Sejak akhir-akhir ni banyak betul isu-isu baru seperti cadangan pencen untuk mereka-mereka yang bekerja di sektor swasta dan mencarum dalam EPF.
Cadangan ini masih di peringkat kajian tetapi suara-suara menentang dan yang bersetuju sudah kedengaran. Rasional cadangan ini ialah kerana, kajian yang di buat mendapati ramai pekerja swasta setelah bersara kehabisan wang EPF ini dalam tempoh tak sampai 2 tahun. Ini mengecewakan kerana carumana EPF ini bertujuan sebagai simpanan untuk masa tua. Tetapi persoalannya ialah bagaimana bagi yang berpendapatan rendah dan jumlah caruman EPF terkumpul tak sampai ringgit Malaysia dua puloh ribu. Bagaimanapun, EPF sebenarnya telah pun mempunyai kaedah pengeluaran secara berkala bagi yang memilih untuk berbuat demikian. Ini bermakna, mereka akan mengeluarkan caruman mereka setiap bulan atau pun apa-apa tempoh masa yang difikirkan sesuai. Ini adalah isu membuat pilih.
Satu lagi isu yang turut menarik minat saya ialah berkenaan dengan masa-masa terluang yang perlu di isi oleh para pelajar yang baru selesai menduduki peperiksaan SPM dan STPM. Rata-rata memilih untuk mencari pekerjaan sementara bagi mendapatkan sedikit wang poket disamping mengisi masa hampir 4 bulan tanpa berbuat apa-apa. Mungkin ada yang bernasib baik terpilih menyertai latihan khidmat negara, tetapi bagaimana dengan yang lain. Anak saya, lepasan SPM, hampir setiap hari keluar pagi waktu pagi mencari kerja-kerja sementara tapi tidak berjaya. Kerja di stesen-stesen minyak di penuhi oleh pekerja dari Bangladesh, di restauran makanan segera juga begitu. Alasannya ialah pekerja ini di ambil dahulu dan kerja mereka lebih bersifat tetap untuk tempoh masa kontrak perkhidmatan antara 2 hingga 5 tahun. Jadi, apakah pilihan anak saya serta anak-anak yang lain?. Duduk rumah menonton tv atau apa?. Kerajaan perlu rasanya mengujudkan satu kaedah atau perancangan tertentu agar tenaga kerja sementara ini dapat di manafaatkan atau mengujudkan kursus-kursus kemahiran yang memerlukan tempoh masa antara 2 hingga 3 bulan, selain dari Latihan Khidmat Negara.
No comments:
Post a Comment