Wednesday, January 21, 2009

Undang-Undang dan Kemalangan

Dulu semua bas express diwajibkan memasang sistem amaran had laju. Tujuannya ialah memastikan pemandu bas express tidak memandu secara laju dan melulu. Siap dengan black box, macam kapalterbang, bezanya bas express tetap laju macam nak terbang. Sistem tu, tak tahu masih diguna pakai atau tidak.

Akhir-akhir ini, penunpang belakang pula kena memakai tali keselematan. Tak pakai, denda maksimum RM300. Macam kena kompaun maksimum bawa kereta lebih had laju. Tapi kompaun bawa kereta laju, boleh rayu dan setengah balai polis, siap ada borang khas.

Kemudian, yang terbaharu, bas express tidak boleh memandu selepas tengah malam. Alasan, pemandu akan terasa mengantuk dan menjejaskan tumpuan dan seterusnya membahayakan penumpang.

Persoalannya ialah, pakai tali pinggang penumpang belakang belum tentu kemalangan tidak terjadi, hanya sekadar mengurangkan risiko kematian atau kecederaan parah bila berlaku kemalangan. Begitu juga bas express, memandu waktu siang belum tentu tidak akan berlaku kemalangan. Pemandu kereta, lori dan treler juga amat biasa memandu waktu malam, mereka ini tak tahu mengantuk kah.? Atau nyawa mereka tidak bernilai sepertimana nyawa pemandu bas dan penumpang!. Kalau pemandu lori mengantuk, perlanggaran tentu juga berlaku dan lebih malang jika kemalangan ini melibatkan kenderaan kecil.

Jadi, rasionalnya ialah, jangan bagi semua jenis kenderaan di pandu pada waktu malam. Maka tiada kemalangan berlaku pada waktu malam. Jalan raya tentu sesak pada waktu siang dan kemalangan mungkin kurang berlaku kerana kesesakkan jalan raya tidak memungkinkan pemandu memandu laju. Tapi, mungkin kah kes road bully akan meningkat akibat hilang rasa kesabaran.

Pokok pangkalnya ialah, apa jua undang-undang yang dibuat atau digubal tapi tiada penguatkuasaan secara bersungguh-sungguh, apa pun tak jadi. Kalau penguatkuasaan ketat, semua pemandu tidak akan melakukan kesalahan jalanraya yang serius hingga membahayakan nyawa sendiri atau penumpangnya. Berapa kali kah kita lihat, JPJ atau badan penguatkuasaan yang lain membuat penguatkuasaan pada waktu malam. ?

Yang perlu ialah penguatkuasaan dan perubahan sikap dan tatalaku memandu semua pihak. pemandu berhemah!

No comments:

Post a Comment