Saturday, January 31, 2009

China

China sebuah benua kecil yang selama ini kurang di kenali tetapi kini sudah menjadi kuasa ekonomi dunia dan mengeluarkan bermacam-macam produk untuk kegunaan rakyat nya yang berjumlah lebih 1.2 billion serta masyarakat dunia.

Satu perkara yang mungkin kurang kita ketahui, China juga terkenal dengan produk pelancungan serta keindahan alam semulajadi nya. Saksikan lah ....





Sekadar Menumpang Lalu

Friday, January 30, 2009

Digg - Statue Commemorating Bush Shoe Throw Unveiled In Iraq

Digg - Statue Commemorating Bush Shoe Throw Unveiled In Iraq: "nydailynews.com — A sofa-sized statue of the shoe was unveiled Thursday in Tikrit, the hometown of the former Iraqi leader Saddam Hussein. Baghdad-based artist Laith al-Amari described the fiberglass-and-copper work as a tribute to the pride of the Iraqi people. The statue is inscribed with a poem honoring Muntadhar al-Zeidi, the Iraqi journalist who threw the shoe."

Thursday, January 29, 2009

PATI - KISAH TAK PERNAH HABIS

Semalam saya menonton 360, satu rancangan tv3. Ada cerita tentang keadaan di mana pendatang asing memonopoli gerai-gerai penjaja di Selangor, khusus nya gerai penjaja sayur di Selayang.

Itu saya tak heran, sebabnya, gerai itu di lesenkan kepada rakyat tempatan dan tentunya oleh majlis perbandaran tempatan dan saya gerenti lesen itu dijual atau disewakan kepada pendatang asing terbabit.

Puncanya, orang tempatan sibuk nak lesen, sebab lesen atau tapak boleh disewakan kepada ramai yang menanti, dan tentunya pendatang asing yang rajin berusaha itu menagih lesen-lesen atau tapak tersebut , membayar dengan harga yang tinggi, dan terus berusaha sedaya upaya untuk menampung hidup buat bekalan anak isteri dan keluarga di kampung. Sebab? Ini berlaku kerana rakyat tempatan malas dan pendatang asing itu rajin sebab mereka tahu Malaysia banyak ruang untuk mencari rezeki, hanya perlu berusaha lebih. Undang-undang ada tapi penguatkuasaan kurang.

Untuk mendapat tapak atau lesen, kalau tak ada "connection" peluang untuk dapat itu ada tapi mungkin 1 dalam 10 yang akan berjaya. Setengah-tengah nya ada lebih dari satu lesen atau tapak berniaga tapi lebih senang kalau di jual atau disewakan, goyang kaki sahaja, duit masuk.

Kalau nak di tangkap pendatang asing ini kerana berniaga, di rampas barang rampasan, masalah ini tak akan selesai. Jawapannya ialah, siasat siapa yang punya tapak atau lesen, tangkap dan denda sebanyak-banyaknya dan "senaraihitamkan sahaja" . Pendatang asing itu dah tentu rugi, barang niaga di rampas, tapi boleh cari lain, modal boleh di pinjam tapi kalau tiada tapak, maknanya kena berniaga secara haram. Jika itu berlaku, pantau dan tangkap mereka ini. Barang niaga di rampas, kenakan denda besar-besar dan hantar pulang. Ambik cap jari, :senaraihitamkan" dari memasukki Malaysia. Tapi, jawapan nya mungkin pula susah sebab banyak agensi terlibat... Polis, Majlis Perbandaran Tempatan, Jabatan Imigresen dll. Itu lah alasan nya... tak dapat buat. Kalau bersungguh sungguh tentu dapat ... mesti ada koordinasi oleh semua agensi penguat kuasa.

Apa-apa pun, semua nya berpunca dari rakyat tempatan yang suka mencari duit secara mudah, malas, kerana lebih senang duit itu dikaut dari pendatang asing. Pergi lah ke Chow Kit, Selayang, Jalan Tuanku Abdul Rahman dan Petaling Street pun. Samada Bangla, Myammar, Indonesia, Kemboja malahan dari Nepal dan Benua Afrika.

Nak salahkan siapa????

Perkhidmatan Pelanggan Bank


Pagi tadi saya ke Maybank, bertujuan untuk tambah pelaburan dalam ASB. Kebetulan pula, sebelum cuti Tahun Baru Cina, syarikat bayar bonus dan gaji awal. Simpan lah sikit untuk masa depan.

Di bank, orang memang ramai ... teramat ramai. Untuk ambil borang ASB tak ada masalah tapi yang pelik nya, buku dan borang yang di isi diserahkan kat kaunter dan saya seterusnya diminta tunggu kat kaunter 8, tak perlu pakai nombor.

Di kaunter 8, orang ramai berdiri menunggu panggilan. Kerusi memang tak cukup, orang tua yang bertongkat pun terpaksa berdiri di sokong oleh tongkatnya. Apabila nama saya di panggil, saya ke kaunter 7, bukan untuk urusan penambahan pelaburan, tapi cuma disuruh tandatangan di borang di mana saya ada buat pindaan sikit. Kemudian, pegawai bank (seorang wanita) menyuruh saya menunggu lagi tapi yang best nya, cakap dia begini , " encik duduk lah dulu, nanti kami panggil lagi". Dalam hati, saya berkata, mana nak duduk, kalau suruh saya berdiri dan menunggu ... logik juga. Kan orang dah berasak-asak, macam-macam bau ada ...

Persoalan nya , orang ramai kerana apa? Andaian saya;
a) Bank ini memang ramai pelanggan.
b) Ramai orang masih bercuti dan banyak masa untuk berurusan dengan bank,
c) Bank tak cukup kakitangan
d) Pegawai bank lembab
e) Sistem perbankan nya masih belum begitu maju
f) Bank memang suka orang ramai, perompak pun takut nak masuk
g) Semua di atas.

Untuk itu, ingat lah, itu lah sistem perkhimatan bank di kaunter Maybank .... jangan pula nak cuba perkhidmatan telefon "customer care service", memang naik lah bil telefon.

Tapi, bukan semua bank atau cawangan bank begitu.... Public bank mungkin contoh yang baik dan cekap dari segi perkhidmatan kaunter ... saya memang tabik, tak pernah tunggu lebih dari 15 minit dengan syarat semua yang kita bawa lengkap.

Wednesday, January 28, 2009

Susah-Susah Cari Makan







Budak Kencing Atas Kepala Tentera Israel


Makan Bola, Tidor Bola, Main Bola ...Kutuk Pun Bola

Saya satu ketika dulu pemain bola sepak, peminat bola sepak dan sanggup memanjat dinding dan pagar stadium untuk tengok perlawanan bola sepak. Saya juga pernah membawa isteri dan tiga anak lelaki saya menonton bola sepak di stadium Kuantan, Pahang... ketika perlawanan antara Selangor dan Pahang. Ketika itu semi pro, dimana kita dapat juga melihat kelibat Fandi Ahmad, Dollah Salleh, dan juga ramai pemain tempatan yang sama tarafnya dengan pemain import.
Peminat waktu tu ramai, penuh rasa fanatik terhadap pasukan pilihan masing-masing yang rata-ratanya pasukan negeri. Tiada kelab yang gah waktu itu.

Kenapa waktu itu, pemainan bola sepak begitu tinggi "standard" nya, dan begitu diminati. ? Kenapa pemain waktu itu bersemangat tinggi? kenapa kita mempunyai ramai pemain yang berkaliber dan berbakat besar. Kita ada Bakri Ibni satu ketika dulu, kita ada Saidin Osman pemain Perlis, negeri kecil yang turut menghasilkan banyak bakat besar termasuklah Norizan Bakar.

Semua pihak mula menunding jari, FAM salah! Liga Malaysia tiada kualiti! dan macam-macam lagi.

Biar saya ungkit sejarah lama.... diri saya ...dan bola sepak dulu-dulu..

Saya mewakili sekolah dalam permainan bola sepak bawah 12 tahun, 15 tahun dan 18 tahun. Setiap sekolah bersungguh mewujudkan pasukan yang kuat, jurulatih di sekolah hanya lah guru-guru sukarela yang meminati bola sepak dan tiada langsung sijil kejurulatihan. Yang ada, hanya lah kesungguhan dan minat terhadap bola sepak. Tiada bonus, tiada ganjaran... malahan kadang-kadang wang guru itu sendiri keluar untuk membiayai makan dan minum anggota pasukan terutama apabila menang pertandingan....tapi dengan penuh rela, hati puas kerana hasil titik peluh berhasil. Itu tak semestinya menang tropi atau gelaran, cukup sekadar menang satu pertandingan menentang sekolah lain dalam liga sekolah-sekolah. Bab beli kasut bola, sekolah selalunya beli dulu dan jual kepada pemain dengan harga subsidi, murah dan boleh dibayar bulan-bulan secara ansuran. megah bila dapat pakai kasut bola berjenama adidas... ingat saya dulu pakai adidas La Plata... harga dalam RM80 sepasang selepas subsidi. Dapat pakai jersi pasukan sekolah dah rasa cukup bangga.

Sekolah-sekolah waktu itu, memang giat melatih satu pasukan bola sepak yang mantap. Setiap sekolah, samada di kampung , di bandar atau pinggiran bandar. Ada zon-zon tertentu, bila menang johan zon, pergi peringkat negeri. Kalau dah jadi johan negeri, kadang-kadang dipilih mewakili negeri. Kalau tak pun, pemain terbaik dari semua pasukan yang bertanding akan dinilai oleh satu jawatankuasa pemilihan untuk mencari, melatih dan seterusnya memilih wakil negeri....peringkat bawah 12, bawah 15 tahun dan bawah 18 tahun.

Di peringkat negeri pula, selain dari pertandingan skolah-sekolah, ada juga pertandingan antara kelab-kelab melalui liga-liga tertentu. Ada juga zon... yang menang akan bertanding mewakili zon ke peringkat negeri. begitu lah juga, pemain yang bagus akan dicalunkan untuk mewakili negeri. Lagi bangga. Tiada semi - pro , tiada pasukan professional, yang ada hanyalah pasukan negeri. Pemain yang bagus, selalunya di ambil atau di beri peluang bekerja dengan agensi-agensi kerajaan negeri. Itu saja gaji mereka. Kalau menang , mungkin ada bonus diberikan.
Apa yang pasti pemain bermain bersungguh-sungguh, ikhlas, jujur kerana minat dan harapan yang tinggi untuk mewakili negeri dan seterusnya negara.

FAM, Kementerian yang bertanggongjawab, para jurulatih, ahli-ahli politik dan para peminat setia bola sepak Malaysia, haruslah mencari jalan bagaimana mendapatkan pemain-pemain bola sepak tempatan yang benar-benar berbakat, bertanggongjawab, minat serta ikhlas untuk bermain mewakili negara, bukan sekadar mendapat ganjaran atau pingat. Mulakan dengan mencari, meninjau, menilik pemain-pemain yang ada.... pilih lah mereka....jangan banyak politik...gaji tak dibayar...berebut pulak jawatan penting pasukan... bola sepak tak ke mana....!

"we have to pick, select and train the pool of local players, and we must have the pool of players first... start from there...."

Menaruh harapan untuk makan bola, tidur bola, dan semuanya bola sepak untuk Malaysia. Lupakan ranking, mulakan dari bawah.... jangan nak bergaduh cari jawatan....

latihan Semula / (Retraining)

Keadaan di mana kadar penggangoran tinggi dikalangan siswazah mewujudkan keperluan untuk latihan semula atau 'retraining". "Retraining" juga dibuat untuk mengurangkan kesan pemberhentian kerja terutama dalam keadaan ekonomi yang sedang gawat sekarang.

"Retraining" memberikan peluang untuk kakitangan atau pun siswazah untuk mendalami kemahiran baru, bidang baru , pengetahuan baru dan seterusnya menjadikan kakitangan itu lebih mahir dan menjadikannya satu sumber manusia yang lebih berdaya saing.

Bagi para siswazah pula, latihan semula ini (selalunya secara gabungan amali dan teori) membuka peluang untuk mereka menceburi bidang baru dan meningkatkan peluang untuk mendapatkan kerja. Kemahiran baru juga meliputi bidang keusahawanan yang boleh menjadikan mereka usahawan yang berdikari.

Persoalannya ialah, kenapa terlalu banyak siswazah yang menganggor? Puncanya ialah bidang yang dipilih itu mempunyai peluang kerja yang terhad, sedangkan kadar lulusan amat tinggi. Ada siswazah yang keluar mempunyai segulong sijil , yang kursus yang diambilnya, entah apa-apa. Kalau dilihat, tawaran bagi satu-satu kursus itu terlalu banyak, sedangkan keperluan dalam negara amat kurang. Bayangkan, saya mempunyai kakitangan lulusan Ijazah Pengurusan Dokumen, Ijazah Sain Fizik dan Ijazah Perancangan Bandar dan Desa tetapi sekarang bekerja sebagai executive ladang kelapa sawit.

Persaingan : Apakah itu pun tak boleh?

Perdebatan berlaku apabila AirAsia dan Sime Darby bercadang untuk membuka satu terminal pernebangan kos rendah (Low cost carrier terminal) yang bakal dikenali dengan KLIA-East, di Labu ,Negeri Sembilan. Keperluan untuk satu terminal yang lebih baik dari yang ada sekarang seperti ini memang wujud.

Saya menggunakan LCCT di Sepang baru-baru ini, keadaan kelam kabut serta banyak benar kerja-kerja pembinaan sedang dilakukan. Keadaan tidak tersusun. Tempat letak kereta penuh sesak. Ini nyata menunjukkan kadar peningkatan pengguna yang menggunakan kemudahan perkhidmatan penerbangan tambang rendah (murah).

Namun, cadangan AirAsia dan Sime Darby mendapat tentangan. Sebabnya ialah mungkin hubungan MAHB itu sendiri. MAHB dikuasai oleh Khazanah Nasional dan Khazanah Nasional nampaknya nyata menentang cadangan AisAsia dan Sime Darby ini. Khazanah dan MAHB akan kehilangan salah satu punca pendapatan besarnya jika AirAsia mempunyai terminal sendiri, mana ada syarikat penerbangan lain yang menggunakan LCCT sekarang kecuali AirAsia. Firefly menggunakan lapangan terbang Subang, ihsan dari kerajaan Malaysia.

Selain dari itu, Khazanah juga mempunyai kepentingan dalam MAS, yang jelas pesaing hebat dalam industri penerbangan Malaysia.

Jelas, AirAsia sebagai pelanggan (tenant) kepada MAHB mahu keluar dari "tenancy"nya kerana MAHB mempunyai hubungan yang rapat dengan MAS, yang juga pesaing AirAsia dalam bisnes dan industri yang sama. Sudah tentu susah untuk duduk bersama dengan MAHB yang juga menjadi ibu kepada pesaingnya, MAS.

Soalnya, kenapa tidak boleh bersaing? Mungkin terminal baru AirAsia dapat memberikan satu perkhidmatan dan kemudahan yang lebih baik. AirAsia membawa masuk penumpang dari luar yang ramai, melalui AirAsia X. Pengunjung dan pelancung luar ini tentu lah tidak mahu dihidangkan dengan perkhidmatan yang kurang selesa seperti kekurangan kerusi, tempat yang sesak serta bangunan yang seperti sebuah gudang besar yang dibaikpulih atau di naikkan taraf.

Mungkin, satu hari nanti, ini akan menjadi kenyataan ...

bacalah The Edge , Malaysia , 26hb January 2009

Friday, January 23, 2009

Bola Sepak atau Sepak Bola

Malaysia kalah lagi, kali ini betul-betul teruk, dengan UAE. Lima gol bolos! Alamak.... Kalah kalau ada "fight" tak lah kisah sangat, kalah senang sangat. Ini perlawanan kelayakkan Piala Asian, bagi kumpulan C. Apa kata jurulatih .. si Sathia, ulasan dia yang paling best ialah "M-League is not football. This is the best you can get out of players who ply their trade in the Super League." .... best nya dia cakap yang dia ikhlas, betul-betul ikhlas. Tak mau sembunyi-sembunyi lagi... Bila dia cakap gitu , saya pulak terfikir macam nii....... Sapa yang pilih pemain, pemain itu dari mana, sapa yang jadi jurulatih......

a) Bola Sepak ialah nama permainan, sepak bola adalah perbuatan menyepak bola.... maka pemain bola sepak kita sekadar menyepak bola iaitu melakukan perbuatan sepak bola. Maka sebab itu, dia orang pandai sepak bola sahaja dan bukan nya melakukan perbuatan menyepak bola atau membawa bola (bukan dengan tangan , nanti refferee tiup wisel) dengan semangat dan langkah tangkas, dengan fikiran yang lincah, dengan kudrat dan stamina yang kuat dan dengan keazaman nak menyepak atau menantuk atau apa jua cara agar bola itu akhirnya bolos ke gol lawan (dan tentunya bukan dengan tangan atau secara paksaan dan kasar atau secara berlawanan dengan peraturan perlawanan). Jangan nanti Sathia kata "only three of his 18 players were fit for last night's game..." Yang lainnya mungkin selemah "Mat Pit"!.

b) Jurulatih pasukan bola sepak tentunya melatih para pemainnya dengan strategi dan ilmu yang ada untuk satu tujuan .... mendapatkan kemenangan dengan menjaringkan gol (bukan gol sendiri).

c) Jurulatih pasukan bola sepak tentu nya melatih pemain nya ilmu dan strategi bermain bola, memantau tahap kecerdasan, membuat keputusan untuk memilih pemain, melantik pembantu-pembantu untuk mendapatkan pasukan yang kuat, dan ini tentunya untuk pemainan bola sepak... tentu bukan melatih pemain bola sepak bermain boling padang atau melontar lembing.

d) Pemain bola sepak, apabila dah dipilih untuk menjalani latihan tentulah dengan rasa bangga nya bersiap sedia untuk membanggakan pasukan atau negeri yang diwakili, atau kelab yang diwakili atau negara yang diwakili untuk mencuba sedaya upaya untuk terpilih menjadi pemain pasukan. Kemudian dengan semangat kental, bersama-sama ahli pasukan yang lain, dengan semangat juang dan tahap mental yang tinggi, dengan keupayaan, kemahiran, skill, ilmu dan segala tunjuk ajar jurulatih,,,, cuba mendapatkan kemenangan... ingat "cuba mendapatkan kemenangan....berusaha....bukan mudah mengalah... adat perlawanan ada menang, ada kalah, tapi bola sepak ni ada juga seri....!

e) Akhir sekali, orang boleh cakap apa saja,....samada menang (tentu dipuji) atau kalah (tentu dimaki di kutuk).... tapi suruh dia orang bagi satu cadangan, proses, cara, tatalaku, atau apa jua kaedah yang praktikal untuk menjadikan Malaysia sebagai jaguh bola sepak.... bukan macam sekarang ...jaguh kampung pun tarak... menteri, pengurus pasukan, persatuan , FAM, jurulatih, penganalisis sukan dan peminat, bagi satu cadangan seorang, pilih 10 yang terbaik untuk memajukan bola sepak negara.... saya harap, saya boleh jadi peminat bola sepak semula.......

Wednesday, January 21, 2009

Undang-Undang dan Kemalangan

Dulu semua bas express diwajibkan memasang sistem amaran had laju. Tujuannya ialah memastikan pemandu bas express tidak memandu secara laju dan melulu. Siap dengan black box, macam kapalterbang, bezanya bas express tetap laju macam nak terbang. Sistem tu, tak tahu masih diguna pakai atau tidak.

Akhir-akhir ini, penunpang belakang pula kena memakai tali keselematan. Tak pakai, denda maksimum RM300. Macam kena kompaun maksimum bawa kereta lebih had laju. Tapi kompaun bawa kereta laju, boleh rayu dan setengah balai polis, siap ada borang khas.

Kemudian, yang terbaharu, bas express tidak boleh memandu selepas tengah malam. Alasan, pemandu akan terasa mengantuk dan menjejaskan tumpuan dan seterusnya membahayakan penumpang.

Persoalannya ialah, pakai tali pinggang penumpang belakang belum tentu kemalangan tidak terjadi, hanya sekadar mengurangkan risiko kematian atau kecederaan parah bila berlaku kemalangan. Begitu juga bas express, memandu waktu siang belum tentu tidak akan berlaku kemalangan. Pemandu kereta, lori dan treler juga amat biasa memandu waktu malam, mereka ini tak tahu mengantuk kah.? Atau nyawa mereka tidak bernilai sepertimana nyawa pemandu bas dan penumpang!. Kalau pemandu lori mengantuk, perlanggaran tentu juga berlaku dan lebih malang jika kemalangan ini melibatkan kenderaan kecil.

Jadi, rasionalnya ialah, jangan bagi semua jenis kenderaan di pandu pada waktu malam. Maka tiada kemalangan berlaku pada waktu malam. Jalan raya tentu sesak pada waktu siang dan kemalangan mungkin kurang berlaku kerana kesesakkan jalan raya tidak memungkinkan pemandu memandu laju. Tapi, mungkin kah kes road bully akan meningkat akibat hilang rasa kesabaran.

Pokok pangkalnya ialah, apa jua undang-undang yang dibuat atau digubal tapi tiada penguatkuasaan secara bersungguh-sungguh, apa pun tak jadi. Kalau penguatkuasaan ketat, semua pemandu tidak akan melakukan kesalahan jalanraya yang serius hingga membahayakan nyawa sendiri atau penumpangnya. Berapa kali kah kita lihat, JPJ atau badan penguatkuasaan yang lain membuat penguatkuasaan pada waktu malam. ?

Yang perlu ialah penguatkuasaan dan perubahan sikap dan tatalaku memandu semua pihak. pemandu berhemah!

Pengajaran Matematik dan Sains

Heran juga saya, setelah sekian lama, isu pengajaran matematik dan sains dalam bahasa inggeris masih hangat di perbincangan. Apa masalahnya?. Penggunaan bahasa inggeris untuk pengajaran subjek-subjek ini sebenarnya baik untuk kepentingan semua pelajar. Mungkin ianya perlu kajian lanjut khususnya penguasaan bahasa inggeris dikalangan para pelajar bagi memudahkan pemahaman bagi menguasai subjek-subjek berkenaan.

Guru-guru harus lah terlatih dan mahir bahasa inggeris, anak-anak pula perlu diajar dan dilatih bagi menguasai bahasa inggeris bagi memudahkan pemahaman. Apa yang perlu, subjek bahasa inggeris sendiri perlu di perbaiki, masa pembelajaran perlu di tambah.

Yang susahnya ialah apabila guru sendiri tidak mahir berbahasa inggeris, walaupun mahir dalam subjek berkaitan, anak-anak sekolah pula tidak berjaya menguasai bahasa inggeris untuk memahami apa yang di ajar.

Jangan pula kita hendak mengubah apa yang telah ada hanya sekadar mengikut telunjuk segelintir manusia yang berjuang konon nya atas semangat mempertahankan bahasa melayu sedangkan mereka sendiri selalu bercakap bercampur aduk bahasa inggeris. kenapa tak tegur saja para pemimpin atau ketua-ketua jabatan yang kalau berucap sering kali menggunakan bahasa inggeris. Ada juga pemimpin yang dah jadi wakil rakyat setelah sekian lama masih gagap bila berbahasa melayu.


Jangan bagi anak-anak kecil kita keliru, jangan bagi guru-guru termanggu-manggu, jangan jadi kita bangsa yang tak ingin berilmu lebih......

Tuesday, January 20, 2009

Rasa Tanggongjawab dan Menanggung Risiko

Saya satu ketika dahulu pernah bekerja dengan sebuah syarikat yang sudah “establish” dan diberikan tugas tambahan sebagai “security-in-charge” serta “transport officer-in-charge”. Memang gah bunyinya tetapi tidak ada apa apa yang spesial.

Saya tidak pernah dihantar berkursus apatah lagi diperjelaskan tentang apa yang patut saya lakukan. Yang jelas, apabila sesuatu perkara berlaku, semua jari akan menuding kepada saya. Kenapa? Jawapannya mudah ....saya “officer-in-charge”.

Yang seronoknya, saya merujuk serta melapor semua hal berkaitan terus kepada Pengarah Eksekutif walaupun saya ketika itu hanya berjawatan Penolong Pengurus. jadinya, pengurus-pengurus yang ada seramai tiga orang itu pun mula cuba mencari sebab agar tugas tambahan saya itu menjadi tugas hakiki dan seterusnya menyebabkan tugas atau tanggongjawab saya yang sebenarnya tenggelam.

Sebagai sebuah syarikat di mana tenaga kerja tidak mahir (unskilled workers) adalah sekitar lapan puloh peratus dan tenaga kerja ini pula datangnya dari Indonesia dan Bangladesh, maka peratusan pekerja asing ini merupakan sembilan puloh peratus (90%) dari jumlah tenaga kerja yang ada. Masalah timbul kerana bukan senang mendapatkan tenaga kerja ini dan ianya melibatkan kos dan prosedur yang panjang dan memakan masa.

Untuk penyelesaian, ada pengurus yang mengambil pekerja tanpa izin (PATI). Bilangan PATI akhirnya melebihi bilangan PADI (Pendatang Asing Dengan Izin). Bos besar tidak peduli asalkan produktiviti syarikat terus lancar dan keuntungan terus diraih.

Keadaan berubah apabila pihak berkuasa mula mengadakan OPS NYAH secara bersepadu. Mulalah semua pihak berasa gabra dan tidak keruan. Operasi demi operasi dijalankan. PATI-PATI mula disorokan di dalam hutan berdekatan, produktiviti menurun dan pengeluaran merosot. Namun golongan PATI ini masih digunakan khidmatnya secara sembunyi-sembunyi hinggalah perkara ini diketahui oleh pihak berkuasa.

Satu pagi yang hening, sepasukan pihak berkuasa, melalui operasi bersepadunya membuat operasi mengejut dan menyerbu ke tempat kerja di syarikat kami. Operasi ini disertai oleh jabatan Imigresen, Pasukan Gerakan Am (PGA), RELA dan juga Pejabat Pendaftaran Negara (JPN). Kesemuanya berjumlah hampir 200 orang, yang dipecahkan kepada 3 kumpulan besar yang diketuai oleh pegawai dari Jabatan Imigresen dari ibu pejabat (Bahagian Penguatkuasa dan Pasukan Petugas Pekerja Asing) dan juga daripada pejabat pengarah negeri.

Kecoh....benar-benar kecoh. Seramai 45 orang berjaya di tahan walaupun ada yang berjaya meloloskan diri. Pengurus semuanya kecut, seorang pengurus pun tak berani menunjukkan muka ketika operasi sedang dijalankan maupun selepas operasi selesai pada pagi tersebut.

Maka, sebagai penolong pengurus yang terlibat dalam hal-ehwal “security”, saya terpanggil untuk hadir di masa operasi. Malangnya, saya yang dipersalahkan. Terpaksa lah saya di bawa pergi ke balai polis berdekatan, di ambil kenyataan serta diancam dengan tahanan reman. Nasib baik, ketika itu ada pengawai polis yang saya kenal dan pengarah imigresen yang ada disitu amat bertimbang rasa. Akhirnya, mereka mengenakan saya jaminan polis berjumlah RM5000 di pejabat magistret terdekat. Kebetulan pula masa itu masa pejabat. Kalau tidak., kena tunggu dalam lokap sehingga esok.

Tak ada seorang pun pengurus yang datang menjengok dan bertanya kabar. Maka soalan seterusnya, siapakah yang mengambil PATI-PATI berkenaan?. Siapakah bos yang bertanggongjawab?.

Mereka, pengurus-pengurus itu haruslah diberikan latihan yang sewajarnya agar celik undang-undang, bebaskan diri dari mencari nama dengan produktiviti dan kadar pengeluaran yang tinggi tetapi muflis dari segi keberanian dan menanggong risiko atas tindakan sendiri.

Apa yang berlaku seterusnya? Saya selama 2 minggu terpaksa berulang-alik ke KL dan ke Kuantan untuk menjelaskan serta menguruskan hal-hal ini. Segala perbelanjaan ditanggong, cakap saja jumlahnya, sekejap saja, akaun bank saya mula meningkat. Semua perlu wang. Selama tempoh itu, dua minggu, isteri dan 3 anak-anak saya yang masih kecil tidak tahu dimana saya berada kerana seringkali berulang alik antara KL dan Kuantan. Sehinggalah semuanya selesai dimana pihak syarikat dikenakan kompaun sebanyak RM66,000 namun saya berjaya membuat rayuan sehingga kadar kompaun dikurangkan sebanyak 30%.!

Apa yang saya dapat? Hanya ucapan terima kasih.!!

Latihan atau Bercuti?

Apabila bercerita tentang latihan, pendidikan dan pembangunan insan (Human Capital), rata-rata orang berkata , “Ya , itu perlu bagi meningkatkan prestasi dan produktiviti syarikat”. Betul ke kenyataan itu?. Ungkapan bahawa “ training is not necessarily learning” perlu di kaji kerana ada juga kebenarannya.

Bagi kebanyakkan organisasi, menghantar kakitangan untuk menjalani latihan ibarat satu rutin biasa terutama di awal tahun kewangan. Budget yang ada perlu di gunakan malahan kalau boleh semua urusan dan perjalanan latihan harus “first class”. Maka tidak heranlah banyak hotel-hotel bertaraf berbintang-bintang berebut-rebut mempromosikan pakej seminar yang meliputi kos bilik penginapan, makan dan minum serta alat-alat pengajaran. Bagi hotel-hotel ini, masa inilah peluang untuk memenuhi kadar penginapan bilik diluar masa puncak ( not during peak season) serta memeriahkan restauran-restauran masing-masing dengan menu bufet yang pelbagai jenis. Selalunya makanan yang disediakan lain dari yang selalu dimakan kat rumah.

Apabila timbul idea untuk mengadakan program latihan di luar , selalunya para“human resource personnel” syarikat akan pening kepala tentang hotel atau venue latihan (agar ada kelas tersendiri), menu makanan yang bakal dipilih, kadar sewa bilik secara pakej serta tarikh dan tempoh seminar atau latihan itu bakal diadakan. Ini selalunya jika latihan itu bersifat “in-house training” tetapi penceramah , fasilatator di “out-sourcing” dari pihak luar. “In-house di sini membawa maksud peserta kursus adalah dikalangan kakitangan syarikat.

Apabila soal makanan, tempat, penginapan telah dirancangkan dengan penuh teliti, barulah topik atau tajuk atau tema latihan diperhalusi. Kemudian barulah siapa yang bakal di pilih untuk latihan dan siapa kah penceramahnya. Jangan nak dinafikan, kadang-kadang pemilihan penceramah adalah perkara terakhir yang di fikirkan dan juga selalunya diberikan beberapa opsyen.... kalau yang ini tak dapat , kita ambil yang itu,....dia pun ok jugak.

Sekarang, siapakah yang menentukan bahawa penceramah itu bagus? Pengamal HR atau siapa? Bagi kursus-kursus berlandaskan pengurusan, selalunya di ambil penceramah dari Malaysia Institute of Management (MIM). Tahukah kita bahawa, apabila MIM dihubungi, mereka akan mensyorkan sipolan atau sipolan. Seterusnya pula ketahuilah bahawa sipolan atau sipolan itu kebanyakkannya adalah penceramah bebas yang berdaftar dengan MIM.

Penceramah dan juga fasilatator ini semuanya bijak-bijak belaka dan sebenarnya pakar dalam bidang masing-masing tetapi sayangnya mereka tentunya pakar bercakap dalam topik yang sememangnya mereka arif. Cara penyampaian pula...selalunya mereka ini pandai berkata-kata, banyak membaca, membuat rujukan buku ini dan itu , pandai bergurau agar suasana tidak menjemukan dan sebagainya.

Malang, penceramah ini sebenarnya tidak diberikan penjelasan serta latarbelakang yang jelas tentang organisasi kita, budaya kerja kita, kelebihan dan kekurangan kita serta apa yang kita harapkan dari kursus atau seminar ini. Penceramah bukan nya tidak bagus tetapi mereka telah tersasar dari kehendak peserta kerana asyik dibuai oleh kehendak pengamal HR dan bos organisasi.

Maka, latihan ini selalunya diselitkan dengan “management game” serta konsep-konsep bekerja dalam pasukan dan sebagainya.

Menghadiri seminar bagi sesuatu topik yang lebih kursus seperti amalan kerja yang baik (good practices) pula, penceramah selalu nya melibatkan para penyelidik dan pengkaji, maka ceramah dan bual bicara lebih teknikal. Mereka ini kadang-kadang lupa bahawa yang hadir adalah perlaksana dan terlibat dalam pengembangan (extension services). Terma-terma serta “jargon” saintifik membuatkan mereka (peserta) keliru dan hilang punca. Nak bertanya terasa malu, takut orang mengata di belakang.

Jadi, apa yang peserta kursus dapat? Selain daripada makanan yang bagus, tempat tidur yang baik dan “first class”, mereka juga dapat cuti bergaji di luar tempat kerja biasa dan berehat. Mana ada yang duduk di bilik selepas kelas atau seminar untuk mengulangkaji atau memikirkan apa yang dibincangkan tadi. Berapa kerat kah yang membuat catatan.

Ingat, latihan di programkan untuk kebaikan organisasi tetapi akhirnya menjadi percutian yang dibiayai oleh syarikat tanpa apa-apa faedah yang jelas kecuali gambar-gambar kenangan bersama peserta lain dan penceramah di akhir sidang.

Monday, January 19, 2009

PAS Menang, BN Kalah.

PAS menang di pilihanraya kecil Parlimen Kuala Terengganu. BN kalah. Tetapi, sebenarnya yang menang ialah rakyat yang keluar mengundi, melaksanakan hak mereka dalam sebuah negara demokrasi.

PAS yang menang belum tentu lagi menang dalam melaksanakan tugas. Walaupun begitu, tahniah dan selamat berjasa dan berkhidmat YB MP Kuala Terengganu yang baru.

Saturday, January 17, 2009

Macam-Macam Isu Baru.

Sejak akhir-akhir ni banyak betul isu-isu baru seperti cadangan pencen untuk mereka-mereka yang bekerja di sektor swasta dan mencarum dalam EPF.
Cadangan ini masih di peringkat kajian tetapi suara-suara menentang dan yang bersetuju sudah kedengaran. Rasional cadangan ini ialah kerana, kajian yang di buat mendapati ramai pekerja swasta setelah bersara kehabisan wang EPF ini dalam tempoh tak sampai 2 tahun. Ini mengecewakan kerana carumana EPF ini bertujuan sebagai simpanan untuk masa tua. Tetapi persoalannya ialah bagaimana bagi yang berpendapatan rendah dan jumlah caruman EPF terkumpul tak sampai ringgit Malaysia dua puloh ribu. Bagaimanapun, EPF sebenarnya telah pun mempunyai kaedah pengeluaran secara berkala bagi yang memilih untuk berbuat demikian. Ini bermakna, mereka akan mengeluarkan caruman mereka setiap bulan atau pun apa-apa tempoh masa yang difikirkan sesuai. Ini adalah isu membuat pilih.

Satu lagi isu yang turut menarik minat saya ialah berkenaan dengan masa-masa terluang yang perlu di isi oleh para pelajar yang baru selesai menduduki peperiksaan SPM dan STPM. Rata-rata memilih untuk mencari pekerjaan sementara bagi mendapatkan sedikit wang poket disamping mengisi masa hampir 4 bulan tanpa berbuat apa-apa. Mungkin ada yang bernasib baik terpilih menyertai latihan khidmat negara, tetapi bagaimana dengan yang lain. Anak saya, lepasan SPM, hampir setiap hari keluar pagi waktu pagi mencari kerja-kerja sementara tapi tidak berjaya. Kerja di stesen-stesen minyak di penuhi oleh pekerja dari Bangladesh, di restauran makanan segera juga begitu. Alasannya ialah pekerja ini di ambil dahulu dan kerja mereka lebih bersifat tetap untuk tempoh masa kontrak perkhidmatan antara 2 hingga 5 tahun. Jadi, apakah pilihan anak saya serta anak-anak yang lain?. Duduk rumah menonton tv atau apa?. Kerajaan perlu rasanya mengujudkan satu kaedah atau perancangan tertentu agar tenaga kerja sementara ini dapat di manafaatkan atau mengujudkan kursus-kursus kemahiran yang memerlukan tempoh masa antara 2 hingga 3 bulan, selain dari Latihan Khidmat Negara.

Thursday, January 15, 2009

INDAH NYA BALI







Sekadar beberapa foto dari bali,



Pembangunan Modal Insan (Human Capital Development)

Dalam memperkatakan tentang kakitangan yang meliputi para eksekutif, professional dan kakitangan sokongan, kebanyakkan organisasi sering menyamakan golongan ini sebagai satu aset atau satu sumber (resources) yang amat penting dalam menentukan arah tuju serta kejayaan sesebuah organisasi. Aset "hidup" ini memerlukan dorongan untuk memastikan hasrat dan sasaran organisasi dapat dicapai. Kejayaan organisasi bukan hanya melibatkan seseorang individu tetapi semua pihak. Dorongan untuk mendapatkan modal insan yang bersifat penyumbang kejayaan organisasi ini dapat dilaksanakan melalui satu kaedah pembangunan modal insan yang berkesan. Ini termasuklah latihan, pendidikan dan pembangunan.

Latihan amat penting terutama kepada kakitangan yang baru, tanpa pengalaman kerja, hanya sekadar mungkin kelayakan akademik tanpa pendedahan ke dunia pekerjaan sebenar. Latihan juga perlu apabila berlakunya sesuatu perubahan dalam organisasi seperti penggunaan teknologi baru, perubahan polisi dan prosedur, amalan dan budaya kerja malah apabila berlakunya perubahan tampuk pengurusan.

Pendidikan bersifat berterusan samada dijalankan secara dalaman atau luaran. Ia bertujuan meningkatkan pengetahuan serta daya berfikir seseorang kakitangan serta mendedahkan mereka kepada sesuatu yang baru.

Pembangunan pula bersifat menganjur satu perubahan kearah pembaikan kerjaya serta mendedahkan potensi dan keupayaan sebenar kakitangan terlibat. Ia membantu untuk membangunkan kerjaya kakitangan itu untuk menghadapi masa depan seperti kesediaan untuk memikul tanggongjawab serta tugas yang lebih mencabar.

Kerangka kerja latihan, pendidikan serta pembangunan modal insan ini amat perlu dirangka dengan kajian yang mendalam agar apa yang dilakukan akan memberikan manafaat kepada organisasi.

Kita tidak mahu latihan, pendidikan atau pembangunan ini dibuat seperti melepaskan batuk di tangga terutama jika ianya dilakukan kerana " budget masih ada, gunakan lah" atau "dia tak pernah pergi kursus, kita hantar saja dia" atau "bagi dia rehat sikit, seminar ni di hotel di tempat peranginan, biar lah kita hantar dia " atau macam-macam lagi sebab dan alasan.

Wednesday, January 14, 2009

Membangunkan Kawasan Yang Belum Bangun

Membangunkan atau mengembangkan usaha untuk meningkatkan ekonomi , kehidupan atau menhidupkan satu suasana komuniti baru, bukan sesuatu yang senang terutama di kawasan pendalaman Sarawak. Sebabnya ialah kefahaman, penerimaan pihak etnik tempatan khususnya yang jauh dari pembangunan dunia moden agak terhadap dan seringkali memberikan halangan tertentu seperti tuntutan yang kadang-kadang tidak munasabah seperti pampasan yang diluar batasan.
Membangunkan tanah di kawasan pendalaman Sarawak, pelabur selalunya berhadap dengan masaalah tanah NCL ( native customary land ) serta tanah temuda ( tanah individu yang digunakan untuk bercucuk tanam secara bergilir "Shifting agriculture land). Tanah tanah ini tidak mempunyai "title" atau hak milik yang jelas kecuali jika ianya di gazetkan sebagai tanah NCL oleh pihak kerajaan negeri. Itu pun bukan senang untuk dimajukan kerana tentangan ataupun tuntutan pampasan yang tinggi walaupun tanah itu sebenarnya tidak dibangunkan dengan apa-apa kecuali hutan semata-mata. Hutan ini memjadi kawasan buruan atau mencari hasil hutan yang lain seperti rotan, sayuran atau buaha-buahan hutan serta produk alam semula jadi yang lain.
Masalah ini bertambah kusut apabila pihak luar seperti NGO mula membangkitkan isu-isu kemusnahan alam sekitar.
Agensi-agensi kerajaan negeri seperti NREB serta LSS malahan pihak Land and Survey sendiri dilihat seperti meletakkan berbagai syarat-syarat tertentu serta lapuran EIA yang kadang-kadang menyebabkan proses pembangunan mengambil masa yang lama dan meningkatkan kos pembangunan. Agensi-agensi ini sebenarnya menjalankan tugas bagi membantu meminimakan kemusnahan alam semula jadi tetapi masih ada pihak yang terus meletakkan tekanan kepada agensi terbabit atas dasar alam semula jadi. Pembangunan memerlukan pengorbanan tetapi sebagai manusia yang berakal serta teknologi yang ada, semua pihak seharusnya duduk semeja agar pembangunan tidak terhalang dan alam sekitar masih terjamin dari dirosakkan.
Pihak penduduk tempatan pula harus sedar bahawa mereka memerlukan pembangunan tetapi ada pula pihak yang mengambil kesempatan untuk menjadi " hero tetapi bertindak ala samseng" , dengan mengugut serta mengancam pihak-pihak luar yang datang kecuali mereka di bayar pampasan atau elaun-elaun tertentu. Mereka-mereka ini selalunya menggelar diri mereka sebagai mewakili penduduk tempatan dengan bermacam-macam jawatankuasa.
Kerajaan negeri selalunya tidak mahu dilihat masuk campur secara terang-terangan kerana mungkin ini bakal mengugat kepercayaan rakyat di pilihanraya nanti.
Perkara pokok yang dapat menggurangkan kesan tentangan ini ialah dengan mengolah dasar pemilikan tanah dan hak milik tanah perlulah lebih jelas. Tanah perlu diberikan hak milik, tanah NCL perlu diwarta dan digazetkan. Sempadan perlu jelas dan tanah-tanah lainnya perlu dijadikan tanah milik kerajaan negeri termasuklah hutan simpan kekal dan sementara serta kawasan tadahan hujan. Pemberian tanah untuk pembangunan ladang serta pembalakkan serta tanah berstatus LPF perlu dikhususkan di tanah yang jelas milik kerajaan setelah mengambil kira tanah NCL yang diwart.akan serta tanah hak milik individu berdaftar.
Bangunkan lah....

JANJI DAN PILIHANRAYA

Pernah saya dengar, untuk meminta sesuatu atau peruntukan atau bantuan, masa yang paling afdal ialah ketika berlangsungnya pilihanraya kecil bagi memilih calon untuk menggantikan wakil rakyat atau ahli parlimen.
Waktu ini banyak orang yang menagih janji lama, meminta bantuan baru malah ada juga bakal-bakal calon yang tidak segan-segan menjenguk rumah-rumah orang kampung bagi mendapatkan sokongan, walaupun seburuk mana rumah itu atau sekotor mana pun halaman rumah tersebut. Itu tak penting kerana, kemenangan mungkin membawa seribu kesenangan. Biar berkorban sikit.
Orang-orang kampung yang cekap merebut peluang tersenyum lebar. Peniaga tentunya turut senang hati, buat poster, kain rentang, membekal itu dan ini. Tapi selalunya yang tersenyum itu peniaga yang ada hubungan dengan parti yang bertanding.
Banyak lah janji di taburkan.... banyak peruntukkan baru tiba-tiba muncul... kadang-kadang peruntukkan itu terlalu tidak munasabah atau penting pun. Lalu, kata orang politik, itu bukan gimik pilihanraya... kebetulan... ini dah lama di rancangkan dan macam-macam lagi....
Bagi para pengundi, rebut lah peluang untuk mendapatkan bantuan atau peruntukkan ketika masa kempen ini sebab selepas ini belum tentu. Cari lah peluang yang mendatangkan hasil segera kerana jika janjinya selepas menang baru dapat... minta maaf... tak tentu lagi.

Friday, January 09, 2009

Nasib Palestin dan Dunia

Dunia selalunya tergerak untuk menyuarakan rasa marah , kecewa dan bersimpati dengan nasib yang menerima orang Palestin apabila Israel mula menyerang penempatan Palestin samada di Tebing Barat atau Gaza atau lain-lain wilayah Palestin. Marah, kerana Palestin di serang dalam satu keadaan yang tak seimbang....Israel dengan pesawat pejuangnya, kereta kebalnya atau peralatan senjata yang canggih dan moden. Palestin hanya dengan senjata ringan yang di seludup masuk , roket buatan sendiri atau batu-batu yang di lontar orang para belia dan remaja sewaktu kempen antifada. Kecewa, kerana dunia hanya pandai mengecam dan meminta sidang tergempar PBB untuk mengeluarkan resolusi mengecam, yang selalunya di vetokan oleh Amerika Syarikat ataupun langsung tidak di pedulikan oleh Israel. Simpati pula kerana nasib anak-anak Palestin yang digambarkan dalam keadaan sakit atau tercedera atau mati akibat serangan Israel.

Akhirnya, orang Palestin masih di situ juga. Tiada pembelaan dan yang ada hanya simpati. Mana negara-negara Arab yang kaya-raya itu. Mana peranan anggota-anggota OIC. kalau setakat nak mengecam atau memboikot barangan Israel atau Amerika, apa sangat yang dapat. Kebanyakkan barangan atau perkhidmatan dari syarikat-syarikat Amerika dijual atau diperolehi di Malaysia melalui syarikat-syarikat Malaysia samada milik bumiputera atau pun tidak. Syarikat seperti KFC dimiliki orang syarikat bumiputera melalui francis. Jadi, syarikat-syarikat ini juga yang jadi mangsa.

Ramai orang tidak faham atau tidak mengerti bahawa orang Palestin bukan semuanya beragama Islam tetapi ada juga segolongan kecilnya beragama kristian. Jadi , apajua bantuan yang diberikan hendaklah bukan kerana mereka itu orang Islam tetapi kerana mereka adalah bangsa Palestin yang teraniaya dan terancam melalui serangan bangsa Yahudi dari negara Israel. Ini kena faham, ini bukan isu Islam tetapi satu bangsa di dunia yang majoritinya orang Islam di bumi Palestin yang menghadapi masalah dari satu bangsa yang menduduki satu negara yang dimiliki secara haram dengan bantuan negara-negara Barat seperti Amerika, England dll.

Dunia tidak akan aman selagi isu Palestin tidak diselesaikan dengan baik. Al Qaeda, Taliban atau mana-mana jua pihak yang dikenalpasti sebagai militan Islam selalunya menggunakan isu kekejaman Israel keatas Palestin sebagai satu isu yang menuntut mereka berjuang jauh dari asas-asas islam itu sendiri... mengorbankan juga orang-orang yang tidak bersalah melalui serangan berani mati serta pengeboman yang dirancang. Semua kerana kebencian terhadap Amerika yang sering menyebelahi Yahudi Israel. Memang, Palestin akan terus menjadi satu isu dan berita kesengsaraan yang tidak akan tamat sampai bila-bila.

Hamas, Fatah dan negara-negara Islam sendiri tidak pernah bersatu untuk menyelesaikan hal ini... hanya bantuan kemanusiaan berupa ubat-ubatan dan makanan serta perubatan yang diselenggarakan oleh kebanyakkannya oleh pertubuhan bukan kerajaan seperti Mercy Malaysia... ataupun kutipan wang sumbangan untuk rakyat Palestin.

Manusia, Dunia, harus bersatu menyelesaikan masalah Palestin ini "ONCE AND FOR ALL"..