Memang dah di jangka bila tirai DUN Perak dibuka saja, mesti bergelora macam masa kelas tadika nak mula bagi anak-anak berumur 4 hingga 6 tahun.... menangis, bising, berlari dan sebagainya. Cuma DUN Perak ni, kecoh sebab orang-orang tua, yang rakyat Perak lantik sebagai wakil, galak benar nak rebut tempat, nak rebut peluang bercakap, nak rebut kuasa negeri dan yang paling syok nya, nak tengok suara pasukan sorak mana yang lebih lantang.
Dua-dua nak bersidang, dalam satu persidangan, dalam satu masa tapi berlainan acara. Dua-dua ada pengerusi (malas nak sebut speaker , sebab speaker juga bermaksud pembesar suara, jadi itu lah dia bising tu) nak mulakan agenda masing-masing. Teringat zaman Ibrahim Kerdil dengan Parlimen kanak-Kanak dulu, rasanya lebih teratur, mungkin sebab dah ada skrip. Tapi, di DUN Perak ni sebenarnya dah ada skrip dan plot cerita, sebab tu semuanya macam dirancang.
Rugi rasanya melantik orang-orang sebegini, dah lah gaji di bayar dari hasil cukai rakyat, dia orang pulak macam "budak-budak tadika berebut duit siling dalam tepung". Patutnya, rakyat macam kita ni boleh cakap... Biar lah Si Luncai - Luncai tu terjun dengan labu-labunya... kan ada dua Luncai di situ.
Yang bestnya , Sidang DUN Perak meluluskan Bajet 2010 negeri walaupun si luncai-luncai masih terkapai-kapai dengan labu-labunya!
Apa nak jadi... dah boleh masuk " World Book Of Record For The Stupiest State Assembly & Government".
Wahai si Luncai-Luncai... Wahai Si Zambry.... Wahai Si Nizar.... Awat Jadi Macam Tu... waktu kecik dulu , hangpa semua di larang oleh ayahda dan bonda berlari-lari dalam hujan ke? Pi lah tengok kat Pos Dipang tu, apa dah jadi tu dah jadi.... tengok-tengok lah awat jambatan gantung baru siap boleh runtuh, jangan lah kerana budak-budak (macam hangpa ni jugak) melompat-lompat, berlari lari jambatan boleh runtuh. ... Paling tidak pun kalau dah tahu budak-budak tengah aktif macam tu, kenalah ada orang yang jaga, yang tegur... cerita nak makan malam lah... apanya dah pukul 10.30 malam. Ataupun, siasatlah sapa punya kepala otak bawa budak-budak kecik yang tengah aktif tu pi tempat macam tu dengan penjagaan yang minimum.
Ni hangpa, YB ADUN-ADUN dok sibuk kat Dewan Negeri "buat lawak" pulak. hancus negeri, nasib baik negeri Perak dah kira maju sikit... kalau tidak mampuih..
Elok pi tengok kat Bersia, Grik, kampung-kampung orang asli, rumah setinggan kat Ipoh tu, atau kalau malas nak pi, hangpa duduk lah tengok apa yang hangpa boleh buat jadikan negeri Perak sekilat macam logam Perak yang di gilap.... kalau nak best sangat mungkin boleh tukat kepada Negeri Emas.
ps
Kat kelantan dah ada Pasir Mas, kat Kelantan dah ada Kota Baru, Perak pun ada....
No comments:
Post a Comment