Thursday, November 05, 2009

Expatriate Dalam Hutan Sarawak

Willie adalah seorang "Mat Saleh" dari Afrika Selatan" dan dibantu oleh seorang penolong pengurus dari Filipina. Mereka adalah sebahagian dari expatriate dalam hutan , dalam operasi "reforestation" di Sarawak. Tentulah mereka ini dianggap pakar dalam bidang masing-masing dan tentulah sebagai warga negara luar, mereka memerlukan permit kerja di bumi Sarawak.



Sebagai orang kanan, mereka berjumpa dan berbincang dengan saya petang tadi, berkaitan dengan keperluan Medical Assistant. Ya, perbincangan selesai dengan baik dan kata putus tercipta. Senang hati!



Terpacul dari mulut saya, macamana dengan operasi mereka bila berdepan dengan pihak orang tempatan.... atau pribumi tempatan di sini iaitu orang Punan. Mengeleng kepala... masalah jugak, malahan saya dibmaklumkan bahawa si penolong pengurus itu di ugut dan diminta keluar dari ladang. Ahhhhh... "It always like that"!

Masalah sama , di tempat yang sama dan oleh pelaku yang sama.... si gangster bodoh tempatan yang lebih senang mabuk dari berbincang dengan rasional.

Ok, saya pun dikira Expatriate... perlukan permit kerja dan juga berpeluang berdepan dengan manusia-manusia yang kini telah terdedah dengan politik sempit dan wang... maka menggunakan alasan yang sama... menakutkan orang untuk wang dan menggunakan saluran politik dan NGOs untuk mendapat publisiti murah.

"So Willie, there no different between you and me except that you are white and I'm a bit dark"

No comments:

Post a Comment