Thursday, November 05, 2009

Peluang Dan Ancaman

Bila belajar bisnes management, kita tidak lari dari satu terma "SWOT" analysis. S adalah singkatan untuk Strength , W untuk Weakness, O untuk opportunity manakala T untuk threat.
Ia amat berguna apabila nak buat sesuatu perancangan terutama untuk memulakan sesuatu.

Tapi dalam keadaan sebenar, dalam environment kerja saya, ada pihak menggunakan ancaman untuk mencari peluang, peluang untuk kepentingan sendiri atau pun kuncu-kuncunya. Ancaman ini sebenarnya ancaman yang nyata, ancaman yang benar seperti ugutan untuk melakukan sesuatu yang tidak baik , mencederakan atau cuba untuk menakutkan pihak lain. Ancaman atau lebih tepat ugutan ini sebenarnya sebagai satu tunjuk kuasa untuk menndapatkan sesuatu. Dalam keadaan yang sebenar, ugutan ini sebenarnya satu tindakan jenayah.

Pihak saya ingin membina sebuah jambatan kekal yang bernilai jutaan ringgit, satu pelaburan dalam infrastruktur projek yang mana ianya bakal menjadi satu alat penghubung untuk mengeluarkan hasil. Ianya berbentuk kekal dan di bina untuk kegunaan syarikat dan masyarakat setempat. Ia di bina dalam kawasan konsesi syarikat, dimana syarikat mendapat hak ke atas kawasan tersebut serta membayar cukai untuk semua kawasan terbabit. Dalam erti kata lain, kawasan itu kepunyaan syarikat.

Namun, terdapat ura-ura masyarakat tempatan, masyarakat peribumi sini yang merasakan bahawa pembinaan ini di buat tanpa pengetahuan atau kebenaran mereka. Di situ, terfikir, apakah hak mereka, kampung dan rumah mereka pun bukan di situ, tiada apa asas pun kebenaran diperlukan apatah lagi di kawasan dan tanah hak syarikat.

Untuk menghormati adat resam dan budaya mereka, saya mengarahkan pegawai saya untuk mengkaji serta menyiasat apatah pantang larang, adat resam atau budaya yang mungkin boleh kami patuhi demi merealisasikan hasrat untuk bekerjasama dan menjalin rasa faham memahaami.

Kumpulan ini, yang ternyata dari puak dan kelompok tertentu pun berbincang sesama sendiri atas nama JKKK. Turut hadir adalah wakil puak ini dalam ahli majlis bahagian di Sarawak ini , yang mahu di hormati dan dipanggil sebagai kounselor. Hebat tu!


Maka, datanglah tuntutan untuk mengadakan upacara sembahyang mengikut adat yang kosnya hampir RM8000, tuntutan pemali (saguhati) berjumlah RM6000 dan yang paling tak logik memohon syarikat membayar RM1500 sebulan sebagai bayaran sewa jambatan yang bakal syarikat bina. Bodoh! Tanah kita, jambatan kita, wang kita, mana mungkin kita pula nak bayar sewa sebanyak itu setiap bulan. Kegagalan mematuhi atau mengikuti saranan atau tuntutan ini mungkin menyebabkan mereka-mereka ini, termasuklah orang yang dinamakan counselor itu, membuat tindakan termasuk mengganggu kerja-kerja pembinaan.

Itulah JKKK yang membawa maksud JawatanKuasa Kemajuan dan Keselamatan kampung yang nampak kini sebagai penghalang pembangunan dan cuba menghasut agar berlaku kekecohan.

Ini di Sarawak, satu kawasan di pendalaman, dimana ancaman menghasilkan peluang. Ancaman itu adalah ugutan berunsur jenayah.

Jambatan sebagai satu struktur infrastruktur nak diganggu dari dibina. Itu untuk semua, mungkin mereka merasakan bahawa wang dicop di belakang rumah!

Hasrat untuk memahami dan belajar budaya, adat dan resam pribumi ini (YANG LAIN SAYA TAK TAHU LAH) terbantut kerana ianya bersimpang jauh dari keadaan sebenar disebabkan politik sempit counselor lantikan politik (sepatutnya menjadi wakil pribumi itu untuk terus maju), malahan ianya jelas mengambarkan bahawa mereka ini adalah mafia politik sempit setempat.

Jadi SWOT analysis saya ialah, S - Saya peduli apa, W - Wang itu bukan saya punya, O - orang itu memang gila dan bodoh dan T - tak perlu saya layan.

Akhirnya mereka tidak akan dapat apa pun dari saya... hasrat untuk menyumbang kepada PIBG sekolah pun saya terpaksa fikir dua kali, hasrat untuk memberikan khidmat bantuan sosial lain pun, akan saya salurkan kepada pekerja saya atau komuniti pribumi yang lain yang lebih senang didekati dan difahami.

Mungkin, kalau terpaksa, akan saya dedahkan politik sempit counselor bodoh itu!

NOKTAH dan PUAS.

No comments:

Post a Comment