Perdebatan berlaku apabila AirAsia dan Sime Darby bercadang untuk membuka satu terminal pernebangan kos rendah (Low cost carrier terminal) yang bakal dikenali dengan KLIA-East, di Labu ,Negeri Sembilan. Keperluan untuk satu terminal yang lebih baik dari yang ada sekarang seperti ini memang wujud.
Saya menggunakan LCCT di Sepang baru-baru ini, keadaan kelam kabut serta banyak benar kerja-kerja pembinaan sedang dilakukan. Keadaan tidak tersusun. Tempat letak kereta penuh sesak. Ini nyata menunjukkan kadar peningkatan pengguna yang menggunakan kemudahan perkhidmatan penerbangan tambang rendah (murah).
Namun, cadangan AirAsia dan Sime Darby mendapat tentangan. Sebabnya ialah mungkin hubungan MAHB itu sendiri. MAHB dikuasai oleh Khazanah Nasional dan Khazanah Nasional nampaknya nyata menentang cadangan AisAsia dan Sime Darby ini. Khazanah dan MAHB akan kehilangan salah satu punca pendapatan besarnya jika AirAsia mempunyai terminal sendiri, mana ada syarikat penerbangan lain yang menggunakan LCCT sekarang kecuali AirAsia. Firefly menggunakan lapangan terbang Subang, ihsan dari kerajaan Malaysia.
Selain dari itu, Khazanah juga mempunyai kepentingan dalam MAS, yang jelas pesaing hebat dalam industri penerbangan Malaysia.
Jelas, AirAsia sebagai pelanggan (tenant) kepada MAHB mahu keluar dari "tenancy"nya kerana MAHB mempunyai hubungan yang rapat dengan MAS, yang juga pesaing AirAsia dalam bisnes dan industri yang sama. Sudah tentu susah untuk duduk bersama dengan MAHB yang juga menjadi ibu kepada pesaingnya, MAS.
Soalnya, kenapa tidak boleh bersaing? Mungkin terminal baru AirAsia dapat memberikan satu perkhidmatan dan kemudahan yang lebih baik. AirAsia membawa masuk penumpang dari luar yang ramai, melalui AirAsia X. Pengunjung dan pelancung luar ini tentu lah tidak mahu dihidangkan dengan perkhidmatan yang kurang selesa seperti kekurangan kerusi, tempat yang sesak serta bangunan yang seperti sebuah gudang besar yang dibaikpulih atau di naikkan taraf.
Mungkin, satu hari nanti, ini akan menjadi kenyataan ...
bacalah The Edge , Malaysia , 26hb January 2009
No comments:
Post a Comment