Tuesday, October 27, 2009

LAPURAN AUDIT DAN SPRM

SPRM DAN LAPURAN AUDIT NEGARA (AG)

Apabila kita membeli sesuatu, selalunya kita dapat gambarkan harga barangan yang bakal kita beli. Contohnya apabila saya membeli sebuah komputer riba yang baru untuk isteri saya, saya menganggarkan harga nya dalam lingkungan RM1200 – RM3200, tertakluk kepada saiz monitor, kapasiti storan, pemeroses, system yang digunakan serta ciri-ciri lain yang agak biasa di tetapkan sebagai spesifikasi komputer terbabit. Tak pernah saya bayangkan bahawa komputer itu berharga RM12,000 – RM32000. Dalam erti kata lain, saya telah meembuat tinjauan untuk memastikan bahawa saya mampu memilikki sebuah komputer baru untuk dihadiahkan untuk isteri.

Lalu saya membeli sebuah komputer riba jenis Toshiba bersaiz kecil (kompak) dengan ciri-ciri biasa untuk kegunaan isteri saya... RAM yang bersesuaian, saiz yang kecil dan menarik, “operating system’ yang sesuai serta pelbagai ciri yang menarik. Selain dari itu, komputer itu dilengkapan dengan “cooling fan”, “thumb drive 2 GB, tetikus digital, “mouse pad” yang menarik serta layanan pekerja kedai komputer itu sendiri yang amat menyelesakan. Harganya ialah RM1299 sahaja!

Maka dengan itu amat lah saya terkejut apabila lapuran AG mendedahkan bahawa ada agensi kerajaan membayar sehingga RM42320 untuk sebuah komputer riba! Samada bodoh, tak tahu membaca atau mengenal huruf dan nombor atau si pembeli keliru dengan matawang kita dengan mata wang Indonesia iaitu rupiah. Kalau dalam rupiah pun, 42320 bernilai sekitar RM20 – RM30 sahaja... lagi tak logik!

Oleh itu, saya mula mengkaji bagaimana proses pembelian komputer itu di buat.....
a) Mengenalpasti keperluan pembelian... disini ialah sebuah komputer serta ciri-cirinya.
b) Menyediakan borang permintaan belian (Purchase Requisition).
c) Mendapatkan sebutharga dari pembekal berdaftar
d) Membuat pemilihan dan syor pembekal
e) Mendapatkan kelulusan pembelian
f) Mengeluarkan Pesanan Belian (Purchase Order)
g) Menerima barangan yang di pesan dengan invois serta “Delivery Advise (DA)” atau “Delivery Note (DN)”
h) Proses pembayaran disertakan dengan dokumen sokongan seperti saliann “PO”, “DN atau “DN” serta surat kelulusan pembelian.

Dari senarai proses yang ringkas di atas, ramai individu terlibat, dari pegawai belian, pengurus atau ketua jabatan serta pihak kewangan. Agak aneh apabila tiada sesiapa pun menyedari bahawa komputer yang dibeli berharga RM42320. Jadi, jangan salahkan orang lain apabila, mereka-mereka itu dikatakan sebagai telah menerima habuah yang agak lumayan.

Sebuah komputer riba jenis Acer bersaiz 17 inci , harga di pasaran sekitar RM3000 ke RM3500 tertakluk kepada spesifikasi, komputer riba Lenovo Thinkpad X200 dengan “multitouch screen” harga berharga RM7999 ), ini model terbaru lenovo). Saya nyatakan juga senarai harga komputer riba yang lain untuk tatapan bakal pembeli... harap-harap ada jugak pembeli dari kalangan agensi atau badan kerajaan yang membaca untuk dibuat perbandingan dengan komputer RM42320 itu.

a) Asus W90 : Intel Core 2 Duo , 6 GB DDR2 RAM, 18.4 inci monitor, 2 x 320GB hard drive, ada bluetooth, WiFi, 4 USB port, HDMI, Firewire dan Ethernet –
RM10,999

b) MSI EX620 : Intel Core 2 Duo, 16 inci LCD display monitor, 500GB hard drive siap dengan blue tooth, WiFi, 3 USB port, HDMI - RM3899

c) Dell Tiny Mini : Intel Atom Z530, 1GB RAM, 10 inci monitor, 160GB hard drive, bluetooth, WiFi, 3 USB port, - RM1699

d) Acer Aspire 4810T : Intel Core 2 solo, 2GB RAM, 14 inci monitor, bluetooth, WiFi, 3 USB port – RM2699

e) Fujitsu L1010 : Intel Core 2 Duo, 1GB DDR3 RAM, 14 inci monitor, 250GB Hard drive, Blue tooth, WiFi, 3 USB port – RM3699

Itu baru sebahagian yang dapat saya nyatakan dengan pencarian tak sampai setengah jam. Sumber saya ialah suratkhabar dan majalah chip Malaysia. Lihat saja harganya... mesti ada RM...99 di setiap senarai harga berbanding dengan komputer RM42320 itu!

Kalau pihak agensi atau badan kerajaan tersebut dikenakan caj lebih kerana lambat bayar, jangan sampai terlalu tinggi! Kalau harga itu, boleh beli 3 buah komputer Asus W90 atau 11 buah komputer Fujitsu L1010... alangkah bahagianya kakitangan jabatan tersebut... komputer baru banyak, ada peluang guna komputer, tentu kerja lebih cepat....tak payah menunggu.

Saya tak mahu ungkit pembelian petrol sehingga RM300/liter berbanding dengan petrol RON 97 yang hanya RM2.05/liter.! Kalau saya ungkit, nampak bodoh sangat pengendali pembelian atau ketua jabatan terbabit.... nampak pulak saya cerdik!

Soalnya sekarang, sudah terang lagi bersuluh akan penyelewengan atau salah guna kuasa atau kebodohan pegawai terbabit....bila SPRM nak masuk meminang. Takan nak meminang ahli politik sahaja.... ini lagi cantik punya...dah ada saksi... walinya AG!.

Saya selaku pembayar cukai, tiap-tiap tahun tak kurang dari RM18000 bayar cukai (itu pun kadang-kadang dituntut lagi ), nak jugak tengok persandingan antara AG dan SPRM ni membenteras maksiat...kalau lambat nikah, banyak lagi dosa!

No comments:

Post a Comment