Dalam memperkatakan tentang kakitangan yang meliputi para eksekutif, professional dan kakitangan sokongan, kebanyakkan organisasi sering menyamakan golongan ini sebagai satu aset atau satu sumber (resources) yang amat penting dalam menentukan arah tuju serta kejayaan sesebuah organisasi. Aset "hidup" ini memerlukan dorongan untuk memastikan hasrat dan sasaran organisasi dapat dicapai. Kejayaan organisasi bukan hanya melibatkan seseorang individu tetapi semua pihak. Dorongan untuk mendapatkan modal insan yang bersifat penyumbang kejayaan organisasi ini dapat dilaksanakan melalui satu kaedah pembangunan modal insan yang berkesan. Ini termasuklah latihan, pendidikan dan pembangunan.
Latihan amat penting terutama kepada kakitangan yang baru, tanpa pengalaman kerja, hanya sekadar mungkin kelayakan akademik tanpa pendedahan ke dunia pekerjaan sebenar. Latihan juga perlu apabila berlakunya sesuatu perubahan dalam organisasi seperti penggunaan teknologi baru, perubahan polisi dan prosedur, amalan dan budaya kerja malah apabila berlakunya perubahan tampuk pengurusan.
Pendidikan bersifat berterusan samada dijalankan secara dalaman atau luaran. Ia bertujuan meningkatkan pengetahuan serta daya berfikir seseorang kakitangan serta mendedahkan mereka kepada sesuatu yang baru.
Pembangunan pula bersifat menganjur satu perubahan kearah pembaikan kerjaya serta mendedahkan potensi dan keupayaan sebenar kakitangan terlibat. Ia membantu untuk membangunkan kerjaya kakitangan itu untuk menghadapi masa depan seperti kesediaan untuk memikul tanggongjawab serta tugas yang lebih mencabar.
Kerangka kerja latihan, pendidikan serta pembangunan modal insan ini amat perlu dirangka dengan kajian yang mendalam agar apa yang dilakukan akan memberikan manafaat kepada organisasi.
Kita tidak mahu latihan, pendidikan atau pembangunan ini dibuat seperti melepaskan batuk di tangga terutama jika ianya dilakukan kerana " budget masih ada, gunakan lah" atau "dia tak pernah pergi kursus, kita hantar saja dia" atau "bagi dia rehat sikit, seminar ni di hotel di tempat peranginan, biar lah kita hantar dia " atau macam-macam lagi sebab dan alasan.
No comments:
Post a Comment