Membangunkan atau mengembangkan usaha untuk meningkatkan ekonomi , kehidupan atau menhidupkan satu suasana komuniti baru, bukan sesuatu yang senang terutama di kawasan pendalaman Sarawak. Sebabnya ialah kefahaman, penerimaan pihak etnik tempatan khususnya yang jauh dari pembangunan dunia moden agak terhadap dan seringkali memberikan halangan tertentu seperti tuntutan yang kadang-kadang tidak munasabah seperti pampasan yang diluar batasan.
Membangunkan tanah di kawasan pendalaman Sarawak, pelabur selalunya berhadap dengan masaalah tanah NCL ( native customary land ) serta tanah temuda ( tanah individu yang digunakan untuk bercucuk tanam secara bergilir "Shifting agriculture land). Tanah tanah ini tidak mempunyai "title" atau hak milik yang jelas kecuali jika ianya di gazetkan sebagai tanah NCL oleh pihak kerajaan negeri. Itu pun bukan senang untuk dimajukan kerana tentangan ataupun tuntutan pampasan yang tinggi walaupun tanah itu sebenarnya tidak dibangunkan dengan apa-apa kecuali hutan semata-mata. Hutan ini memjadi kawasan buruan atau mencari hasil hutan yang lain seperti rotan, sayuran atau buaha-buahan hutan serta produk alam semula jadi yang lain.
Masalah ini bertambah kusut apabila pihak luar seperti NGO mula membangkitkan isu-isu kemusnahan alam sekitar.
Agensi-agensi kerajaan negeri seperti NREB serta LSS malahan pihak Land and Survey sendiri dilihat seperti meletakkan berbagai syarat-syarat tertentu serta lapuran EIA yang kadang-kadang menyebabkan proses pembangunan mengambil masa yang lama dan meningkatkan kos pembangunan. Agensi-agensi ini sebenarnya menjalankan tugas bagi membantu meminimakan kemusnahan alam semula jadi tetapi masih ada pihak yang terus meletakkan tekanan kepada agensi terbabit atas dasar alam semula jadi. Pembangunan memerlukan pengorbanan tetapi sebagai manusia yang berakal serta teknologi yang ada, semua pihak seharusnya duduk semeja agar pembangunan tidak terhalang dan alam sekitar masih terjamin dari dirosakkan.
Pihak penduduk tempatan pula harus sedar bahawa mereka memerlukan pembangunan tetapi ada pula pihak yang mengambil kesempatan untuk menjadi " hero tetapi bertindak ala samseng" , dengan mengugut serta mengancam pihak-pihak luar yang datang kecuali mereka di bayar pampasan atau elaun-elaun tertentu. Mereka-mereka ini selalunya menggelar diri mereka sebagai mewakili penduduk tempatan dengan bermacam-macam jawatankuasa.
Kerajaan negeri selalunya tidak mahu dilihat masuk campur secara terang-terangan kerana mungkin ini bakal mengugat kepercayaan rakyat di pilihanraya nanti.
Perkara pokok yang dapat menggurangkan kesan tentangan ini ialah dengan mengolah dasar pemilikan tanah dan hak milik tanah perlulah lebih jelas. Tanah perlu diberikan hak milik, tanah NCL perlu diwarta dan digazetkan. Sempadan perlu jelas dan tanah-tanah lainnya perlu dijadikan tanah milik kerajaan negeri termasuklah hutan simpan kekal dan sementara serta kawasan tadahan hujan. Pemberian tanah untuk pembangunan ladang serta pembalakkan serta tanah berstatus LPF perlu dikhususkan di tanah yang jelas milik kerajaan setelah mengambil kira tanah NCL yang diwart.akan serta tanah hak milik individu berdaftar.
Bangunkan lah....
No comments:
Post a Comment