Saturday, November 07, 2009

NAK BAGI KE TAK?...NAK NGAKU KE TAK?>

Semalam waktu bersantai-santai, "The Maam" ada cerita yang anak saya di Kuching kehilangan satu set ear phone Sony (original tau) yang di beli oleh adiknya dengan harga hampir RM90 di KL pada bulan September lalu. MP4 player tu pun adik punya tapi si abang pinjam.

Jadi, anak di Kuching telefon adik dia tentang benda yang hilang tu tetapi juga maklumkan bahawa dia dah tahu siapa yang "ambik" tapi budak tu tak ngaku dan minta bukti. Si abang minta adik cari kotak beli barang tu dulu sebab nak tengok serial nombor dan juga waranti kad.
Adik pun ambik gambar dan cuba MMS ke abang, tapi tak dapat "go through".

Petang selepas tu, si abang bagi tahu, dia bawa kawan-kawan dia jumpa budak yang ambik benda tu... abang "gempaqkan" budak tu, akhirnya dia mengaku dan minta maaf. nasib juga sebab si abang dan kawan-kawan dia tak belasah budak tu. Nasib betul sebab dah banyak kes gaduh kat asrama berpunca dari "ambik" barang @ mencuri.

Tapi untuk renungan,

Dunia dah semakin moden, telefon dan "music player" macam MP3 atau MP4 tu dah jadi macam keperluan bagi golongan tertentu. H/phone pun ada radio atau "music player". Jadi H/phone dan benda benda begini menjadi kelebihan bagi yang ada, tapi bagi yang tiada tapi nak juga merasa benda-benda begitu, caranya hanyalah dengan meminta ibubapa belikan atau kumpul duit beli sendiri (ikat perut) atau "mengambil hak orang lain" - itu satu desakan atas keinginan. Nak salah siapa.... teknologi ke, ibubapa yang menyediakan benda tu ke atau sikap menunjuk dan tidak pandai menyimpan yang mendorong "sipengambil" tadi.

Bagi yang tidak berkemampuan tetapi berkeinginan, desakan dan naluri budak-budak, khususnya di asrama, supaya tidak rasa ketinggalan atau ingin merasakan satu kelebihan... "mengambil tanpa izin" menjadi satu opsyen.... kadang-kadang itu sekadar alasan sebab ada juga yang berkemampuan tetapi mempunyai masalah dalaman atau mental yang mendorong ianya dilakukan secara separuh sedar. Tak cay, kes-kes "ambik barang tak bayar di supermarket"..banyak selebriti pun tertangkap kes-kes macam ni.

Sekarang ni, sebagai ibubapa, soalan nya ialah nak bagi ke tidak anak-anak muda, yang masih bersekolah benda-benda begini... tak bagi susah nak "communicate" , dah bagi takut kena curi malah kena rampas. kena curi pulak, takut jadi gaduh..

Bila dah kena curi dan tahu siapa yang curi.... soalan nya ialah Nak ngaku ke tidak , silap-silap penumbuk dah di acu ke muka... tank ngaku, ...belepup... penumbuk hinggap ke muka... tak kawal jadi teruk lagi bila kawan-kawan lain tumpang sekaki.... akhirnya telefon yang berharga RM350 tu membawa bencana... budak yang ambik, patah rusuk...., budak-budak yang membelasah masuk penjara atau sekolah khas kanak-kanak bermasalah disiplin dan kosnya?... masa depan yang kabur dan mungkin terus malap.....

1 comment:

  1. Bab meremba ni aku dah jenuh dah...baik anak2 kat sekolah agama mahupun sekolah teknik. Yang pompuan asik hilang tudung, maknanya yang merembat pun bertudung la ya. Buku2 rujukan pantang tinggal sekejap pun kena rembat. Penat mencari kat kedai buku tak habih lagi. Tu tak termasuk kes2 yang budak hiperaktif baling kasut, curah ni kat baju dll.

    Berpuluh tahun aku duk asrama dari Anderson, Teknik, SMSK,SMSPs dan Alam Shah. Benda yang sama berlaku malahan sekarang lagi loghat. Modus operandi dekat nak balik cuti janganlah leka, sayang benda simpanlah kalu tak kebgkalian tinggi dirembat. Dalam codek2 kepala otak deme ade gak gene banduan agaknya ye...

    ReplyDelete