Dunia selalunya tergerak untuk menyuarakan rasa marah , kecewa dan bersimpati dengan nasib yang menerima orang Palestin apabila Israel mula menyerang penempatan Palestin samada di Tebing Barat atau Gaza atau lain-lain wilayah Palestin. Marah, kerana Palestin di serang dalam satu keadaan yang tak seimbang....Israel dengan pesawat pejuangnya, kereta kebalnya atau peralatan senjata yang canggih dan moden. Palestin hanya dengan senjata ringan yang di seludup masuk , roket buatan sendiri atau batu-batu yang di lontar orang para belia dan remaja sewaktu kempen antifada. Kecewa, kerana dunia hanya pandai mengecam dan meminta sidang tergempar PBB untuk mengeluarkan resolusi mengecam, yang selalunya di vetokan oleh Amerika Syarikat ataupun langsung tidak di pedulikan oleh Israel. Simpati pula kerana nasib anak-anak Palestin yang digambarkan dalam keadaan sakit atau tercedera atau mati akibat serangan Israel.
Akhirnya, orang Palestin masih di situ juga. Tiada pembelaan dan yang ada hanya simpati. Mana negara-negara Arab yang kaya-raya itu. Mana peranan anggota-anggota OIC. kalau setakat nak mengecam atau memboikot barangan Israel atau Amerika, apa sangat yang dapat. Kebanyakkan barangan atau perkhidmatan dari syarikat-syarikat Amerika dijual atau diperolehi di Malaysia melalui syarikat-syarikat Malaysia samada milik bumiputera atau pun tidak. Syarikat seperti KFC dimiliki orang syarikat bumiputera melalui francis. Jadi, syarikat-syarikat ini juga yang jadi mangsa.
Ramai orang tidak faham atau tidak mengerti bahawa orang Palestin bukan semuanya beragama Islam tetapi ada juga segolongan kecilnya beragama kristian. Jadi , apajua bantuan yang diberikan hendaklah bukan kerana mereka itu orang Islam tetapi kerana mereka adalah bangsa Palestin yang teraniaya dan terancam melalui serangan bangsa Yahudi dari negara Israel. Ini kena faham, ini bukan isu Islam tetapi satu bangsa di dunia yang majoritinya orang Islam di bumi Palestin yang menghadapi masalah dari satu bangsa yang menduduki satu negara yang dimiliki secara haram dengan bantuan negara-negara Barat seperti Amerika, England dll.
Dunia tidak akan aman selagi isu Palestin tidak diselesaikan dengan baik. Al Qaeda, Taliban atau mana-mana jua pihak yang dikenalpasti sebagai militan Islam selalunya menggunakan isu kekejaman Israel keatas Palestin sebagai satu isu yang menuntut mereka berjuang jauh dari asas-asas islam itu sendiri... mengorbankan juga orang-orang yang tidak bersalah melalui serangan berani mati serta pengeboman yang dirancang. Semua kerana kebencian terhadap Amerika yang sering menyebelahi Yahudi Israel. Memang, Palestin akan terus menjadi satu isu dan berita kesengsaraan yang tidak akan tamat sampai bila-bila.
Hamas, Fatah dan negara-negara Islam sendiri tidak pernah bersatu untuk menyelesaikan hal ini... hanya bantuan kemanusiaan berupa ubat-ubatan dan makanan serta perubatan yang diselenggarakan oleh kebanyakkannya oleh pertubuhan bukan kerajaan seperti Mercy Malaysia... ataupun kutipan wang sumbangan untuk rakyat Palestin.
Manusia, Dunia, harus bersatu menyelesaikan masalah Palestin ini "ONCE AND FOR ALL"..
No comments:
Post a Comment