Thursday, November 19, 2009

Merempat Bertempat, Merempat Tak Bertempat


Dua malam yang sudah, menonton rancangan 360, di TV3. Agak boring, tak ada apa yang nak dibuat (walaupun kerja masih banyak), tapi bila otak dah letih, cadang nak rehat... nak baca buku, semua dah masuk pusingan kedua, majalah pun dah lesu.


Menonton 360 tu dah terpaksa, bukan saya suka sangat tengok rancangan tu terutama pengacaranya , yang pernah satu ketika dulu di cekup polis kes dadah, namun dah lepas tak bersalah. Pengacara tu jugak bukan saya minat sebab gayanya yang melebih , ada aksyen sikit serta terdengar cerita, dia sendiri pun tak betul... rumah tangga pun kecuh.. dulu rancangan 999, ala gaya-gaya polis...


Cuma malam tu, terlekat kat sofa dengan member bab cerita remaja bebas. Seperti biasa, rancangan TV sebegini selalunya mempersoalkan masalah orang Melayu... dalam bab ini remaja melayu yang bebas, bersifat "kurang ajar", tidak peduli masyarakat, tak nak di kongkong dan macam-macam lagi. Pendek kata, orang Melayu tu lah yang menceritakan pasal perihal "bodoh" dan lemahnya orang Melayu.


Ada temubual dengan mat lepak, minah lepak malahan dengan remaja perempuan Melayu berumur 17 tahun yang mengaku mengadakan seks bebas sejak berumur 14 tahun. Puncanya dia di rogol, tetapi jadi gian dan sering mencari "benda" tu.


Juga ada temubual dengan remaja dan pemuda yang hidup bergeladangan dan merempat ... tidur di tepi dan lorong-lorong bangunan. ..Itu yang menyebabkan kita perlu berfikir panjang... kenapa Melayu di tonjolkan dan kenapa Melayu itu merempat dan begeladangan....?


Senang jawapan nya... jika di temubual pakar-pakar dan ilmuwan-ilmuwan... jawapannya ialah... kurang asuhan dari keluarga, ibu bapa sibuk dengan kerjaya, tiada pendidikan, latar belakang keluarga yang miskin, tanpa pendidikan agama, pengaruh kawan-kawan dan macam-macam lagi. Itu ialah jawapan "standard" tanpa mengerti apa yang sebenarnya terjadi... kesusahan selalu menjadi punca segalanya.


Seorang kawan, pensyarah dari Universiti Bogor di Indonesia, ketika melawat saya di ladang , waktu di Pahang dulu pernah menyatakan " semuanya berpunca dari perut yang lapar... lapar menyebabkan kita sanggup buat apa saja". Senang tapi dalam maksudnya.


Jika keluarga kita lapar, si ayah akan berusaha mencari kerja, mencari sesuatu yang boleh menghasilkan makanan bagi mengalas (kalau tidak mengisi) perut. Untuk itu, naluri si bapa... bapa yang sebenarnya, sanggup berusaha keras, kerja siang dan malam, walaupun hasilnya tidak seberapa, hanya untuk anak dan isteri makan. kesibukkan ibu dan bapa ini menyuapkan anak-anak sehingga lupa bahawa apabila anak dah besar, pendidikan perlu ada, kasih perasaan berkeluarga perlu ada, jika tidak anak-anak bagai dilupakan... pada kita cukup makan, cukup pakai sudah cukup...


Pengaruh luar, hari demi hari begitu banyak... kawan-kawan, iklan-iklan, berita dan pengaruh media... membuka keinginan. Jika hati masih kuat...mungkin bersabar saja..jika tidak ...keinginan itu diluahkan dengan pelbagai cara sehinggakan sanggup mencuri, memukul, meragut dan lain-lain nya.


lalu teringat kata-kata tentang merempat....


Merempat bertempat apabila kita bergeladangan dan merempat sedangkan kita masih ada keluarga dan kawan-kawan ... sebab ingin bebas tanpa dikongkong, maka itu pilihan hati muda, tidak pernah fikir masa tua...


Merempat tak bertempat.... ibarat anak yang dibuang, anak yang tidak tahu mana ibu bapanya, tiada panduan, tidak pernah rasa kasih sayang keluarga, merajuk melarikan diri, tidur di kaki lima... esok cuci kereta atau jaga parking kereta untuk dapat duit cukup untuk makan nasi bungkus, teh tarik bungkus dalam palstik dan rokok sebungkus.. malam berlabuh di kaki lima dengan kotak terpakai sebagai tilam, beg baju lusuh sebagai bantal dan mandi di paip-paip pecah atau masjid atau di tandas awam.


Bertempat masih merempat.... lama-lama timbul keinginan untuk menetap di satu tempat, usaha membuat satu pondok, walaupun di bawah jambatan atau rumah setinggan di bawah pokok. masih tiada alamat... tapi sudah bertempat, biar pun berdinding kotak, kayu lusuh terbuang dan berbumbungkan plastik. Jika azam tinggi, mungkin dapat kerja, walaupun tak besar gajinya...sekadar pencuci tandas, pengawal malam, attendan pam minyak, buruh kasar, pembersih jalan dll. Setidak-tidak nya, sudah ada kerja tetap dan tempat berlindung... jangan mimpi nak kaya. Dijadikan cerita , bertemu jodoh, mungkin dengan teman sekerja, yang mungkin nasib sikit baik baik atau sama saja. Bermula satu keluarga, yang bakal menduga satu kehidupan baru... samada dengan skrip yang sama atau boleh merubah segalanya.


Akan saya sambung nanti...


ps.


Pernah tidur di tepi kaki lima, dengan "kutu-kutu lepak", di hambat FRU, tidur berbantal beg baju, berlapik kotak... itu lah kenangan penumpang.

No comments:

Post a Comment