Thursday, January 29, 2009

PATI - KISAH TAK PERNAH HABIS

Semalam saya menonton 360, satu rancangan tv3. Ada cerita tentang keadaan di mana pendatang asing memonopoli gerai-gerai penjaja di Selangor, khusus nya gerai penjaja sayur di Selayang.

Itu saya tak heran, sebabnya, gerai itu di lesenkan kepada rakyat tempatan dan tentunya oleh majlis perbandaran tempatan dan saya gerenti lesen itu dijual atau disewakan kepada pendatang asing terbabit.

Puncanya, orang tempatan sibuk nak lesen, sebab lesen atau tapak boleh disewakan kepada ramai yang menanti, dan tentunya pendatang asing yang rajin berusaha itu menagih lesen-lesen atau tapak tersebut , membayar dengan harga yang tinggi, dan terus berusaha sedaya upaya untuk menampung hidup buat bekalan anak isteri dan keluarga di kampung. Sebab? Ini berlaku kerana rakyat tempatan malas dan pendatang asing itu rajin sebab mereka tahu Malaysia banyak ruang untuk mencari rezeki, hanya perlu berusaha lebih. Undang-undang ada tapi penguatkuasaan kurang.

Untuk mendapat tapak atau lesen, kalau tak ada "connection" peluang untuk dapat itu ada tapi mungkin 1 dalam 10 yang akan berjaya. Setengah-tengah nya ada lebih dari satu lesen atau tapak berniaga tapi lebih senang kalau di jual atau disewakan, goyang kaki sahaja, duit masuk.

Kalau nak di tangkap pendatang asing ini kerana berniaga, di rampas barang rampasan, masalah ini tak akan selesai. Jawapannya ialah, siasat siapa yang punya tapak atau lesen, tangkap dan denda sebanyak-banyaknya dan "senaraihitamkan sahaja" . Pendatang asing itu dah tentu rugi, barang niaga di rampas, tapi boleh cari lain, modal boleh di pinjam tapi kalau tiada tapak, maknanya kena berniaga secara haram. Jika itu berlaku, pantau dan tangkap mereka ini. Barang niaga di rampas, kenakan denda besar-besar dan hantar pulang. Ambik cap jari, :senaraihitamkan" dari memasukki Malaysia. Tapi, jawapan nya mungkin pula susah sebab banyak agensi terlibat... Polis, Majlis Perbandaran Tempatan, Jabatan Imigresen dll. Itu lah alasan nya... tak dapat buat. Kalau bersungguh sungguh tentu dapat ... mesti ada koordinasi oleh semua agensi penguat kuasa.

Apa-apa pun, semua nya berpunca dari rakyat tempatan yang suka mencari duit secara mudah, malas, kerana lebih senang duit itu dikaut dari pendatang asing. Pergi lah ke Chow Kit, Selayang, Jalan Tuanku Abdul Rahman dan Petaling Street pun. Samada Bangla, Myammar, Indonesia, Kemboja malahan dari Nepal dan Benua Afrika.

Nak salahkan siapa????

No comments:

Post a Comment