Jam 5.40 petang tadi, saya dapat mesej mengatakan bahawa SPRM bakal "melamar" Lapuran Audit Negara. Katanya SPRM akan menubuhkan satu pasukan penyiasat khusus bagi menyiasat jabatan dan agensi kerajaan kerana SPRM mendapati ada elemen rasuah dalam lapuran Audit itu.
Bagus lah kalau dah begitu, kalau SPRM dah "melamar" lapuran audit negara, walaupun melalui pasukan khas pun (tak tahu lah pasukan khas macamana), sekurang-kurangnya kita tahu pihak audit negara tak lah membuang masa , mengorek sana, "menghusha sana", "mengorat sini" atau pun berbaloilah tujuan penubuhannya sebagai badan pemantau dan membuat "check and balance" dan akhirnya membuka ruang untuk memperbaiki kelemahan yang ada.
Setidak-tidaknya, kita dapat berharap, perkara penyelewengan dan tindakan bodoh sipelaku dari jabatan dan agensi kerajaan ini tidak berlaku lagi, setidak-tidaknya dikurangkan.
Harap-harap dapat satu hari nanti, hasil dari hubungan intim SPRM dengan AG nanti, adalah muka-muka yang tersiar dalam Buletin Utama ke atau mana-mana media cetak dan elektronik, dengan tangan bergari atau muka di tutup dengan suratkabar (tanda malu), para-para pelaku "sumbang mahram" ketua atau kakitangan agensi dan jabatan kerajaan terbabit. Cuma saya harap, berharap sangat-sangat, jadi setakat tubuh pasukan penyiasat saja, akhirnya tutup kes... sama macam kes Video Lingam, suruhanjaya dah tubuh, keputusan dan syor dah keluar, tapi dengar cerita kes nak di tutup.... jangan sampai orang cakap bukan kes yang di tutup, tapi saja nak tutup malu pihak pihak tertentu... maklumlah kes berprofil tinggi.
Jangan jadi satu malaysia ni nanti, satu malaysia yang .... dot , dot , dot (isi sendiri tempat kosong).
ps
jangan pulak ada cakap, dah orang nak kasi, ada peluang... itu kan rezeki!
No comments:
Post a Comment