Bila musim hujan tiba, selalunya sekitar bulan Nov sampai Januari, macam-macam cerita kita dengar. Ada yang mengeluh sebab tak dapat bekerja, terutama penoreh getah. Sawah padi pun kadang-kadang tenggelam dek banjir... rugi lagi. Mungkin ada yang suka bila hujan, selalunya peniaga... peniaga sayur naikkan harga sayur sebab katanya supply kurang, begitu jugak peniaga ikan, katanya ombak kuat, nelayan tak ke laut...ikan kurang jadi harga pun naik.
Tapi cuba tanya pada petani dan nelayan, berapa banyak kah kenaikan harga jualan yang dia orang dapat berbanding dengan pemborong dan orang tengah. Pemborong dan orang tengah menjadikan alasan petani dan nelayan untuk naik harga. Yang susah nya ialah petani dan nelayan.
Kerja kat ladang ni begitu jugak, bila hujan jalan menjadi licin, kenderaan menggangkut buah tak dapat beroperasi sepenuhnya. Bila buah sawit kurang dihantar ke kilang, alasan nya ialah hujan, jalan licin, lori atau trektor tak dapat beroperasi dan penuai terpaksa pendekkan waktu kerja sebab hujan. Malang nya pihak pengurusan atasan tak dapat menerima alasan ini. Buah mesti di hantar, penuai mesti bekerja , semua mesti macam biasa. Habis nak jawab macamana? Jawapan mudah...”we are trying our best”.
Benda macam ini lah yang selalunya memeningkan kepala. Kalau minta sebab, kita bagikan sebab tapi selalunya di balas dengan “ I don’t need your reasons, I just want the results”. Dalam hati “ memang senang cakap, buat tak tentu”. Habis alasan apa nak bagi lagi, itu lah satu-satunya alasan.
Maka, apabila kakitangan saya berkata “alamak hujan...habis lah”.... saya hanya tersenyum dan berkata semuala kepada dia “apa itu hujan? , hujan ialah air yang turun dari langit... apa susahnya..kerja macam biasa...hujan bukannya api yang turun dari langit “. Tapi sebenarnya, kita di site, tahu sebab dan alasannya, tapi bila tak di terima, nak cakap apa lagi. Sama juga dengan pengambilan pekerja, pekerja rakyat tempatan memang susah, nak ambik pekerja asing, banyak pulak ceritanya, kos pun tinggi dan bukan boleh dapat dalam semalaman. Itu kena faham tapi saja buat-buat tak faham.
HUJAN KEDUA.
Semalam kepala amat pening, banyak masalah... pengeluran yang merosot, kawasan development tak ada kemajuan baru, penyediaan tanah dah hampir siap, kerja tak berkualiti, masalah dengan kontrektor dan orang kampung... waktu driving balik dari blok, terdetik hati...kena cari kerja tempat lain nie....tapi hati satu lagi kata “takan nak mengalah kut macam yang lain2, masalah dah tahu, atur jer lah”. Maka mari pulak hati ketiga “hello beb, dah tahu tu yang susah... senang cakap dari buat, senang cakap dari bikin”. hari-hari kena “tiau” sampai naik phobia pulak bila tengok telefon berbunyi dan keluar nombor dari “Tuan Director”.
Tapi bila panas sangat dan berlarutan pun susah, hujan sangat pun susah, semua tak kena...tapi bila dah terlalu lama kemarau, pandai pulak manusia buat "cloud seeding"...macam buat hujan ler. Dulu ada juga orang buat "rain dance" atau sembahyang hajat minta turun hujan.... bab minta panas mari tu yang susah..
Bila hujan, teringat tentang payong... satu dokumentari di Astro baru-baru ni ada topik berkisar tentang payong... cuma yang menariknya, tiada siapa tahu pencipta payong. Tapi yang pasti, payong sebenarnya untuk melindungi dari hujan tapi bukan tempias hujan. Payong melindungi bahagian atas anggota manusia dan bahagian bawah tetap terdedah. Payong pula kini untuk melindungi kepala atau muka dari terik panas matahari dan juga hujan. Material yang digunakan mungkin berlainan. Banyak design tentang payong yang ada. Di Chiang Mai, ada industri kampung untuk membuat payong. Secara tradisional dengan bahan dari buluh dan kertas kalis air. Payong kertas ni dulu sering digunakan untuk melindungi jenazah ke tanah perkuburan. Dan kini, payong telah melalui banyak perubahan terutama dari segi kegunaan... orang jual burger tepi jalan, guna payong, walaupun payongnya mungkin besar tapi tetap melindungi bahagian atas. Sayang, payong tidak berkesan apabila angin kuat dan kencang.
Sebut pasal payong, ingat tak konsep PAYONG... istilah untuk satu konsep pembiayaan dan pemberian kontrek... seperti payong yang kita gunakan, bukan kah konsep ini juga cukup sekadar melindungi "bahagian atas"!.
HUJAN TIGA
Perkataan hujan banyak digunakan dalam kontek yang berbeza seperti... beliau dihujani dengan banyak soalan yang begitu kontrovesi. Dengan penambahan "i" di belakang perkataan, makna nya sudah agak lain seperti juga "dihujani dengan peluru". Hujan bukan lagi air!
Begitu juga apabila "bila telah dihujani dengan pujian dan ucapan tahniah".
Perlu diingat, hujan disini lebih membawa maksud bertubi-tubi dan banyak. Herankan, hujan sebenarnya ada beberapa kategori.... lebat, ribut petir, renyai-renyai, sederhana lebat, gerimis dan lain-lain.
Teringat ungkapan berita berkenaan ramalan cuaca..."hujan sekejap-sekejap, di satu dua tempat, kadang kala menjadi lebat". Mak oi, kalu begitu, kawan pun boleh buat ramalan. Ingat si Nabil, raja lawak ..."Lu Fikir La Sendiri"
Aku tak gelak punnng.....
No comments:
Post a Comment