Friday, November 13, 2009

Nak ke Tak Nak? Resign!

Dalam tahun 2009 ni dah 3 manager dan satu penolong pengurus dan hampir 8 staff saya resigned. Resign ni memang mudah. Surat notis selalu menyatakan tarikh notis bermula dan tempoh notis selalunya termaktub dalam surat tawaran dan syarat-syarat perkhidmatan. Resignation adalah satu opsyen secara sukarela dimana kakitangan menyatakan bahawa beliau akan menamatkan perkhidmatannya. Itu secara "own accord". Persoalannya ialah kenapa? Selalunya orang terlupa bahawa ada juga insan yang sebenarnya terpaksa atau "dipaksarela" untuk menamatkan perkhidmatan setelah dinasihatkan atau kadang-kadang "diugut untuk dikenakan tindakan". Namun ada nya resign sebab mencari "greener pasture" atau kadang-kadang tak tahan pressure atau tak sanggup berdepan dengan cabaran yang sedang dan akan dihadapi.

Apabila memulakan proses "recruiting" staff yang baru, proses nya melibatkan beberapa peringkat termasuklah "screening", background check" dan juga proses interview. Selalunya dalam proses interview, selaku pemohon, semuanya "ok" dan "tak kisah". Tersenyum lebar serta mengiyakan saja kata penemuduga. Selalu juga kita jumpa "job hopper" yang sebenarnya mencari jawatan atau gilakan wang gaji yang lebih menarik. Kerja mungkin 2 tahun kemudian melompat ke syarikat lain. Timbul lah istilah "job loyalty dan organization membership"! Apakah mereka-mereka yang resign ini ada dua perkara tadi. Namun tak boleh disalahkan mereka sebab apa jua keputusan yang dibuat, itu demi masa depan mereka, walaupun liku dan perjalanan nya belum begitu pasti.

"Job loyalty" atau kesetiaan terhadap kerja dan tanggongjawab ni memang sedap di dengar atau dibincangkan dalam forum atau ruang-ruang "Human Resource Management or Development". Siapa boleh setia jika tiada ganjaran atau imbuhan yang bersesuaian! Ada orang kata, ucapan "terima kasih" atas kerja yang baik boleh membantu mengembirakan hati subordinate. Betul ke? Sekarang, bergerak saja "duit"!.

"Organizational Membership" pula memberi erti bahawa kakitangan itu telah merasakan bahawa beliau adalah sebahagian dari organisasi tersebut dan memang susah dipengaruhi untuk melakukan sesuatu yang bertentangan dengan polisis dan kepentingan syarikat / organisasi , apatah lagi menigggalkan organisasi utnuk kepentingan peribadi. Ok lah, kalau sekarang gaji RM2000 berserta pengalaman 5 tahun, tup..tup.. ada "offer" RM3000 basic tak termasuk elaun dan faedah lain.... terliur dan cair juga "job loyalty dan organisational membership".

BOs saya berkeras, "you better take care of your people, give them something.... promotion or anything"... senang cakap beb, kalau staff tu " a non-performer", macamana nak "promote". Saya bagi "good appraisal dan increment", di tolak atau di kurangkan...alasan...too much atau too early. Macam kita ni tak tahu nak buat "appraisal".

Saya adalah seorang lulusan Pengurusan Perniagaan dengan major dalam Human Resource Development dan hampir 26 tahun pengalaman. Bos dan 'subordinate"... middle management yang sakit!

ps.

Macam cuti tahunan .... "a staff has the right to apply for the leave, but the management or his/her superior has the right to reject".

No comments:

Post a Comment