Wednesday, January 28, 2009

Makan Bola, Tidor Bola, Main Bola ...Kutuk Pun Bola

Saya satu ketika dulu pemain bola sepak, peminat bola sepak dan sanggup memanjat dinding dan pagar stadium untuk tengok perlawanan bola sepak. Saya juga pernah membawa isteri dan tiga anak lelaki saya menonton bola sepak di stadium Kuantan, Pahang... ketika perlawanan antara Selangor dan Pahang. Ketika itu semi pro, dimana kita dapat juga melihat kelibat Fandi Ahmad, Dollah Salleh, dan juga ramai pemain tempatan yang sama tarafnya dengan pemain import.
Peminat waktu tu ramai, penuh rasa fanatik terhadap pasukan pilihan masing-masing yang rata-ratanya pasukan negeri. Tiada kelab yang gah waktu itu.

Kenapa waktu itu, pemainan bola sepak begitu tinggi "standard" nya, dan begitu diminati. ? Kenapa pemain waktu itu bersemangat tinggi? kenapa kita mempunyai ramai pemain yang berkaliber dan berbakat besar. Kita ada Bakri Ibni satu ketika dulu, kita ada Saidin Osman pemain Perlis, negeri kecil yang turut menghasilkan banyak bakat besar termasuklah Norizan Bakar.

Semua pihak mula menunding jari, FAM salah! Liga Malaysia tiada kualiti! dan macam-macam lagi.

Biar saya ungkit sejarah lama.... diri saya ...dan bola sepak dulu-dulu..

Saya mewakili sekolah dalam permainan bola sepak bawah 12 tahun, 15 tahun dan 18 tahun. Setiap sekolah bersungguh mewujudkan pasukan yang kuat, jurulatih di sekolah hanya lah guru-guru sukarela yang meminati bola sepak dan tiada langsung sijil kejurulatihan. Yang ada, hanya lah kesungguhan dan minat terhadap bola sepak. Tiada bonus, tiada ganjaran... malahan kadang-kadang wang guru itu sendiri keluar untuk membiayai makan dan minum anggota pasukan terutama apabila menang pertandingan....tapi dengan penuh rela, hati puas kerana hasil titik peluh berhasil. Itu tak semestinya menang tropi atau gelaran, cukup sekadar menang satu pertandingan menentang sekolah lain dalam liga sekolah-sekolah. Bab beli kasut bola, sekolah selalunya beli dulu dan jual kepada pemain dengan harga subsidi, murah dan boleh dibayar bulan-bulan secara ansuran. megah bila dapat pakai kasut bola berjenama adidas... ingat saya dulu pakai adidas La Plata... harga dalam RM80 sepasang selepas subsidi. Dapat pakai jersi pasukan sekolah dah rasa cukup bangga.

Sekolah-sekolah waktu itu, memang giat melatih satu pasukan bola sepak yang mantap. Setiap sekolah, samada di kampung , di bandar atau pinggiran bandar. Ada zon-zon tertentu, bila menang johan zon, pergi peringkat negeri. Kalau dah jadi johan negeri, kadang-kadang dipilih mewakili negeri. Kalau tak pun, pemain terbaik dari semua pasukan yang bertanding akan dinilai oleh satu jawatankuasa pemilihan untuk mencari, melatih dan seterusnya memilih wakil negeri....peringkat bawah 12, bawah 15 tahun dan bawah 18 tahun.

Di peringkat negeri pula, selain dari pertandingan skolah-sekolah, ada juga pertandingan antara kelab-kelab melalui liga-liga tertentu. Ada juga zon... yang menang akan bertanding mewakili zon ke peringkat negeri. begitu lah juga, pemain yang bagus akan dicalunkan untuk mewakili negeri. Lagi bangga. Tiada semi - pro , tiada pasukan professional, yang ada hanyalah pasukan negeri. Pemain yang bagus, selalunya di ambil atau di beri peluang bekerja dengan agensi-agensi kerajaan negeri. Itu saja gaji mereka. Kalau menang , mungkin ada bonus diberikan.
Apa yang pasti pemain bermain bersungguh-sungguh, ikhlas, jujur kerana minat dan harapan yang tinggi untuk mewakili negeri dan seterusnya negara.

FAM, Kementerian yang bertanggongjawab, para jurulatih, ahli-ahli politik dan para peminat setia bola sepak Malaysia, haruslah mencari jalan bagaimana mendapatkan pemain-pemain bola sepak tempatan yang benar-benar berbakat, bertanggongjawab, minat serta ikhlas untuk bermain mewakili negara, bukan sekadar mendapat ganjaran atau pingat. Mulakan dengan mencari, meninjau, menilik pemain-pemain yang ada.... pilih lah mereka....jangan banyak politik...gaji tak dibayar...berebut pulak jawatan penting pasukan... bola sepak tak ke mana....!

"we have to pick, select and train the pool of local players, and we must have the pool of players first... start from there...."

Menaruh harapan untuk makan bola, tidur bola, dan semuanya bola sepak untuk Malaysia. Lupakan ranking, mulakan dari bawah.... jangan nak bergaduh cari jawatan....

No comments:

Post a Comment