Biasanya apabila dah berkeluarga, tanggongjawab yang dipikul selaras dengan akal fikiran yang perah untuk membahagiakan kehidupan ..terutama anak2 dan isteri. Namun ada juga yang terkandas di tengah jalan ..maka berlakulah kes suami meninggalkan keluarga..alasan mencari kerja yang lebih baik...atau isteri meninggalkan keluarga dengan alasan mencari pendapatan tambahan untuk keluarga atau kes-kes tertentu tidak sanggup menempuh kehidupan yang serba kurang.
Dalam sambungan kes merempat sebelum ini...
Bertempat dan Tak Mahu Lagi Merempat.
Apabila keluarga sudah mula meminta pengorbanan dan kudrat yang lebih, pendapatan perlu di cari. Isteri yang memahami mungkin akan membantu menambahkan pendapat isi keluraga.. anak-anak macamana? Apabila usia anak makin meningkat, pendapatan dan perbelanjaan keluarga meningkat seiringan. Anak-anak bakal bersekolah. Ibu dan bapa sibuk mencari pendapatan tambahan... niat yang ikhlas ialah memberikan dan memenuhi keperluan anak-anak ... makan, pakai dan pendidikan. Cuma, ada yang tergelincir, dalam kesibukkan mencari pendapatan dan wang, anak-anak terabai, hanya cukup dengan makan, pakai dan pendidikan tetapi kurang pengisian dalam suasana kekeluargaan sebenar. Balik kerja dah letih, hubungan anak-anak hanya sekadar tegur sapa biasa... kemajuan anak-anak dalam pendidikan tidak diambil berat..maklumlah diri sendiri pun tak seberapa...
Akhirnya, anak-anak setakat ke sekolah tanpa pendidikan sebenar... dan akhirnya kesinambungan kesusahan dalam diri sekeluarga ujud tanpa disedari... anak-anak tanpa pendidikan sebenar, tiada kerja, dan banyak menghabiskan masa dengan kawan-kawan. Disinilah pengaruh buruk mudah berlaku..
Pokoknya, pendidikan boleh mengubah sesuatu. Pendidikan bukan sekadar mendapat 8A atau 10A tetapi pendidikan sebenarnya ialah memperolehi ilmu termasuklah ilmu kemahiran. Mungkin tidak bagus dalam Add Math tetapi minat baikpulih motor... satu kerjaya yang baik. Jadi anak-anak perlu diterapkan perolehan ilmu bukan nya berapa banyak A yang dapat. Yang mendapat banyak A berpeluang menerap ilmu seterusnya, yang kurang A atau tiada A, kemahiran dan pengetahuan untuk terus survive masih banyak.. Itu yang ibu bapa harus tahu, itu yang kerajaan harus tekankan dan hebahkan kepada setiap kelompok manusia... Ibarat kata "don't give the fish but teach them to fish". Itu satu kehidupan sebelum generasi kedua mula menunjukkan tanda-tanda merempat!
No comments:
Post a Comment