Monday, November 30, 2009

Pas dan Kolonel Mat nya

Saya tertarik benar dengan kisah-kisah yang berlaku dalam PAS sekarang... yang terbaru kisah berkenaan dengan "Kolonel Mat".

Kolonel Mat yang misteri ini mengundang banyak persoalan bagi saya yang tidak begitu arif tentang politik PAS...

Pertama.
Besar betul peranan si Kolonel misteri ini jika beliau dapat mengoncangkan Tok Guru dan Pas. Kalau beliau orang dalam PAS, itu ibarat duri dalam daging, gunting dalam lipatan atau nanah yang berulat.... Begitu busuk sekali si Kolonel Mat ini. Apa yang mengherankan, jika seorang misteri bernama Kolonel Mat ini hanya dapat dihidu tindak tanduknya oleh Tok Guru Nik Aziz, maka teruk benar para penasihat dan orang-orang kanan PAS. Apalah PAS tanpa Mursidul Am nya... pengaruh nya amat besar. Jika Kolonel Mat ini begitu berpengaruh, apa yang bakal terjadi jika tiba-tiba muncul pula Jeneral Ali atau Laksamana Kasim... mungkin berkubur PAS!
Kedua..
Kalau Kolonel Mat itu orang luar dari PAS... tak saya heran sebab dah jadi resam parti politik Malaysia, Pembangkang menghentam Kerajaan yang memerintah (tak kira kerajaan BN atau PR) dan begitu juga sebaliknya. Jika itu berlaku, apa yang nak dibisingkan.
Ketiga...
Kenapa UMNO sibuk sangat nak tahu atau ambik tahu tentang Kolonel Mat, yang sebenarnya bukan nak merosakkan UMNO tapi PAS. Kenapa UMNO turut sama dengan mainan penuh misteri ni. Kenapa Keadilan, DAP, MCA (yang tengah kalut ni) atau MIC (Samy semakin diam membisu, diam-diam ubi kut)... tidak banyak berkata atau menghuraikan perkara ini. Jika semua masuk campur, rasanya berjaya lah Tok Guru dalam rancangan nya mencipta satu isu baru yang jika betul pun mungkin untuk melindungi isu yang lebih besar.
Keempat....
Adakan UMNO sibuk tentang Kolonel Mat ini kerana terasa Kolonel Mat itu orang UMNO yang bertindak sendirian dan akhirnya UMNO akan dituduh terlibat dalam konspirasi ini. Atau UMNO sendiri sengaja nak menokok tambah cerita misteri ini kerana tak banyak sangat isu nak dibangkitkan tentang PAS?
Kelima.....
Kenapalah si Kolonel Mat ini muncul selepas satu isu demi isu timbul melibatkan Tok Guru Mursidul Am PAS ini? Mungkin benar ada konspirasi!!!
Keenam......
Apakah yang Kolonel Mat ini akan dapat... dari tindak tanduknya cuba menjatuhkan Tok Guru... Ingat.. Tok Guru dah cakap bahawa kita boleh berdoa untuk mendatangkan bala kepada orang yang bertindak zalim...
Ketujuh.......
Apakah yang Kolonel Mat ini dapat jika beliau benar-benar ujud? Siapa yang mengarah atau adakah dia bertindak sendirian.

Akhir kata, wahai Kolonel Mat... keluar lah dari persembunyian ... walaupun bersembunyi dalam minda sekali pun... ataupun minta dinaikkan pangkat kepada Jeneral sebab tugasan dan misi kali ini amat besar!!!

No comments:

Post a Comment