Monday, November 09, 2009

RETAK TAK PECAH, SUMBING TAK TAHU

Kalau nak tengok berita jam 8 malam, saya selalu bersiaran hanya setelah 15 - 20 minit, sebabnya ialah berita sekarang hanya berkisar kepada kekalutan dalam MCA dan EGM @ Seminar Pas. Celah-celah tu terselit cerita SPRM tangkap atau soal siasat ahli politik itu dan ini. Bukan berita itu yang aku cari!!! Sebab, dalam politik ni...MCA ke, MIC ke, PPP ke, PKR ke, PAS ke.... retak tu dah lama tapi tak pecah-pecah.... Nak pecah mungkin bila retak dah jadi retak seribu... macam cawan lama kedai apek kopitiam... sekarang ni hanya retak, silap-silap bubuh "soft fibre glass" boleh ok.

Perpaduan ke, kedamaian ke semuanya luaran saja, dalam membuih macam kuih pau inti sekaya yang baru keluar dari periuk kukus,...luar tak lah panas sangat... kat dalam silap-silap panasnya inti boleh terbakar lidah... aku dah kena!

Politik ni jugak macam sumbing tak tahu... sebabnya semua kata dia ada penyokong, semua kata dia betul... macam gelas jernih yang sumbing.... sikit tak kisah, dah besar baru buang dalam tong sampah... tiu pun setengah orang semacam saja... pakai tapi tak buang... bukan macam cawat pakai buang.

Cerita pasai banjir pun tak sah kalau tak tunjuk pasal YB ini dan itu melawat dengan seluar tersinsing keparas lutut. Itu membuktikan Rakyat di Utamakan .....entah apa2. YAB PM kata memang betul, cuma yang menigkut tu dah macam semut bergerak dalam satu barisan... tak reti nak melencung.... sampai semua iklan kat tv pun, termsauk iklan komersil pun dah tak berapa rhetorik lagi... semuanya satu Malaysia.... tapi bila sekolah satu aliran, banyak pulak tak setuju... bila bahasa inggeris jadi bahasa untuk matematik (ilmu hisab) dan sains, ramai yang berontak, bila di tukar semula, ada yang mengeluh.... deh...nak buat macam mana lagi.... satu lairan lah...dengan subjek pilihan bahasa melayu wajib, bahasa cina, india, inggeris, iban dlll subjek pilihan yang diberikan penekanan dengan jumlah masa yang sewajarnya. Lepas tu mungkin boleh buat satu subjek baru... bahasa dan budaya kita... orang melayu ada subjek budaya melayu...cina budaya cina di buat dalam bahasa ibunda... nah... ilmu dapat, budaya pun dapat. Kalau nak ambik 2 ke 3 bahasa ke... terpulang lah...satu kelebihan yang diutamakan.

ps

a) Dulu matematik sebut ilmu hisab --- ramai pulak jadi kaki hisap
Dulu sains , sekarang sains ---- tapi ramai orang sains payment buta, sains cek buta , sains kelelusan buta sebab dah mula menhisab habuan kut2.

b) BN ke PR ke.... semuanya sama, nasin baik Ibrahim Ali tak buat parti baru, dia tu memang kecuh... tapi kalu macam ni baik kecuh macam dia dari kecuh yang membodek.

1 comment:

  1. Dalam politik kawan dan lawan silih berganti, hari ni orang ampu ya ya ya, esok lusa dah turun jawatan, lain lak jadinya orang yang kata ya ya tu akan membodohkan kita balik, tak setuju semua apa yang disokong dulu.

    tidor sebantal mimpi lain2 tapi mungkin ngigau sama hehe

    ReplyDelete