Pernah saya dengar, untuk meminta sesuatu atau peruntukan atau bantuan, masa yang paling afdal ialah ketika berlangsungnya pilihanraya kecil bagi memilih calon untuk menggantikan wakil rakyat atau ahli parlimen.
Waktu ini banyak orang yang menagih janji lama, meminta bantuan baru malah ada juga bakal-bakal calon yang tidak segan-segan menjenguk rumah-rumah orang kampung bagi mendapatkan sokongan, walaupun seburuk mana rumah itu atau sekotor mana pun halaman rumah tersebut. Itu tak penting kerana, kemenangan mungkin membawa seribu kesenangan. Biar berkorban sikit.
Orang-orang kampung yang cekap merebut peluang tersenyum lebar. Peniaga tentunya turut senang hati, buat poster, kain rentang, membekal itu dan ini. Tapi selalunya yang tersenyum itu peniaga yang ada hubungan dengan parti yang bertanding.
Banyak lah janji di taburkan.... banyak peruntukkan baru tiba-tiba muncul... kadang-kadang peruntukkan itu terlalu tidak munasabah atau penting pun. Lalu, kata orang politik, itu bukan gimik pilihanraya... kebetulan... ini dah lama di rancangkan dan macam-macam lagi....
Bagi para pengundi, rebut lah peluang untuk mendapatkan bantuan atau peruntukkan ketika masa kempen ini sebab selepas ini belum tentu. Cari lah peluang yang mendatangkan hasil segera kerana jika janjinya selepas menang baru dapat... minta maaf... tak tentu lagi.
No comments:
Post a Comment