Biasa lah bila ada orang sebut "ala biasa lah, orang lain pun begitu jugak". Perkara begini apabila diucapkan dan di tujukan pada orang yang baru mengenal erti dunia, ianya akan menjadi sesuatu yang amat-amat negatif. Apa tidak nya, jika amalan yang dah jadi kebiasaan itu bukan perkara yang disenangi. Tak percaya? Cuba berbaris dalam satu trafik jam yang teruk, ikut undang-undang jalan raya yang sewajarnya (hati mesti mau sabar beb!), apabial dah puas menunggu, tentunya kita akan lihat beberapa pemandu lain akan memotong barisan, menuju ke depan dan kemudian sibuk memberikan isyarat lampu nak masuk semula ke barisan.
Apa yang biasa di sini ialah;
a) Memotong barisan adalah perkara biasa apabila berlaku jam teruk,
b) Apabila telah memotong barisan, pemandu kereta itu akan memberi isyarat, meminta kereta di tepi atau belakang memberikan laluan untuk kereta pemotong barisan untuk masuk. Biasa nya, pemandu lain akan cuba menghalang sebab geram dengan tindak tanduk pemotong barisan tadi,
c) Biasanya apabila perkara a dan b di atas berlaku, keadaan sesak bertambah buruk,
d) Biasa lah juga, apabila terlalu banyak kereta yang memotong, mereka yang setia dalam barisan naik bosan dan marah, lalu, biasanya melakukan tindakan yang sama dan akhirnya
e) semua akan berkata....."biasa lah".
Yang baru nak buat benda yang dah jadi kebiasaan, kadang-kadang mungkin kekok, tapi lama-lama, mereka ini yang akan jadi hero lalu akan berkata kepada yang baru... Biasa lah, aku dulu pun begitu.
Mesej yang nak di sampaikan ialah, manusia begini tergolong dalam manusia yang tidak akan atau tak boleh menerima perubahan malah mereka lebih suka jika yang positif itu memberikan kepuasan atau kelebihan kepada mereka. Contoh, memberi rasuah untuk mendapat perkhidmatan yang lebih cepat, lebih mudah dan tanpa ada banyak faktor menyusahkan di anggap bayaran perkhidmatan spesial tapi kalu di minta tanpa perkhidmatan.... silap-silap pemberi rasuah sebab tak ada rundingan cuma ingin nak suap untuk lepaskan diri, maka akan kena cekup, dan yang ingin di rasuahkan dapat nama baik, integriti tinggi, silap2 dapat award. Tapi kalau penerima minta yang bukan2, dia mungkin kena cekup sebab pemberi tidak puas hati lalu buat lapuran. Rasuah selalunya bermula dengan 2 pihak, pemberi dan penerima, dan ada sesuatu yang diinginkan oleh kedua duanya, satu pihak ganjaran, satu pihak lagi perkhidmatan atau kemudahan. Sama macam cerita di atas, hal pemandu kereta, kalau dah ada yang mula, maka ramai bakal jadi pengikut, kalau dah ada yang kena saman, yang lain menggelak. Bila dah jam, sibuk cari salah orang lain.
Itu dah jadi kebiasaan....
No comments:
Post a Comment