Apabila isu kerajaan Selangor dibawah pemerintahan MBnya Tan Sri Khalid melarang kakitangan kerajaan negeri, agnesi kerajaan negeri dan pelajar institusi pengajian tinggi milik kerajaan Selangor, dari menghadiri atau menyertai BTN, saya tak terkejut... POLITIK.
Yang saya heran hanyalah kenapa kerajaan Persekutuan atau orang-orang kuat BN sibuk nak menyertai misi mencari populariti atau glamor baru PR?
Kalau kerajaan negeri tak mahu, jimat wang rakyat yang digunakan untuk tujuan kursus ini...contohnya jika setiap sessi kursus .... ambillah 10 hari dan disertai 20 orang kakitangan dan pegawai... kira jumlah biayanya..
10hari x 20 orang x 5 kali makan x RM5/makan = RM5000 (anggaran purata kos setiap kali makan)
Tak banyak kan... kerajaan mampu... itu baru makan..macamana dengan persiapan, peralatan, bayaran penceramah dan fasilitator, pengangkutan dll.
Tapi yang paling mahal kosnya ialah ...bagi setiap hari 20 orang pegawai itu tidak bekerja secara aktif di tempat kerja hakikinya... berapa banyak kerja yang tertunggak...rakyat terpaksa menanti, kelewatan membuat keputusan segera dll... Ini adalah kos melepas... benda yang tak nampak! Jadi kalau selangor tak nak bagi , lantaklah. Bila dia nak buat kursus dengan acuan dan cara sendiri, tahulah dia tentang kos dan biayanya nanti!!
Dulu di sekolah rendak, saya ada belajar satu subjek Tata Rakyat... ianya tentang ketatanegaraan, mengenali Malaysia dan sejarah ringkasnya, adap sopan, saling menghormati, pengetahuan tentang rukun negara, budaya bangsa dll.
Tata Rakyat ini kemudian nya di tukar kepada subjek sivik... subjek ini disertai oleh semua pelajar tak kira bangsa atau ugama...sama macam tata rakyat tadi...
Sekarang semua dah tak ada, yang ada pendidikan moral untuk bukan Islam dan pendidikan agama Islam untuk pelajar Islam. Tak percaya!!! Di universiti, itu lah yang berlaku... sedangkan dulu apabila saya belajar Tata Rakyat atau Sivik, ianya untuk semua bangsa dan agama cuma pelajar Islam kena ambik juga subjek Pengetahuan Agama Islam....bukan Pendidikan Islam tapi Pengetahuan Agama Islam... pelajar bukan islam pun boleh ambik dan belajar malahan ada yang dapat A1 untuk subjek ini (saya sekadar c5!!)
No comments:
Post a Comment