif..Apa2 pun MRSM Betong masih boleh menjadi kebanggaan penduduk setempat jika lebih usaha , promosi dan penambahbaikan di buat mengikut arus keperluan semasa. Good Luck.
ReplyDeletekalau aras 3 & 4 mmg la sempit..
ReplyDeletetp, x ksemua bilik sempit..
Apa2 pun harap yang terbaik untuk anak bangsa....
ReplyDelete