Sekadar Menumpang Lalu .... nama saja cukup mengambarkan isu isu yang di bangkitkan.
Tuesday, December 29, 2009
Hilang Enjin Jet Pejuang.
a) Enjin tu dah hilang lama, bukan benda kecik , benda besar. Bukan senang nak bawa keluar, ada prosedur. Tapi bila dah hilang dan dapat tahu dekat 2 tahun selepas itu, PDRM hanya mengambil masa tak sampai 3 minggu...dapat trace ke mana perginya benda tu (ke Argentina), siapa yang atur prosedur hantar keluar (lengkap dengan borang original lagi). Ish, kalau dapat tau awal, tentu benda tu tak keluar dari Malaysia sebab PDRM kita nampak macam dah cekap buat siasatan. Itu pun masih ada orang nak kutuk PDRM cuma AG minta siasatan di lengkapkan lagi, maka di pulangkan kertas siasatan.
b) Malaysia "terpaksa" buat lapuran memaklumkan kehilangan tu kepada AS. Memang pun, benda sensitif, silap-silap kalau jadinya Al Qaeda dapat enjin tu, nanti AS kata kita bersubahat bagi enjin tu untuk Al Qaeda serang AS pulak. Otak AS ni memang sentiasa syak orang je.
c) Macamana prosedur bawa benda tu keluar? Macamana dengan kawalan semasa dalam perjalanan? Last-last ada pulak cerita bukan setakat enjin, ada inventori dan aset lain tentera pun hilang. mapus macam ni. Silap-silapo haribulan, ada yang kata rifel M16 hilang, kapalselam Scorpion yang baru tu pun hilang!
d) Apa hukuman yang setimpal dengan orang yang terlibat? kalau setakat prebet, kopral atau sarjan nak buat kerja tu..memang susah..mesti ada network antarabangsa dan kenal orang-orang di pasaran gelap. Maka yang sah ada orang berpangkat besar yang terlibat. kalau di negara Cina, sah kena hukum tembak.
e) Aku rasa, lama-lama kes ni mungkin senyap...kalau di hebuhkan sangat...macam buka pekung di dada atau berjalan bogel tengah-tengah orang ramai. memalukan. Orang yang diharapkan menjada keselamatan sanggup menjual maruah diri kerana WANG.
ENJIN TU SAH DAH HILANG, DAH TAU SIAPA YANG MEMBELINYA (KATA SEORANG INDIVIDU), BOLEH DAPAT BALIK KE?
Cerita Makan
Di Langkawi, aku ada berkunjung ke Pantai Cenang. Tempat ni tak macam dulu. Tepi jalan dari Meritus pelangi resort sampai ke hujung dekat kawasan Under Water World, penuh dengan kedai-kedai kecik menjual barangan cenderahati, baju t, kedai makan dan lain-lain. Waktu senja hingga ke malam, penuh. Suasana macam kat kawasan Legian di Bali atau Night Bazar di Chiang Mai. Cuma, di Bali atau Chiang Mai tu, kawasan agak bersih dan teratur.
Di kawasan ni banyak mat-mat saleh dan chalet-chalet bajet disamping hotel hotel yang berbintang-bintang.
Yang nak cerita sekarang ialah pasal kedai makan... malam tu aku dan keluarga singgah menjamu selera di sebuah kedai makan...tak ingat nama nya tapi kat Pantai Cenang. Order makanan tapi lambat betul sampai. Ada satu famili kat belakang aku dah mula boring dan mula berkira-kira nak belah saja...cancel order. Aku, pun naik boring tapi sebab bercuti dan tak berkejar ke mana-mana , jadi relax ler sambil tengok-tengok orang lalu lalang. Harga...kira murah.
Sebelah siang pulak, aku makan kat kedai lain, juga di kawasan yang sama. Tapi, makan nasi campur. Lauk nya fresh (sea food) dan yang best nya harganya murah. Lupa jugak nama kedai tu.
Pada hari lain, tengahari, aku makan kat Pekan Kuah... Kedai Mamak . Kalau tak silap nama Haji Ali... Nasi kandar...best. Harga juga murah.
Malam tu, aku sekali lagi ke kedai mamak tadi...tapi pekena rojak ayam. Best jugak. Harga...murah. Mak dan isteri aku pun puas makan. Anak aku hanya sorang yang ikut.
Waktu hari terakhir, aku singgah makan kedai nasi ayam, juga dekat dengan kedai mamak tadi. Nama kedai tu, Haji Musa ..atau gitu-gitu lah. Tak berapa ingat. Servis cepat, makan ok, harga pun ok cuma orang memang ramai. Sampai ada pulak satu rombongan, satu bas singgah kat situ.
Bila balik ke KL, aku makan malam kat kedai Adams Restoren kat kawasan kampung Baru. Mula nya nak ke Nasi Lemak Antarabangsa, pusing-punya -pusing tak jumpa pulak. Malam, dan lama tak ke sana.
Adamson Restoren ni... servis lambat, pelayan yang ambik order tu pulak muka masam macam cuka. Bila sampai makanan, silap pulak. Ada yang kurang, bila tanya, kata nanti sekejap tapi bila sampai, dah lah silap, dia bungkus macam aku nak tapau. Dia buat yang lain, tapi juga silap. Boring betul...Harga ...MAHAL.
Malam berikutnya aku ke Johan Restoren, juga area kampung baru... Servis cepat, pelayan pun ok, senyum dan mesra tapi harga...juga MAHAL. Mungkin KL punya standard.
Di Bintulu, kebetulan cuti, sarapan pagi dengan isteri kat satu restoren melayu. kalau tak silap nama Allesya. Bukan order benda canggih pun..takat roti canai dengan teh tarik. pekerja ada dalam 6 orang. Pelanggan ada dalam 4 meja termasuk aku. 2 meja dah served tapi aku nak dapat air minum pun dekat 20 minit. Roti canai dah dekat 30 minit tak nampak bayang pun. Give up! Aku dan isteri bangun ke kaunter dan minta kira...bayar air saja. Aku sound jugak kat mamat kedai tu...roti canai order dah lama..tak sampai sampai.. Taubat, aku tak pegi dah kedai ni. Kedai ni pulak kebetulan member isteri aku punya!
Kedai makan atau restoren Melayu, nampaknya berdasarkan pengalaman aku ni, memang selalu tak professional...lambat, muka masam dan macam-macam yang menyebabkan daya penolak untuk tidak lagi berkunjung ke sana. Habis macamana..ingat nak tolong kawan atau bangsa sendiri..tapi hampeh.
Cuba pegi kedai mamak, cepat. Harga murah tapi jangan pulak mamak profesional dan moden. Mahal, silap-silap hari bulan kena ketuk!
Monday, December 28, 2009
Cuti-Cuti Cara Malaysia.
Disebabkan tiada perancangan awal kerana sentiasa menganggap bahawa tempat bermalam tak akan jadi masaalah selepas LIMA di Langkawi selesai, semua persiapan di kira "last minute". Ini di tambah pula dengan bebanan kerja serta permohonan cuti yang belum diluluskan disebabkan bos masih bercuti.
Maka timbul pulak masalah yang tak di jangka iaitu tempat bermalam. Bila buat "direct call", semua hotel dan resort cakap dah penuh. Akhirnya terpaksa buat tempahan melalui "on-line agent" walaupun dengan bermacam promosi oleh agen termasuklah diskaun, sebenarnya, agen-agen ini mempunyai agenda dan hubungan yang terhad. Oleh itu, semua resort dan hotel yang disenaraikan kebanyakkannya yang mahal hingga ada yang "quote" hingga ribuan ringgit untuk satu malam dengan macam-macam batasan. Ada yang 'pending" tempahan , status tempahan tidak "confirm" dan macam-macam lagi.
Akhirnya dapat Meritus Pelangi Beach Resort dengan "rate" RM390/malam, itu pun dikatakan "promotion rate". Saya hanya confirmkan satu malam sahaja sebab nak cari sendiri bagi hari-hari selepas itu. Dengan 2 bilik yang ditempah, kadarnya menjadi RM780. Mahal sungguh bagi aku dan keluarga untuk sekadar nak tidur. Untuk malam-malam berikutnya, saya call sendiri secara direct ke hotel atau resort, semua kata penuh!
Sampai di Langkawi, kena pulak tempah atau sewa kereta. Dapat Sentra dengan kadar RM150/hari. Sewa 4 hari dah jadi RM600. Duit lagi!!
Meritus Pelangi Resort ni memang kelas... padan dengan duit nya. Saya sampai di hotel tu jam 8.00 malam dan kena check-out jam 12 tengahari esoknya. Berapa jam sangat!!
malam berikutnya, dengan bantuan kenalan sekolah dahulu, saya dan famili bermalam di Inst. latihan Peladang di Kuah. Tempat bagus, harga bagus, suasana juga kondusif untuk percutian keluarga. Tak adalah nampak mat-mat dan minah saleh melepak tepi kolam atau pantai dengan pakaian ala kadar tu.
Makan... memang jauh murah dari harga di Bintulu , Sarawak. Hampir separuh murahnya. Isteri saya pun turut heran dengan harga makanan yang murah. Kata orang masa LIMA, harga barang makan mahal... itu tak tahu pulak tapi masa ini pun kira "Peak Season". Dalam kapalterbang yang aku naik, hampir penuh..dan majoritinya bukan rakyat Malaysia.
Apabila ditinjau hotel-hotel, chalet dan resort ketika berpusing-pusing di Pulau Langkawi, sebenarnya masih ada bilik -bilik yang kosong mengikut kemampuan saya. Mungkin agen-agen ni sengaja nak pasang jerat. Ini jelas bila aku dapat e-mail sehari sebelum berlepas bahawa ada tempahan aku yang dah kena reject atau "waiting list", "service provider" tu contact aku semula untuk bertanyakan samada aku berminat. kalu di tengokkan "provider" atau agen-agen ni, kebanykkan berpusat di luar negeri seperti Singapura , Thailand dan Hong Kong. Kenapa pulak tak ada "service provider" atau agen dari Malaysia.
Pendek kata, 5 hari 4 malam aku di Langkawi, aku telah berbelanja hampir RM7200 (untuk tiket kapalterbang, hotel dan kereta sewa). Rasa mahal betul. itu belum masuk duit makan, duit minyak, "entrance fee" ke Under Water World dan Galeri Perdana. Kalau kira semua sekali, mungkin mencecah RM10000.Belum masuk shopping !!! Di KL, kena lagi belanja hotel , kereta dan makan.
BETUL LAH, KATA ORANG, BERCUTI DI MALAYSIA LEBIH MAHAL DARI BERCUTI DI LUAR NEGERI CONTOHNYA Apabila aku ke Bali, Indonesia pada Disember 2008 dulu, aku hanya berbelanja sekitar RM9000. Ikut pakej, naik Qatar Air, hotel 3 bintang, makan di tanggung, airport tax di bayarkan, "entrance fee" di tanggung, kita hanya bawa duit belanja peribadi sahaja. Kat Langkawi, pakej jelajah pulau sahaja RM300/orang, kalu saya lima orang maka dah jadi RM1500. Itu hanya pakej sehari tak termasuk hotel, flight dll.
ps.
Mungkin kah hotel dan resort juga Kementerian Pelancungan hanya menumpukan pelancong asing yang katanya bawa dan belanja banyak duit. Itu untuk ekonomi Malaysia. Sebenarnya yang banyak berbelanja sedikit saja, saya tengok rata-rata yang lain hanya tidur di hotel bajet, sewa basikal dan makan di warong-warong saja. Mereka ini tak beli pinggan Vision, hisap rokok "duty free" atau minum arak murah yang banyak kat Langkawi. Tak percaya, pergi tengok kat kedai Idaman Suri atau Haji Ismail Group, mana ada Mat saleh dalam tu. Rata-rata perempuan melayu dan rakyat tempatan yang lain. Mungkin ada segelintir dua dari Asia Tengah (Pak Arab) dan dari Jepun yang berbelanja mewah.
Monday, November 30, 2009
UMNO dan PAS - PERSAMAAN
a) PAS dan UMNO rata-rata nya dianggotai oleh orang Melayu...
b) PAS dan UMNO rata-rata nya ahlinya beragama Islam....
tetapi heran... isu yang selalu menjadi persoalan ialah siapa lebih Islam dan kafir mengafir...keluar macam-macam "fatwa politik" bersadurkan agama.
kalau babi itu haram...orang UMNO dan PAS akan kata haram,
jika minum arak itu haram...orang UMNO dan PAS akan kata haram,
orang PR ke, DAP ke tak tentu sebab parti tu pelbagai walaupun DAP dikuasai Cina dan PR dikuasai Melayu... itukan parti pelbagai kaum dan ugama..
Saranan saya yang kerdil ini ialah, bab agama (Islam) ni, mu PAS ke, mu UMNO ke, mu melayu PR ke, mu melayu Gerakan ke... agama itu teras bangsa kita... itu harus jadi teras pejuangan tapi bukan mengenepikan bangsa lain... SATU MALAYSIA kan!!
Perjuangan POLITIK jangan sampai bangsa dan agama Islam jadi taruhan...
Mengislamkan politik UMNO dan PAS dan PR dan Gerakan dll akan mengujudkan kestabilan dalam hubungan kaum, tanpa melupakan pejuangan dalam merealisasikan hasrat rakyat untuk mendapat "fair share" dalam pembangunan negara, ekonomi, pembangunan sosial, pembenterasan maksiat dan jenayah, keamanan hubungan bersama semua kaum, membasmi kemiskinan, mengurangkan jurang kehidupan antara yang kaya dan miskin dan banyak lagi....
MCA dan dot..dot..dot.
Manakah adanya Satu Malaysia jika MCA yang satu ini pun banyak sangat halnya...yang pasti PRU 12 membawa banyak sandiwara Politik samada di BN atau PR... yang rosak dan rugi ialah rakyat!!
Tata Rakyat, Sivik, Pendidikan Moral dan Biro Tata Negara (BTN)
Yang saya heran hanyalah kenapa kerajaan Persekutuan atau orang-orang kuat BN sibuk nak menyertai misi mencari populariti atau glamor baru PR?
Kalau kerajaan negeri tak mahu, jimat wang rakyat yang digunakan untuk tujuan kursus ini...contohnya jika setiap sessi kursus .... ambillah 10 hari dan disertai 20 orang kakitangan dan pegawai... kira jumlah biayanya..
10hari x 20 orang x 5 kali makan x RM5/makan = RM5000 (anggaran purata kos setiap kali makan)
Tak banyak kan... kerajaan mampu... itu baru makan..macamana dengan persiapan, peralatan, bayaran penceramah dan fasilitator, pengangkutan dll.
Tapi yang paling mahal kosnya ialah ...bagi setiap hari 20 orang pegawai itu tidak bekerja secara aktif di tempat kerja hakikinya... berapa banyak kerja yang tertunggak...rakyat terpaksa menanti, kelewatan membuat keputusan segera dll... Ini adalah kos melepas... benda yang tak nampak! Jadi kalau selangor tak nak bagi , lantaklah. Bila dia nak buat kursus dengan acuan dan cara sendiri, tahulah dia tentang kos dan biayanya nanti!!
Dulu di sekolah rendak, saya ada belajar satu subjek Tata Rakyat... ianya tentang ketatanegaraan, mengenali Malaysia dan sejarah ringkasnya, adap sopan, saling menghormati, pengetahuan tentang rukun negara, budaya bangsa dll.
Tata Rakyat ini kemudian nya di tukar kepada subjek sivik... subjek ini disertai oleh semua pelajar tak kira bangsa atau ugama...sama macam tata rakyat tadi...
Sekarang semua dah tak ada, yang ada pendidikan moral untuk bukan Islam dan pendidikan agama Islam untuk pelajar Islam. Tak percaya!!! Di universiti, itu lah yang berlaku... sedangkan dulu apabila saya belajar Tata Rakyat atau Sivik, ianya untuk semua bangsa dan agama cuma pelajar Islam kena ambik juga subjek Pengetahuan Agama Islam....bukan Pendidikan Islam tapi Pengetahuan Agama Islam... pelajar bukan islam pun boleh ambik dan belajar malahan ada yang dapat A1 untuk subjek ini (saya sekadar c5!!)
Pas dan Kolonel Mat nya
Kolonel Mat yang misteri ini mengundang banyak persoalan bagi saya yang tidak begitu arif tentang politik PAS...
Pertama.
Besar betul peranan si Kolonel misteri ini jika beliau dapat mengoncangkan Tok Guru dan Pas. Kalau beliau orang dalam PAS, itu ibarat duri dalam daging, gunting dalam lipatan atau nanah yang berulat.... Begitu busuk sekali si Kolonel Mat ini. Apa yang mengherankan, jika seorang misteri bernama Kolonel Mat ini hanya dapat dihidu tindak tanduknya oleh Tok Guru Nik Aziz, maka teruk benar para penasihat dan orang-orang kanan PAS. Apalah PAS tanpa Mursidul Am nya... pengaruh nya amat besar. Jika Kolonel Mat ini begitu berpengaruh, apa yang bakal terjadi jika tiba-tiba muncul pula Jeneral Ali atau Laksamana Kasim... mungkin berkubur PAS!
Kedua..
Kalau Kolonel Mat itu orang luar dari PAS... tak saya heran sebab dah jadi resam parti politik Malaysia, Pembangkang menghentam Kerajaan yang memerintah (tak kira kerajaan BN atau PR) dan begitu juga sebaliknya. Jika itu berlaku, apa yang nak dibisingkan.
Ketiga...
Kenapa UMNO sibuk sangat nak tahu atau ambik tahu tentang Kolonel Mat, yang sebenarnya bukan nak merosakkan UMNO tapi PAS. Kenapa UMNO turut sama dengan mainan penuh misteri ni. Kenapa Keadilan, DAP, MCA (yang tengah kalut ni) atau MIC (Samy semakin diam membisu, diam-diam ubi kut)... tidak banyak berkata atau menghuraikan perkara ini. Jika semua masuk campur, rasanya berjaya lah Tok Guru dalam rancangan nya mencipta satu isu baru yang jika betul pun mungkin untuk melindungi isu yang lebih besar.
Keempat....
Adakan UMNO sibuk tentang Kolonel Mat ini kerana terasa Kolonel Mat itu orang UMNO yang bertindak sendirian dan akhirnya UMNO akan dituduh terlibat dalam konspirasi ini. Atau UMNO sendiri sengaja nak menokok tambah cerita misteri ini kerana tak banyak sangat isu nak dibangkitkan tentang PAS?
Kelima.....
Kenapalah si Kolonel Mat ini muncul selepas satu isu demi isu timbul melibatkan Tok Guru Mursidul Am PAS ini? Mungkin benar ada konspirasi!!!
Keenam......
Apakah yang Kolonel Mat ini akan dapat... dari tindak tanduknya cuba menjatuhkan Tok Guru... Ingat.. Tok Guru dah cakap bahawa kita boleh berdoa untuk mendatangkan bala kepada orang yang bertindak zalim...
Ketujuh.......
Apakah yang Kolonel Mat ini dapat jika beliau benar-benar ujud? Siapa yang mengarah atau adakah dia bertindak sendirian.
Akhir kata, wahai Kolonel Mat... keluar lah dari persembunyian ... walaupun bersembunyi dalam minda sekali pun... ataupun minta dinaikkan pangkat kepada Jeneral sebab tugasan dan misi kali ini amat besar!!!
TODAY, TOMORROW AND TODAY
Yesterday is History, Tomorrow is mystery but Today is a gift, that why we call it Present.
Semalam telah menjadi Sejarah ( ianya telah berlaku dan tak mungkin dapat di ubah).....
Esok adalah Misteri (tak siapa dapat meramalkannya)....
Tetapi Hari ini adalah Satu Hadiah (mencuba yang terbaik dan kita masih hidup untuk melakukannya)
ps.
Yang best nya ungkapan ini saya dapat dari "Kungfu Panda" , satu filem animasi yang terpaksa saya tonton bersama anak-anak semalam (Ahad, 29/11/09)
Tuesday, November 24, 2009
Merempat .... Fasa Dua
Dalam sambungan kes merempat sebelum ini...
Bertempat dan Tak Mahu Lagi Merempat.
Apabila keluarga sudah mula meminta pengorbanan dan kudrat yang lebih, pendapatan perlu di cari. Isteri yang memahami mungkin akan membantu menambahkan pendapat isi keluraga.. anak-anak macamana? Apabila usia anak makin meningkat, pendapatan dan perbelanjaan keluarga meningkat seiringan. Anak-anak bakal bersekolah. Ibu dan bapa sibuk mencari pendapatan tambahan... niat yang ikhlas ialah memberikan dan memenuhi keperluan anak-anak ... makan, pakai dan pendidikan. Cuma, ada yang tergelincir, dalam kesibukkan mencari pendapatan dan wang, anak-anak terabai, hanya cukup dengan makan, pakai dan pendidikan tetapi kurang pengisian dalam suasana kekeluargaan sebenar. Balik kerja dah letih, hubungan anak-anak hanya sekadar tegur sapa biasa... kemajuan anak-anak dalam pendidikan tidak diambil berat..maklumlah diri sendiri pun tak seberapa...
Akhirnya, anak-anak setakat ke sekolah tanpa pendidikan sebenar... dan akhirnya kesinambungan kesusahan dalam diri sekeluarga ujud tanpa disedari... anak-anak tanpa pendidikan sebenar, tiada kerja, dan banyak menghabiskan masa dengan kawan-kawan. Disinilah pengaruh buruk mudah berlaku..
Pokoknya, pendidikan boleh mengubah sesuatu. Pendidikan bukan sekadar mendapat 8A atau 10A tetapi pendidikan sebenarnya ialah memperolehi ilmu termasuklah ilmu kemahiran. Mungkin tidak bagus dalam Add Math tetapi minat baikpulih motor... satu kerjaya yang baik. Jadi anak-anak perlu diterapkan perolehan ilmu bukan nya berapa banyak A yang dapat. Yang mendapat banyak A berpeluang menerap ilmu seterusnya, yang kurang A atau tiada A, kemahiran dan pengetahuan untuk terus survive masih banyak.. Itu yang ibu bapa harus tahu, itu yang kerajaan harus tekankan dan hebahkan kepada setiap kelompok manusia... Ibarat kata "don't give the fish but teach them to fish". Itu satu kehidupan sebelum generasi kedua mula menunjukkan tanda-tanda merempat!
Thursday, November 19, 2009
Merempat Bertempat, Merempat Tak Bertempat
SWOT ANALYSIS
“SWOT analysis” sebenarnya satu kajian tentang kekuatan, kelemahan, peluang dan ancaman. Kajian atau analisa ini terpakai dalam banyak keadaan terutama dalam memulakan sesuatu yang baru seperti memulakan sesuatu projek, perniagaan atau sesuatu yang baru diceburi. Ini bagi mendapatkan kesesuaian serta mengenalpasti segala kelemahan, risiko, keinginan yang hendak dicapai, keuntungan malah peluang untuk berjaya.
Apa yang jelas, jika ianya dibuat dengan betul berserta kadar kesilapan yang paling minima, pencapaian atau hasil yang dijangka mungkin dapat dicapai.
Tetapi, sesuatu kelemahan mungkin akan menjadi sesuatu kelebihan atau kekuatan pada pihak lain begitu juga sesuatu ancaman menjadi satu peluang bagi pihak yang lain. Contoh yang paling mudah ialah, keadaan cuaca yang panas mungkin menjadi satu masalah pada satu pihak tetapi menjadi satu peluang, mungkin untuk penjual air minuman. Keadaan hujan yang berlaku secara tiba-tiba mungkin menjadi satu peluang menagih keuntungan bagi si penjual payong.
Pada satu ketika, saya dan keluarga ingin mengunjungi pesta “JOM HEBOH TV3” di Stadium Shah Alam. Perjalanan dari rumah kakak saya di Serendah tidak menghadapi sebarang masalah. JOM Heboh ini sebenar nya dah lama tetapi saya dan keluarga tidak pernah menghadiri nya maka ini satu peluang kerana kebetulan saya berada di Semenanjong. Sesampai di Shah Alam, kami berhadapan dengan “ancaman” hujan. Tidak lebat,jadi kami cuba juga ke destinasi. Kemudian, kami berhadapan pula dengan suasana sesak, kereta dan manusia terlalu ramai. Tiba-tiba hujan menjadi terlalu lebat, itu satu ancaman bagi pengunjung sedia ada dan mereka ini bergegas keluar dari tapak pesta untuk balik....mungkin telah lama berada di sana dan hujan itu memaksa mereka pulang segera.
Hujan memaksa pengunjung lain pulang awal dari masa yang dijangkakan, waktu itu baru sekitar jam 5 petang. Timbul peluang saya untuk mendapatkan tempat parkir kereta dan apabila mendapat satu tempat kosong, hujan sudah mula reda. Setelah siap parkir kereta, kami sekeluarga bergerak ke tapak pesta... mengharungi lopak-lopak air...tetapi dek dah sampai, teruskan perjalanan. Sampai kat depat kawasan pesta, hujan tutun semula..saya dan keluarga berlindung di kawasan berbumbung diluar kawasan stadium...tak dapat menghampiri atau mengunjungi tapak dan gerai-gerai yang ada di pesta tersebut.
Keadaan lembab dan bersesak merimaskan. Tapi apakan daya, saya dan keluarga terus menunggu sehingga hujan reda. Suasana bertambah gelap, hujan masih turun dengan sederhana lebat, badan semakin letih, otak semakin bosan dan anak-anak semakin resah.
Tiba-tiba, seorang peniaga yang mengambil peluang dari keadaan terdesak ramai manusia-manusia di kawasan berteduh itu, dengan cerdiknya mula menjual payong. Dari mana dia dapat dan bila dia sampai, itu menjadi persoalan. Ancaman basah dek hujan menjadi peluang rezeki pada peniaga ini. Maka saya dan isteri, dek kerana dah jemu menunggu terpaksa membuat keputusan, membeli payong... bukan satu tapi dua...kami kan berlima. Payong yang mungkin berharga dalam RM10 – RM15, kini dijual dengan RM20...nak tak nak kena beli. Beli payong dan mula bergerak keluar ke tempat parkir kereta tadi. Pesta terlepas, payong yang dapat.
Yang pasti, bagi perniagaan besar , yang melibatkan pelaburan besar, SWOT analysis mungkin melihat ke satu jangka masa yang panjang, tapi bagi peniaga kecil seperti sipenjual payong tadi, peluang untuk meraih untung hanya tiba sekali sekala.
Sayang, saya hanya mempunyai kekuatan RM40 untuk dua kaki payong tetapi menjadi lemah dek hujan dan keadaan yang mendesak.
PS.
Sampai sekarang, payong itu masih ada, dibawa hingga ke Sarawak...design nya...saya sendiri rasa malu nak pakai kalau dalam keadaan biasa kecuali bila terdesak......payong berbunga-bunga..macam payong anak dara untuk mengelak panas kemuka atau kulit.
RELAX - KENA MASSAGE AROMATERAPI DULU
Wednesday, November 18, 2009
KELMARIN, SEMALAM, HARI INI, ESOK, LUSA DAN .....
Hari ini, pagi-pagi lagi dah sibuk dengan rancangan hari ini. Tekad yang tak baik kelmarin dan semalam hendak di jauhi. Tapi , hari ini , ada pulak cerita baru. Seperti biasa, kita boleh merancang, ketentuan nya mungkin diluar ramalan. Kelmarin dan semalam tak hujan, hari ini pulak, hujan tak henti-henti. Lalu, duduk bertongkat dagu, memikirkan apa nak jadi , mula merancang untuk esok dan lusa dan lagi-lagi.
Esok, rancangan dah di buat, harap-harap siap dan jika tidak, mungkin sambung lagi untuk lusa , tulat dan mungkin sampai siap... tak tahu bila. Itu lah rancangan.
Harap-harap, apa yang berlaku pada kelmarain atau semalam, boleh di lupakan ... biar jadi sejarah dan harap-harap esok , yang dirancang berjalan lancar.
Sayang, terlupa pula, esok hari cuti... ya.. esok dah jadi lusa.......lusa dah jadi tulat.... entah bila nak siap.
Tuesday, November 17, 2009
HUJAN
Bila musim hujan tiba, selalunya sekitar bulan Nov sampai Januari, macam-macam cerita kita dengar. Ada yang mengeluh sebab tak dapat bekerja, terutama penoreh getah. Sawah padi pun kadang-kadang tenggelam dek banjir... rugi lagi. Mungkin ada yang suka bila hujan, selalunya peniaga... peniaga sayur naikkan harga sayur sebab katanya supply kurang, begitu jugak peniaga ikan, katanya ombak kuat, nelayan tak ke laut...ikan kurang jadi harga pun naik.
Tapi cuba tanya pada petani dan nelayan, berapa banyak kah kenaikan harga jualan yang dia orang dapat berbanding dengan pemborong dan orang tengah. Pemborong dan orang tengah menjadikan alasan petani dan nelayan untuk naik harga. Yang susah nya ialah petani dan nelayan.
Kerja kat ladang ni begitu jugak, bila hujan jalan menjadi licin, kenderaan menggangkut buah tak dapat beroperasi sepenuhnya. Bila buah sawit kurang dihantar ke kilang, alasan nya ialah hujan, jalan licin, lori atau trektor tak dapat beroperasi dan penuai terpaksa pendekkan waktu kerja sebab hujan. Malang nya pihak pengurusan atasan tak dapat menerima alasan ini. Buah mesti di hantar, penuai mesti bekerja , semua mesti macam biasa. Habis nak jawab macamana? Jawapan mudah...”we are trying our best”.
Benda macam ini lah yang selalunya memeningkan kepala. Kalau minta sebab, kita bagikan sebab tapi selalunya di balas dengan “ I don’t need your reasons, I just want the results”. Dalam hati “ memang senang cakap, buat tak tentu”. Habis alasan apa nak bagi lagi, itu lah satu-satunya alasan.
Maka, apabila kakitangan saya berkata “alamak hujan...habis lah”.... saya hanya tersenyum dan berkata semuala kepada dia “apa itu hujan? , hujan ialah air yang turun dari langit... apa susahnya..kerja macam biasa...hujan bukannya api yang turun dari langit “. Tapi sebenarnya, kita di site, tahu sebab dan alasannya, tapi bila tak di terima, nak cakap apa lagi. Sama juga dengan pengambilan pekerja, pekerja rakyat tempatan memang susah, nak ambik pekerja asing, banyak pulak ceritanya, kos pun tinggi dan bukan boleh dapat dalam semalaman. Itu kena faham tapi saja buat-buat tak faham.
HUJAN KEDUA.
Semalam kepala amat pening, banyak masalah... pengeluran yang merosot, kawasan development tak ada kemajuan baru, penyediaan tanah dah hampir siap, kerja tak berkualiti, masalah dengan kontrektor dan orang kampung... waktu driving balik dari blok, terdetik hati...kena cari kerja tempat lain nie....tapi hati satu lagi kata “takan nak mengalah kut macam yang lain2, masalah dah tahu, atur jer lah”. Maka mari pulak hati ketiga “hello beb, dah tahu tu yang susah... senang cakap dari buat, senang cakap dari bikin”. hari-hari kena “tiau” sampai naik phobia pulak bila tengok telefon berbunyi dan keluar nombor dari “Tuan Director”.
Tapi bila panas sangat dan berlarutan pun susah, hujan sangat pun susah, semua tak kena...tapi bila dah terlalu lama kemarau, pandai pulak manusia buat "cloud seeding"...macam buat hujan ler. Dulu ada juga orang buat "rain dance" atau sembahyang hajat minta turun hujan.... bab minta panas mari tu yang susah..
Bila hujan, teringat tentang payong... satu dokumentari di Astro baru-baru ni ada topik berkisar tentang payong... cuma yang menariknya, tiada siapa tahu pencipta payong. Tapi yang pasti, payong sebenarnya untuk melindungi dari hujan tapi bukan tempias hujan. Payong melindungi bahagian atas anggota manusia dan bahagian bawah tetap terdedah. Payong pula kini untuk melindungi kepala atau muka dari terik panas matahari dan juga hujan. Material yang digunakan mungkin berlainan. Banyak design tentang payong yang ada. Di Chiang Mai, ada industri kampung untuk membuat payong. Secara tradisional dengan bahan dari buluh dan kertas kalis air. Payong kertas ni dulu sering digunakan untuk melindungi jenazah ke tanah perkuburan. Dan kini, payong telah melalui banyak perubahan terutama dari segi kegunaan... orang jual burger tepi jalan, guna payong, walaupun payongnya mungkin besar tapi tetap melindungi bahagian atas. Sayang, payong tidak berkesan apabila angin kuat dan kencang.
Sebut pasal payong, ingat tak konsep PAYONG... istilah untuk satu konsep pembiayaan dan pemberian kontrek... seperti payong yang kita gunakan, bukan kah konsep ini juga cukup sekadar melindungi "bahagian atas"!.
HUJAN TIGA
Perkataan hujan banyak digunakan dalam kontek yang berbeza seperti... beliau dihujani dengan banyak soalan yang begitu kontrovesi. Dengan penambahan "i" di belakang perkataan, makna nya sudah agak lain seperti juga "dihujani dengan peluru". Hujan bukan lagi air!
Begitu juga apabila "bila telah dihujani dengan pujian dan ucapan tahniah".
Perlu diingat, hujan disini lebih membawa maksud bertubi-tubi dan banyak. Herankan, hujan sebenarnya ada beberapa kategori.... lebat, ribut petir, renyai-renyai, sederhana lebat, gerimis dan lain-lain.
Teringat ungkapan berita berkenaan ramalan cuaca..."hujan sekejap-sekejap, di satu dua tempat, kadang kala menjadi lebat". Mak oi, kalu begitu, kawan pun boleh buat ramalan. Ingat si Nabil, raja lawak ..."Lu Fikir La Sendiri"
Aku tak gelak punnng.....
Saturday, November 14, 2009
Rencah Berita
.... Zaid Ibrahim mengesa... PR terus di terima... siapa Zaid Ibrahim mahu mengesa dan adakah dia sendiri di terima?
b) Nik Aziz Nik Mat membatalkan hasratnya menunaikan fardu haji musim ini kerana bosan dengan kerenah media, yang banyak mempersoalkan penajaan nya.
.... di taja dan menaja, ini soal ibadat, pergi saja Tok Guru.... kalau itu benar dan jujur. Tak pergi orang kata jugak.
....Berita politik di mana saja.... online news, sms news dan semua news!!!
Temuduga, Pokok dan Ahli Politik
Dan yang yang selalu timbul ialah jenis kerja (job designation) dan gaji. Tak guna berjawatan pengurus tetapi gaji sekadar ratusan ringgit. Jadi apabila di temuduga, soalan yang bakal di tanya ialah, berapa gaji yang di pohon? Katalah RM2000 gaji pokok tanpa elaun. Yang menemuduga akan tanya lagi, kalau "all in" berapa? Jawapan RM3000! Penemuduga tanya lagi " Elaun kamu minta dah hampir 50% dari gaji"?. Jawapan calun "Ya". Kenapa " Penemuduga bertanya lagi . Jawapan nya ialah " Gaji itu ialah pokoknya, elaun itu buahnya, selalunya ada satu pokok tapi banyak buahnya kecuali pokok pisang cuma ada satu tandan tapi banyak pula ulasnya... nasib saja saya minta hanya 50%, kalau saya minta lebih dari itu, macam pokok itu tadi, mungkin elaun saya akan lebih lagi."
Teruskan dengan bicara seterusnya...
Penemuduga : Bagus jawapan kamu
Calun : Terima kasih.
Penemuduga : Oh, ya, pokok pun ada juga yang tidak berbuah, pokok jantan atau mungkin tahun itu atau ini, musim buah nya kurang baik. Apa mungkin tahun ini saya bayar kamu 25% elaun , tahun depan 50% elaun dan tahun seterusnya 0%.?
Calun : kenapa pula begitu
Penemuduga : Prestasi pokok pun ada pasang surut, saya belum ambil kira batangnya. sebagai pokok, ianya harus di baja (training), di siram (motivated) dan kadang-kadang di pangkas (reprimanded atau warning). Kalau musim tu banyak buah dan pokok dah stress, saya mungkin kena tambah baja (incentive and bonus) supaya hasil yang telah saya terima itu saya hargai sumbangannya. Tapi kalau sumbangan dah merosot, mungkin saya kena tebang (ask to resign atau sack atau retire).
Calun : Oooooooooooo, gitu.
Penemuduga : jadi kamu mahu jadi poko atau calun untuk memohon pengisian jawatan kosong di syarikat kami.
Calun : Ya masih, tapi mungkin saya kena tengok juga , pokok itu bakal di tanam di tanah yang bagaimana... bukit, landai, paya atau bagaimana...
Penemuduga : teruskan pencarian kamu, terima kasih.
ps
Apabila satu borang kosong di edarkan, terdapat satu ruang yang perlu diisi ..... pekerjaan.
Maka individu ini, menulis .... AHLI POLITIK..... Bukan Ahli Dewan Negeri atau Member of Parliment ... cuma ahli politik.
Setiap pekerjaan ada job specification, job function and responsibilities... boleh tanya apa job spec, job function etc seorang ahli politik... (ingat ahli politik ya..)... jawapannya ialah ....Buat kecuh aje!@%$#!@#!#
Friday, November 13, 2009
TGIF
Setelah dua minggu dalam hutan berjuang, hari Jumaat memang di nanti. Bagi yang berugama Islam, sembahyang berjemaah pada hari Jumaat satu kelebihan, berbandinng dari lain-lain hari. Hari biasa , pada waktu sebegitu, hanya ada sembahyang Zuhor 4 rakaat sementara hari Jumaat, sembahayang Zuhor digantikan dengan sembahyang berjamaah dua rakaat , bersama-sama semua umat islam setempat, sekariah, tanpa mengira bangsa, umur dan status...asalkan Islam!
Tapi ramai juga yang TGIF sebab, hari Jumaat adalah hari terakhir pada minggu tu dan esok...Sabtu bermula lah hari minggu.
Nak ke Tak Nak? Resign!
Apabila memulakan proses "recruiting" staff yang baru, proses nya melibatkan beberapa peringkat termasuklah "screening", background check" dan juga proses interview. Selalunya dalam proses interview, selaku pemohon, semuanya "ok" dan "tak kisah". Tersenyum lebar serta mengiyakan saja kata penemuduga. Selalu juga kita jumpa "job hopper" yang sebenarnya mencari jawatan atau gilakan wang gaji yang lebih menarik. Kerja mungkin 2 tahun kemudian melompat ke syarikat lain. Timbul lah istilah "job loyalty dan organization membership"! Apakah mereka-mereka yang resign ini ada dua perkara tadi. Namun tak boleh disalahkan mereka sebab apa jua keputusan yang dibuat, itu demi masa depan mereka, walaupun liku dan perjalanan nya belum begitu pasti.
"Job loyalty" atau kesetiaan terhadap kerja dan tanggongjawab ni memang sedap di dengar atau dibincangkan dalam forum atau ruang-ruang "Human Resource Management or Development". Siapa boleh setia jika tiada ganjaran atau imbuhan yang bersesuaian! Ada orang kata, ucapan "terima kasih" atas kerja yang baik boleh membantu mengembirakan hati subordinate. Betul ke? Sekarang, bergerak saja "duit"!.
"Organizational Membership" pula memberi erti bahawa kakitangan itu telah merasakan bahawa beliau adalah sebahagian dari organisasi tersebut dan memang susah dipengaruhi untuk melakukan sesuatu yang bertentangan dengan polisis dan kepentingan syarikat / organisasi , apatah lagi menigggalkan organisasi utnuk kepentingan peribadi. Ok lah, kalau sekarang gaji RM2000 berserta pengalaman 5 tahun, tup..tup.. ada "offer" RM3000 basic tak termasuk elaun dan faedah lain.... terliur dan cair juga "job loyalty dan organisational membership".
BOs saya berkeras, "you better take care of your people, give them something.... promotion or anything"... senang cakap beb, kalau staff tu " a non-performer", macamana nak "promote". Saya bagi "good appraisal dan increment", di tolak atau di kurangkan...alasan...too much atau too early. Macam kita ni tak tahu nak buat "appraisal".
Saya adalah seorang lulusan Pengurusan Perniagaan dengan major dalam Human Resource Development dan hampir 26 tahun pengalaman. Bos dan 'subordinate"... middle management yang sakit!
ps.
Macam cuti tahunan .... "a staff has the right to apply for the leave, but the management or his/her superior has the right to reject".
Monday, November 09, 2009
RETAK TAK PECAH, SUMBING TAK TAHU
Perpaduan ke, kedamaian ke semuanya luaran saja, dalam membuih macam kuih pau inti sekaya yang baru keluar dari periuk kukus,...luar tak lah panas sangat... kat dalam silap-silap panasnya inti boleh terbakar lidah... aku dah kena!
Politik ni jugak macam sumbing tak tahu... sebabnya semua kata dia ada penyokong, semua kata dia betul... macam gelas jernih yang sumbing.... sikit tak kisah, dah besar baru buang dalam tong sampah... tiu pun setengah orang semacam saja... pakai tapi tak buang... bukan macam cawat pakai buang.
Cerita pasai banjir pun tak sah kalau tak tunjuk pasal YB ini dan itu melawat dengan seluar tersinsing keparas lutut. Itu membuktikan Rakyat di Utamakan .....entah apa2. YAB PM kata memang betul, cuma yang menigkut tu dah macam semut bergerak dalam satu barisan... tak reti nak melencung.... sampai semua iklan kat tv pun, termsauk iklan komersil pun dah tak berapa rhetorik lagi... semuanya satu Malaysia.... tapi bila sekolah satu aliran, banyak pulak tak setuju... bila bahasa inggeris jadi bahasa untuk matematik (ilmu hisab) dan sains, ramai yang berontak, bila di tukar semula, ada yang mengeluh.... deh...nak buat macam mana lagi.... satu lairan lah...dengan subjek pilihan bahasa melayu wajib, bahasa cina, india, inggeris, iban dlll subjek pilihan yang diberikan penekanan dengan jumlah masa yang sewajarnya. Lepas tu mungkin boleh buat satu subjek baru... bahasa dan budaya kita... orang melayu ada subjek budaya melayu...cina budaya cina di buat dalam bahasa ibunda... nah... ilmu dapat, budaya pun dapat. Kalau nak ambik 2 ke 3 bahasa ke... terpulang lah...satu kelebihan yang diutamakan.
ps
a) Dulu matematik sebut ilmu hisab --- ramai pulak jadi kaki hisap
Dulu sains , sekarang sains ---- tapi ramai orang sains payment buta, sains cek buta , sains kelelusan buta sebab dah mula menhisab habuan kut2.
b) BN ke PR ke.... semuanya sama, nasin baik Ibrahim Ali tak buat parti baru, dia tu memang kecuh... tapi kalu macam ni baik kecuh macam dia dari kecuh yang membodek.
Saturday, November 07, 2009
NAK BAGI KE TAK?...NAK NGAKU KE TAK?>
Jadi, anak di Kuching telefon adik dia tentang benda yang hilang tu tetapi juga maklumkan bahawa dia dah tahu siapa yang "ambik" tapi budak tu tak ngaku dan minta bukti. Si abang minta adik cari kotak beli barang tu dulu sebab nak tengok serial nombor dan juga waranti kad.
Adik pun ambik gambar dan cuba MMS ke abang, tapi tak dapat "go through".
Petang selepas tu, si abang bagi tahu, dia bawa kawan-kawan dia jumpa budak yang ambik benda tu... abang "gempaqkan" budak tu, akhirnya dia mengaku dan minta maaf. nasib juga sebab si abang dan kawan-kawan dia tak belasah budak tu. Nasib betul sebab dah banyak kes gaduh kat asrama berpunca dari "ambik" barang @ mencuri.
Tapi untuk renungan,
Dunia dah semakin moden, telefon dan "music player" macam MP3 atau MP4 tu dah jadi macam keperluan bagi golongan tertentu. H/phone pun ada radio atau "music player". Jadi H/phone dan benda benda begini menjadi kelebihan bagi yang ada, tapi bagi yang tiada tapi nak juga merasa benda-benda begitu, caranya hanyalah dengan meminta ibubapa belikan atau kumpul duit beli sendiri (ikat perut) atau "mengambil hak orang lain" - itu satu desakan atas keinginan. Nak salah siapa.... teknologi ke, ibubapa yang menyediakan benda tu ke atau sikap menunjuk dan tidak pandai menyimpan yang mendorong "sipengambil" tadi.
Bagi yang tidak berkemampuan tetapi berkeinginan, desakan dan naluri budak-budak, khususnya di asrama, supaya tidak rasa ketinggalan atau ingin merasakan satu kelebihan... "mengambil tanpa izin" menjadi satu opsyen.... kadang-kadang itu sekadar alasan sebab ada juga yang berkemampuan tetapi mempunyai masalah dalaman atau mental yang mendorong ianya dilakukan secara separuh sedar. Tak cay, kes-kes "ambik barang tak bayar di supermarket"..banyak selebriti pun tertangkap kes-kes macam ni.
Sekarang ni, sebagai ibubapa, soalan nya ialah nak bagi ke tidak anak-anak muda, yang masih bersekolah benda-benda begini... tak bagi susah nak "communicate" , dah bagi takut kena curi malah kena rampas. kena curi pulak, takut jadi gaduh..
Bila dah kena curi dan tahu siapa yang curi.... soalan nya ialah Nak ngaku ke tidak , silap-silap penumbuk dah di acu ke muka... tank ngaku, ...belepup... penumbuk hinggap ke muka... tak kawal jadi teruk lagi bila kawan-kawan lain tumpang sekaki.... akhirnya telefon yang berharga RM350 tu membawa bencana... budak yang ambik, patah rusuk...., budak-budak yang membelasah masuk penjara atau sekolah khas kanak-kanak bermasalah disiplin dan kosnya?... masa depan yang kabur dan mungkin terus malap.....
Friday, November 06, 2009
Adat, Buku dan Pengertian
Buku ini sumbangan dari seorang rakan sekerja, yang tahu betapa saya memerlukan pengetahuan dan maklumat tentang hal-hal adat pribumi tempatan khususnya apabila berdepan dengan tuntutan yang melampau ataupun untuk membuat pertimbangan yang kukuh terhadap mana-mana keputusan yang bakal saya buat nanti.
Yang best nya, buku "hard cover" ini boleh dikatakan sesuatu yang susah diperolehi, maka pemberian percuma ini satu hadiah yang istimewa.
"Thank you my friend"
Thursday, November 05, 2009
Expatriate Dalam Hutan Sarawak
Sebagai orang kanan, mereka berjumpa dan berbincang dengan saya petang tadi, berkaitan dengan keperluan Medical Assistant. Ya, perbincangan selesai dengan baik dan kata putus tercipta. Senang hati!
Terpacul dari mulut saya, macamana dengan operasi mereka bila berdepan dengan pihak orang tempatan.... atau pribumi tempatan di sini iaitu orang Punan. Mengeleng kepala... masalah jugak, malahan saya dibmaklumkan bahawa si penolong pengurus itu di ugut dan diminta keluar dari ladang. Ahhhhh... "It always like that"!
Masalah sama , di tempat yang sama dan oleh pelaku yang sama.... si gangster bodoh tempatan yang lebih senang mabuk dari berbincang dengan rasional.
Ok, saya pun dikira Expatriate... perlukan permit kerja dan juga berpeluang berdepan dengan manusia-manusia yang kini telah terdedah dengan politik sempit dan wang... maka menggunakan alasan yang sama... menakutkan orang untuk wang dan menggunakan saluran politik dan NGOs untuk mendapat publisiti murah.
"So Willie, there no different between you and me except that you are white and I'm a bit dark"
Peluang Dan Ancaman
Ia amat berguna apabila nak buat sesuatu perancangan terutama untuk memulakan sesuatu.
Tapi dalam keadaan sebenar, dalam environment kerja saya, ada pihak menggunakan ancaman untuk mencari peluang, peluang untuk kepentingan sendiri atau pun kuncu-kuncunya. Ancaman ini sebenarnya ancaman yang nyata, ancaman yang benar seperti ugutan untuk melakukan sesuatu yang tidak baik , mencederakan atau cuba untuk menakutkan pihak lain. Ancaman atau lebih tepat ugutan ini sebenarnya sebagai satu tunjuk kuasa untuk menndapatkan sesuatu. Dalam keadaan yang sebenar, ugutan ini sebenarnya satu tindakan jenayah.
Pihak saya ingin membina sebuah jambatan kekal yang bernilai jutaan ringgit, satu pelaburan dalam infrastruktur projek yang mana ianya bakal menjadi satu alat penghubung untuk mengeluarkan hasil. Ianya berbentuk kekal dan di bina untuk kegunaan syarikat dan masyarakat setempat. Ia di bina dalam kawasan konsesi syarikat, dimana syarikat mendapat hak ke atas kawasan tersebut serta membayar cukai untuk semua kawasan terbabit. Dalam erti kata lain, kawasan itu kepunyaan syarikat.
Namun, terdapat ura-ura masyarakat tempatan, masyarakat peribumi sini yang merasakan bahawa pembinaan ini di buat tanpa pengetahuan atau kebenaran mereka. Di situ, terfikir, apakah hak mereka, kampung dan rumah mereka pun bukan di situ, tiada apa asas pun kebenaran diperlukan apatah lagi di kawasan dan tanah hak syarikat.
Untuk menghormati adat resam dan budaya mereka, saya mengarahkan pegawai saya untuk mengkaji serta menyiasat apatah pantang larang, adat resam atau budaya yang mungkin boleh kami patuhi demi merealisasikan hasrat untuk bekerjasama dan menjalin rasa faham memahaami.
Kumpulan ini, yang ternyata dari puak dan kelompok tertentu pun berbincang sesama sendiri atas nama JKKK. Turut hadir adalah wakil puak ini dalam ahli majlis bahagian di Sarawak ini , yang mahu di hormati dan dipanggil sebagai kounselor. Hebat tu!
Maka, datanglah tuntutan untuk mengadakan upacara sembahyang mengikut adat yang kosnya hampir RM8000, tuntutan pemali (saguhati) berjumlah RM6000 dan yang paling tak logik memohon syarikat membayar RM1500 sebulan sebagai bayaran sewa jambatan yang bakal syarikat bina. Bodoh! Tanah kita, jambatan kita, wang kita, mana mungkin kita pula nak bayar sewa sebanyak itu setiap bulan. Kegagalan mematuhi atau mengikuti saranan atau tuntutan ini mungkin menyebabkan mereka-mereka ini, termasuklah orang yang dinamakan counselor itu, membuat tindakan termasuk mengganggu kerja-kerja pembinaan.
Itulah JKKK yang membawa maksud JawatanKuasa Kemajuan dan Keselamatan kampung yang nampak kini sebagai penghalang pembangunan dan cuba menghasut agar berlaku kekecohan.
Ini di Sarawak, satu kawasan di pendalaman, dimana ancaman menghasilkan peluang. Ancaman itu adalah ugutan berunsur jenayah.
Jambatan sebagai satu struktur infrastruktur nak diganggu dari dibina. Itu untuk semua, mungkin mereka merasakan bahawa wang dicop di belakang rumah!
Hasrat untuk memahami dan belajar budaya, adat dan resam pribumi ini (YANG LAIN SAYA TAK TAHU LAH) terbantut kerana ianya bersimpang jauh dari keadaan sebenar disebabkan politik sempit counselor lantikan politik (sepatutnya menjadi wakil pribumi itu untuk terus maju), malahan ianya jelas mengambarkan bahawa mereka ini adalah mafia politik sempit setempat.
Jadi SWOT analysis saya ialah, S - Saya peduli apa, W - Wang itu bukan saya punya, O - orang itu memang gila dan bodoh dan T - tak perlu saya layan.
Akhirnya mereka tidak akan dapat apa pun dari saya... hasrat untuk menyumbang kepada PIBG sekolah pun saya terpaksa fikir dua kali, hasrat untuk memberikan khidmat bantuan sosial lain pun, akan saya salurkan kepada pekerja saya atau komuniti pribumi yang lain yang lebih senang didekati dan difahami.
Mungkin, kalau terpaksa, akan saya dedahkan politik sempit counselor bodoh itu!
NOKTAH dan PUAS.
Tuesday, November 03, 2009
Manusia Dan Kadang-Kadang
Baru-baru ni, sekumpulan pekerja di dapati cuba menyeludup keluar racun rumpai berjumlah hampir 9 tong atau 180 liter. Nilai sekitar RM1800. Hasil kerjasama pihak tertentu, tindakan buruk mereka ini didedahkan tetapi mereka cuba melarikan diri. Apa yang berlaku ialah, atas budi bicara dan pertimbangan tertentu, mereka ini (berjumlah 14 orang) telah di buang kerja dan di tahan gaji mereka, walaupun sebenar boleh di serahkan kepada pihak berkuasa saja. Pelaku terdiri daripada mandor, pekerja meracun, pemandu traktor serta lain-lain kuncu yang terlibat.
Tetapi, ada hati pulak nak menuntut gaji sedangkan urusan pembayaran gaji belum selesai serta banyak lagi hal-hal berkaitan dengan hutang mereka belum disahkan dan di selesaikan.
Yang jelas, mereka ini rakyat Indonesia yang berugama Islam dan sanggup mencuri dan selepas itu dengan megahnya menuntut itu dan ini.
Manusia yang Berfikiran Dan Dunia Islam.
Jadi perhatikan grafik di bawah ini;
Bermula dengan Mega Brand Coca Cola yang mana di terbalikkan dan kemudian di olah semula yang akhirnya membawa maksud NO MOHAMMAD , NO MAKKAH.
Wednesday, October 28, 2009
DUN PERAK DENGAN KISAH SI LUNCAI
Dua-dua nak bersidang, dalam satu persidangan, dalam satu masa tapi berlainan acara. Dua-dua ada pengerusi (malas nak sebut speaker , sebab speaker juga bermaksud pembesar suara, jadi itu lah dia bising tu) nak mulakan agenda masing-masing. Teringat zaman Ibrahim Kerdil dengan Parlimen kanak-Kanak dulu, rasanya lebih teratur, mungkin sebab dah ada skrip. Tapi, di DUN Perak ni sebenarnya dah ada skrip dan plot cerita, sebab tu semuanya macam dirancang.
Rugi rasanya melantik orang-orang sebegini, dah lah gaji di bayar dari hasil cukai rakyat, dia orang pulak macam "budak-budak tadika berebut duit siling dalam tepung". Patutnya, rakyat macam kita ni boleh cakap... Biar lah Si Luncai - Luncai tu terjun dengan labu-labunya... kan ada dua Luncai di situ.
Yang bestnya , Sidang DUN Perak meluluskan Bajet 2010 negeri walaupun si luncai-luncai masih terkapai-kapai dengan labu-labunya!
Apa nak jadi... dah boleh masuk " World Book Of Record For The Stupiest State Assembly & Government".
Wahai si Luncai-Luncai... Wahai Si Zambry.... Wahai Si Nizar.... Awat Jadi Macam Tu... waktu kecik dulu , hangpa semua di larang oleh ayahda dan bonda berlari-lari dalam hujan ke? Pi lah tengok kat Pos Dipang tu, apa dah jadi tu dah jadi.... tengok-tengok lah awat jambatan gantung baru siap boleh runtuh, jangan lah kerana budak-budak (macam hangpa ni jugak) melompat-lompat, berlari lari jambatan boleh runtuh. ... Paling tidak pun kalau dah tahu budak-budak tengah aktif macam tu, kenalah ada orang yang jaga, yang tegur... cerita nak makan malam lah... apanya dah pukul 10.30 malam. Ataupun, siasatlah sapa punya kepala otak bawa budak-budak kecik yang tengah aktif tu pi tempat macam tu dengan penjagaan yang minimum.
Ni hangpa, YB ADUN-ADUN dok sibuk kat Dewan Negeri "buat lawak" pulak. hancus negeri, nasib baik negeri Perak dah kira maju sikit... kalau tidak mampuih..
Elok pi tengok kat Bersia, Grik, kampung-kampung orang asli, rumah setinggan kat Ipoh tu, atau kalau malas nak pi, hangpa duduk lah tengok apa yang hangpa boleh buat jadikan negeri Perak sekilat macam logam Perak yang di gilap.... kalau nak best sangat mungkin boleh tukat kepada Negeri Emas.
ps
Kat kelantan dah ada Pasir Mas, kat Kelantan dah ada Kota Baru, Perak pun ada....
SPRM DAH MELAMAR LAPURAN AG
Bagus lah kalau dah begitu, kalau SPRM dah "melamar" lapuran audit negara, walaupun melalui pasukan khas pun (tak tahu lah pasukan khas macamana), sekurang-kurangnya kita tahu pihak audit negara tak lah membuang masa , mengorek sana, "menghusha sana", "mengorat sini" atau pun berbaloilah tujuan penubuhannya sebagai badan pemantau dan membuat "check and balance" dan akhirnya membuka ruang untuk memperbaiki kelemahan yang ada.
Setidak-tidaknya, kita dapat berharap, perkara penyelewengan dan tindakan bodoh sipelaku dari jabatan dan agensi kerajaan ini tidak berlaku lagi, setidak-tidaknya dikurangkan.
Harap-harap dapat satu hari nanti, hasil dari hubungan intim SPRM dengan AG nanti, adalah muka-muka yang tersiar dalam Buletin Utama ke atau mana-mana media cetak dan elektronik, dengan tangan bergari atau muka di tutup dengan suratkabar (tanda malu), para-para pelaku "sumbang mahram" ketua atau kakitangan agensi dan jabatan kerajaan terbabit. Cuma saya harap, berharap sangat-sangat, jadi setakat tubuh pasukan penyiasat saja, akhirnya tutup kes... sama macam kes Video Lingam, suruhanjaya dah tubuh, keputusan dan syor dah keluar, tapi dengar cerita kes nak di tutup.... jangan sampai orang cakap bukan kes yang di tutup, tapi saja nak tutup malu pihak pihak tertentu... maklumlah kes berprofil tinggi.
Jangan jadi satu malaysia ni nanti, satu malaysia yang .... dot , dot , dot (isi sendiri tempat kosong).
ps
jangan pulak ada cakap, dah orang nak kasi, ada peluang... itu kan rezeki!
Tiga Fasa Dalam Kehidupan / The Three Age Stage in Life
THE THREE STUPID AGE IN OUR LIFE
1ST - TEEN AGE
GOT TIME AND ENERGY BUT NO MONEY
2ND STAGE - WORKING AGE
GOT ENERGY AND MONEY BUT NO TIME
Tuesday, October 27, 2009
Menulis dan Memadam ....
Dalam erti kata lain, penulisan dan menulis memaparkan hasrat hati, luahan rasa dan boleh membantu "memadamkan" derita tekanan. Lepaskan....
Orang yang menulis sesuatu artikel, perlu banyak membaca sebab penulisan yang bernas dan berisi boleh membantu pembaca mendalami isi dan menyakinkan mereka. Penulisan yang berbentuk luahan rasa hanya memaparkan situasi penulis, mengambarkan realiti ketika itu dan menonjolkan keadaan si penulis.
Ramai orang menyatakan bahawa penulisan itu satu kreativiti, namun bagi saya, kreativiti itu terlalu subjektif. Kalau penulis menceritakan sesuatu yang benar, walaupun bahasa dan lenggoknya amat payah atau terlalu mudah, itu yang benar! Gambaran nya lebih jelas dari hati, tafsiran nya yang berbeza... itu lah kreativiti.
Setengah orang mereka kreativiti dalam penulisan sehinggakan orang biasa susah nak faham... tengoklah cerpen kreatif, sajak atau madah kreatif... siapa yang faham.... penulis saja yang faham, tafsiran berbeza dan akhirnya syok sendiri. Mungkin kerana mereka sudah ada nama, maka, yang di tulis itu sedap dan bagus berlaka.
PS
Saya tulis apa yang saya rasa, saya tulis untuk saya baca dan sesiapa saja yang minat nak baca. Kalau salah, itu dari saya , tafsiran saya dan kalau benar, renungkan saja.
POLITIK OH POLITIK
Hujung hujung tahun ni banyak lah parti parti politik buat mesyuarat tahunan, dari UMNO, MIC hinggalah ke Gerakan. Yang syoknya ada jugak yang sibuk nak buat perhimpunan agung luarbiasa atau EGM.
Dan dah jadi kebiasaan, bila ada mesyuarat dengan pemilihan, bunga-bunga perpecahan atau “ak berlaga angin” akan muncul. Semuanya kerana si pemimpin nak terus jadi pemimpin dan si akar umbilah yang jadi penentu... maka dengan itu saya pun isytiharkan bermulanya politik wang. Politik wang ni timbul sebab betapa mudah dan senangnya undi dibeli dengan wang... bukan setakat belanja teh tarik dan roti canai, tapi lebih lagi.
Politik wang ni takan habis selagi pemilihan ini dibuat secara kuota atau menetapkan siapa yang boleh di pilih dan memilih. Kalau ramai yang boleh dipilih dan ramai yang boleh meemilih, orang yang nak dipilih pun tak sanggup nak keluar belanja banyak kecuali lah dia benar-benar kaya dan galak sangat nak jadi pemimpin atau dia memang kaki songlap, kaki rasuah dan sanggup bersekongkol dengan mafia atau gangster.
Ramai pemimpin merasakan bahawa mereka hanya dapat “berjasa atau menabur bakti” apabila berada dalam kelompok kepimpinan di atas... lupakah mereka budi dan jasa boleh di taburkan dimana saja dengan modal yang minima. Bercakap, berpidato atau cuba menebalkan muka untuk membantu para akar umbi, tanpa jawatan tinggi pun boleh asalkan tidak mengharapkan sebarang balasan. Masalahnya, akar umbi telah lama diracuni dengan wang ringgit, jadi nak dibajakan dengan budi dan bakti saja tak cukup. Silap-silap kita digambarkan dalam video macam pelakun video lucah!. Jadi video klip paling banyak hits dalam YouTube!
MCA dah kucar kacir, berebut nama dan sokongan. Katanya dah pulih tapi rasanya macam kat luar saja. Tak nampak ikhlas. PPP tak payah nak cakap...lah masing-masing boleh buat mesyuarat dan pemilihan... ada gang masing-masing. Kalau dah gitu buat lah parti baru... namakan PPPP. Kalau PPP jadi Parti Paling Progresif, PPPP jadi Parti Paling Pandai Progresif! MIC tak payah cakap, sapa berani lawan Mr Samy Velu!
Yang paling terbaru ialah PAS... nak juga buat EGM. Apahal pulak... konon nak singkirkan pemimpin yang terlalu liberal, yang menolak “kerajaan perpaduan”. Mana ada “kerajaan perpaduan”, kerajaan bermadu adalah... Kalau PAS kawin dengan UMNO, maka bermadulah dengan PKR atau DAP. Silap-silap macam cerita P. Ramlee...madu tiga.....”mesti pandai temberang, mesti pandai pembohong”. Jangan jadi macam Kasim Selamat dalam cerita Ibu MertuaKu sudah.... buta!
Bila agaknya politik dan permainan politik akan tamat tanpa pergolakkan dalaman serta politik wang. PRU 12 rasanya dah lama habis tapi politik PR dan BN macam tak habis-habis... sedar-sedar dah PRU 13, habuk pun tak ada untuk rakyat.
PS
POLITIK singkatan untuk,
Pandai Orang, Lu Ikut, Tara Ikut, Kaput!
LAPURAN AUDIT DAN SPRM
Apabila kita membeli sesuatu, selalunya kita dapat gambarkan harga barangan yang bakal kita beli. Contohnya apabila saya membeli sebuah komputer riba yang baru untuk isteri saya, saya menganggarkan harga nya dalam lingkungan RM1200 – RM3200, tertakluk kepada saiz monitor, kapasiti storan, pemeroses, system yang digunakan serta ciri-ciri lain yang agak biasa di tetapkan sebagai spesifikasi komputer terbabit. Tak pernah saya bayangkan bahawa komputer itu berharga RM12,000 – RM32000. Dalam erti kata lain, saya telah meembuat tinjauan untuk memastikan bahawa saya mampu memilikki sebuah komputer baru untuk dihadiahkan untuk isteri.
Lalu saya membeli sebuah komputer riba jenis Toshiba bersaiz kecil (kompak) dengan ciri-ciri biasa untuk kegunaan isteri saya... RAM yang bersesuaian, saiz yang kecil dan menarik, “operating system’ yang sesuai serta pelbagai ciri yang menarik. Selain dari itu, komputer itu dilengkapan dengan “cooling fan”, “thumb drive 2 GB, tetikus digital, “mouse pad” yang menarik serta layanan pekerja kedai komputer itu sendiri yang amat menyelesakan. Harganya ialah RM1299 sahaja!
Maka dengan itu amat lah saya terkejut apabila lapuran AG mendedahkan bahawa ada agensi kerajaan membayar sehingga RM42320 untuk sebuah komputer riba! Samada bodoh, tak tahu membaca atau mengenal huruf dan nombor atau si pembeli keliru dengan matawang kita dengan mata wang Indonesia iaitu rupiah. Kalau dalam rupiah pun, 42320 bernilai sekitar RM20 – RM30 sahaja... lagi tak logik!
Oleh itu, saya mula mengkaji bagaimana proses pembelian komputer itu di buat.....
a) Mengenalpasti keperluan pembelian... disini ialah sebuah komputer serta ciri-cirinya.
b) Menyediakan borang permintaan belian (Purchase Requisition).
c) Mendapatkan sebutharga dari pembekal berdaftar
d) Membuat pemilihan dan syor pembekal
e) Mendapatkan kelulusan pembelian
f) Mengeluarkan Pesanan Belian (Purchase Order)
g) Menerima barangan yang di pesan dengan invois serta “Delivery Advise (DA)” atau “Delivery Note (DN)”
h) Proses pembayaran disertakan dengan dokumen sokongan seperti saliann “PO”, “DN atau “DN” serta surat kelulusan pembelian.
Dari senarai proses yang ringkas di atas, ramai individu terlibat, dari pegawai belian, pengurus atau ketua jabatan serta pihak kewangan. Agak aneh apabila tiada sesiapa pun menyedari bahawa komputer yang dibeli berharga RM42320. Jadi, jangan salahkan orang lain apabila, mereka-mereka itu dikatakan sebagai telah menerima habuah yang agak lumayan.
Sebuah komputer riba jenis Acer bersaiz 17 inci , harga di pasaran sekitar RM3000 ke RM3500 tertakluk kepada spesifikasi, komputer riba Lenovo Thinkpad X200 dengan “multitouch screen” harga berharga RM7999 ), ini model terbaru lenovo). Saya nyatakan juga senarai harga komputer riba yang lain untuk tatapan bakal pembeli... harap-harap ada jugak pembeli dari kalangan agensi atau badan kerajaan yang membaca untuk dibuat perbandingan dengan komputer RM42320 itu.
a) Asus W90 : Intel Core 2 Duo , 6 GB DDR2 RAM, 18.4 inci monitor, 2 x 320GB hard drive, ada bluetooth, WiFi, 4 USB port, HDMI, Firewire dan Ethernet –
RM10,999
b) MSI EX620 : Intel Core 2 Duo, 16 inci LCD display monitor, 500GB hard drive siap dengan blue tooth, WiFi, 3 USB port, HDMI - RM3899
c) Dell Tiny Mini : Intel Atom Z530, 1GB RAM, 10 inci monitor, 160GB hard drive, bluetooth, WiFi, 3 USB port, - RM1699
d) Acer Aspire 4810T : Intel Core 2 solo, 2GB RAM, 14 inci monitor, bluetooth, WiFi, 3 USB port – RM2699
e) Fujitsu L1010 : Intel Core 2 Duo, 1GB DDR3 RAM, 14 inci monitor, 250GB Hard drive, Blue tooth, WiFi, 3 USB port – RM3699
Itu baru sebahagian yang dapat saya nyatakan dengan pencarian tak sampai setengah jam. Sumber saya ialah suratkhabar dan majalah chip Malaysia. Lihat saja harganya... mesti ada RM...99 di setiap senarai harga berbanding dengan komputer RM42320 itu!
Kalau pihak agensi atau badan kerajaan tersebut dikenakan caj lebih kerana lambat bayar, jangan sampai terlalu tinggi! Kalau harga itu, boleh beli 3 buah komputer Asus W90 atau 11 buah komputer Fujitsu L1010... alangkah bahagianya kakitangan jabatan tersebut... komputer baru banyak, ada peluang guna komputer, tentu kerja lebih cepat....tak payah menunggu.
Saya tak mahu ungkit pembelian petrol sehingga RM300/liter berbanding dengan petrol RON 97 yang hanya RM2.05/liter.! Kalau saya ungkit, nampak bodoh sangat pengendali pembelian atau ketua jabatan terbabit.... nampak pulak saya cerdik!
Soalnya sekarang, sudah terang lagi bersuluh akan penyelewengan atau salah guna kuasa atau kebodohan pegawai terbabit....bila SPRM nak masuk meminang. Takan nak meminang ahli politik sahaja.... ini lagi cantik punya...dah ada saksi... walinya AG!.
Saya selaku pembayar cukai, tiap-tiap tahun tak kurang dari RM18000 bayar cukai (itu pun kadang-kadang dituntut lagi ), nak jugak tengok persandingan antara AG dan SPRM ni membenteras maksiat...kalau lambat nikah, banyak lagi dosa!
Thursday, October 22, 2009
Yang Baru Dah Jadi Kebiasaan
Apa yang biasa di sini ialah;
a) Memotong barisan adalah perkara biasa apabila berlaku jam teruk,
b) Apabila telah memotong barisan, pemandu kereta itu akan memberi isyarat, meminta kereta di tepi atau belakang memberikan laluan untuk kereta pemotong barisan untuk masuk. Biasa nya, pemandu lain akan cuba menghalang sebab geram dengan tindak tanduk pemotong barisan tadi,
c) Biasanya apabila perkara a dan b di atas berlaku, keadaan sesak bertambah buruk,
d) Biasa lah juga, apabila terlalu banyak kereta yang memotong, mereka yang setia dalam barisan naik bosan dan marah, lalu, biasanya melakukan tindakan yang sama dan akhirnya
e) semua akan berkata....."biasa lah".
Yang baru nak buat benda yang dah jadi kebiasaan, kadang-kadang mungkin kekok, tapi lama-lama, mereka ini yang akan jadi hero lalu akan berkata kepada yang baru... Biasa lah, aku dulu pun begitu.
Mesej yang nak di sampaikan ialah, manusia begini tergolong dalam manusia yang tidak akan atau tak boleh menerima perubahan malah mereka lebih suka jika yang positif itu memberikan kepuasan atau kelebihan kepada mereka. Contoh, memberi rasuah untuk mendapat perkhidmatan yang lebih cepat, lebih mudah dan tanpa ada banyak faktor menyusahkan di anggap bayaran perkhidmatan spesial tapi kalu di minta tanpa perkhidmatan.... silap-silap pemberi rasuah sebab tak ada rundingan cuma ingin nak suap untuk lepaskan diri, maka akan kena cekup, dan yang ingin di rasuahkan dapat nama baik, integriti tinggi, silap2 dapat award. Tapi kalau penerima minta yang bukan2, dia mungkin kena cekup sebab pemberi tidak puas hati lalu buat lapuran. Rasuah selalunya bermula dengan 2 pihak, pemberi dan penerima, dan ada sesuatu yang diinginkan oleh kedua duanya, satu pihak ganjaran, satu pihak lagi perkhidmatan atau kemudahan. Sama macam cerita di atas, hal pemandu kereta, kalau dah ada yang mula, maka ramai bakal jadi pengikut, kalau dah ada yang kena saman, yang lain menggelak. Bila dah jam, sibuk cari salah orang lain.
Itu dah jadi kebiasaan....
Friday, October 09, 2009
Pemanasan Global
Di nyatakan di bawah ini petikan artikel dari National Geographic keluaran June 2007, yang antara lain mengupas kesedaran tentang pemanasan global serta apa yang sebenarnya di rasai atau pendapat individu tertentu;
a) Dari Randi S. Martinsen - Laramie, Wyoming.
The Big Thaw
Global climate is changing as it always has; species will go extinct as they always have; other species will prosper. Yes, we may be influencing change, but we have not created change. While I think it is important to determine and monitor what changes we may be influencing, please reminds your readers that changes is natural and earth will continue to change no matter we may or may not do. We must accept this and figure out how to best adapt - not control it.
As Cherles Darwin said " it is not the strongest of species that survive, nor the most intelligent, but the one most adaptable to change".
Antara lain, pendapat ini menyuarakan bahawa sudah menjadi resam dunia akan berubah samada disebabkan oleh perbuatan kita manusia ataupun tidak. Itu adalah kehendak semula jadi. Apa yang perlu ialah menyesuaikan diri dengan perubahan yang berlaku seperti mana kata Charles Darwin " Bukanlah spesis yang kuat akan kekal berjuang ataupun yang paling bijak tetapi sebenarnya yang kekal ialah yang paling pandai menyesuaikan diri dengan perubahan". Manusia mungkin menpengaruhi perubahan tetapi sebnarnya manusia tidak mencipta perubahan terbabit.
b) Tim Carter - Stoughton, Wisconsin.
Global warming is as dynamic as many other earthly processes. To deny that the Earth is warming is ignorance; to believe it's man-made is foolish. We must remember that we are still coming out of an ice age, a mere 11500 years past - a gnat on an elephant hindquarter given the billions of years that the Earth has evolved. I recently had the opportunity to visit the Hubbard Glacier in Alaska. The Park Ranger stated that it is growing. Why is this, and how does its growth rate compare with the others receding.
Petikan ini antara lain menyatakan perubahan dan pemanasan global dunia adalah dinamik sepertimana proses-proses lain di dunia ini. Menidakkan pemanasan global adalah satu penyataan yang tidak wajar tetapi menyatakan bahawa ianya akibat perbuatan manusia adalah bodoh. Kita harus sedar bahawa kita baru sahaja 11500 tahun keluar dari Zaman Ais. Evolusi dunia sebenar telah berlaku berbilion tahun dahulu, dan perubahan tentunya berlaku.
ps:
LU FIKIR LAH SENDIRI!!!
Monday, October 05, 2009
Yang Baru dan Yang Lama
Dalam kehidupan harian terutama dalam menjalani tugasan, kita (saya juga) berdepan dengan mereka-mereka yang masih lagi mempertahankan "the old scholl of thought" dan kadang-kadang mencetuskan perbalahan. Dalam dunia dimana, teknologi sentiasa berubah, kaedah pembuatan keputusan jugak menjadi lebih canggih dan cepat. Kegagalan dalam memanafaatkan teknologi akan membuatkan kita ketinggalan. Malahan dalam industri pembuatan tradisional seperti inductri batik juga, teknologi telah merubah banyak proses yang dulunya mengambil masa yang lama.. teknologi sebenarnya membantu untuk mempercepatkan proses pembuatan serta menjadi "management tools" dalam membuat keputusan.
Malang, agak malang dimana, terdapat "bosses" yang masih kekal ditakuk lama, gagal mengikuti arus perubahan dan akibatnya kita akan ketinggalan atau mencetuskan perbalahan mengenai isu yang remeh.
Banyak yang hendak saya perkatakan, tetapi masa kadang-kala membataskan segalanya.
Thursday, October 01, 2009
OPs Sikap
Ops Sikap ke 20 sudah tamat dengan statistik kematian akibat kemalangan seramai 261 orang semenjak ianya di lancarkan pada 13hb September 2009 yang lalu. Hari terakhir sahaja mencatatkan jumlah kematian yang agak ramai iaitu 23 orang. OPs Sikap ini akan di teruskan lagi pada musim perayaan yang lain dan satu statistik baru bakal dicipta. Biasanya hal sebegini adalah bermusim, disiarkan, dihebahkan pada ketika dan masa itu sahaja, setelah dua minggu atau selebihnya, ianya dilupakan sehinggalah datangnya musim berikutnya.
OPs Sikap yang diadakan saban tahun ketika musim perayaan jelas tidak berupaya mengurangkan kadar kemalangan malahan kemalangan maut semakin bertambah. Apa yang jelas ungkapan OPs Sikap itu sendiri amat jelas bahawa kemalangan kebanyakkan nya berpunca dari sikap pengguna jalanraya, tidak kira samada pemandu kereta, lori, bas atau teksi, pejalan kaki atau penunggang motorsikal. Ianya menjadi parah apabila unsur-unsur lain dicampurkan seperti keadaan jalan yang tidak sempurna, bahana memandu dengan pengaruh dadah atau alkohol atau keadaan kenderaan yang tidak diselenggara dengan baik.
Statistik OPs Sikap nampaknya terlalu menekankan kadar atau jumlah kematian harian, walaupun kadar kemalangan serta saman turut menjadi intipati statistik. Adakah dengan penekanan kadar kematian ini akan menakutkan para pengguna? Jawapan nya ialah TIDAK. Para pengguna jalanraya tidak pernah mengambil berat tentang ini sebab yang pentingnya ialah cepat sampai ke destinasi.
Banyak saranan serta pendapat dikemukakan oleh banyak pihak setiap tahun serta beberapa kaedah serta kempen dijalankan tetapi hasilnya tetap menghampakan.
Kajian terhadap sikap pemandu, suasana atau emosi sebelum dan ketika memandu, kemudahan rehat yang disediakan, jumlah kenderaan, penyediaan kemudahan pengangkutan alternatif, langkah-langkah pemantauan serta kaedah pencegahan dan tindakan susulan undang-undang perlu diselidiki dan dikaji dengan mendalam.
Pemanduan berhemah sahaja tidak mencukupi kerana emosi dan sikap pemandu mudah dipengaruhi oleh sikap pemandu atau pengguna yang lain. Contoh yang jelas ialah keadaan trafik yang memuncak boleh mengubah seseorang yang tenang menjadi tegang. Ini ditambah pula dengan sikap pengguna atau pemandau yang lain yang cuba memotong barisan kerana bosan dengan pengerakkan trafik yang lambat. Keadaan ini menimbulkan perasaan marah serta stress. Ditambah pula dengan hiruk pikuk anak-anak yang juga naik bosan. Siaran radio pula kerap menyiarkan lagu raya yang menyebabkan pemandu terasa sangat keperluan untuk cepat sampai untuk berjumpa dengan ahli keluarga di kampung. Akibat nya, apabila ada ruang yang terluang, pemandu ini mula melepaskan geram dengan memandu laju, dibuang jauh rasa berhemah sebab tujuannya hanya satu iaitu segera sampai ke destinasi. Samseng jalanan serta pembuli jalanraya turut terhasil akibat sikap panas baran serta kelonggaran sikap bersabar.
Bagi pemandu yang memotong barisan , mereka hanya memikirkan bahawa mereka perlu sampai awal, tidak mahu menunggu dalam barisan terlalu lama, timbul rasa bosan , maka perbuatan memotong barisan menimbulkan rasa puas, tanpa mempedulikan pemandu lain yang marah kerana telah menunggu terlalu lama. Ini semua nya tabiat manusia yang sebenarnya boleh diajar melalui peguatkuasaan dan bukannya melalui ceramah semata-mata. Ceramah dan kursus hanya menimbulkan rasa bosan dan ianya sekadar syarat untuk mendapatkan sesuatu seperti lesen. Ini sememang sikap kita, rakyat Malaysia, tanpa mengira bangsa dan ugama.
Penguatkuasaan yang dilakukan pula mestilah bermula dari sebelum, semasa dan selepas perayaan dan sebolehnya berterusan sehinggakan ianya menjadi satu amalan. Rakyat Singapura yang kononnya pemandu berhemah di negara sendiri, apabila berada di jalanraya di Malaysia, mereka juga sudah membuang jauh-jauh perasaan berhemah itu. Perbandingan juga selalu dibuat dengan pemandu di negara maju seperti New Zealand, United Kingdom, Jepun, Jerman dan Australia tetapi itu di negara mereka. Jika mereka lama di negara kita, memandu di lebuhraya kita, mereka ini juga bakal terikut-ikut dengan gelagat pemanduan di Malaysia. Di sinilah kajian mendalam perlu dibuat untuk mengenalpasti apakah yang mempengaruhi manusia bersikap begitu apabila menjadi pengguna jalan raya khususnya pemandu kereta, bas ekspress serta penunggang motosikal di Malaysia.?
Penguatkuasaan adalah satu elemen penting dalam pencegahan kemalangan khususnya kemalangan maut. Ingin saya cadangkan beberapa usul yang mungkin boleh membantu;
a) Penguatkuasaan sebelum musim perayaan perlulah dibuat bukan seminggu dua sebelum OPs Sikap bermula tetapi sebulan sebelum itu. Buatlah sekatan sebanyak mungkin ditempat-tempat strategik. Periksalah keadaan kenderaan, samada selamat atau tidak.? Kenakan saman segera pada pemandu atau pemilik kenderaan yang tayarnya botak, brek tidak berfungsi atau lain-lain keadaan yang bakal membahayakan pengguna lain. Kenakan denda maksima semuga mereka serik agar tidak lagi disaman, yang mungkin boleh menjejas budget perjalanan nanti.
b) Penguatkusaan semasa OPs Sikap meliputi saman dan pembayaran setempat terhadap semua pesalah jalan raya terutama bagi mereka-mereka yang memotong barisan atau memandu di lorong kecemasan (yang menimbulkan stres pada pemandu dan pengguna lain yang sabar beratur), kenakan denda maksima dan tahan kenderaan mereka selama dua jam sebelum dibenarkan menyambung perjalanan mereka.
c) Pemantauan serta perangkap laju harus cekap di mana, pemandu yang memandu melepasi had laju, ditahan dan terus di saman di mana-mana plaza tol yang mereka gunakan untuk meneruskan perjalanan ke destinasi. Bayaran saman perlu lah dikenakan dan dibayar pada masa mereka di tahan.
d) Mana-mana pemandu atau pengguna yang mencatatkan saman melebihi satu pada satu-satu masa OPs Sikap dijalankan, lesen mereka harus digantung dan mereka dikehendakki menjalani semula kursus dan seminar Pemanduan Berhemah.
e) Mana-mana kawasan yang dikenalpasti akan mengalami gangguan trafik yang teruk, polis trafik perlu diletakkan di lorong kecemasan di mana, sebarang perbuatan memotong barisan atau menyelit dikenakan saman segera, setempat. Khidmat Pasukan Gerak Am (PGA) boleh digunakan.
f) Papan tanda berbentuk grafik kemalangan (yang teruk dan mengerikan) diletakkan di setiap kawasan strategik yang sering berlakunya kemalangan, dengan amaran hukuman yang keras terhadap pesalah jalanraya. Ianya seperti gambar grafik kesan-kesan dan bahaya merokok yang diletakkan pada setiap kotak rokok.
g) Pemandu yang memandu berseorangan di larang menggunakan lebuhraya bagi mengurangkan jumlah kenderaan. Galakkan dan insentif bagi pengguna kenderaan awam perlu diadakan.
h) Pengerakkan motosikal secara berkonvoi diharamkan dilebuhraya.
i) Motosikal dilarang memasukki lebuhraya selepas jam 7.00 malam. Ini bagi mengurangkan risiko kemalangan pada waktu malam yang melibatkan penunggang dan pemboceng motosikal.
j) Bas-bas ekspress tambahan sempena hari perayaan haruslah melalui pemeriksaan PUSPAKOM bagi mengenalpasti kenderaan kenderaan terbabit.
k) Tahap umur bagi membolehkan seseorang mendapat lesen memandu atau menunggang motosikal perlu dikaji semula. Misalnya, bagi lesen memandu kereta, tahap umur mestikan tidak kurang dari 20 tahun, lori, pengangkutan awam dan bas pula perlulah tidak kurang dari 21 tahun, motosikal bawah 250cc, had umur tidak kurang dari 19 tahun dan bagi motosikal berkuasa tinggi, had umur mestilah tidak kurang dari 20 tahun.
l) Tempoh percubaan pula dinaikkan dari 2 tahun kepada 3 tahun. Mana-mana pemandu atau penunggang yang dikenakan saman ketika tempoh percubaan pula akan dikenakan tempoh lanjutan selama 6 bulan bagi setiap kesalahan dan dikehendakki menjalani kursus pemanduan berhemah setiap kali dikenakan saman. Setiap kursus Pemanduan Berhemah perlu dikenakan bayaran kursus sebanyak RM200.
m) Bagi setiap pemandu atau penunggang yang terbabit dalam kemalangan maut, pemandu atau penunggang terlibat, samada bersalah atau tidak perlu dikenakan tahanan reman tidak kurang dari 3 hari.
n) Mana-mana pemandu, penunggang atau pengguna jalanraya yang pernah terlibat dalam kemalangan maut, senarai nama mereka dihantar kepada semua pejabat JPJ dan Insuran. Ini bertujuan agar mereka dikenakan premium insuran 100 peratus lebih tinggi daripada had biasa selain daripada NCD atau NCB mereka di hapuskan terus. Insuran yang bakal dibayar nanti akan merupakan premium tahap maksima.
o) Pemandu atau pengguna jalanraya yang dikenalpasti bertindak dalam keadaan yang bakal membahayakan diri sendiri dan pengguna lain dikenakan tindakan menghadiri kelas “Anger Management” dan Pengurusan Stress bagi tempuh tidak kurang dari 100 jam. Ini adalah mandatori dan kenakan bayaran sewajarnya. Ini termasuklah pemandu yang mengunakan lorong kecemasan, memotong barisan (menyelit) dan Pembuli Jalanan.
p) Mengenalpasti laluan alternatif sehala bagi kawasan-kawasan yang sememangnya sesak ketika musim perayaan.
q) Tiada lagi diskaun bagi setiap saman yang dikeluarkan malahan penalti 10 peratus perlu dikenakan bagi setiap kelewatan melebihi 3 bulan dari tarikh saman dikeluarkan (saman ekor). Waran tangkap dikeluarkan apabila saman gagal dijelaskan selepas tempuh 1 tahun. Pesalah terbabit kemudiannya dikenakan tindakan kerja-kerja masyarakat seperti membersihkan kawasan perkuburan serta bilik rawatan kemalangan dan kecemasan di hospital kerajaan bagi tempuh tidak kurang dari 10 hari.
Secara amnya, pemandu dan pengguna jalanraya di Malaysia hanya dapat belajar (harap-harap terus bertaubat) jika mereka dikenakan tindakan berangkai seperti saman maksima serta tindakan susulan yang lain yang bakal menyusahkan diri mereka sendiri, samada ketika dan selepas kesalahan itu dilakukan. Mereka perlu merasakan bebanan yang bakal dipikul dan bagi yang telah terkena tindakan tersebut, mereka mungkin akan sedar. Terkena sekali mungkin tidak mahu diulangi lagi. Hukuman digantung sampai mati tidak akan menyelesaikan masalah tetapi hukuman yang boleh memalukan pesalah atau menyusahkan mereka untuk jangka masa panjang atau berterusan (hukuman denda segera , menghadiri kursus, kadar premium insuran yang tinggi) bakal menukarkan keadaan. Itu lah OPs Sikap yang sebenarnya.
Tuesday, September 15, 2009
Impak Maksima - Drift Dalam Hutan
Sekadar Menumpang Lalu Di Jajahan Orang Demi Sesuap Nasi (gerenti tak kenyang). Ini bukan perkara yang selalu berlaku, hanya ketika musim hujan, sekitar bulan Nov hingga Jan, hampir setiap tahun.
Yang Lama dan Yang Baru.
a) Dapat kereta baru, hari hari nak bawah dan cuci , nampak lubang mesti mengelak. Bila dah lama, dah naik malas kalau nak basuh, kalau dulu setiap hari lama-lama mungkin seminggu sekali atau silap-silap sebulan sekali. Nak wax, minta maaf. Kalaukereta dah mula ada kemek atau calar, lagi malas nak jaga.
b) Bila baru kawin, jalan mesti nak pegang tangan. kentut pun tak terasa busuk, siap boleh main teran kentut sebab nak buat lawak. Kalau dah lama, jalan jarak sebatu satu, kalau kentut, mau kena tendang turun katil.
c) Kalau baru dapat lesen, dan ada motor baru, kedai depan rumah nak beli rokok pun naik motor. Sampai kat rumah terus lap. Kalau dah lama, inikan nak suruh beli barang, motor pun dah mula goyang sana sini.
Itu baru sikit, tapi cerita sebenarnya ialah, kenapa MIC , orang yang dah lama tu lah yang dia nak sangat. Dah tak ada orang lain atau pun dah pupus pemimpin yang ada wibawa atau ada benda lain yang digeruni atau ada yang dah dipegang rahsianya. Kat belakang punya lah banyak kutuk... depan macam tikus.
Yang bestnya, member seangkatan dah lama bersara, boleh kata ramai dah dapat title Tun, dia belum lagi. Mungkin tak cukup jasa lagi, jadi kalau bersara pun sekarang ni , title Tun pun tak layak lagi.
Mantan PM kita TDM tegur sikit, bagi nasihat sikit, dah ada yang buat syor gantung kalung selipar pada gambar TDM. Hina sangat ke TDM? Atau siapa yang lebih hina?
Sudah-sudah lah, BN tak akan kemana sekiranya semua nak terus menongkat langit. MCA dah kacau, MIC ditakuk lama dan PRU 12 dulu macam dilanda garuda... hancus. PPP pun goyang, sibuk nak rebut presiden. Kalau ikut tonggak, nampaknya UMNO masih bertahan tapi takut juga kalau dah habis UM... tinggal NO.
BN jangan terlalu yakin, apabila PRK Bagan Pinang... selalu sangat bila ada PRK, BN terlalu yakin , last-last kalah. Tapi saya tabik Najib dan team nya, dapat juga orang Manek Urai jambatan baru dua lorong di sana walaupun BN kalah. Tak kisah lah, BN sepatutnya berkhidmat untuk semua, tak kira samada di kawasan Pembangkang atau kubu kuat sendiri. Bila orang sedar sikit, kalau BN menang mungkin dapat banyak lagi peruntukkan. lagi pun, orang Manek Urai pun bayar cukai.
Teringat kata YB Mat Sabu.... kalau dah jadi pemerintah... ibarat seorang bapa... jangan pula bila tengok anak berjalan nak ke sekolah, sibuk menjaja dan berbangga dengan berkata " Itu anak aku, baju tu aku yang beli, duit sekolah pun aku bagi"... Nak bangga apa sangat, memang dah jadi tanggung jawab bapa!
PRU ke 13, kira-kira lambat lagi, tapi masing-masing dah sibuk buat perancangan... harap-harap ada Tsunami lagi tapi Tsunami kali ini lebih halus, cantik, tertib dan sekata. Biar semua wakil yang dilantik terasa bahawa tanpa kita, sipengundi, siapalah dia... jangan nak jadi YB sebab nak penuhkan poket diri sendiri dan suku sakat.
Ps
Kawan tak mau ahli politik jadi POLITIKUS yang membawa maksud lain iaitu banyak nya tikus...penakut dengan pengundi... tak ada pendirian, asyik jaga orang dan penyokong sendiri. Guna saikologi yang terkini...jangan umpan dengan kain pelikat atau hamper. Buat karaoke pun tak payah.