“SWOT analysis” sebenarnya satu kajian tentang kekuatan, kelemahan, peluang dan ancaman. Kajian atau analisa ini terpakai dalam banyak keadaan terutama dalam memulakan sesuatu yang baru seperti memulakan sesuatu projek, perniagaan atau sesuatu yang baru diceburi. Ini bagi mendapatkan kesesuaian serta mengenalpasti segala kelemahan, risiko, keinginan yang hendak dicapai, keuntungan malah peluang untuk berjaya.
Apa yang jelas, jika ianya dibuat dengan betul berserta kadar kesilapan yang paling minima, pencapaian atau hasil yang dijangka mungkin dapat dicapai.
Tetapi, sesuatu kelemahan mungkin akan menjadi sesuatu kelebihan atau kekuatan pada pihak lain begitu juga sesuatu ancaman menjadi satu peluang bagi pihak yang lain. Contoh yang paling mudah ialah, keadaan cuaca yang panas mungkin menjadi satu masalah pada satu pihak tetapi menjadi satu peluang, mungkin untuk penjual air minuman. Keadaan hujan yang berlaku secara tiba-tiba mungkin menjadi satu peluang menagih keuntungan bagi si penjual payong.
Pada satu ketika, saya dan keluarga ingin mengunjungi pesta “JOM HEBOH TV3” di Stadium Shah Alam. Perjalanan dari rumah kakak saya di Serendah tidak menghadapi sebarang masalah. JOM Heboh ini sebenar nya dah lama tetapi saya dan keluarga tidak pernah menghadiri nya maka ini satu peluang kerana kebetulan saya berada di Semenanjong. Sesampai di Shah Alam, kami berhadapan dengan “ancaman” hujan. Tidak lebat,jadi kami cuba juga ke destinasi. Kemudian, kami berhadapan pula dengan suasana sesak, kereta dan manusia terlalu ramai. Tiba-tiba hujan menjadi terlalu lebat, itu satu ancaman bagi pengunjung sedia ada dan mereka ini bergegas keluar dari tapak pesta untuk balik....mungkin telah lama berada di sana dan hujan itu memaksa mereka pulang segera.
Hujan memaksa pengunjung lain pulang awal dari masa yang dijangkakan, waktu itu baru sekitar jam 5 petang. Timbul peluang saya untuk mendapatkan tempat parkir kereta dan apabila mendapat satu tempat kosong, hujan sudah mula reda. Setelah siap parkir kereta, kami sekeluarga bergerak ke tapak pesta... mengharungi lopak-lopak air...tetapi dek dah sampai, teruskan perjalanan. Sampai kat depat kawasan pesta, hujan tutun semula..saya dan keluarga berlindung di kawasan berbumbung diluar kawasan stadium...tak dapat menghampiri atau mengunjungi tapak dan gerai-gerai yang ada di pesta tersebut.
Keadaan lembab dan bersesak merimaskan. Tapi apakan daya, saya dan keluarga terus menunggu sehingga hujan reda. Suasana bertambah gelap, hujan masih turun dengan sederhana lebat, badan semakin letih, otak semakin bosan dan anak-anak semakin resah.
Tiba-tiba, seorang peniaga yang mengambil peluang dari keadaan terdesak ramai manusia-manusia di kawasan berteduh itu, dengan cerdiknya mula menjual payong. Dari mana dia dapat dan bila dia sampai, itu menjadi persoalan. Ancaman basah dek hujan menjadi peluang rezeki pada peniaga ini. Maka saya dan isteri, dek kerana dah jemu menunggu terpaksa membuat keputusan, membeli payong... bukan satu tapi dua...kami kan berlima. Payong yang mungkin berharga dalam RM10 – RM15, kini dijual dengan RM20...nak tak nak kena beli. Beli payong dan mula bergerak keluar ke tempat parkir kereta tadi. Pesta terlepas, payong yang dapat.
Yang pasti, bagi perniagaan besar , yang melibatkan pelaburan besar, SWOT analysis mungkin melihat ke satu jangka masa yang panjang, tapi bagi peniaga kecil seperti sipenjual payong tadi, peluang untuk meraih untung hanya tiba sekali sekala.
Sayang, saya hanya mempunyai kekuatan RM40 untuk dua kaki payong tetapi menjadi lemah dek hujan dan keadaan yang mendesak.
PS.
Sampai sekarang, payong itu masih ada, dibawa hingga ke Sarawak...design nya...saya sendiri rasa malu nak pakai kalau dalam keadaan biasa kecuali bila terdesak......payong berbunga-bunga..macam payong anak dara untuk mengelak panas kemuka atau kulit.
RELAX - KENA MASSAGE AROMATERAPI DULU
No comments:
Post a Comment