Friday, November 06, 2009

Adat, Buku dan Pengertian

Hari ini saya mendapat 3 set buku rujukan yang dikeluarkan oleh Majlis Adat Istiadat Sarawak yang berupa ordinan yang berkaitan dengan adat resam suku pribumi tempatan Sarawak. Buku-buku itu mungkin amat berguna nanti sebagai satu sumber rujukan. Buku berkenaan adalah Adet Kayan-Kenyah 1994, Adat Lun Bawang 2004 dan Adat Iban 1993 (English Version).

Buku ini sumbangan dari seorang rakan sekerja, yang tahu betapa saya memerlukan pengetahuan dan maklumat tentang hal-hal adat pribumi tempatan khususnya apabila berdepan dengan tuntutan yang melampau ataupun untuk membuat pertimbangan yang kukuh terhadap mana-mana keputusan yang bakal saya buat nanti.

Yang best nya, buku "hard cover" ini boleh dikatakan sesuatu yang susah diperolehi, maka pemberian percuma ini satu hadiah yang istimewa.

"Thank you my friend"

No comments:

Post a Comment