Apabila bercerita tentang latihan, pendidikan dan pembangunan insan (Human Capital), rata-rata orang berkata , “Ya , itu perlu bagi meningkatkan prestasi dan produktiviti syarikat”. Betul ke kenyataan itu?. Ungkapan bahawa “ training is not necessarily learning” perlu di kaji kerana ada juga kebenarannya.
Bagi kebanyakkan organisasi, menghantar kakitangan untuk menjalani latihan ibarat satu rutin biasa terutama di awal tahun kewangan. Budget yang ada perlu di gunakan malahan kalau boleh semua urusan dan perjalanan latihan harus “first class”. Maka tidak heranlah banyak hotel-hotel bertaraf berbintang-bintang berebut-rebut mempromosikan pakej seminar yang meliputi kos bilik penginapan, makan dan minum serta alat-alat pengajaran. Bagi hotel-hotel ini, masa inilah peluang untuk memenuhi kadar penginapan bilik diluar masa puncak ( not during peak season) serta memeriahkan restauran-restauran masing-masing dengan menu bufet yang pelbagai jenis. Selalunya makanan yang disediakan lain dari yang selalu dimakan kat rumah.
Apabila timbul idea untuk mengadakan program latihan di luar , selalunya para“human resource personnel” syarikat akan pening kepala tentang hotel atau venue latihan (agar ada kelas tersendiri), menu makanan yang bakal dipilih, kadar sewa bilik secara pakej serta tarikh dan tempoh seminar atau latihan itu bakal diadakan. Ini selalunya jika latihan itu bersifat “in-house training” tetapi penceramah , fasilatator di “out-sourcing” dari pihak luar. “In-house di sini membawa maksud peserta kursus adalah dikalangan kakitangan syarikat.
Apabila soal makanan, tempat, penginapan telah dirancangkan dengan penuh teliti, barulah topik atau tajuk atau tema latihan diperhalusi. Kemudian barulah siapa yang bakal di pilih untuk latihan dan siapa kah penceramahnya. Jangan nak dinafikan, kadang-kadang pemilihan penceramah adalah perkara terakhir yang di fikirkan dan juga selalunya diberikan beberapa opsyen.... kalau yang ini tak dapat , kita ambil yang itu,....dia pun ok jugak.
Sekarang, siapakah yang menentukan bahawa penceramah itu bagus? Pengamal HR atau siapa? Bagi kursus-kursus berlandaskan pengurusan, selalunya di ambil penceramah dari Malaysia Institute of Management (MIM). Tahukah kita bahawa, apabila MIM dihubungi, mereka akan mensyorkan sipolan atau sipolan. Seterusnya pula ketahuilah bahawa sipolan atau sipolan itu kebanyakkannya adalah penceramah bebas yang berdaftar dengan MIM.
Penceramah dan juga fasilatator ini semuanya bijak-bijak belaka dan sebenarnya pakar dalam bidang masing-masing tetapi sayangnya mereka tentunya pakar bercakap dalam topik yang sememangnya mereka arif. Cara penyampaian pula...selalunya mereka ini pandai berkata-kata, banyak membaca, membuat rujukan buku ini dan itu , pandai bergurau agar suasana tidak menjemukan dan sebagainya.
Malang, penceramah ini sebenarnya tidak diberikan penjelasan serta latarbelakang yang jelas tentang organisasi kita, budaya kerja kita, kelebihan dan kekurangan kita serta apa yang kita harapkan dari kursus atau seminar ini. Penceramah bukan nya tidak bagus tetapi mereka telah tersasar dari kehendak peserta kerana asyik dibuai oleh kehendak pengamal HR dan bos organisasi.
Maka, latihan ini selalunya diselitkan dengan “management game” serta konsep-konsep bekerja dalam pasukan dan sebagainya.
Menghadiri seminar bagi sesuatu topik yang lebih kursus seperti amalan kerja yang baik (good practices) pula, penceramah selalu nya melibatkan para penyelidik dan pengkaji, maka ceramah dan bual bicara lebih teknikal. Mereka ini kadang-kadang lupa bahawa yang hadir adalah perlaksana dan terlibat dalam pengembangan (extension services). Terma-terma serta “jargon” saintifik membuatkan mereka (peserta) keliru dan hilang punca. Nak bertanya terasa malu, takut orang mengata di belakang.
Jadi, apa yang peserta kursus dapat? Selain daripada makanan yang bagus, tempat tidur yang baik dan “first class”, mereka juga dapat cuti bergaji di luar tempat kerja biasa dan berehat. Mana ada yang duduk di bilik selepas kelas atau seminar untuk mengulangkaji atau memikirkan apa yang dibincangkan tadi. Berapa kerat kah yang membuat catatan.
Ingat, latihan di programkan untuk kebaikan organisasi tetapi akhirnya menjadi percutian yang dibiayai oleh syarikat tanpa apa-apa faedah yang jelas kecuali gambar-gambar kenangan bersama peserta lain dan penceramah di akhir sidang.
Selalunya peserta kursus di pilih oleh pihak atasan dan kadang-kadang kakitangan tersebut pun tidak tahu yang beliua akan di hantar berkursus. Last minute sampai memo atau e-mail atau fax mengatakan kita dipilih untuk berkursus. Kita sendiri tak tahu sebab cuma yang dimaklumkan tajuk kursus atau tema seminar, kita pergi saja. Mungkin sampai masa pihak majikan buat kajian atau bancian, kursus apa yang kita harapkan dan teringin sangat nak pergi.
ReplyDelete