Menulis ni memang ada banyak kebaikkan nya, selain dari memuaskan hati melalui tulisan hasil "perahan otak" sendiri, menulis boleh mengembangkan minda, "menjaja pendapat" dan yang penting menjadi ruang untuk melepaskan "tension". Ikut kata hati, penulisan yang sebgini melegakan cuma jangan nak mencarut atau memaki orang... itu hanya menambahkan beban otak, menaikkan api kemarahan dan seterusnya boleh "menaikkan tekanan darah".
Dalam erti kata lain, penulisan dan menulis memaparkan hasrat hati, luahan rasa dan boleh membantu "memadamkan" derita tekanan. Lepaskan....
Orang yang menulis sesuatu artikel, perlu banyak membaca sebab penulisan yang bernas dan berisi boleh membantu pembaca mendalami isi dan menyakinkan mereka. Penulisan yang berbentuk luahan rasa hanya memaparkan situasi penulis, mengambarkan realiti ketika itu dan menonjolkan keadaan si penulis.
Ramai orang menyatakan bahawa penulisan itu satu kreativiti, namun bagi saya, kreativiti itu terlalu subjektif. Kalau penulis menceritakan sesuatu yang benar, walaupun bahasa dan lenggoknya amat payah atau terlalu mudah, itu yang benar! Gambaran nya lebih jelas dari hati, tafsiran nya yang berbeza... itu lah kreativiti.
Setengah orang mereka kreativiti dalam penulisan sehinggakan orang biasa susah nak faham... tengoklah cerpen kreatif, sajak atau madah kreatif... siapa yang faham.... penulis saja yang faham, tafsiran berbeza dan akhirnya syok sendiri. Mungkin kerana mereka sudah ada nama, maka, yang di tulis itu sedap dan bagus berlaka.
PS
Saya tulis apa yang saya rasa, saya tulis untuk saya baca dan sesiapa saja yang minat nak baca. Kalau salah, itu dari saya , tafsiran saya dan kalau benar, renungkan saja.
No comments:
Post a Comment