Wednesday, January 28, 2009

latihan Semula / (Retraining)

Keadaan di mana kadar penggangoran tinggi dikalangan siswazah mewujudkan keperluan untuk latihan semula atau 'retraining". "Retraining" juga dibuat untuk mengurangkan kesan pemberhentian kerja terutama dalam keadaan ekonomi yang sedang gawat sekarang.

"Retraining" memberikan peluang untuk kakitangan atau pun siswazah untuk mendalami kemahiran baru, bidang baru , pengetahuan baru dan seterusnya menjadikan kakitangan itu lebih mahir dan menjadikannya satu sumber manusia yang lebih berdaya saing.

Bagi para siswazah pula, latihan semula ini (selalunya secara gabungan amali dan teori) membuka peluang untuk mereka menceburi bidang baru dan meningkatkan peluang untuk mendapatkan kerja. Kemahiran baru juga meliputi bidang keusahawanan yang boleh menjadikan mereka usahawan yang berdikari.

Persoalannya ialah, kenapa terlalu banyak siswazah yang menganggor? Puncanya ialah bidang yang dipilih itu mempunyai peluang kerja yang terhad, sedangkan kadar lulusan amat tinggi. Ada siswazah yang keluar mempunyai segulong sijil , yang kursus yang diambilnya, entah apa-apa. Kalau dilihat, tawaran bagi satu-satu kursus itu terlalu banyak, sedangkan keperluan dalam negara amat kurang. Bayangkan, saya mempunyai kakitangan lulusan Ijazah Pengurusan Dokumen, Ijazah Sain Fizik dan Ijazah Perancangan Bandar dan Desa tetapi sekarang bekerja sebagai executive ladang kelapa sawit.

1 comment:

  1. ada sesetengah orang belajar untuk bekerja... ada yang belajar untuk mendapatkan ilmu...

    peluang kerjaya di perkhidmatan awam mungkin terhad, tapi itu tak bermakna di sektor swasta juga terhad. rasanya kita kena kikis pemikiran yang begitu berharap untuk dapat bekerja di sektor awam.

    ReplyDelete