Monday, December 28, 2009

Cuti-Cuti Cara Malaysia.

Baru-baru ni saya bercuti. Tak jauh, sakadar ke Langkawi dan singgah 2 malam pulak di Kuala Lumpur.
Disebabkan tiada perancangan awal kerana sentiasa menganggap bahawa tempat bermalam tak akan jadi masaalah selepas LIMA di Langkawi selesai, semua persiapan di kira "last minute". Ini di tambah pula dengan bebanan kerja serta permohonan cuti yang belum diluluskan disebabkan bos masih bercuti.
Maka timbul pulak masalah yang tak di jangka iaitu tempat bermalam. Bila buat "direct call", semua hotel dan resort cakap dah penuh. Akhirnya terpaksa buat tempahan melalui "on-line agent" walaupun dengan bermacam promosi oleh agen termasuklah diskaun, sebenarnya, agen-agen ini mempunyai agenda dan hubungan yang terhad. Oleh itu, semua resort dan hotel yang disenaraikan kebanyakkannya yang mahal hingga ada yang "quote" hingga ribuan ringgit untuk satu malam dengan macam-macam batasan. Ada yang 'pending" tempahan , status tempahan tidak "confirm" dan macam-macam lagi.
Akhirnya dapat Meritus Pelangi Beach Resort dengan "rate" RM390/malam, itu pun dikatakan "promotion rate". Saya hanya confirmkan satu malam sahaja sebab nak cari sendiri bagi hari-hari selepas itu. Dengan 2 bilik yang ditempah, kadarnya menjadi RM780. Mahal sungguh bagi aku dan keluarga untuk sekadar nak tidur. Untuk malam-malam berikutnya, saya call sendiri secara direct ke hotel atau resort, semua kata penuh!
Sampai di Langkawi, kena pulak tempah atau sewa kereta. Dapat Sentra dengan kadar RM150/hari. Sewa 4 hari dah jadi RM600. Duit lagi!!
Meritus Pelangi Resort ni memang kelas... padan dengan duit nya. Saya sampai di hotel tu jam 8.00 malam dan kena check-out jam 12 tengahari esoknya. Berapa jam sangat!!
malam berikutnya, dengan bantuan kenalan sekolah dahulu, saya dan famili bermalam di Inst. latihan Peladang di Kuah. Tempat bagus, harga bagus, suasana juga kondusif untuk percutian keluarga. Tak adalah nampak mat-mat dan minah saleh melepak tepi kolam atau pantai dengan pakaian ala kadar tu.
Makan... memang jauh murah dari harga di Bintulu , Sarawak. Hampir separuh murahnya. Isteri saya pun turut heran dengan harga makanan yang murah. Kata orang masa LIMA, harga barang makan mahal... itu tak tahu pulak tapi masa ini pun kira "Peak Season". Dalam kapalterbang yang aku naik, hampir penuh..dan majoritinya bukan rakyat Malaysia.
Apabila ditinjau hotel-hotel, chalet dan resort ketika berpusing-pusing di Pulau Langkawi, sebenarnya masih ada bilik -bilik yang kosong mengikut kemampuan saya. Mungkin agen-agen ni sengaja nak pasang jerat. Ini jelas bila aku dapat e-mail sehari sebelum berlepas bahawa ada tempahan aku yang dah kena reject atau "waiting list", "service provider" tu contact aku semula untuk bertanyakan samada aku berminat. kalu di tengokkan "provider" atau agen-agen ni, kebanykkan berpusat di luar negeri seperti Singapura , Thailand dan Hong Kong. Kenapa pulak tak ada "service provider" atau agen dari Malaysia.
Pendek kata, 5 hari 4 malam aku di Langkawi, aku telah berbelanja hampir RM7200 (untuk tiket kapalterbang, hotel dan kereta sewa). Rasa mahal betul. itu belum masuk duit makan, duit minyak, "entrance fee" ke Under Water World dan Galeri Perdana. Kalau kira semua sekali, mungkin mencecah RM10000.Belum masuk shopping !!! Di KL, kena lagi belanja hotel , kereta dan makan.
BETUL LAH, KATA ORANG, BERCUTI DI MALAYSIA LEBIH MAHAL DARI BERCUTI DI LUAR NEGERI CONTOHNYA Apabila aku ke Bali, Indonesia pada Disember 2008 dulu, aku hanya berbelanja sekitar RM9000. Ikut pakej, naik Qatar Air, hotel 3 bintang, makan di tanggung, airport tax di bayarkan, "entrance fee" di tanggung, kita hanya bawa duit belanja peribadi sahaja. Kat Langkawi, pakej jelajah pulau sahaja RM300/orang, kalu saya lima orang maka dah jadi RM1500. Itu hanya pakej sehari tak termasuk hotel, flight dll.

ps.
Mungkin kah hotel dan resort juga Kementerian Pelancungan hanya menumpukan pelancong asing yang katanya bawa dan belanja banyak duit. Itu untuk ekonomi Malaysia. Sebenarnya yang banyak berbelanja sedikit saja, saya tengok rata-rata yang lain hanya tidur di hotel bajet, sewa basikal dan makan di warong-warong saja. Mereka ini tak beli pinggan Vision, hisap rokok "duty free" atau minum arak murah yang banyak kat Langkawi. Tak percaya, pergi tengok kat kedai Idaman Suri atau Haji Ismail Group, mana ada Mat saleh dalam tu. Rata-rata perempuan melayu dan rakyat tempatan yang lain. Mungkin ada segelintir dua dari Asia Tengah (Pak Arab) dan dari Jepun yang berbelanja mewah.

No comments:

Post a Comment