Makan memang aktiviti biasa di Malaysia, sehinggakan makan ni dah jadi antara aktiviti utama masyarakat Malaysia. Mana-mana tempat ada kedai makan atau warong. Waktu pagi mesti penuh.
Di Langkawi, aku ada berkunjung ke Pantai Cenang. Tempat ni tak macam dulu. Tepi jalan dari Meritus pelangi resort sampai ke hujung dekat kawasan Under Water World, penuh dengan kedai-kedai kecik menjual barangan cenderahati, baju t, kedai makan dan lain-lain. Waktu senja hingga ke malam, penuh. Suasana macam kat kawasan Legian di Bali atau Night Bazar di Chiang Mai. Cuma, di Bali atau Chiang Mai tu, kawasan agak bersih dan teratur.
Di kawasan ni banyak mat-mat saleh dan chalet-chalet bajet disamping hotel hotel yang berbintang-bintang.
Yang nak cerita sekarang ialah pasal kedai makan... malam tu aku dan keluarga singgah menjamu selera di sebuah kedai makan...tak ingat nama nya tapi kat Pantai Cenang. Order makanan tapi lambat betul sampai. Ada satu famili kat belakang aku dah mula boring dan mula berkira-kira nak belah saja...cancel order. Aku, pun naik boring tapi sebab bercuti dan tak berkejar ke mana-mana , jadi relax ler sambil tengok-tengok orang lalu lalang. Harga...kira murah.
Sebelah siang pulak, aku makan kat kedai lain, juga di kawasan yang sama. Tapi, makan nasi campur. Lauk nya fresh (sea food) dan yang best nya harganya murah. Lupa jugak nama kedai tu.
Pada hari lain, tengahari, aku makan kat Pekan Kuah... Kedai Mamak . Kalau tak silap nama Haji Ali... Nasi kandar...best. Harga juga murah.
Malam tu, aku sekali lagi ke kedai mamak tadi...tapi pekena rojak ayam. Best jugak. Harga...murah. Mak dan isteri aku pun puas makan. Anak aku hanya sorang yang ikut.
Waktu hari terakhir, aku singgah makan kedai nasi ayam, juga dekat dengan kedai mamak tadi. Nama kedai tu, Haji Musa ..atau gitu-gitu lah. Tak berapa ingat. Servis cepat, makan ok, harga pun ok cuma orang memang ramai. Sampai ada pulak satu rombongan, satu bas singgah kat situ.
Bila balik ke KL, aku makan malam kat kedai Adams Restoren kat kawasan kampung Baru. Mula nya nak ke Nasi Lemak Antarabangsa, pusing-punya -pusing tak jumpa pulak. Malam, dan lama tak ke sana.
Adamson Restoren ni... servis lambat, pelayan yang ambik order tu pulak muka masam macam cuka. Bila sampai makanan, silap pulak. Ada yang kurang, bila tanya, kata nanti sekejap tapi bila sampai, dah lah silap, dia bungkus macam aku nak tapau. Dia buat yang lain, tapi juga silap. Boring betul...Harga ...MAHAL.
Malam berikutnya aku ke Johan Restoren, juga area kampung baru... Servis cepat, pelayan pun ok, senyum dan mesra tapi harga...juga MAHAL. Mungkin KL punya standard.
Di Bintulu, kebetulan cuti, sarapan pagi dengan isteri kat satu restoren melayu. kalau tak silap nama Allesya. Bukan order benda canggih pun..takat roti canai dengan teh tarik. pekerja ada dalam 6 orang. Pelanggan ada dalam 4 meja termasuk aku. 2 meja dah served tapi aku nak dapat air minum pun dekat 20 minit. Roti canai dah dekat 30 minit tak nampak bayang pun. Give up! Aku dan isteri bangun ke kaunter dan minta kira...bayar air saja. Aku sound jugak kat mamat kedai tu...roti canai order dah lama..tak sampai sampai.. Taubat, aku tak pegi dah kedai ni. Kedai ni pulak kebetulan member isteri aku punya!
Kedai makan atau restoren Melayu, nampaknya berdasarkan pengalaman aku ni, memang selalu tak professional...lambat, muka masam dan macam-macam yang menyebabkan daya penolak untuk tidak lagi berkunjung ke sana. Habis macamana..ingat nak tolong kawan atau bangsa sendiri..tapi hampeh.
Cuba pegi kedai mamak, cepat. Harga murah tapi jangan pulak mamak profesional dan moden. Mahal, silap-silap hari bulan kena ketuk!
No comments:
Post a Comment