Monday, November 30, 2009

UMNO dan PAS - PERSAMAAN

Saya terkedu bila mengingatkan bahawa PAS dan UMNO ini sebenarnya ada persamaan yang ketara dan besar tetapi tak boleh duduk bersatu setidak-tidaknya berbincang molek...

a) PAS dan UMNO rata-rata nya dianggotai oleh orang Melayu...
b) PAS dan UMNO rata-rata nya ahlinya beragama Islam....

tetapi heran... isu yang selalu menjadi persoalan ialah siapa lebih Islam dan kafir mengafir...keluar macam-macam "fatwa politik" bersadurkan agama.

kalau babi itu haram...orang UMNO dan PAS akan kata haram,
jika minum arak itu haram...orang UMNO dan PAS akan kata haram,

orang PR ke, DAP ke tak tentu sebab parti tu pelbagai walaupun DAP dikuasai Cina dan PR dikuasai Melayu... itukan parti pelbagai kaum dan ugama..

Saranan saya yang kerdil ini ialah, bab agama (Islam) ni, mu PAS ke, mu UMNO ke, mu melayu PR ke, mu melayu Gerakan ke... agama itu teras bangsa kita... itu harus jadi teras pejuangan tapi bukan mengenepikan bangsa lain... SATU MALAYSIA kan!!

Perjuangan POLITIK jangan sampai bangsa dan agama Islam jadi taruhan...
Mengislamkan politik UMNO dan PAS dan PR dan Gerakan dll akan mengujudkan kestabilan dalam hubungan kaum, tanpa melupakan pejuangan dalam merealisasikan hasrat rakyat untuk mendapat "fair share" dalam pembangunan negara, ekonomi, pembangunan sosial, pembenterasan maksiat dan jenayah, keamanan hubungan bersama semua kaum, membasmi kemiskinan, mengurangkan jurang kehidupan antara yang kaya dan miskin dan banyak lagi....

No comments:

Post a Comment